ialahkegiatanseksantara ahli-ahlikeluargayang rapat. Ia merupakan suatu pantang larangdalamkebanyakankebudayaan, baik pada masa lampau mahupun pada masa kini, termasuk juga dalam kebudayaan-kebudayaan yang lebih permisif terhadap perkara-perkara seksyang lain. Umpamanya, masyarakatMarquesasPolinesiaPerancissebelum dipengaruhiolehdunia Baratmembenarkankeseksualan kanak-kanak dan pengujikajian, tetapi tidak membenarkan sumbang muhrim.Pengertian yang tepat tentang istilah ini amat berbeza kerana kebudayaan-kebudayaanyang berbeza mempunyai tanggapan-tanggapan yang berbeza tentang apa yangdimaksudkan dengan "kegiatan seks" serta "ahli keluarga yang rapat". Sesetengahkebudayaan hanya mengambil kira mereka yang mempunyai hubungan melalui kelahiran,sedangkan yang lain termasuk mereka yang mempunyai pertalian melalui perkahwinanserta pengambilan anak angkat.Ada juganya kebudayaan yang melarang sebaranghubungan seksantara mereka yang dibesarkan dalamrumah tanggayang sama, manakalaada yang melarang hubungan seks antara orang-orang yang dibesarkan dalam rumahtangga yang berkait.Sumbang muhrim boleh berlaku antara saudara yang sama jantina mahupun berlainan jantina. Ia juga boleh berlaku antara saudara kandung, ibu bapa dengan anak-anaknya,serta antara saudara-saudara dewasa.Sumbang muhrim antara saudara yang rapat merupakan satu jenayahdalam kebanyakan bidang kuasa wilayah, termasuk kes-kes yang mendapat kesepersetujuan, walaupunsekali lagi apa yang dimaksud dengan istilah "rapat" berbeza-beza. Bagaimanapun, olehsebab sumbang muhrim merupakan suatu perbuatan perorangan yang dilakukan secarasulit, undang-undang sumbang muhrim merupakan sebuah undang-undang yang susahdikuatkuasakan. Terdapat banyak perbezaan antara negara-negara tentang keseriusan jenayah sumbang muhrim, dengan sebilangan negara sepertiAustraliamenganggapsumbang muhrim sebagai satu kesalahan berat yang bolehdidakwa, manakala negara-negara yang lain menganggapnya sebagai suatu jenayah kecil dengan hukuman yang jauhlebih ringan.
Penjelasan biologi dan sosial
Hubungan sumbang muhrim diketahui berpotensi tinggi menghasilkan keturunan yangsecara biologinya lemah, baik fizikal mahupun mental (cacat), atau bahkan berbahaya(membawa maut). Fenomena ini juga umum dikenal dalam duniahaiwandantumbuhansebagai pembiakbakaan dalam. Ini boleh terjadi akibat pengumpulanhomozigotatau gen-gen pembawa 'sifat lemah' dari kedua-dua induk pada satu individu (anak).Secara sosial, hubungan sumbang dapat disebabkan, antara lain, oleh ruangan dalamrumah yang tidak memungkinkan ibu bapa, anak, atau sesama saudara berpisah bilik.Hubungan sumbang antara orang tua dan anak dapat pula terjadi kerana keadaan psikososialyang kurang sihat pada individu yang terlibat.Hampir semua budaya tidak mentoleransi hubungan sumbang, kecuali beberapa budayalama yang mengecualikannya untuk untuk kepentingan-kepentingan tertentu, seperti politik atau kemurnian kaum. Semua agama besar dunia juga melarang hubungansumbang. Di dalam aturan agamaIslam(fiqh), misalnya, terdapat konsepmuhrimyangmengatur hubungan sosial di antara individu-individu yang masih sekerabat. Seseorangitu tidak diperkenankan menjalin hubungan percintaan atau perkawinan dengan ibu bapa,datuk atau nenek, saudara kandung, saudara tiri (bukansaudara angkat), saudara dari ibu bapa, anak saudara, sertacucu.
[sunting] Perbezaan antara sumbang muhrim denganpembiakbakaan dalam
Konsep-konsep "sumbang muhrim" dan " pembiakbakaan dalam" adalah tidak sama."Sumbang muhrim" merujuk kepada pantang larangkegiatan seksdari segi sosial antaraorang-orang perseorangan yang dianggap bersaudara terlalu rapat untuk berkahwin.Dengan kata yang lain, sumbang muhrim merupakan sepatah istilah sosial dankebudayaan. Sebaliknya, "pembiakbakaan dalam" merujuk kepada pembiakanantaraorang-orang perseorangan dengangenyang terlalu rapat, tanpa mengira kedudukan-kedudukan sosial mereka. Istilah ini ialah istilah saintifik dan bukannya istilah sosial ataukebudayaan.Dalam banyak masyarakat, takrif untuk "sumbang muhrim" dan "pembiakbakaan dalam"adalah sama. Umpamanya, hubungan seks antara orang-orang yang rapat gennyadianggap sebagai sumbang muhrim. Sebaliknya, dalam masyarakat-masyarakat yang lain,hubung kaitnya mungkin tidak sebegitu ketara. Banyak budaya menganggap hubunganseks antarasepupu selarisebagai sumbang muhrim, tetapi tidak hubungan seks antarasepupu silang, walaupun tahap hubungan genetik tidak berbeza. Selain itu, hubungan seksmungkin dianggap sebagai sumbang muhrim walaupun tidak terdapat sebarang hubungangenetik, umpamanya antara:
•
ibu bapa tiri dengan anak tirinya
•
seorang lelaki dengan kakak atau adik iparnya
•
seorang perempuan dengan abang atau adik iparnyawalaupun hubungan-hubungan tersebut tidak membabitkan sebarang risiko pembiakbakaan yang melebihi perkahwinan yang dibenarkan.
[sunting] Sumbang muhrim antara ibu bapa dengan anak
Sumbang muhrim antara ibu bapa dan anak mereka pada mana-mana satu umur boleh berlaku, baik antara jantina yang berbeza mahupun antara jantina yang sama.Banyak ahli-ahli sains,sosiologi, dan psikologi, serta pekerja sosialdan pegawai kerajaanyang lain telah mengkaji kesan sumbang muhrim ibu bapa dan mempertimbangkannyadaripada kedua-dua segi. Bagaimanapun, pendirian berat sebelah umumnya wujud dalam penyelidikan, bersama-sama dengan hubungan rapat antara para penyelidik dengan"mangsa-mangsa" yang menjejaskan keobjektifan penyelidikan mereka (umpamanya,Andrew Vachss, Ken Adams). Adanya perbezaan yang dramatik antara bilangan-bilangankes ketika ibu bapa "tiri" juga dianggap sebagai kes sumbang muhrim.Memandangkan dwisifat pantang larangdan sifat haram sumbang muhrim antara ibu bapa dengan anak mereka, serta fakta bahawa ia dilakukan dengan kanak-kanak yang bergantung kepada mereka, banyak kes tidak dilaporkan dalam statistik kerajaan rasmiyang hanya mengandungi matlumat yang diberikan secara rela.
Interaksi-interaksi sumbang muhrim sepersetujuan antara adik beradik yang berumur serupa kekadang berlaku, menurut sebuah kajian olehFloyd Martinsonyang mendapati bahawa antara 10-15% daripada pelajar kolej mempunyai pengalaman seks kanak-kanak dengan seorang saudara kandung. Pengalaman tersebut merupakan sejeniskeseksualankanak-kanak .Bagaimanapun, ketika terdapat perbezaan umur yang besar antara saudara-saudara kandung, dan ibu bapa tidak membekalkan keluarga berfungsi, dan/atau ketika paksaan atau perdayaan digunakan, sumbang muhrim saudara kandung bolehmengakibatkan kerosakan psikologi yang serius kepada saudara kandung yang lebihmuda, menurut penyelidik Richard Niolon. Sumbang muhrim saudara kandung boleh juga merosakkan atau memusnahkan sama sekali ikatan saudara kandung.
There was a problem sending you an sms. Check your phone number or try again later.
To get Scribd mobile enter your number and we'll send you a link to the Scribd app for iPhone & Android.We've sent a link to the Scribd app. If you didn't receive it, try again.