You are on page 1of 5

BAB 5 ARCA

Pengertian Arca Arca berasal dari bahasa latin , iaitu sculpere yang bermaksud satu proses mengukir, melarik, mencungkil dan mengores Arca merupakan satu hasil seni visual yang berbentuk 3 demensi dan mempunyai isipadu serta boleh dilihat dari pelbagai sudut (360 ) Arca menekankan unsur ruang dan bentuk Arca biasanya dihasilkan melalui bahan kayu,besi , logam, pasir plaster,batu dan bahan yang sesuai.

Sejarah Arca Sejarah arca mula diketahui apabila terjumpanya patung kecil Cycladic yang diukir di sebuah pulau di laut Aegean lebih kurang 4500 tahun lalu Pada masa itu, arca-arca dibina dalam bentuk figura manusia ( patung ). Persembahan dalam bentuk figura manusia ini berkaitan dengan sistem kepercayaan dan keagamaan pada masa itu. Misalnya, arca yang terkenal bertajuk The Laocoon (50 SM ) menunjukkan situasi dramatik:tiga orang lelaki dibelit ular. Gambaran ini menggambarkan satu kejadian atau sindiran terhadap masyarakat pada ketika itu Pada zaman kelahiran semula yang lebih dikenali sebagai zaman Renaissance,arcawan masih kuat dengan tradisi membentuk figura manusia. Antara arca yang terkenal pada zaman itu yang bertajuk David, dihasilkan dengan menggunakan bahan marmar oleh Michelangelo pada tahun 1501-1504 (tinggi 15 kaki 5 inci) Pada abab ke 20, para arcawan mula mengubah bentuk arca. Mereka lebih mementingkan penggunaan bahan dengan baik. Arcawan mula membina arca dalam benuk abstrak, misalnya arcawan British yang terkenal seperti Hendry Moore dan Alberto Giacometti. Perkembangan seni arca di Malaysia pada umumnya bermula dengan bentukbentuk yang berunsurkan magis untuk tujuan keagamaan. Misalnya, patungpatung orang asli kaum Jah Hud, di Pahang dan Mah Meri di Selangor mempunyai ciri-ciri seumpama itu Sekitar tahun 1960-an, pengkarya mula membina arca bentuk moden. Antaranya arcawan tempatan yang terkenal ialah Anthony Lau, Abdul Latif Mohidin, Syed Ahmad Jamal dan Lim Kian Seng. Padatahun 1968, Anthony Lautelah menghasilkan arca bertajuk rimba, sebuah media besisetinggi 75.5cm.

Jenis-Jenis Arca Arca Berfungsi Arca berfungsi adalah jenis yang terawal dibina oleh arcawan. Kebanyakkan arca ini hanyalah untuk upacara keagamaan dan kebudayaan. Misalnya arca (patung) kaum Jah Hud dan Mah Meri. Arca ini bukan sekadar dibina untuk tujuan estetika semata-mata, sebaliknya ia mempunyai kepentingan dalam masyarakat. Kini arca dpamerkan di kawasan yang sentiasa dikunjungi oleh orang ramaiseperti diruang legar, bulatan simpang empat, taman permaianan dan kawasan peranginan. Kebanyakkan arca ini berfungsi untuk menghiburkan pengunjung dan menyerikan tempat kunjungan itu. Antara arca yang berfungsi ialah Tugu negara. Arca Estetika Jenis ini amat popular. Terdapat arca yang berbentuk realis dan berimej abstrak Keperluan arca ini sekadar nilai keindahannya.oleh itu, seseorang memerlukan nilai-nilai intelek untuk memahaminya. Bentuk Pembinaan Arca Arca tambahan Pembinaan arca ini lazimnya daripada bahan-bahan lembut seperti tanah liat, lilin tuangan simen, plaster of paris dan bahan bahan rapuh. Tujuannya adalah untuk memudahkan arcawan membentuk, menambah dan mengurangkan bahan-bahan tersebut serta digunakan sebagai tempat tumpangan Bahan arca sebenarnya terdiri daripada bahan-bahan yang cair dan boleh dikeraskan seperti gangsa tuangan, simen dan sebagainya Arcawan membina arca dengan cara menambah, mencantumkan dan mengetuk. Cara ini dinamakan arca logam langsung. Arca ini lebih mudah dan tidak terlalu mahal kosnya. Adakalanya arcawan menggunakan dan mencantumkan bahan-bahan buangan seperti enjin buruk, jentera terpakai, roda basikal dan sebagainya untuk dijadikan sebuah arca yang menarik. Arca asemblaj Arca ini diperkenalkan oleh seorang arcawan terkenal, iaitu Joseph Cornell pada tahun 1950-an. Arca ini adalah cantuman bahan-bahan yang berbeza untuk membina satu reka bentuk 3 dimensi. Kebiasaannya diperbuat daripada bahan besi, logam, batu dan plaster of paris.

Arca Luakan Arca luakan boleh diertikan sebagai mengukir dan membuang mana-mana bahagian batu atau blok kayu yang tidak diperlukan hingga menjadi sebuah arca. Arca jenis ini memerlukan kemahiran memahat. Kerja memahat memerlukan jangka masa yang agak panjang kerana bahan-bahan yang diukir mungkin mempunyai struktur fizikal yang neutral sehingga mempengaruhi proses memahat. Raoul Hague merupakan seorang arcawan Amerika yang terkenal dengan ukiranukiran kayu yang besar. Arcanya yang bertajuk Sawkill Walnut (1955) memperlihatkan penggunaan bahan kayu dengan sebaik-baiknya. Bentuknya mengikut ira kayu. Rekahan kayu yang asal dibiar kekal supaya nampak seolaholah hasil sebuah gubahan. Di Malaysia , arca Mat Anuar Ismail yang bertajuk teleng (1986) menampakkan ciri-ciri yang sama seperti arca Raoul. Beliau begitu teliti menggunakan bahan. Arca Timbulan Arca timbulan dihasilkan dengan mencipta bentuk-bentuk tiga dimensi yang tersembul keluar daripada permukaan dua dimensi yang rata atau dipahat ke dalamnya. Arca jenis ini memberi kombinasi antara ciri-ciri catan dan arca. Contohnya ukiran kayu. Pada abad ke-20, persembahan arca ini banyak dipengaruhi oleh bentuk kiubisme. Arca Binaan Arca binaan dibuat dengan mencantumkan bahan-bahan seperti besi, batu, kayu dan sebagainya. Pembinaan keseluruhan arca ini adalah daripada bahan yang sama. Arca jenis ini dibina dengan struktur mekanisme yang tepat lagi sistematik. Arca Bergerak atau Mobail Arca bergerak pula berlainan daripada arca logam secara langsung. Arca ini dibahagikan kepada bahagian-bahagian yang dicantum pada sendi-sendi untuk membolehkan arca bergerak. Arca bergerak juga dikenali sebagai mobail. Arcawan yang mempelopori ialah Alexander Colder. Arca ini juga dinamakan seni kinetik Arca bergerak dengan keupayaan kinetik yang dipanggil stabail atau pepasang, juga digubah dalam bentuk baru oleh Jean Tinguely.

Arca Stabail Arca stabail berbeza dengan mobail kerana iai tidak berada di awangan. Karya Jean Tinguely yang bertajuk homege to New York: A Self- Constructing and Self-destroyingWork to Art (1960) terdiri daripada bahan-bahan seperti piano, jentera, bahagian jentera,belon cuaca, bunga api, dan sebagainya yang dicantumkan secara kasar seperti arca asemblaj tetapi boleh bergerak. Arca Dinding Arca dinding diperkenalkan oleh pelukis terkenal Malaysia iaitu Abdul Latif Mohidin Arca dinding adalah sebuah catan yang dihasilkan di atas permukaan kayu yang dibentuk khas. Arca Instalasi Arca ini adalah bentuk arca yang disusun dalam satu ruang yang besar. Instalasi sebenarnya adalah satu bentuk susunan daripada bentuk-bentuk arca yang memberi kesan ruang yang menarik. Arca Acuan Dibina dengan menggunakan bahan-bahan yang mudah cair dan dimasukkan ke dalam acuan atau mol. Arca ini menggunakan bahan seperti tanah liat, plaster of paris, simen, plastik tembaga atau logam yang boleh dicairkan. Arca Elektronik Arca yang menggunakan tenaga elektrik atau motor sebagai penjanaan arca elektronik. Arca ini telah popular di Eropah apabila revolusi industri berlaku. Alexander Calder telah memulakan penggunaan tenaga untuk mengerakkan arca. Dengan kemajuan elektronik dan komputer, ramai arcawan telah menggunakan unsur ini untuk mempamerkan arca ini. Arca Replika Arca replika ialah arca realisme yang menyerupai benda asal. Biasanya arca tersebut ada kaitan dengan kawasan tersebut dan dibina sebagai satu tarikan. Arca ini biasanya diletakkan dibulatan,atau sebagai mercu tanda sesuatu kawasan. Sifat arca ini adalah menyerupai objek asal.

PROSES MEMBUAT ARCA Pengolahan idea Idea yang dihasilkan akan menentukan bentuk arca serta bahan yang bersesuaian yang akan digunakan. Bentuk serta bahan yang dipilih akan diolah berdasarkan asas dan prinsip senireka yang dikenalpasti. Membuat model Model akan dibuat berdasarkan lakaran. Ia boleh dibuat dengan menggunakan kadbod, tanah liat, plaster of paris dan sebagainya. Model menjadi garis panduan berbentuk 3D dari pelbagai sudut pandangan kepada pengkarya dalam proses pembuatan.pemilihan juga perlu memastikan aspek kekukuhan, kestabilan, imbangan dan ketahanan. Membuat Arca Berdasarkan bentuk arca yang akan dihasilkan , bahan serta teknik-teknik yang bersesuaian digunakan. Contohnya bagi arca binaan daripada besi, teknik kimpalan adalah sesuai digunakan untuk emnyambung atau mencantumkan batnag-batang besi sekira saiznya kecil. Tetapi sekiranya bersaiz besar, teknik skru lebih sesuai digunakan untuk menyambung palang-palang besi. Kekemasan dan persembahan Penghasilan karya disudahi dengan mengecat, sepuhan, mengilap, menggunakan pewarna dan sebagainya. Kesemua ini dilakukan berdasarkan asa dan prinsip yang digunakan. Oleh yang demikian, sesuatu arca binaan daripada kayu sengaja tidak dilicinkan untuk menampakkan kesan jalinan hasil torehan pahat pada permukaan kayu.

You might also like