• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
 
 
PENGENALAN
Pendidikan merupakan aktiviti yang mempunyaiobjektif, rancangan dan organisasi untuk mendidikmurid-murid supaya menjadi insan yang berilmupengetahuan, berakhlak mulia dan menguasaikemahiran tertentu. Dalam masyarakat moden,pendidikan berperanan menyediakan ahli-ahlimasyarakat yang menghadapi cabaran kehidupandemi memberi sumbangan kepada pembangunanmasyarakat.
 
 
Usaha-usaha Memartabatkan Profesional Perguruan
.
Profesion perguruan atau bekerja sebagai guru adalah antara beberapa jenispekerjaan yang penting dalam proses pembangunan manusia, masyarakat dan negara.Profesion perguruan merupakan profesion paling utama di dalam proses penyerapan ilmupengetahuan kepada individu dan masyarakat. Dalam era globalisasi sekarang, perananguru menjadi semakin kompleks dan mencabar. Golongan guru hendaklah memastikanmartabat perguruan sentiasa dipertingkatkan dari masa ke semasa ke tahap yang lebihtinggi dan dihormati seterusnya dapat merealisasikan Misi Nasional seperti yang digariskanoleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia dalam Rancangan Malaysia Ke-9.Mengikut Kamus Dewan, ‘profesion’ ialah pekerjaan terutamanya yangmemerlukan pelajaran yang tinggi dan latihan yang khas misalnya dalam bidang undang-undang, senibina, perubatan, perakaunan dan lain-lain. ‘Cemerlang’ pula ialah bersinar (bercahaya) dengan terang, gilang-gemilang. Dari kedua-dua pengertian tersebut, iamemberi makna bahawa imej profesion perguruan sama ada tinggi atau rendah, jaya ataugagal dilihat dan dinilai oleh masyarakat dari sudut peribadi para guru dan hasilnya kepadagenerasi pelajar.Dalam usaha meningkatkan martabat profesion perguruan yang cemerlang, makapakatan bijak semua pihak hendaklah digerakkan sama ada secara langsung atau tidaklangsung. Pihak-pihak tersebut ialah kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran Malaysiaserta institusi-institusi yang berkaitan, guru, pelajar, anggota masyarakat , pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO), kesatuan-kesatuan guru dan pihak swasta.
 
 
Guru ialah mereka yang menyampaikan ilmu kepada anak bangsa supayamenjadi orang yang berguna kepada agama, masyarakat, bangsa dan negara. Ilmupengetahuan merupakan salah satu alat terpenting yang amat berkesan dalam kehidupanmanusia bagi mencapai kebahagian hidup, sama ada di dunia mahupun di akhirat.Seseorang Muslim dinilai dari segi ilmu, iman serta amalannya bagi mengukur sejauh manaketaqwaannya kepada Allah. Ia bukan dinilai dari segi keturunan, kedudukan, bangsa,kekayaan, rupa dan warna kulit. Allah telah meletakkan orang yang beriman dan berilmu ketahap yang paling tinggi, seperti yang ditegaskan oleh al-Quran.Bidang pendidikan sentiasa berkembang dan mengalami perubahan mengikuttuntutan zaman, perkembangan pesat percantuman pelbagai teknologi maklumat dankomunikasi seperti internet serta mendepani arus globalisasi, dunia telah membawa banyakcabaran kepada kita. Kita tidak dapat menyangkal betapa cepatnya ICT merubah duniapembelajaran, umpamanya muncul pembelajaran melalui
'online' 
. Para guru pada hari iniperlu bersikap produktif, proaktif dan responsif terhadap perkembangan kecanggihanteknologi yang telah banyak mengajar anak bangsa kita supaya menjadi satu bangsa yangmaju.Ilmu dan kemahiran dalam teknologi maklumat dan komunikasi yang dikuasai gurudapat digunakan sebagai pemangkin ke arah menghasilkan pendidikan yang cemerlang danberkualiti.
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...