You are on page 1of 11

LATIH TUBI TATABAHASA : SINONIM

SINONIM
Pilih perkataan yang sama maksud dengan perkataan yang bergaris. 1 Bunga mawar yang ditanam oleh emaknya di taman itu sedang mekar. A B C D 2 layu hidup kuncup kembang

Puan Hasnah merupakan seorang wanita yang tabah menghadapi dugaan. A B C D kuat berani gentar kasar

Ketika fajar menyinsing, kedengaran bunyi kicauan burung dan kokokan ayam dari desa itu. A B C D petang senja malam subuh

Hasnul tidak dapat tidur nyenyak semalam kerana diganggu nyamuk. A B C D leka lena mudah selesa

Kucing ialah binatang yang boleh melihat dengan terang pada waktu malam. A B C D sepi nyata jelas kabur

Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak

LATIH TUBI TATABAHASA : SINONIM

Pasar malam menjadi sunyi apabila malam semakin larut. A B C D riuh hiba tenang lengang

Keluarga Khalidi memberi dorongan kepadanya untuk berjaya. A B C D sumbangan cadangan hasutan galakan

Encik Jamali menunaikan amanat datuk dengan sebaik-baiknya. A B C D wasiat arahan utusan siasatan

Mak Cik Zainab memukul ular yang melulur anak ayamnya petang semalam. A B C D menelan mematuk memakan memagut

10

Adik Suhaila fasih berbahasa Inggeris sejak dia berumur sepuluh tahun. A B C D laju yakin tegas petah

Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak

LATIH TUBI TATABAHASA : SINONIM

11

Puan Zaiton amat risau akan penyakit yang dihidapi oleh anaknya. A B C D takut sedih khuatir hampa

12

Encik Hamidi menyampaikan pendapatnya dengan suara yang lantang dalam mesyuarat itu. A B C D kuat ragu cepat hebat

13

Cik Salina sedang menanam pokok bunga di halaman rumahnya. A B C D anjung perkarangan belakang serambi

14

Ayah mengherdik adik kerana bermain di tempat kotor. A B C D memujuk mengusir membentak menyanjung

15

Ruhainie berasa hampa apabila permohonannya memasuki universiti ditolak. A B C D malu sedih kecewa terkilan

Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak

LATIH TUBI TATABAHASA : SINONIM

16

Loganathan membantai kucing hitam itu dengan sebatang penyapu. A B C D menghentak memukul mengetuk menghentam

17

Tolong alihkan kerusi plastik itu ke tepi, kata Siew Teng kepada adiknya. A B C D tukarkan gantikan ubahkan buangkan

18

Encik Abdullah sekeluarga akan berhijrah ke Sabah pada bulan hadapan. A B C D beralih berpindah bertandang berangkat

19

Saya sering makan di restoran itu kerana masakannya sedap belaka. A B C D selalu jarang kadang-kadang sesekali

20

Kami menikmati panorama indah di Pulau Tioman itu ketika berkunjung ke sana pada hujung tahun lepas. A B C D mendapati menggemari menghayati mengingati

Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak

LATIH TUBI TATABAHASA : SINONIM

21

Tok Wan sedang mengutip buah-buah durian yang gugur malam tadi. A B C D menghimpun melonggok menyimpan memungut

22

Air Sungai Kerian telah mencecah ke paras bahaya, kata ketua kampung. A B C D tiba tepat dekat sampai

23

Kalau tiada aral, saya akan ke rumah Pak Long minggu depan, kata Fauzan. A B C D urusan halangan sekatan bantahan

24

Mohd Kamal terus turun ke tanah dan menuntun neneknya ke tangga dapur. A B C D menghela memimpin mengheret memegang

25

Walaupun Shafizan seorang murid yang pandai tetapi dia tidak sombong. A B C D cerdik cantik rajin berjaya

Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak

LATIH TUBI TATABAHASA : SINONIM

26

Bas yang membawa tiga puluh penumpang itu terjunam ke dalam gaung sedalam tiga puluh meter. A B C D terlajak terjatuh tergelincir terperosok

27

Semenjak saya berkawan dengan Basariah, dia tidak pernah bercakap bohong walau sekalipun. A B C D berteman bersahabat berkenalan bersama

28

Majlis suai kenal pelatih kolej kejururawatan itu diadakan dengan pelbagai acara pentas yang menarik. A B C D petugas pengawal pegawai penuntut

29

Buah-buahan tempatan memang banyak khasiatnya, kata ayah. A B C D tempahan setempat negara kita negara luar

30

Fikirlah dahulu sebelum membuat sebarang keputusan, nasihat Puan Hasiah kepada anaknya. A B C D tuntutan tindakan kesilapan keinsafan

Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak

LATIH TUBI TATABAHASA : SINONIM

31

Lampu-lampu di rumah besar itu masih bernyala walaupun hari telah meninggi. A B C D marak berapi terpancar terpasang

32

Pandangan yang kamu kemukakan akan dipertimbangkan. A B C D kasikan laporkan usulkan jelaskan

33

Kereta Naza Citra itu kepunyaan Cikgu Yusof, kata Dang Suria kepada kawan-kawannya. A B C D milik harta keinginan kenderaan

34

Murid-murid Kelas Empat Kenanga yang keracunan makanan itu segera dikejarkan ke hospital. A B C D dibawa dilarikan dipindahkan dikuarantinkan

35

Keris Taming Sari yang menjadi lagenda sejak turun-temurun itu akan dipamerkan di Muzium Negara minggu hadapan. A B C D petanda kisah riwayat keagungan

Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak

LATIH TUBI TATABAHASA : SINONIM

36

Cis, membujur lalu melintang patah, alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan! teriak Datuk Paduka Raja dengan lantangnya. A B C D tangis laung raung jerit

37

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga, kata Inspektor Rashid. A B C D tamatnya tempatnya kesudahannya kemudiannya

38

Rakyat Malaysia yang berbagai-bagai bangsa hidup dalam suasana yang harmoni dan saling membantu. A B C D berkira berbilang bermasyarakat berkaum-kaum

39

Doktor Laili tidak pernah mementingkan diri sendiri. Beliau sentiasa menghulurkan bantuan dan pertolongan kepada orang yang memerlukan. A B C D memikirkan mengutamakan mengorbankan menghambakan

40

Fikirannya semakin bercelaru sejak kegagalannya mempertahankan jawatan Pengarah Besar di syarikat itu. A B C D haru-biru tunggang-langgang kusut-masai kacau-bilau

Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak

LATIH TUBI TATABAHASA : SINONIM

41

Hujan lebat yang turun sejak semalam telah menenggelamkan beberapa buah kampung di daerah itu. A B C D kelmarin hari ini esok lusa

42

Sempadan antara Malaysia dan Thailand dikawal rapi oleh tentera kedua-dua buah negara. A B C D selia kemas ketat baik

43

Guru kelas Empat Jaya telah mengumumkan keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun. A B C D menyampaikan mengisytiharkan menyatakan melaksanakan

44

Persekitaran Tanah Tinggi Cameron sungguh indah dan menarik perhatian pelancong. A B C D cantik lawa megah gagah

45

Ikan paus ialah sejenis mamalia yang hidup di dalam laut. A B C D tinggal berada bernafas berkeluarga

Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak

LATIH TUBI TATABAHASA : SINONIM

46

Pelancong asing yang menyewa di bilik hotel itu telah pulang ke negaranya. A B C D pelawat penjawat pedagang pendatang

47

Menara Berkembar Petronas yang tinggi mencecah awan itu menjadi tarikan pengunjung ke bandar raya Kuala Lumpur. A B C D mencapai menggapai mengawan menggunung

48

Artis yang sedang membuat persembahan di atas pentas itu adalah rakan lama saya. A B C D mendirikan melakukan mengadakan menjalankan

49

Pihak polis mengedar poster kepada semua pengguna lebuh raya sempena Kempen Keselamatan Jalanraya. A B C D memberi menghulur mengepos menghantar

50

Sebuah jejambat akan dibina di persimpangan itu kerana lalu-lintas di situ semakin sibuk. A B C D kalut sesak sumbat penuh

Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak

LATIH TUBI TATABAHASA : SINONIM

JAWAPAN SINONIM

No. Soalan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25

Abjad D A D B C D D A A D C A B C C B C B A C D D B B A

Jawapan kembang kuat subuh lena jelas lengang galakan wasiat menelan petah khuatir kuat perkarangan menengking kecewa memukul ubahkan berpindah selalu menghayati memungut sampai halangan memimpin cerdik

No. Soalan 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 36 37 38 39 40 41 42 43 44 45 46 47 48 49 50

Abjad B B D C B D C A A D D C B B D A C B A A A B C A B

Jawapan terjatuh bersahabat penuntut negara kita tindakan terpasang usulkan milik dibawa keagungan jerit kesudahannya berbilang mengutamakan kacau-bilau kelmarin ketat mengisytiharkan cantik tinggal pelawat menggapai mengadakan memberi sesak

Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak

You might also like