POSTUR SEMASA MENYANYI
1.Postur yang betul membolehkan seseorang itu menyanyi dengan baik.2.Postur yang betul membolehkan suara dikeluarkan dengan baik.3.Menarik nafas semasa menyanyi memberi sokongan yang berterusandalam penghasilan ton, dan4.Untuk membuat perangkaian dan ekspresi yang bermakna melaluipenghasilan ton
POSTUR BERDIRI YANG BETUL
1.
Kaki
:terbuka sedikit, sebelah kaki ke depan sedikit, berat badan kedepan sedikit dan tidak di atas tumit kaki.
2.
Lutut
:fleksibel, longgar dan tidak terkunci.
3.
Punggong
:ke depan sedikit.
4.
Abdomen
: rata, tetap, kedalam dengan selesa bukan kaku.
5.
Dada
:tinggi tetapi tidak tegang. Tidak bergerak ke atas dan kebawah ketika menarik nafas.
6.
Lengan
:jatuh dalam keadaan yang selesa. Jika memegang skor muzik, pegang ke hadapan agar dapat dilihat dengan jelas tanpamenundukkan kepala tetapi tangan tidak diangkat terlalu tinggi sepertiberkepak.
7.
Tangan
:Tidak menghalang. Lupakan kalau boleh tetapi janganmenyeluk saku atau letak dibelakang.
8.
Kepala
:Dagu lebih kurang sama aras dengan lantai, janganmenjenguk atau mendongak. Bayangkan anda seperti boneka yang bertali.Belakang kepala anda tersangkut pada tali tersebut segarisan dengan tulangbelakang anda dan tali itu tergantung dari siling.
POSTUR DUDUK
Secara konvensionalnya, perkara-perkara yang perlu diberi perhatian ketikamenyanyi dalam keadaan duduk adalah seperti berikut:
•
Bahagian badan hingga kepala - keadaannya sama seperti postur berdiri.