Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
136Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Kajian semantik berkaitan leksikal

Kajian semantik berkaitan leksikal

Ratings:

4.5

(6)
|Views: 15,998|Likes:
Published by Napiesha

More info:

Published by: Napiesha on Feb 03, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
See More
See less

08/11/2013

 
1.0 Istilah Semantik 
Istilah semantik berasal dari sepatah kata Yunani kuno
sema
yang bermaksud ‘isyarat’.Seterusnya kata itu menerbitkan kata
 semainein
yang bermaksud ‘bererti’. Dari sinilah terbitnyaistilah
 semantik 
yang menamai satu bidang ilmu mengenai kaji atau analisa makna. Semantik ialah istilah yang merujuk kepada kajian makna dan oleh sebab makna itu adalah sebahagiandaripada bahasa, maka semantik juga menjadi sebahagian daripada linguistik. Dalam semantik terdapat skop-skop semantik yang tertentu. Menurut Palmer, Kompson & Katz semantik ialah “as the study of meaning in natural language”.Manakala SIL Glossary of Linguistic Term mentakrif semantik sebagai satu kajian maknayang berdasarkan ekspresi linguistik. Semantik merupakan satu bidang yang bukan sahajamengkaji makna sesuatu tetapi turut mencari bagaimana untuk menerangkan makna sesuatu.Semantik juga merupakan salah satu cabang linguistik yang mengkaji hubungan ujaran linguistik yang berbeza-beza seperti homonim, sinonim, antonim, polisemi, hipernim dan hiponim. Kajiansemantik juga melibatkan kajian peranan semantik, makna dan rujukan, syarat benar dan analisiswacana. Ilmu semantik mempunyai beberapa tahap perkembangan. Tahap permulaan ilmusemantik ialah semantik falsafah. Manakala tahap yang kedua ialah semantik linguistik.Dalam kajian ini, saya akan mengkaji tujuh leksikal bahasa Melayu. Dalam kajian ini juga, saya akan memberi tumpuan kepada proses penyempitan makna, peluasan makna,sintagmatik, paradigmatik, kolokasi, makna konteks, hubungan makna dengan kebudayaan danhipotesis Sapir Whorf. Manakala leksikal yang akan saya kaji ialah
dikahwinkan, saga, kancil, parut, pupuk, hulu, kait, bunga, mencanai dan pangsa.
2.0 Leksikal
dikahwinkan.
1
 
Proses yang pertama yang akan saya kaji ialah penyempitan makna. Proses ini berlaku apabilamakna bagi sesuatu kata terhad penggunaannya. Sebagai contohnya, pada masa dahulu leksikal
dikahwinkan
mempunyai
 
makna yang agak terhad iaitu kata kerja ini hanya boleh dipadankandengan manusia. Hal ini bermaksud pada masa dahulu, leksikal
dikahwinkan
tidak bolehdipadankan penggunaannya dengan perkara yang lain selain manusia. Hal ini dapat dibuktikanseperti dalam data yang saya perolehi dari
Malay Concordance Project 
di bawah:
MW 30:1. yang baik dan saat yang sejahtera, pada ketika itulah
dikahwinkan
anakanda baginda itu dengan
 seorang anak raja perempuan, ..
SM 121:22oleh Sultan Mansur Syah akan Raja Merlang Inderagiri
dikahwinkan
 baginda dengan
anakanda baginda Puteri Bakal 
, tiada diberiPerak 46:14....... kerajaan akan ganti baginda Raja Muda, maka
dikahwinkan
 baginda dengan
cucu Bendahara Seri Maharaja
, maka beranak .
Berdasarkan kepada data di atas, kita dapat lihat leksikal
dikahwinkan
hanyadigunakan untuk mengahwinkan manusia sahaja. Hal ini dapat dilihat kepada perkataan yangtelah dicondongkan. Tetapi pada masa kini, leksikal
dikahwinkan
tidak hanya terhad penggunaannya kepada manusia sahaja. Pada masa kini, leksikal
dikahwinkan
digunakan bukansahaja merujuk kepada manusia tetapi kepada tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Proses ini dikenalisebagai peluasan makna iaitu penggunaan kata ini telah menerima penyesuaian yang baru. Halini menyebabkan penggunaan leksikal ini tidak terhad kepada manusia sahaja. Perkara ini dapatdibuktikan seperti dalam data di bawah :
ZAINAB binti Jahsy enggan menerima lamaran Rasulullah untuk 
dikahwinkan
dengan
anak angkat baginda
, Zaid ibn Haritsah kerana ...... selepas
harimau
 bernama Puchong terbukti berbaka baik apabila
dikahwinkan
mendapat 30 anak.... bimbingan kaedah menanam
anak pokok belimbing 
yang sudah
dikahwinkan
katanya kepada Berita Harian ketika ditemui di rumahnya
, ...
2
 
Berdasarkan kepada data berikut, dapat dilihat penggunaan leksikal
dikahwinkan
bukansahaja merujuk kepada manusia sahaja tetapi kepada haiwan dan tumbuh-tumbuhan juga. Hal inidapat dilihat kepada perkataan yang telah dicondongkan iaitu,
anak angkat baginda
merujuk kepada manusia,
harimau
merujuk kepada haiwan dan
anak pokok belimbing 
merujuk kepadatumbuh-tumbuhan.Perkara yang seterusnya yang saya akan kaji ialah paradigmatik. Hubungan paradigmatik ialah keadaan apabila unit linguistik menjadi berhubungan melalui pertentangan atau penggantian dalam satu lingkungan tertentu dengan unit-unit yang serupa. Dalam hal ini,leksikal
dikahwinkan
boleh digantikan dengan leksikal
dinikahkan
,
disatukan
dan
diijabkabulkan
kerana kesemua kata ini mempunyai makna yang sama dan boleh berganti-gantian antara satu sama lain. Hal ini dapat dilihat seperti di bawah :Hanafi Mustafa
dikahwinkan
dengan gadis pilihan hatinya.
dinikahkandisatukandiijabkabulkan
Berdasarkan data di atas, leksikal
dikahwinkan
mempunyai hubungan paradigmatidengan leksikal
dinikahkan
,
disatukan
dan
diijabkabulkan.
Manakala hubungan sintagmatik ialah keadaan yang diperolehi oleh sesuatu unit linguistik kerana ia hadir bersama dengan unit-unit lain yang serupa. Hubungan sintagmatik ini dapat juga dilihat seperti contoh ayat di atas.Leksikal
dikahwinkan
mempunyai hubungan sintagmatik 
dengan gadis pilihan hatinya
. Hal inidapat dibuktikan seperti ayat di bawah :Hanafi Mustafa
dikahwinkan
dengan gadis pilihan hatinya. 
dikurniakandiarahkandijalankan
3

Activity (136)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 thousand reads
1 hundred reads
Cik Nurul Nadiah liked this
cuksam27 liked this
Fiza Nasir liked this
Fa Nia liked this
Azam Pillus liked this
Johnny Bee liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->