You are on page 1of 26

KATA ADJEKTIF

DEFINISI
• Kata adjektif ialah kata yang menjadi inti dalam frasa
adjektif.

• Menerangkan sifat atau keadaan sesuatu nama.

• Boleh diikuti atau didahului dengan kata bantu seprti


paling, amat, sungguh, sekali dan lain-lain.

• Terdiri daripada satu kata adjektif atau beberapa


perkataan yang ada kata adjektif.

• Unsur keterangan lain seperti kata bantu atau kata


penguat.
JENIS KATA ADJEKTIF:
• Kata adjektif sifatan atau keadaan
• Kata adjektif warna
• Kata adjektif ukuran
• Kata adjektif bentuk
• Kata adjektif waktu
• Kata adjektif jarak
• Kata adjektif cara
• Kata adjektif perasaan
• Kata adjektif pancaindera
KATA ADJEKTIF SIFATAN ATAU
KEADAAN
• Terdiri daripada perkataan yang memberi pengertian sifatan
atau keadaan sebagai unsur keterangan nama.

baik pandai takut


jahat lemah sihat
cerdik berani gopoh

Contoh penggunaan dalam ayat:


• Budak baik selalu dipuji.
• Orang itu berniat jahat terhadap projek kita.
• Anak guru itu amat cerdik.
• Pegawai tentera itu sungguh berani.
KATA ADJEKTIF WARNA
• Terdiri daripada perkataan yang memberi pengertian
warna sebagai unsur keterangan.

merah unggu
putih hijau
biru kuning

Contoh penggunaan dalam ayat:


• Baju merah itu kepunyaanku.
• Tubuhnya diselaputi kain putih.
• Warna biru kegemaran ibu.
• Warna pakaian seragam kami unggu.
KATA ADJEKTIF UKURAN
• Jenis perkataan yang memberi pengertian ukuran
sebagai unsur keterangan.

panjang rendah
pendek tebal
besar nipis

Contoh penggunaan dalam ayat:


• Jambatan panjang itu baru siap didirikan.
• Bilik kecil mudah diurus.
• Lukanya di balut dengan kain nipis.
KATA ADJEKTIF BENTUK
• Jenis perkataan yang memberi pengertian bentuk
yang berunsur keterangan.

bulat bengkok
bujur lurus
leper buncit

Contoh penggunaan dalam ayat:


• Bola ragbi berbentuk lonjong.
• Garis lurus menemukan dua titik.
• Tayar kempis itu segera ditukarnya.
• Jalan bengkok ke kota itu telah ditutup.
KATA ADJEKTIF WAKTU
• Jenis perkataan yanga memberi pengertian konsep
masa sebagai unsur keterangan.

lama lampau
segera lewat
suntuk awal

Contoh penggunaan dalam ayat:


• Ali ke kedai untuk membeli baju baru.
• Ketibaannya terlalu awal.
• Perjalanan bas ekpres sangat cepat.
• Usah dikenang waktu yang lampau.
KATA ADJEKTIF JARAK
• Jenis perkataan yang memberi pengertian ruang antara dua
benda atau keadaan sebagai penerang kata nama.

jauh hampir
dekat nyaris

Contoh penggunaan dalam ayat:


• Rumah itu sungguh jauh.
• Kedai itu paling dekat dengan sekolah.
• Dalam kemalangan, mereka nyaris menemui ajal.
KATA ADJEKTIF CARA
• Jenis perkataan yang memberi pengertian keadaan kelakuan
atau ragam sebagai penerang kata nama.

cepat lincah
deras gopoh
laju selalu

Contoh penggunaan dalam ayat:


• Pengaliran air sungai itu sangat deras.
• Orang lambat selalu rugi.
• Gerak-gerinya amat perlahan.
• Dia selalu gopoh dalam peperiksaan.
KATA ADJEKTIF PERASAAN
• Terdiri daripada perkataan yang memberi pengertian
konsep perasaan, sebagai penerang kata nama dan
diikuti oleh kata sendi nama.

rindu berani
benci ragu
suka kasih

Contoh penggunaan dalam ayat:


• Dia amat rindu akan emaknya.
• Gadis itu terlalu segan untuk bertanya.
• Haiwan pun sayang akan anak-anaknya.
KATA ADJEKTIF
PANCAINDERA
• Terdiri daripada perkataan yang memberi pengertian
konsep rasa, pandang, dengar, bau, sentuh atau
gabungan.

sedap masam
manis kelat
lazat lemak

Contoh penggunaan dalam ayat:


• Wajah perawan itu manis.
• Mereka akan menyediakan makanan lazat.
• Pisang muda kelat rasanya.
• Masakan itu terlalu masin.
PEMBENTUKAN KATA
ADJEKTIF
• Boleh terdiri daripada bentuk-bentuk
yang berikut:
ii) Kata adjektif tunggal
iii) Kata adjektif terbitan
iv) Kata adjektif ganda
v) Kata adjektif majmuk
a)Kata adjektif tunggal
• Terhasil daripada bentuk kata dasar:tanpa
gabungan dan bentuk imbuhan,tanpa
mengalami proses-proses lain seperti
penggandaan.

• Diguna dalam ayat sebagai penerang kata


nama,menerima sama ada kata bantu dan kata
penguat.contoh:-
warna kuning digemari oleh kakaknya.
tidur anak kami nyenyak benar.
b)Kata adjektif terbitan
• Terdiri daripada satu kata dasar yang menerima
imbuhan berbentuk imbuhan seperti awalan,apitan,
dan sisipan.
• Awalan kata adjektif
iii) Ter….(penjelasan keadaan perbandingan atau
keadaan paling)
-Ter + kecil = terkecil
-Ali pelajar yang terkecil dalam kelas itu.
vi) Se….(memberi pengertian sama)
-Se + tinggi = setinggi
-Kelulusannya tidak setinggi kelulusan adiknya.
c) Apitan Kata adjektif
• Apitan Kata adjektif
ii) Apitan Ke…-an
-menunjukkan suatu keadaan atau sifat
kata nama diterangkan.
-Kebaratan,Kearaban,Kecinaan,
Kemelayuan.
-Sifat Kemelayuannya begitu menonjol.
d)Sisipan kata adjektif
• Dibentuk melalui gabungan kata dasar
daripada jenis kata adjektif
-melibatkan empat jenis.Contoh em,el,er
i)Sisipan –em-
guruh = gemuruh
Tepukan daripada penyokongnya
begitu gemuruh.
i)Sisipan -el-
serak = selerak
Bilik selerak itu kepunyaan abangku.

ii)Sisipan –er-
godak = gerodak
Bunyi gerodak kedengaran apabila tabung itu
jatuh.

iii)Sisipan -in-
sinambungan
Sastera Melayu moden ialah sastera
sinambungan dari Indonesia.
e)Kata Adjektif Ganda
i) Penggandaan Penuh
-menggandakan kata adjektif tunggal untuk
memberikan makna keadaan sifat yang
menyeluruh.
besar-besar bijak-bijak
• Rumah di bandar itu besar-besar.
ii) Penggandaan Separa
-Penggandaan yang melibatkan sebahagian
daripada kata dasar diulang.
Contoh: Gila-gila takut-takutkan
• Pemuda itu berkelakuan gila-gilaan selepas
kematian tunangnya.
iii) Penggandaan berentak
-dihasilkan dengan menggandakan kata
dasar berdasarkan rentak bunyi dalam
kata dasar dengan makna penekanan
maksud pada kata dasar.
kacau-bilau kusut-masai
gilang-gemilang simpang-siur
• Pesta pada malam itu gilang-
gemilang.
f) Kata adjektif majmuk
• Terhasil daripada proses yang merangkaikan
dua kata dasar atau lebih yang membawa
makna tertentu.
Dieja terpisah

merah jambu
panjang tangan
ringan tulang
Kata Adjektif dalam
Bentuk Perbandingan
• Diguna untuk menyatakan tiga darjah perbandingan :-
i) Darjah biasa
ii)Darjah bandingan
iii)Darjah penghabisan

i)Darjah biasa
-Hidup keluarga itu sederhana.
-Malam ini bulan terang.
-Laut tenang ketika waktu pagi.
ii)Darjah bandingan
a)Bandingan yang sama
-Rumah Ali sebesar rumah Ahmad.
-Anak saya tidak setinggi anaknya.
-Gadis itu secantik puteri raja.

b)Bandingan yang berbeza


-Rumah Ali lebih besar daripada rumah
Ahmad.
-Gadis itu lebih cantik daripada kakaknya.
-Murid itu kurang pandai daripada murid ini.
iii)Darjah Penghabisan
a)Se+ kata adjektif +gandaan + kata nama
• sepandai-pandai tupai
• setinggi-tinggi gunung
• sekeras-keras batu
b)Ter+ kata adjektif
• terpandai
• tertinggi
• terbaik
c)Paling + kata adjektif
• paling pandai
• paling tinggi
d)Kata adjektif + sekali
• pandai sekali
• tinggi sekali
e)Ter + (amat sangat) + kata adjektif
• teramat pandai
• tersangat tinggi
f) (amat sungguh sangat) + kata adjektif
+sekali
• amat pandai sekali
• sungguh cergas sekali
• sangat merdu sekali
SEKIAN

You might also like