You are on page 1of 16

TUGASAN-TUGASAN FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UKM 2008/2011

PEMBELAJARAN SIFAT DUA PULUH DI SEKOLAHSEKOLAH MENENGAH AGAMA: SATU KAJIAN BERHUBUNG KEBERKESANAN DI KALANGAN PELAJAR DI NEGERI PERLIS

Al-Faqir Ibn El-Merg


Latihan Ilmiah - Tesis

PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

PENGHARGAAN Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang Alhamdulillah. kesyukuran dipanjatkan pada Allah s.w.t atas limpahan nikmat dan rahmat serta inayah-Nya, selawat dan salam buat junjungan besar lagi mulia kekasih Allah s.w.t Nabi Muhammad s.a.w. Syukur dipanjatkan pada Allah s.w.t kerana dengan limpahan izin dan kasih sayang-Nya memberi peluang dan kekuatan untuk saya menyiapkan latihan ilmiah ini. Syukur Alhamdulillah. Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih ditujukan khas kepada Prof. Madya Kamaruddin Salleh dan Dr. Mudasir Rosder selaku penyelia kertas penyelidikan ini yang telah banyak membantu dengan memberi dorongan, bimbingan dan motivasi serta kritikan yang membina untuk saya melakukan yang terbaik. Dan sejuta kemaafan atas segala kekurangan sepanjang diri ini dibawah seliaan. Juga ucapan terima kasih
1

TUGASAN-TUGASAN FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UKM 2008/2011

buat Dr. Indriaty Ismail atas akhlaknya kepada pelajar serta semua pensyarah dan kakitangan Jabatan Usuluddin dan Falsafah, semoga keikhlasan mereka dalam memberi bimbingan dan tunjuk ajar selama ini akan diberkati oleh Allah s.w.t. Terima kasih juga kepada pihak sekolah kerana memberi kerjasama yang tinggi sepanjang penyelidikan dilakukan di sekolah yang terlibat. Terutamanya pihak pentadbiran dan tenaga pengajar sekolah. Serta tidak lupa juga kepada responden yang meluangkan masa walaupun mereka sedang menduduki peperiksaan ketika penyelidikan dijalankan. Khusus untuk bonda yang dicintai Roslia Ramli dan adinda yang disayangi Nurul Ifa Heris, jutaan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan di atas segala tunjuk ajar, pengorbanan, pengertian dan dorongan yang dicurahkan. Segala restu dan kasih sayang yang dicurahkan tiada ternilai harganya. Hanya iringan doa semoga Allah s.w.t merahmati dan meredhai kalian sebagaimana kalian meredhaiku. Juga tidak lupa buat Nor Amira Mohd Zuki yang dikasihi. Terima kasih atas nasihat dan segala bantuan dalam menyiapkan Latihan Ilmiah ini. Tanpa dorongan dan bantuan dari semua, mungkin diri ini tidak mampu berada ditahap ini. Tidak lupa ucapan terima kasih buat teman-teman seperjuangan selama tiga tahun di bumi UKM, Azri Mustafa, Hasmawani Hassan, Fauzi Rozak, Mastura Ahmad, Faisal Ayub, Husaini Marzuki, Sofee Wahab, Hadi Azizan, Mohammad Aswad Halim, Azuan Ishak dan semua yang mengenali diri ini, semoga hubungan persahabatan ini akan kekal selamanya. Buat sahabat-sahabat JUF (Jabatan Usuluddin & Falsafah), selamat meneruskan cita-cita kalian. Terima kasih diatas simpulan kasih sayang yang diberikan. Segala kenangan pahit manis bersama yang tercipta akan disematkan dalam sanubari ini. Teruskan usaha kalian di medan dakwah dalam menegakkan kalimah Allah s.w.t di bumi ini walau di mana kalian berada. Akhir kata, ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam kajian ini sama ada secara langsung atau tidak. Semoga terhasilnya latihan ilmiah ini dapat dimanfaatkan oleh semua pihak dengan sebaikbaiknya.
2

TUGASAN-TUGASAN FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UKM 2008/2011

MUHAMMAD SAFWAN BIN HERIS 141 TAMAN MERGONG INDAH 05350 ALOR SETAR KEDAH, DARUL AMAN

ABSTRACTS This study aims to identify how effective is the learning of Ilmu Sifat Dua Puluh in religion secondary schools level. The effectiveness of Ilmu Sifat Dua Puluh will be measured through the understanding and internalization level of students. This study will also observe on how schools emphasis this Ilmu Sifat Dua Puluh among students. As many as 100 respondents have been selected among form six students from two religious secondary schools in Perlis. One set of questionnaires which contains 23 items was created and segmented into two parts. Part A consists of questions that are related to respondents backgound, while Part B on the other hand, consists questions regarding the effectiveness of Ilmu Sifat Dua Puluh in religious secondary schools. Data collected from questionnaire were analyzed by using SPSS (Statistical Package For Social Science) and Microsoft Office (Excell) in order to generate aggregate percentage. Apart from that, interview method also had been carried out in order to get hands on information from the respondents.Ilmu Sifat Dua Puluh is considered as the main core in the Faith of Islamiyyah. Refers to data collected, majority of the students accepted this study with open heart even though there are still have a few of them do not accept Ilmu Sifat Dua Puluh due to some facts.

TUGASAN-TUGASAN FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UKM 2008/2011

SENARAI TRANSLITERASI Huruf Arab Huruf Latin B T Th J H Kh D Dh R Z S Sh S D T Z Gh F Q K L M N W H Y H Contoh Asal Contoh Transliterasi al-asma basar taaddud hadith manhaj hayat khaliq taaddud madhhab rahman zaman sama shams basar damir batin zahir c abd baligh mukhalafah qudrat kalam lillah maani nafsiyah wahdaniyyah Allah rububiyyah hayah

Nota : istilah atau perkataan yang berasal daripada perkataan Bahasa Arab tetapi telah menjadi sebutan umum bahasa Malaysia adalah dieja mengikut perkataan bahasa Malaysia melainkan jika ia ditulis mengikut sebutan bahasa Arab.

TUGASAN-TUGASAN FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UKM 2008/2011

SENARAI SINGKATAN Di dalam latihan Ilmiah ini, penulis telah menggunakan singkatan bagi beberapa perkataan. Berikut disertakan senarai singkatan beberapa perkataan yang digunakan sebagai rujukan :

MPM KPM STAM STPM S.w.t S.a.w UKM A.s R.a Terj Hlm DBP t.t

: : : : : : : : : : : : :

Majlis Peperiksaan Malaysia Kementerian Pelajaran Malaysia Sijil Tinggi Agama Malaysia Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia Subhanahu Wa Taala Salla Allah Alaihi Wa Sallam Universiti Kebangsaan Malaysia Alaihi salam Radhi allahu anhu Terjemahan Halaman Dewan Bahasa Dan Pustaka Tiada Tarikh

TUGASAN-TUGASAN FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UKM 2008/2011

BAB I
PENGENALAN KAJIAN

1.1

PENDAHULUAN

Terdapat pelbagai cara bagi manusia mencapai pengetahuan dan mengetahui kewujudan Tuhan yang Esa. Bagi sesetengah masyarakat bukan Islam, pendekatan yang digunakan untuk memahami kewujudan tuhan adalah melalui taakulan akal yang mendalam terhadap sesuatu, seperti pemerhatian terhadap kewujudan alam, perasaan dan sebagainya. Manakala bagi masyarakat Islam terdapat beberapa kaedah atau pendekatan yang telah dibentuk oleh para ulama Islam terdahulu, selain dari perantaraan akal sebagaimana yang digunakan oleh golongan bukan Islam tersebut, juga turut dikukuhkan dengan asas pegangan utama iaitu melalui dalil naqal. Antara pendekatan yang mashyur bagi memahami konsep ketuhanan dalam Islam adalah melalui pendekatan Ilmu Sifat Dua Puluh. 1.2 PERMASALAHAN KAJIAN

Secara umumnya Ilmu Sifat Dua Puluh merupakan salah satu cabang ilmu pengetahuan dalam akidah Islam. Sebagaimana ilmu-ilmu pengetahuan yang telah tercipta, Ilmu Sifat Dua Puluh juga mempunyai autoriti dan fungsinya tersendiri, iaitu memberi penjelasan terhadap kewujudan tuhan berdasarkan sifat-sifat. Di Malaysia, pembelajaran Ilmu Sifat Dua Puluh telah diserapkan ke dalam silibus pendidikan negara melalui matapelajaran Usuluddin bagi pelajar STPM serta matapelajaran Tauhid bagi pelajar STAM. Tujuan utama silibus adalah untuk memberi kefahaman asas terhadap pegangan akidah Islam. Namun sejauhmanakah penghayatan dan keberkesanan di pihak yang terlibat perlu diketahui, adakah para pelajar mahupun pengajar memahami dan menguasai Ilmu Sifat Dua Puluh, serta menyedari kepentingannya dalam kehidupan.
6

TUGASAN-TUGASAN FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UKM 2008/2011

Majlis Peperiksaan Malaysia dan Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan dua bentuk sijil tinggi di peringkat sekolah menengah beraliran agama iaitu Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia dan Sijil Tinggi Agama Malaysia. MPM bertanggungjawab terhadap sukatan pelajaran STPM. Manakala KPM dengan kerjasama Al-Azhar al-Syarif bertanggungjawab melaksanakan sukatan pelajaran bagi STAM. Bagi memudahkan kefahaman tentang hubungan antara Ilmu Sifat Dua Puluh dengan sijil-sijil tinggi tersebut, perlu difahami terlebih dahulu hal berikut. Pelajar yang ingin menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia beraliran agama ditawarkan dua matapelajaran pilihan. Matapelajaran pilihan tersebut adalah Syariah dan Usuluddin. Bagi calon STPM yang beraliran agama diwajibkan mengambil matapelajaran Bahasa Arab seterusnya pelajar diberi pilihan samada untuk mengambil salah satu daripada matapelajaran pilihan tersebut ataupun mengambil kedua-duanya. Diperingkat STPM, matapelajaran Syariah terbahagi kepada dua kertas soalan iaitu kertas satu membincangkan tentang Ilmu Fekah dan Ilmu Usul al-Fiqh serta kertas dua yang membahaskan tentang Ilmu Ayat Hukum dan Hadith Hukum. Begitu juga bagi matapelajaran Usuluddin terbahagi kepada dua kertas soalan iaitu kertas satu yang membincangkan Ilmu Tauhid dan Ilmu Mantiq serta kertas dua yang membincangkan tentang Ulum Al-Quran dan Ulum al-Hadith. Berlainan dengan calon STPM, calon Sijil Tinggi Agama Malaysia diwajibkan mengambil sepuluh matapelajaran yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Subjek-subjek tersebut adalah seperti berikut. Pertama, Hifz Al-Quran dan Tajwid. Kedua, Fiqh. Ketiga, Tauhid dan Mantiq. Keempat, Tafsir dan Ulumuhu. Kelima, Hadith dan Mustolah. Keenam, Nahu dan Sarf. Ketujuh, Insya dan Mutalaah. Kelapan, Adab dan Nusus. Kesembilan Arudh dan Qafiyah. Kesepuluh, Balaghah. Di Peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia, Ilmu Sifat Dua Puluh dibincangkan dalam matapelajaran Usuluddin kertas satu dalam bahagian perbahasan Ilmu Tauhid. Manakala di peringkat Sijil Tinggi Agama Malaysia, perbincangan Ilmu Sifat Dua Puluh terdapat dalam matapelajaran Tauhid dan Mantiq. Walaupun kedua-dua sijil tinggi tersebut berbeza, namun pembelajaran konsep Ilmu Sifat Dua Puluh kedua-duanya adalah sama, iaitu dalam skop Ilmu Tauhid. Apa yang
7

TUGASAN-TUGASAN FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UKM 2008/2011

membezakannya hanyalah dari konteks bahasa pembelajaran. Pembelajaran Ilmu Sifat Dua puluh di peringkat STPM adalah dalam Bahasa Melayu manakala STAM dalam Bahasa Arab. Selain daripada Ilmu Sifat Dua Puluh terdapat pelbagai cara lain bagi masyarakat Muslim memperolehi kefahaman tentang kewujudan Tuhan yang Maha Esa. Misalnya berdasarkan konsep Uluhiyah, Rububiyah dan Asma al-Sifat yang didokong oleh Ibn Taymiyyah r.a. Namun di Malaysia khususnya, konsep Ilmu Sifat Dua Puluh lebih diutamakan berbanding konsep-konsep yang lain, buktinya adalah melalui silibus pendidikan Ilmu Tauhid yang ditetapkan oleh pihak kementerian pelajaran dalam STPM dan STAM. Bagi calon STPM disediakan buku rujukan Pengantar Ilmu Tauhid sebagai teks panduan kurikulum sekolah. Manakala bagi calon STAM buku teks berjudul AlTauhid menjadi panduan pembelajaran. Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyeragamkan silibus kesemua matapelajaran di sekolah-sekolah di seluruh negara. Terkesan juga terhadap silibus Ilmu Tauhid yang membahaskan Ilmu Sifat Dua Puluh. Umumnya diketahui terdapat segelintir masyarakat di utara tanahair tidak menerima konsep Ilmu Sifat Dua Puluh yang dianggap suatu perkara yang bertentangan dengan akidah Islam dan tidak disyariatkan oleh Rasulullah s.a.w. 1.3 OBJEKTIF KAJIAN 1. Mengetahui tahap kefahaman dan penghayatan terhadap Ilmu Sifat Dua Puluh di kalangan pelajar sekolah menengah agama di Perlis. 2. Mengetahui pengaruh masyarakat setempat pembelajaran Ilmu Sifat Dua Puluh di sekolah-sekolah. terhadap

Objektif utama kajian ini boleh dirumuskan seperti berikut:

3. Mengetahui tahap penekanan pembelajaran Ilmu Sifat Dua Puluh. 4. Mengetahui keberkesanan pembelajaran Ilmu Sifat Dua Puluh di sekolah-sekolah.

TUGASAN-TUGASAN FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UKM 2008/2011

1.4

DEFINISI OPERASI KAJIAN

1.4.1 Ilmu Sifat Dua Puluh Suatu ilmu atau perbahasan tentang sifat-sifat Allah SWT yang terbentuk daripada gabungan antara Sifat Nafsiyah, Salbiyah, Maani dan Manawiyah yang menjadikan jumlah sifat kepada dua puluh. 1.4.2 Sekolah Menengah Agama Sekolah beraliran agama di peringkat menengah tidak termasuk sekolah rendah, kolej atau universiti. 1.4.3 Sijil Tinggi Persekolah Malaysia (STPM) Sijil tinggi yang diselaraskan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia. 1.4.4 Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Sijil tinggi yang diselaraskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama Al-Azhar Al-Syarif. 1.4.5 Pengaruh Masyarakat Setempat Masyarakat setempat, merujuk kepada segelintir rakyat negeri Perlis yang tidak menerima ajaran Ilmu Sifat Dua Puluh. 1.4.6 Al-MAAD Merujuk kepada Sekolah Menengah Agama Al-Madrasah Al-Alawiyah AdDiniyah Arau, Perlis. 1.4.7 SMKAA Merujuk kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Arau, Perlis. 1.5 BATASAN KAJIAN

1.5.1 Limitasi Masa Kajian ini dijalankan bermula 1 Ogos 2010 hingga 1 Ogos 2011 1.5.2 Limitasi Tempat Hingga tahun 2010, Jabatan Pelajaran Negeri Perlis telah menyenaraikan sebanyak 101 buah sekolah di sekitar negeri, terdapat 27 buah sekolah daripadanya merupakan sekolah peringkat menengah dan hanya empat buah sekolah antaranya adalah sekolah menengah beraliran agama.

TUGASAN-TUGASAN FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UKM 2008/2011

Sekolah menengah aliran agama tersebut adalah seperti berikut, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Perempuan Alawiyah SMKA(P) Kangar, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Arau (SMKAA), Sekolah Menengah Agama Al-Islahiyah Bohor Mali dan Sekolah Menengah Agama Al-Madrasah Al-Alawiyah Ad-Diniyah Arau. Keempat-empat buah sekolah agama tersebut menawarkan pengajian STPM dan STAM. Namun, kajian ini membataskan kepada dua buah sekolah menengah agama di kawasan selatan negeri Perlis sahaja. Sekolah-sekolah berkenaan ialah; i. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Arau (SMKAA) ii. Sekolah Menengah Agama Al-Madrasah Al-Alawiyah Ad-Diniyah Arau (Al-MAAD) 1.5.3 Limitasi Subjek Skop penyelidikan ini hanya memberi fokus kepada pembelajaran Ilmu Sifat Dua Puluh di dua buah sekolah tersebut sahaja. Penyelidik menyediakan sejumlah 30 borang soal selidik di Sekolah Menengah Agama Al-Madrasah Al-Alawiyah Ad-Diniyah Arau (Al-MAAD) dan 70 borang soal selidik di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Arau (SMKAA). Di samping itu penulis menemubual beberapa orang tenaga pengajar daripada sekolah-sekolah berkenaan. 1.6 HIPOTESIS KAJIAN

Pembelajaran Ilmu Sifat Dua Puluh berkesan di sekolah-sekolah, namun terdapat halangan disebabkan terdapat pengaruh masyarakat setempat yang menolak Ilmu Sifat Dua Puluh. 1.7 METODOLOGI KAJIAN

Untuk mengumpulkan data dan mendapatkan maklumat yang tepat, beberapa metodologi kajian perlu digunakan. Justeru, kajian ini akan menggunakan metodologi: 1.7.1 Jenis Kajian Jenis kajian yang akan di jalankan ialah:

10

TUGASAN-TUGASAN FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UKM 2008/2011

1.7.1.1 Kajian Lapangan Kajian lapangan dijalankan untuk mendapatkan maklumat, gambaran serta data yang lebih tepat mengenai penyelidikan ini. Pengkaji akan pergi ke sekolah-sekolah tersebut untuk mendapatkan data. 1.7.1.2 Kajian Perpustakaan Kajian perpustakaan akan dijalankan bagi mencari dan mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan kajian. Antara bahan yang terlibat dalam pencarian maklumat ini ialah buku, akhbar, jurnal, majalah, artikel, blog, tesis, internet dan lain-lain. Pengkaji juga akan membuat rujukan melalui; i. Rujukan Primer iaitu segala sumber bahan bacaan dan buku-buku yang berkaitan dengan Ilmu Sifat Dua Puluh serta perbincangan yang relevan berkaitan dengan penyelidikan.

ii. Rujukan Sekunder iaitu penulis membuat penelitian terhadap hasil tulisan yang bersumberkan rujukan primer serta pemahaman sendiri daripada bahan maklumat yang diperolehi. 1.7.2 Persampelan Kaedah persampelan yang penyelidik gunakan ialah persampelan rawak mudah yang meliputi: 1.7.2.1 Skala Kajian Penyelidik akan menggunakan skala Likert sebagai skala kajian. Skala jenis ini sangat sesuai digunakan untuk mengukur tahap keberkesanan dan kefahaman pelajar terhadap Ilmu Sifat Dua Puluh. 1.7.2.2 Kawasan Kajian Penyelidik telah memilih dua buah sekolah beraliran agama secara rawak mudah di negeri Perlis sebagai kawasan kajian iaitu bahagian selatan negeri Perlis. 1.7.2.3 Sampel Kajian Penyelidik akan mengedarkan borang soal selidik kepada 30 orang pelajar di Sekolah Menengah Agama Al-Madrasah Al-Alawiyah Ad-Diniyah Arau (Al-MAAD) dan kepada 70 borang soal selidik di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Arau (SMKAA). Ini menjadikan 100 borang soal selidik kesemuanya.

11

TUGASAN-TUGASAN FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UKM 2008/2011

1.7.3 Instrumen Kajian Antara instrumen kajian yang akan digunakan oleh penyelidik ialah: 1.7.3.1 Borang Soal Selidik Soal selidik dipilih kerana ia adalah langkah yang mudah dan efektif dalam mengumpulkan data serta menjimatkan masa, kos dan tenaga dengan menggunakan bentuk Skala Likert . Jumlah soalan dalam borang soal selidik ini bilangannya dianggap relevan untuk tujuan kajian ini, iaitu sebanyak 20 soalan yang akan diagihkan kepada pelajar sekolah terlibat. Soal selidik yang akan digunakan oleh penyelidik adalah butiran responden iaitu jantina, jenis pengajian dan nama sekolah iaitu berbentuk soalan terbuka (open-ended question) seperti yang terdapat dalam Bahagian A. Manakala soalan struktur (fixed-alternative question) dalam Bahagian B. Soalan dalam Bahagian B merangkumi penjelasan bagi objektif kajian. 1.7.3.2 Temubual Selain itu juga, penyelidik akan menggunakan kaedah temubual dalam mendapatkan maklumat untuk kajian ini. Penyelidik mendapatkan tenaga pengajar atau guru yang mengajar bidang berkaitan untuk ditemubual. Temubual adalah melalui kaedah face to face antara penyelidik dan pihak responden sama ada melalui temubual berstruktur atau temubual tidak berstruktur. 1.7.3.3 Kaedah Analisis Data Penyelidik akan menggunakan analisis data secara berkomputer menggunakan SPSS (Servise Package for Sceince Social) dan Microsoft Office (Ecxel) untuk mendapatkan keputusan analisis yang tepat. 1.8 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini bagi penyelidik amat penting kerana ia dibuat untuk mengetahui kefahaman dan keberkesanan pembelajaran Ilmu Sifat Dua Puluh di peringkat sekolah menengah agama. Sebagaimana yang diketahui Sifat Dua Puluh merupakan teras pembentukan akidah yang mantap, oleh itu kefahaman dan penghayatan sebenar tentang Sifat Dua Puluh perlu diketahui.

12

TUGASAN-TUGASAN FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UKM 2008/2011

1.9

TINJAUAN KAJIAN LEPAS

Masakaree Ardae @ Nik Muhammad Syukri Nik Wan Al-Fathani (2009) Karya beliau adalah berhubung Sejarah Kemunculan dan Perkembangan Ajaran Sifat Dua Puluh Di Selatan Thailand. Beliau mengkaji tentang sejarah kemasukan Ilmu Sifat Dua Puluh ke selatan Thailand. Selain itu beliau juga membicarakan tentang tokoh-tokoh yang mempelajari dan mengajarkan Ilmu Sifat Dua Puluh di Nusantara. Mudasir Rosder (1998) Beliau adalah seorang pensyarah UKM yang mahir dalam lapangan Ilmu Sifat dan giat menghasilkan penulisan berkaitan permasalahan Sifat Tuhan. Beliau pernah melakukan kajian berhubung pembelajaran Ilmu Sifat Dua Puluh di Sekolah Agama Negeri Selangor. Menukil kesimpulan beliau, Ilmu Sifat Dua Puluh menjadi pendekatan utama yang digunakan oleh rakyat Malaysia samada di peringkat rendah, menengah mahupun golongan awam. Kritikan beliau berhubung pembelajaran sifat-sifat mustahil bagi Tuhan di peringkat rendah adalah suatu yang tepat. Kerana di peringkat itu kanak-kanak tidak mampu memahami maksud sebenar perkataan mustahil, apatah lagi untuk memahami sifat-sifat mustahil bagi Tuhan. Justeru itu akan lahir kekeliruan pada tahap tersebut. Namun ianya sangat sesuai mempelajari sifat-sifat wajib bagi Tuhan sebermula di peringkat rendah lagi. Berdasarkan tinjauan kajian lepas, didapati bahawa kajian yang ingin dilakukan oleh pengkaji berbeza dengan kajian-kajian yang dilakukan oleh para ilmuan terdahulu. Konteksnya mungkin sama iaitu kajian terhadap pembelajaran Ilmu Sifat Dua Puluh, tetapi latar belakang dan persekitaran tempat kajian amat berbeza. Namun secara jelasnya, kajian berhubung keberkesanan Ilmu Sifat Dua Puluh di kalangan pelajar sekolah-sekolah menengah agama di Malaysia masih belum lagi diadakan kajian secara menyeluruh. Diharapkan kajian ini mampu menjadi penggerak dan diketengahkan oleh generasi akan datang kerana Ilmu Sifat Dua Puluh merupakan ilmu yang sangat bermanfaat kepada umat Islam.

13

TUGASAN-TUGASAN FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UKM 2008/2011

1.10

PENUTUP

Dalam Bab I menerangkan pengenalan kajian yang akan dijalankan oleh pengkaji berkaitan Kajian Keberkesanan Sifat Dua Puluh Di SekolahSekolah Menengah Agama Di Negeri Perlis. Manakala Bab II akan membincangkan pengenalan Ilmu Sifat Dua Puluh dan perbahasan mengenainya.

RUJUKAN al-Quran Abdul Aziz Ismail. 2005. Mengenal 20 Sifat Allah SWT. Kuala Lumpur: Progress Publishing House Sdn. Bhd. Ahmad Zaki Engku Alwi. 2007. Membangun Modal Insan Melalui Pemantapan Akidah. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB). al-Asyari, Abu al-Hassan. 1977. al-Ibanah an Usul al-Diyanah. Kaherah: Dar al-Ansar. al-Faruqi, Ismail. 2000. Al-Tawhid Kesannya Terhadap Pemikiran Dan Kehidupan. Selangor: Percetakan Putrajaya Sdn. Bhd. Ilhamuddin. 1997. Pemikiran Kalam Al-Baqillani. Jakarta: PT Tiara Wacana. Jurnalutusan. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1110&pub= Utusan_Malaysia&ec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm. 16/1/2011. 11.45 p.m. JurnalUtusan. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?dt=0601&pg=ba_01.htm &pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&y=2009. 16/1/2011. 11.30 p.m. Kamarul Bakri Abd. Aziz. 1999. Konsep Ilmu Tauhid Dalam Kitab Jawi. KualaLumpur: Universiti Malaya. Malik Ahmad. 1980. Tauhid Membina Peribadi Muslim Dan Masyarakat. Jakarta: al-Hidayah. Masakaree Ardae @ Nik Muhammad Syukri Nik Wan al-Fathani. Seminar AntarabangsaHubungan Antara Nusantara Dan Asia Barat/Timur

14

TUGASAN-TUGASAN FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UKM 2008/2011

Tengah. Sejarah Kemunculan Dan Perkembangan Ajaran Sifat Dua Puluh Di Selatan Thailand. Anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia 13-14.10.2009. Mohamad Ahmad. Seminar Pemantapan Aqidah dan Perpaduan Ummah Negeri Melaka.Sejarah Keutuhan Akidah Islamiyah Semenjak Lima Belas Abad Dan Seterusnya. Anjuran bersama Majlis Agama Islam Melaka, Jabatan Mufti Negeri Melaka,Persatuan Ulama Negeri Melaka dan Persatuan Pegawai Syarak Negeri Melaka pada 3.4.2008 di Auditorium Masjid Al-Azim, Bukit Palah, Melaka. Mohd. Affandi Hassan. 2005. Pendidikan Estetika Daripada Pendekatan Tauhid. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Mudasir Rosder. 1998. Persoalan Sifat Dua Puluh. Dlm Islam, Akidah Dan Kerohanian. ed. II. Suntingan Zakaria Stapa & Mohamed Asin Dollah. Bangi: Penerbit UKM. ______1993. Ahli Fikah dan Pendapatnya dalam Masalah Sifat Allah. Dlm Isu-Isu Usuluddin Dan Falsafah. Suntingan Yussof Hussain; Abdul Shukor; Idris Zakaria; Anisah Zainal Abidin. Bangi: Penerbit UKM. ______1989. Asas Tauhid Pertumbuhan dan Huraiannya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. al-Nasafi, Umar bin Muhammad. 1949. Al-Aqaid al-Nasafiyyah. Mesir: Mustafa al-Babi al-Halabi wa Awladuh. Nik Mohd, Mohyideen Musa. 1979. Pelajaran Tauhid Tingkatan VI. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Noraine Abu. 1993. SIFAT 20 Kearah Memahami Aqidah Ahli Sunnah WalJamaah. Kuala Lumpur: Acedeme Art & Printing Services Sdn. Bhd. al-Sanusi, Muhammad Yusuf. t.t. Sharh Umm al-Barahin. Dlm. Hashiyah Al-Dasuki ala Umm al-Barahin. Oleh Muhammad Dasuqi. Kaherah: Dar Ihya al-Kutub al Arabiyyah. Subhi, Ahmad Mahmud. 1978. Fi Ilm al-Kalam. Mesir: Muasasat alThaqafah al-Jamiah. al-Tarabulsi. Husein Muhammad al-Jasr. 1977. Benteng Akidah Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Wan Mohd Shaghir Abdullah. 1999. Penyebaran Islam & Silsilah Ulama Sejagat Dunia Melayu, Jil. 7. Kuala Lumpur: Persatuan Pengkaji Khazanah Klasik Nusantara & Khazanah Fathaniyah. ______1976. Syaikh Abdurrauf bin Ali al-Fansuri. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Zainal Abidin Muhammad Al-Fathani. 2004. Aqidah Kaum Yang
15

TUGASAN-TUGASAN FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UKM 2008/2011

Terselamat Dari Sesat Dan Bidah. Singapura: Kerjaya Print Pte Ltd. Zakaria Stapa & Mohamed Asin Dollah. 1998. Islam, Akidah Dan Kerohanian. ed II. Bangi: Penerbit UKM.

*Teks Penuh Berkaitan Kajian boleh dirujuk pada Jilid Latihan Ilmiah.

Nukilan ini dibuat semasa penulis mula berkenalan dengan alam ilmu. Oleh sebab itu ia masih tertakluk kepada salah dan benar. Seandainya ada kesilapan harap dibetulkan. Dan penulis menyeru kepada saudara /ri yang membaca agar tidak hanya menerima mentah setiap tulisan, sila rujuk pada rujukan yang berautoriti dan bertanya kepada orang yang lebih mengetahui. Cintailah ilmu. Assalamualaikum.

16

You might also like