Professional Documents
Culture Documents
OBJEKTIF
1. 2. 3.
Menyatakan fungsi belitan mula dan belitan larian. Menerangkan prinsip kendalian motor 1 fasa. Menerangkan ciri-ciri motor dari segi: Daya kilas Arus Kuasa Mengenal bahagian-bahagian utama motor AC. Melakarkan gambarajah litar setiap motor 1 fasa.
PENGENALAN
1. 2.
1. 2. 3. 4.
Motor AC 1 Fasa
Fungsi belitan mula dan belitan larian dalam motor AC 1 fasa jenis aruhan fasa belah adalah untuk mewujudkan medan magnet yang sentiasa berubah-ubah kutub (utara atau selatan). Perubahan medan magnet ini akan menghasilkan satu kedudukan medan magnet yang seolah-olah berputar.
1.
2.
Berasaskan tindakan medan magnet belitan mula dan larian dengan medan magnet pemutar. Apabila voltan dibekalkan pada motor, kedua-dua belitan mula dan belitan larian akan menghasilkan medan magnet. Arus pada belitan mula adalah lebih kecil disebabkan luas keratan rentas yang kecil dan rintangan belitan pengalir yang tinggi.
4.
5.
Arus pada belitan larian adalah lebih tinggi disebabkan luas keratan rentas yang besar dan nilai rintangan belitan pengalir yang rendah. Kedua-dua perbezaan ini akan menyebabkan perbezaan fasa di antara arus dengan voltan pada belitan mula dan belitan larian. Ini akan menghasilkan medan magnet berputar.
Medan magnet berputar akan bergerak dengan satu kelajuan yang dinamakan kelajuan segerak (Ns). Kelajuan segerak ini bergantung kepada bilangan kutub dan frekuensi bekalan. Ns = 120f (psm) P f = Frekuensi bekalan (Hz) P = Bilangan kutub N = Kelajuan segerak (psm)
9. 10.
Medan magnet berputar akan memotong jalur-jalur pengalir pada pemutar. D.g.e. yang akan terhasil apabila medan magnet berputar memotong jalur-jalur pengalir dan seterusnya menghasilkan medan magnet pada pemutar. Kedua-dua medan segerak dan pemutar akan bertindak di antara satu sama lain. Daya kilas permulaan untuk menggerakkan motor akan terhasil dari tindak balas medan magnet berputar dengan medan magnet pemutar.
Motor fasa belah mula Tinggi ketika bermula pemuat dan malar ketika kendalian
Motor fasa belah mula Tinggi ketika bermula pemuat, larian pemuat dan malar ketika kendalian
Rendah
Rendah
Motor kutub terteduh Rendah ketika bermula dan kendalian Motor segerak Rendah ketika bermula dan kendalian
Bahagian-bahagian Utama
1.
Pemegun Dari lapisan besi bertebat. Mempunyai lubang alur untuk memasukkan belitan.
Bahagian-bahagian Utama
2.
Pemutar Dari lapisan-lapisan besi bertebat. Mempunyai garisan-garisan pengalir yang disambung pada gelang hujung. Diletakkan pada aci.
Bahagian-bahagian Utama
3.
Suis empar Mempunyai sesentuh tetap dan bergerak. Bertindak dengan daya empar ketika motor mula berputar.
Bahagian-bahagian Utama
4.
Motor siri
Motor semesta
Motor Segerak
Kerosakan Motor
Bahagian
Suis empar
Kerosakan
Pegas tak berfungsi Sesentuh longgar Litar pintas Litar terbuka Tamatan longgar Pemuat bocor
Tanda-tanda kerosakan
Motor terus berkendali Motor tidak dapat berkendali Motor tidak dapat berkendali atau kelajuan rendah
Pemuat
Belitan
Motor tidak dapat berkendali kecuali dibantu Pemutus litar akan terpelantik Fius akan memutus
Prosedur Menggandingkan motor dan beban dengan sambungan mekanik yang betul. Memeriksa kekemasan dan kekutuban pengalir. Memasangkan penutup hujung aci. Melakukan sambungan mengikut rajah yang betul. Menguji keterusan sambungan. Menyambungkan bekalan kepada unit kawalan dan sistem motor.
Pembumian Semua kerja-kerja sambungan eektrik dan bahagian logam yang terdedah peru dibumikan untuk melindungi pengguna daripada terkena renjatan elektrik.
Perlindungan Mekanikal Bagi mengelakkan bahagian-bahagian cantuman dan gandingan dari tercabut dan melindungi pengguna daripada terkena bahagian yang berputar, ianya perlulah kukuh dan ditutup dengan penutup.
MOTOR AC 3 FASA
1. 2.
3.
Terbahagi kepada 3 jenis: Motor Aruhan Jenis Sangkar Tupai Motor Pemutar Berlilit Motor Segerak
Berasaskan penghasilan medan magnet berputar dan medan magnet pemutar. Penghasilan kedua-dua medan magnet ini adalah mengikut Hukum Lenz.
Apabila belitan pemegun dibekalkan dengan bekalan 3 fasa, medan magnet berputar akan terhasil dan akan berputar dalam satu kelajuan iaitu kelajuan segerak (Ns). Medan magnet berputar akan memotong jalurjalur pengalir pemutar. D.g.e akan terhasil dalam pengalir pemutar.
D.g.e yang terhasil menyebabkan berlakunya pengaliran arus dalam jalur-jalur pengalir pemutar dan seterusnya akan menghasilkan medan magnet pada pemutar. Tindak balas kedua-dua medan magnet ini akan menghasilkan daya kilas bagi menggerakkan pemutar.
Apabila belitan pemegun dibekalkan dengan bekalan 3 fasa, medan magnet berputar akan terhasil dan berputar dalam satu kelajuan yang dinamakan sebagai kelajuan segerak, (Ns). Medan magnet berputar akan memotong belitan pengalir pemutar. D.g.e akan terhasil dalam pengalir pemutar.
D.g.e yang terhasil menyebabkan berlakunya pengaliran arus dalam belitan pengalir pemutar. Nilai arus yang terhasil akan dikawal oleh perintang luar melalui gelang arus dan akan menentukan kekuatan medan magnet pada pemutar. Tindakbalas medan kedua-dua medan magnet ini akan menghasilkan daya kilas untuk menggerakkan pemutar.
Kelajuan Pemutar, (Nr) Kelajuan sebenar motor dalam keadaan beban penuh. Biasanya kurang 3% hingga 4% daripada kelajuan segerak dan dinyatakan dalam pusingan seminit (psm).
Gelinciran, (S) Perbezaan di antara kelajuan segerak dengan kelajuan pemutar dinyatakan dalam peratusan. Peratusan gelinciran bagi motor akan menentukan daya kilas permulaan dan kendalian.
Contoh 1: Sebuah motor AC 3 fasa 415 V/50 Hz mempunyai empat kutub. Hitungkan kelajuan segerak motor tersebut. Ns = 120f P = 120 x 50 4 = 1500 psm
Contoh 2: Sebuah motor aruhan 3 fasa 415 V/60 Hz mempunyai dua kutub berkendali pada kelajuan 3480 psm. Hitungkan peratus babas motor tersebut.
S = Ns Nr x 100% Ns Ns = 120f = 120 x 60 = 3600 psm P 2 S = 3600 3480 x 100% = 3.33% 3600
Contoh 3:
Sebuah motor aruhan jenis sangkar tupai 3 fasa 415 V/50 Hz mempunyai 6 kutub dan peratus babas 4%. Hitungkan kelajuan segerak dan kelajuan rotor. Ns = 120f = 120 x 50 = 1000 psm P 6 S = Ns Nr x 100% Ns 4 = 1000 Nr x 100% 1000 4 x 1000 = 1000 Nr Nr = 1000 [ (4 x 1000)/100] 100 = 1000 40 = 960 psm
Kerosakan Motor
1.
Terbalik fasa Punca sambungan bekalan 3 fasa yang tidak mengikut urutan fasa yang betul iaitu merah, kuning dan biru. Tanda kerosakan: putaran motor bertentangan dengan arah putaran yang diperlukan. Alat uji: meter urutan fasa Membaik pulih: tukar sambungan.
Kerosakan Motor
2.
Terbuka Berlaku pada belitan-belitan motor disebabkan oleh belitan putus, sambungan longgar atau belitan terbakar. Tanda kerosakan: motor tidak berkendali, jika salah satu belitan terbuka, motor akan berkendali tetapi mengeluarkan haba dan bunyi dengung. Alat uji: meter pelbagai dan pengujian penebatan Meger. Membaik pulih: sambung semula belitan atau melilit semula belitan.
Kerosakan Motor
3.
Pintas Kerosakan yang berlaku pada belitan-belitan motor disebabkan oleh kerosakan penebatan, salah sambungan tamatan atau belitan terbakar. Tanda kerosakan: motor tidak berkendali. Alat uji: meter pelbagai dan meter penguji penebatan. Membaik pulih: betulkan semula sambungan atau melilit semula belitan motor.
Kerosakan Motor
4.
Kebocoran Sentuhan terus belitan dengan rangka motor yang disebabkan oleh kerosakan penebatan. Tanda kerosakan: terdapat arus yang mengalir pada bahagian rangka motor atau pemutus litar bocor ke bumi terpelantik. Alat uji: meter pelbagai dan meter penguji penebatan. Membaik pulih: hidupkan semula pemutus litar bocor ke bumi atau melilit semula belitan motor.
Prosedur Gandingkan motor dan beban dengan sambungan mekanikal yang kukuh. Periksa kekemasan dan kekutuban pengalir. Pasangkan penutup hujung aci. Buat sambungan mengikut rajah dengan betul. Uji keterusan sambungan. Sambungkan bekalan kepada unit kawalan dan sistem motor.
Pembumian Semua kerja-kerja sambungan elektrik dan bahagian logam yang terdedah perlulah dibumikan dan dilindungi dengan pemutus litar. Kadar kepekaan pemutus litar bocor ke bumi mestilah berkadar 10mA.
Perlindungan mekanikal Bahagian-bahagian cantuman dan gandingan mestilah dibuat dengan kukuh, ditutup dengan penutup bagi mengelakkan kelonggaran atau terlucut dan terkena bahagian yang berputar.