• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
 
10 FAKTA untuk wanita yang berumur kurang daripada 35 tahun…Fakta 01 Barah Payudara lebih kerap menyerang wanita yang melebihi 45 tahunPenyakit barah payu dara adalah penyakit yang lazimnya tidak menyerang mereka yangmuda usianya! Sekiranya anda berumur dibawah umur 30an, maka risiko untuk andamenghidap penyakit ini adalah rendah. 90% daripada kelainan payudara bukanlahbarah!Fakta 02 Ramai yang kenali seorang yang diserang barah payudara…Kaum wanita zaman ini lebih peka dengan isu serta permasalahan penyakit payudara.Ini adalah kerana penyakit ini pastinya pernah menyerang seseorang yang merekakenali. Ianya mungkin kaum keluarga, sahabat handai atau rakan sekerja dipejabat.Fakta 03 Rasa kebimbangan yang keterlaluan tidak sihatRasa kebimbangan yang keterlaluan terhadap payu dara anda bukanlah sesuatu yangsihat! Sebaliknya, tidak berpengetahuan mengenai subjek kesihatan payudara tidakbererti anda akan senang hati selamanya.Fakta 04 Bagaimana mengurangkan kehilangan nyawa daripada barah payudara?Pengesanan awal adalah kuncinya…Langkah pencegahan penyakit barah payu dara berupaya untuk mengurangkan angkakehilangan nyawa serta penderitaan akibat daripada penghidapan penyakit tersebut.Usaha pengesanan awal adalah kunci utama dalam menangani penyakit barah payudara.Fakta 05 Kesihatan anda tertakluk kepada diri sendiri andaAmalan kesihatan payudara adalah terletak di tangan anda! Usia bukanlah halanganuntuk anda menguruskan kesihatan payudara anda.Fakta 06 Ketahui Serta Kenalilah Payu Dara Anda …Lakukan PSPPemeriksaan sendiri payudara (PSP) boleh dilakukan secara sendiri tanpa mengirausia mahupun jantina seseorang. Ianya haruslah dilakukan apabila seseorangindividu itu mula mencecah usia di antara 18 hingga 20 tahun. Bagi kaum hawa,ianya haruslah dilakukan selang tiga hari selepas berakhirnya haid mereka, setiapbulan. Kaum lelaki ataupun wanita yang sudah menopos, harus melakukan PSP padatarikh yang sama, setiap bulan.Apabila anda secara tidak sengaja mendapati sesuatu yang luar biasa serta kelainanpada payudara, anda mungkin dilanda dengan rasa kebimbangan serta rasa cemas.Kesemua ini sebenarnya dapat dielakkan sekiranya anda mengenali sifat sertaperwatakan payudara anda kerana apa yang anda terasa mungkin merupakan sifatpayudara anda.Salah satu cara terbaik untuk anda mengetahui tabiat serta perwatakan payudaraadalah dengan melakukan pemeriksaan sendiri payudara (PSP) secara setiap bulansekali (regular monthly self breast examination).Sekiranya anda adalah antara individu yang tidak pernah melakukan sendiripemeriksaan payu dara, tekan di sini untuk mendapatkan maklumat lebih lanjutmengenai PEMERIKSAAN SENDIRI PAYUDARA.Fakta 07 Untuk mereka yang berumur 30-39 tahun – pemeriksaan klinikal payudaraSelain daripada PSP, mereka yang berumur di antara 30-39 tahun sepatutnyamenjumpai pengamal perubatan setiap 3 tahun sekali walaupun tidak mengalamikelainan payudara. Untuk mereka yang melakukan PAP smear secara kerap, itumerupakan peluang untuk pengamal perubatan memeriksa payudara anda. Ini dipanggilpemeriksaan klinikal payudara.
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...