You are on page 1of 21

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU

EDU 3109 GURU DAN CABARAN SEMASA

Nama Pelajar: MOHD RUSLEE BIN MOHD SALLEH

PGSR (BM) 2008/2012 Pensyarah: HAJI NIK DAUD BIN YUNUS

Jabatan Ilmu Pendidikan Tarikh hantar: 10 Disember 2012

Pengenalan

Definisi Integrasi Nasional

Dari segi definisi Integrasi adalah satu proses yang menyatupadukan pelbagai kelompok dalam masyarakat melalui satu indentiti bersama. Bagi negara yang berbilang bangsa, proses ini merupakan satu matlamat utama yang diusahakan agar berjaya. Kejayaan Malaysia mengekalkan keamanan dalam tempoh yang lama dengan rakyat berbilang bangsa dan kepercayaan adalah satu contoh contoh kejayaan proses integrasi. Manakala perpaduan pula adalah proses menyatukan pelbagai bangsa dalam sesebuah negara supaya mempunyai hasrat dan cita-cita yang sama tentang negaranya. Perpaduan rakyat Malaysia adalah satu perkara penting yang perlu diberi perhatian dalam proses pembangunan negara. Selain daripada aspek ekonomi, politik, perpaduan juga merupakan agenda penting dalam kemajuaan sesebuah negara. Relatifnya, ekonomi dan politik yang stabil akan memberi sumbangan yang besar dalam proses perpaduan. Di Malaysia, kerajaan telah melaksanakan berbagai-bagai usaha untuk mencapai matlamat perpaduan. Antaranya; (a) pembentukan sosioekonomi yang membolehkan semua kaum dan etnik turut serta dalam proses pembangunan negara. (b) Penyusunan semula masyarakat melalui Dasar Ekonomi Baru iaitu dengan memberi fokus kepada membasmi kemiskinan berasaskan kaum. (c) Penglibatan golongan miskin dalam pelbagai corak pembangunan ekonomi dengan menubuhkan beberapa agensi yang berkaitan seperti MARA, FELDA, UDA dan sebagainya. (d) Sistem pendidikan digunalan sebagai medium utama pembentukan perpaduan dengan menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan di Malaysia di semua peringkat pengajian dari pendidikan rendah, menengah rendah, menengah atas, dan pengajian tinggi.
2

Definisi Perpaduan Kaum

Perpaduan ialah satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara keseluruhannya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan bersama di kalangan mereka. Perpaduan memainkan peranan penting dalam memacu kestabilan dan kemajuan negara. Sejak merdeka lagi, kerajaan telah memupuk semangat perpaduan dalam memakmurkan negara kita. Pelbagai dasar telah dijalankan untuk mencapai proses perpaduan ini. Tanpa perpaduan, kemajuan negara yang ingin dicapai untuk Wawasan 2020 tidak mungkin akan menjadi kenyataan kerana kerjasama diperlukan untuk menjana kemajuan.

DASAR-DASAR KERAJAAN DALAM MEMBENTUK PERPADUAN (a) Dasar Pendidikan diterapkan melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

(b) Akta Bahasa Kebangsaan melalui Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. (c) (d) Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Sukan Alat Perpaduan.

Dasar Pendidikan: Sistem pendidikan yang berbeza.

Punca Masalah Perpaduan Jika kita lihat pada zaman British dahulu, sistem pendidikan kita berpandukan dasar pendidikan British pada abad ke-19. Sistem ini hanya dijalankan di Negeri-negeri Selat (Melaka, Pulau Pinang & Singapura). Negara kita dahulu terikat dengan pendidikan yang dijalankan oleh penjajah iaitu British yang mementingkan pendidikan untuk kepentingan mereka sendiri.

Pada zaman itu, pihak British memberi keutamaan kepada pelajaran Melayu dan Inggeris. Pendidikan untuk orang Melayu diberikan untuk diberi jawatan rendah kerajaan sama ada sebagai kerani atau guru. Pendidikan Cina dan Tamil dibiarkan berkembang secara sendirian. Pendidikan ini dikenali sebagai pendidikan vernakular. Pendidikan kaum Cina menggunakan bahasa Mandarin sebagai bahasa pengantar, gurunya dan buku teks didatangkan dari China. Mereka mempunyai sistem pendidikan yang tersendiri. Pendidikan kaum India menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar di sekolah. Kebanyakan sekolah Tamil ini terletak di kawasan ladang getah atau kopi. Sekolah Inggeris pula dianggap sistem persekolahan yang unggul pada zaman penjajahan British. Sekolah ini terdedah dengan budaya pemikiran Barat. Tambahan pula, sukatan pembelajaran pelajaran juga tidak sama dengan sistem pendidikan sekolah lain menyebabkan perpecahan perpaduan kaum berlaku. Jelas sekali bahawa British sengaja mengasingkan sistem pendidikan antara semua kaum supaya perpaduan kaum tidak berlaku. Jika perpaduan kaum berlaku, akan wujud kesedaran berpolitik antara kaum dan sekali gus menggugat penjajahan British di Tanah Melayu. Pihak Inggeris tidak memberatkan objektif perpaduan dalam sistem pelajarannya. Tidak ada satu dasar pendidikan kebangsaan sepertimana yang kita lihat hari ini. Yang penting bagi mereka ialah memberi pelajaran kepada segolongan rakyat untuk membolehkan sebahagian mereka memenuhi keperluan tenaga dan ekonomi. Kesimpulannya, perbezaan sistem pendidikan menyebabkan perpaduan kaum sukar wujud suatu ketika dahulu.

DASAR PENDIDIKAN: PENENTU PERPADUAN KAUM. Dasar pendidikan kerajaan yang mentadbir penting dalam membentuk perpaduan kaum di negara kita. Bermula dengan Laporan Barnes ketika zaman penjajahan British dahulu sehinggalah ke Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dijalankan kini. Berikut telah saya sediakan kronologi dasar-dasar pendidikan kerajaan sejak dahulu: Pada peringkat permulaan, kerajaan British telah memperkenalkan Laporan Barnes pada 1950 sebelum negara ini ingin mencapai kemerdekaan. Tujuannya ialah supaya Tanah Melayu boleh berkerajaan sendiri dengan perpaduan kaum yang berlaku. Tambahan pula, tentangan kuat komunis pada masa itu menyebabkan British khuatir kaum-kaum di negara ini akan terpengaruh dengan komunis sekali gus menyebabkan huru-hara. Laporan Barnes mencadangkan bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar pada peringkat sekolah rendah serta bahasa Inggeris pada peringkat sekolah menengah & peringkat yang lebih tinggi. Cadangan ini diharapkan dapat merapatkan jurang komunikasi antara kaum serta merapatkan hubungan mereka. Masyarakat Cina menentang cadangan ini kerana dikatakan menggugat bahasa ibunda mereka. Masyarakat Cina mencadangkan Laporan Fenn-Wu supaya sekolah vernakular Cina dikekalkan walaupun mereka bersetuju dengan sistem pendidikan kebangsaan. Ordinan Pelajaran 1952 kemudiannya diperkenalkan dengan mengambil kira kedua-dua laporan di atas. Walau bagaimanapun, ordinan ini tak dapat dijalankan kerana tentangan masyarakat Cina & India, kekurangan kewangan & ancaman komunis. Selepas itu, kerajaan yang dipelopori penduduk Tanah Melayu, Parti Perikatan telah memperkenalkan Penyata Razak 1956 dengan mengemukakan sistem persekolahan yang sama & penyeragaman kurikulum yang bercorak kebangsaan. Penyata ini bertujuan menyuburkan semangat perpaduan kaum.

Kemudian, Laporan Rahman Talib diperkenalkan yang menekankan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan & ia menjadi Akta Pelajaran 1961. Jawatankuasa Kabinet telah mengkaji keberkesanan sistem pendidikan serta mempertingkatkan kualitinya dengan pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) & Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Jika kita lihat pada sistem pendidikan kini, kerajaan telah melaksanakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjadi pelengkap kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan. Dasar ini penting dalam memupuk perpaduan kaum & integrasi nasional.

Bagaimana Pendidikan Dapat Menyemai Perpaduan ? Persoalan besar yang dihadapi para pemimpin dan pendidik selepas Perang Dunia Kedua ialah mencari formula untuk melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatu padu, iaitu masyarakat majmuk yang mempunyai keazaman, kesanggupan dan kesediaan untuk hidup bersama dengan rukun dan damai serta mempunyai kesedaran, keperibadian dan nilai-nilai sebagai rakyat Malaysia. Satu cara yang penting untuk mewujudkan perpaduan di dalam sesebuah negara ialah menerusi pendidikan. Dalam konteks Malaysia, hakikat bahawa pendidikan merupakan faktor unggul dalam membina kerakyatan yang tunggal telah lama disedari. Berikut merupakan cara bagaimana sistem pendidikan boleh membentuk perpaduan: (a) Sistem persekolahan yang sama bagi semua Pada asasnya Laporan Razak mencadangkan penubuhan sekolah-sekolah umum yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantarnya dan sekolah-sekolah jenis umum menggunakan bahasa pengantar Cina, Tamil dan Inggeris. Kepentingan Bahasa Melayu sebagai bahasa untuk perpaduan jelas dinyatakan. Laporan ini telah menjadi rujukan sebagai dasar pendidikan

kerajaan sehingga kini dan Bahasa Melayu telah menjadi bahasa pengantar di semua peringkat sekolah. (b) Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama. Cara paling penting untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di Malaysia ialah melalui penggunaan bahasa kebangsaan. Penggunaan satu bahasa perhubungan dan persefahaman di antara satu kaum dengan yang lain dapat diwujudkan tanpa menimbulkan rasa curiga. Langkah ini

mempercepatkan lagi perpaduan dan rasa harmoni antara kaum di negara ini. (c) Kurikulum yang sama Kurikulum ialah satu rancangan pendidikan yang terkandung di dalamnya segala ilmu pengetahuan serta kemahiran, nilai-nilai dan norma, unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan yang telah menjadi pilihan masyarakat untuk diperturunkan kepada ahli-ahlinya. Peranan kurikulum dalam pendidikan adalah untuk membina perkembangan pelajar yang lengkap dari segi jasmani, rohani, akal dan emosi. Dalam konteks negara Malaysia, kurikulum juga berperanan untuk melahirkan rakyat yang mendukung cita-cita negara dalam mewujudkan perpaduan yang berpandukan Rukun Negara di samping menghasilkan tenaga rakyat yang terlatih untuk keperluan negara (modal insan). (d) Sukatan pelajaran yang seragam Sukatan pelajaran yang sama isi kandungannya yang disyorkan oleh Penyata Razak adalah dianggap sebagai salah satu asas sistem pelajaran kebangsaan bagi mewujudkan perpaduan negara. Mata pelajaran Sejarah memainkan peranan penting ke arah matlamat pembangunan. Melalui pelajaran Sejarah diharapkan dapat membina semangat perpaduan dan perasaan hormat menghormati terutama dalam masyarakat yang berbilang kaum, agama dan adat resam. Sukatan pelajaran yang seragam membolehkan pandangan dunia (world view) setiap kaum di Malaysia hampir sama dan tidak mewujudkan perselisihan dalam persefahaman.

(e) Peperiksaan yang seragam Rancangan kerajaan untuk menyeragamkan kurikulum di sekolah-sekolah telah diperkukuhkan lagi dengan mewujudkan satu sistem peperiksaan yang seragam. Dengan adanya sukatan pelajaran dan peperiksaan yang seragam, pelajaran para pelajar tidaklah terganggu apabila terpaksa berpindah sekolah. Langkah ini boleh menolong proses menyatupadukan pelajar berbilang kaum di samping mewujudkan keperibadian yang sama. Jika kita lihat sekarang, dasar pendidikan yang dijalankan kerajaan kini menampakkan hasilnya. Oleh itu, ditekankan bahawa pendidikan menjadi alat membentuk perpaduan kaum. Belajar dan kajilah sejarah untuk mendapatkan manfaat berguna untuk meningkatkan kualiti hidup kita. Kita sepatutnya mencontohi Dr. Mahathir Mohamad yang rajin membaca dan mengkaji bahan sejarah serta berjaya menaikkan nama Malaysia di persada dunia dengan kekuatan pembacaannya.

AKTA BAHASA KEBANGSAAN- Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Akta ini diluluskan pada tahun 1967. Akta ini memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam

perlembagaan & menjadi jaminan kepada perpaduan rakyat Malaysia. Pada tahun 1982, bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar di sekolah dan menjadi bahasa yang digunakan di mahkamah pada 1990. Akta ini mewujudkan penggunaan satu bahasa perhubungan dan

persefahaman di antara satu kaum dengan yang lain tanpa menimbulkan rasa curiga.

DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN Dasar ini menjadi panduan pembentukan & pengekalan identiti rakyat Malaysia.Objektif dasar ini dijalankan adalah untuk mengukuhkan perpaduan melalui kebudayaan. Sebagai contoh, kerajaan telah menjalankan perarakan
8

Citrawarna Malaysia pada tahun 2001 yang menyaksikan persembahan pelbagai budaya kaum masing-masing. Selain itu, tujuannya juga ialah memelihara keperibadian kebangsaan & meningkatkan kualiti kehidupan rakyat Malaysia.

Sukan Alat Perpaduan Dasar ini bertujuan untuk menyemarakkan semangat patriotik rakyat. Majlis Sukan-Sukan Malaysia (MSSM) yang ditubuhkan pada peringkat sekolah dan Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) adalah contoh dasar ini. Ia mengeratkan perpaduan kaum dan hubungan antara negeri. Jika kita lihat sekarang ini, Sukan Olimpik Beijing yang berlangsung telah menyemarakkan semangat patriotik rakyat negara kita. Pelbagai kaum bersatu padu memberi sokongan dan dorongan untuk membolehkan Malaysia mendapat pingat. Bagi mencapai status negara maju, perpaduan menjadi tunjangya dan dingatkan bahawa perpaduan teras kemajuan negara.

PROGRAM INTERNSHIP

PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM SEKOLAH KEBANGSAAN TEBING TINGGI 2012 Program ini telah dilaksanakan di sekolah saya pada 11 Oktober 2012 yang lalu. Seramai 120 orang murid tahap dua terlibat di dalam program perkhemahan ini. Untuk memastikan program ini berjalan lancar, pihak sekolah telah mengadakan beberapa siri mesyuarat dan perjumpaan. Melalui mesyuarat dan perjumpaan yang diadakan itu, kami telah berbincang dan melakukan pembahagian tugas. Tujuannya ialah supaya program perkhemahan nanti yang melibatkan bilangan peserta yang ramai tidak akan menghadapi sebarang masalah. Di antara perkara-perkara utama yang telah dibincangkan ialah perbelanjaan, persiapan tempat, peralatan diperlukan, pengisisan aktiviti yang, keselamatan dan makan minum peserta. Melalui kata sepakat di kalangan guru, kami telah berjaya melakukan pembahagian tugas yang harus dilakukan pada hari perkhemahan sebenar nanti. Dengan adanya semangat kerja berpasukan di kalangan guru di Sekolah Kebangsaan Tebing Tinggi, makan akhirnya pada 11 Oktober 2012 program itu berjaya diadakan bermula pada jam 4.00 petang.

Gambar 1: Guru-guru bergotong-royong menyiapkan khemah


10

Melalui aktiviti ini jelas menunjukkan semangat kerjasama dan bekerja secara berpasukan tersemat di hati para guru yang mengajar di sekolah ini. Bukan setakat guru, kakitangan sekolah termasuk kerani, tukang sapu dan jaga sekolah turut bertungkus lumus memerah keringat masing-masing.Mereka sanggup mengorbankan masa rehat waktu petang bersama keluarga masingmasing semata-mata untuk menjayakan program yang akan diadakan di sekolah demi untuk faedah murid-murid yang menyertai perkhemahan.

Gambar 2: Semangat kerjasama di kalangan murid Mendirikan khemah serentak dalam kuantiti yang banyak memerlukan semangat kerjasama secara berpasukan. Adalah mustahil untuk mendirikan khemah secara perseorangan. Melalui aktiviti perkhemahan bersepadu ini saya dapat menyaksikan bagaimana semua perserta perkhemahan kelihatan begitu bersemangat bekerja untuk menyiapkan khemah pasukan masing-masing. Semoga semangat seumpama ini akan terus diamalkan ketika mereka berada dalam masyarakat setempat yang mungkin terdiri daripada berbilang kaum terutamanya ketika dewasa nanti. Semuanya ini merupakan satu permulaan untuk memantapkan perpaduan dan integrasi kaum di kalangan rakyat di negara ini.
11

Gambar 3: Pengembaraan penuh cabaran. Untuk memastikan setiap rakyat Malaysia sedia menghadapi cabaran sukar, maka program yang yang dijalankan ini telah dapat melatih murid-murid merasai sendiri kesukaran yang seperti cabaran memanjat tebing licin yang curam. Namun melalui konsep tolong-menolong , bantu-membantu dan kata sepakat perkara yang sukar akan dapat dihadapi. Adalah diharapkan apabila dewasa nanti mereka akan turut mengamalkan nilai murni ini demi untuk kesejahteraan masyarakat setempat demi memantapkan integrasi antara kaum. Melalui penglibatan pelbagai kaum di dalam perkara seumpama ini, maka saya berpendapat bahawa rakyat di negara ini akan mempunyai perasaan muhibbah yang tinggi walaupun berlainan agama dan kaum.

12

Gambar 4: Sabar dalam menunggu giliran

Melalui program perkhemahan ini juga murid-murid disemai dengan sikap penyabar. Memandangkan bilangan peserta perkhemahan yang agak ramai, murid perlu melakukan sesuatu secara perlahan-lahan disebabkan kemudahan yang terhad. Sebagai contohnya mereka perlu bersabar menunggu giliran mengambil makanan. Setelah semua telah duduk di meja, doa dibaca dan mereka makan beramai-ramai. Sikap sabar juga amat penting disemai di peringkat kanak-kanak lagi agar apabila dewasa nanti mereka dapat mengamalkannya ketika berada di dalam masyarakat yang berbilang kaum. Sekiranya tiada sikap sabar di dalam diri seseorang, maka sudah pasti akan mudah berlaku keadaan yang tidak tenteram. Hilangnya sifat sabar dalam diri seseorang akan menyebabkan hidupnya berdepan dengan masalah. Sebagai contohnya

13

Gambar 5: Menghormati pemimpin

Melalui aktiviti keagamaan yang diadakan pada malam Jumaat pula, murid-murid dilatih berkumpul beramai-ramai.Mereka dikehendaki mengikut nasihat dan arahan yang diberikan oleh guru pembimbing. Mereka dikehendaki duduk dalam keadaan senyap dan mendengar amanat yang diberi oleh seorang ustaz. Perkara seumpama ini sememangnya penting untuk tujuan integrasi nasional di mana setiap orang dikehendaki menurut arahan yang dikeluarkan oleh ketua atau pemerintah. Kegagalan menurut perintah ketua hanya akan mendatangkan kepada sesuatu organisasi yang disertai.

14

Gambar 6 :Bergotong-royong BBQ Penglibatan masyarakat setempat di dalam program yang dijalankan ini juga telah menyuburkan semangat perpaduan di kalangan warga sekolah dengan penduduk tempatan. Ketika BBQ diadakan di kawasan perkhemahan ini, para ibu bapa, pekerja sekolah, kakitangan sekolah dan guru didapati berpeluang bertemu secara tidak formal. Mereka berpeluang untuk kenalmengenal di antara satu sama lain ketika sama-sama membakar daging kambing untuk dinikmati bersama. Saya dapati aktiviti ini dapat

menyemarakkan perasaan muhibbah di kalangan penduduk. Sebagai kesimpulannya dapatlah dikatakan bahawa pelaksanaan program internship ini telah berjaya menyemarakkan lagi perpaduan di kalangan guru, warga sekolah, ibu bapa dan masyarakat luar. Ini adalah disebabkan mereka didapati telah turut serta untuk menjayakan program ini sejak dari awal hinggalah program ini tamat. Semangat perpaduan yang ditunjukkan itu akan boleh dimanfaatkan untuk menjayakan integrasi nasional.

15

PERBINCANGAN TENTANG ISU-ISU DALAM PENDIDIKAN Isu Khidmat Pembantu Guru

Saya amat tertarik tentang cadangan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) berkenaan pengambilan guru pembantu atau disebut guru kedua yang akan ditempatkan di dalam kelas melebihi 35 orang murid di sekolah rendah dan 40 murid di sekolah menengah. Antara rasional yang dikemukakan ialah, ia mampu mengurangkan beban tugas guru, sekaligus dapat menjamin keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Berita hari ini turut memetik yang kalangan guru juga sangat menyokong syor menempatkan dua guru dalam kelas yang mempunyai ramai murid walaupun Kementerian Pelajaran belum mempunyai perancangan melaksanakannya. Ini bermakna cadangan diterima baik dan mereka tentunya mempunyai pendapat masing-masing berhubung perkara ini. Pada pandangan saya (secara peribadi) dengan merujuk kepada pemerhatian dan pengamatan hasil pemantauan di beberapa buah sekolah termasuk kategori pedalaman, luar bandar dan bandar di kawasan setempat, saya berpendapat bahawa cadangan itu memang bertepatan dengan keperluan pendidikan masa kini.

16

Guru Pembantu/Kedua

Secara umum, guru pembantu atau guru kedua yang dimaksudkan bukan melaksanakan tugas mengajar secara langsung seperti tugas guru sedia ada. Ia lebih kepada membantu melaksanakan tugas-tugas perkeranian di dalam kelas termasuk pengurusan program teknologi maklumat dan komunikasi serta menguruskan perkara-perkara yang melibatkan murid/pelajar, misalnya masalah sakit atau demam ketika berada dalam kelas. Ringkasnya, kebanyakan tugas guru kedua yang dicadangkan itu hampir sama dengan tugas Jawatan Pembantu Pengurusan Murid yang ditempatkan di pra sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia. Berdasarkan senarai tugas umum yang ditetapkan pada cadangan berkenaan. Guru kedua hanya membantu dalam tugas-tugas sampingan. Jadi isu pertindihan tugas terutamanya yang melibatkan proses pengajaran dan pembelajaran secara teorinya tidak timbul.

Guru Terbeban dengan pelbagai tugas dalam dan luar sekolah

Saya berpendapat bahawa adalah wajar khidmat guru kedua diwujudkan bukan sahaja disediakan di kelas yang bilangan muridnya melebihi 35 orang murid sekolah rendah dan 40 orang murid sekolah menengah, tetapi guru kedua patut ada di semua sekolah rendah dan menengah di negara ini. Bukan bermaksud setiap kelas pembelajaran perlu ada guru pengganti. Memang tidak logik jika Sekolah Kurang Murid (SKM) yang muridnya cuma 5 orang dalam sebuah kelas juga disediakan guru kedua, tetapi mungkin ada baiknya digunakan satu standard yang boleh diguna pakai untuk menentukan bilangan yang sesuai ditempatkan berdasarkan nisbah murid di sekolah, misalnya 1 guru pengganti untuk 50 orang murid. Jadi sekolah yang memiliki saiz murid kurang daripada 100 orang boleh ditempatkan 1-2 orang guru pengganti.

Manakala bagi sekolah yang berskala besar, cadangan 1 guru pengganti bagi kelas melebihi 35/40 orang boleh diteruskan. Cadangan ini bukan bermakna kita tidak pernah bersyukur atau terlalu meminta tanpa mengenal makna kepuasan ibarat diberi betis hendakkan paha, tetapi menurut Laporan
17

Jawatankuasa Khas Menangani Isu Beban Tugas Guru 2010, guru-guru hari ini secara umumnya banyak terlibat dengan program-program di luar sekolah, antaranya termasuklah terlalu banyak penyertaan dalam kokurikulum dan sukan sehingga menjejaskan prestasi pengajaran murid serta amalan profesional keguruan. Itu memang jelas dan sudah lama berlaku dalam pelaksanaan pendidikan di negara kita. Bukan sekadar aktiviti kokurikulum dan sukan, guru-guru juga terlibat dalam menguruskan hal-hal berkaitan murid seperti pengurusan bantuan persekolahan, pengurusan data maklumat murid dan pentadbiran sekolah.

Dalam bidang kurikulum pula, setiap kali kementerian melaksanakan program pendidikan yang baru, contohnya pada masa ini program Literacy and Numeracy Screening (LINUS), Memartabatkan Inggeris Bahasa (MBMMBI), Malaysia, Semakan

Memperkukuhkan

Penguasaan

Bahasa

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), guru-guru akan menghabiskan masa beberapa hari di luar sekolah untuk mengikuti kursus/taklimat berkenaan. Keadaan ini secara tidak langsung menyebabkan guru terpaksa meninggalkan murid mereka di sekolah.

Pendidikan di Malaysia Bertaraf Dunia

Saya tidak nafikan tentu ada pandangan berlawanan dengan pandangan di atas, antaranya segelintir individu mungkin beranggapan yang khidmat guru kedua akan menyebabkan tugas guru bertambah mudah. Guru hanya setengah hari dan mendapat kemudahan cuti yang lebih banyak berbanding kakitangan awam lain di negara ini. Khidmat guru kedua pula tentu akan menggalakkan guru-guru untuk meninggalkan kelas dengan pelbagai alasan. Di pihak kementerian pula, kajian mendalam perlu dilakukan dengan teliti dan tentu mengambil masa yang lama untuk diputuskan atau peruntukan kerajaan tidak mencukupi untuk membayar emolumen kakitangan baru tentunya akan menjadi jawapan yang paling asas.

Bagaimanapun, kerajaan khususnya melalui Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sudah lama bertekad untuk memastikan guru-guru di Malaysia
18

memiliki kemahiran dan kualiti kerja cemerlang supaya pendidikan negara kita setanding dengan pendidikan negara lain di dunia. Malah Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia pernah dipilih sebagai tema Hari Guru pada tahun 1996. Manakala pada tahun 1999, Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang menjadi sasaran untuk dicapai. Malangnya, bagaimana kita hendak melahirkan guru yang berkesan seterusnya menghasilkan produk kita setaraf dengan negara-negara lain di dunia sedangkan dari segi pelaksanaan kita sudah jauh berbeza. Satu contoh yang mungkin boleh saya kongsikan di sini.

Nisbah guru dan murid di negara lain berbanding negara kita: Bil 1 2 3 4 5 6 7 Malaysia Amerika Syarikat Denmark Singapura Thailand Indonesia Belgium Negara Bilangan Murid Sekelas 40 14 10 17 30 30 15

Sumber: Institusi pendidikan negara terbabit dan UNICEF (Dipetik daripada Berita Harian Online 14 Disember 2010)

Tidak dinafikan, adalah cukup sukar untuk negara kita menetapkan nisbah guru dan murid sama seperti negara maju dalam senarai di atas kerana ia bukan sahaja melibatkan perjawatan, tetapi juga melibatkan peruntukan besar dalam menyediakan prasarana pendidikan yang mencukupi. Namun, langkah menyediakan khidmat guru pengganti di sekolah tentunya sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban tugas guru dan seterusnya mereka akan dapat menumpukan perhatian yang lebih terhadap tugas mengajar. Guru pembantu/kedua pula boleh menumpukan perhatian pada tugas sampingan di dalam kelas.

19

Kesimpulan Namun apa yang berlaku di sekolah sekarang ialah seorang guru terpaksa mengajar dan mengendalikan di antara 30 hingga 45 orang murid dalam satu kelas. Ini sungguh membebankan kerana bilangan murid yang ramai bermakna tumpuan guru akan terjejas. Maka akan berlakulah kes murid yang tertinggal. Maksudnya mereka ketinggalan untuk menguasai kemahiran yang diajar oleh guru. Disiplin murid juga didapati kurang terkawal berbanding kelas yang mempunyai bilangan murid yang sedikit. Bayangkan seorang Bahasa Melayu yang mengajar di dua kelas yang mempunyai bilangan murid seramai 80 orang. Bermakna ia terpaksa memeriksa 80 buah buku sehari. Memang tidak mampu memeriksa dengan teliti. Mungkin hanya sekadar menggaris dengan pen merah sahaja untuk mengelakkan komen daripada ibu bapa. Oleh itu saya berpendapat pembantu guru amat perlu untuk memastikan guru dapat menjalankan tugasnya dengan berkesan. Perkara ini penting untuk memastikan kecemerlangan pendidikan sentiasa terbaik.

REFLEKSI

Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana dengan limpah kurnianya saya telah berjaya menyiapkan tugasan ini dalam tempoh yang

ditetapkan.Sesungguhnya subjek EDU 3109 ini amat menarik untuk dipelajari. Melalui subjek ini saya dapat mempelajari tentang liku-liku dunia perguruan yang penuh dengan warna-warni. Melalui tugasan yang disiapkan ini saya telah dapat memahami kepentingan perpaduan dan integrasi nasional. Kedua-dua perkara ini amat penting dan perlu diamalkan di negara Malaysia yang mempunyai penduduk berbilang kaum. Tanpa perpaduan dan persefahaman, adalah mustahil kita dapat hidup dengan aman damai. Tugasan ini juga memerlukan saya membuat analisis mengenai program internship yang telah dilaksanakan dahulu. Program ini juga didapati amat
20

penting untuk menerapkan nilai-nilai perpaduan dan integrasi nasional di kalangan warga sekolah dan masyarakat setempat. Seterusnya saya juga berpeluang untuk mengulas tentang isu

Pembantu Guru. Isu ini juga perlu dibincangkan kerana guru kini dibebani dengan pelbagai tugas yang kadang-kala bukan merupakan tugas seorang guru. Jadi isu ini wajar diselesaikan untuk meringankan beban guru.

Sekian dan terima kasih.

Mohd Ruslee Bin Mohd Salleh PGSR (BM) 2008/2012 HP: 011-19958547 & 011-17915430

21

You might also like