Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
1Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Sejarah Perkembangan Dan Asal Usul Bahasa Melayu

Sejarah Perkembangan Dan Asal Usul Bahasa Melayu

Ratings: (0)|Views: 15 |Likes:
Published by Asfanis4212

More info:

Published by: Asfanis4212 on Dec 14, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

12/29/2013

pdf

text

original

 
Sejarah Perkembangan dan Asal Usul Bahasa Melayu
1. Untuk mengetahui asal usul Bahasa Melayu kita perlu mengetahui asal usulpenutur aslinya terlebih dahulu, iaitu orang Melayu. Asal usul bangsa Melayusehingga kini masih kabur tetapi beberapa sarjana Eropah seperti Hendrik Kern(Belanda) dan Robert von Heine Geldern (Austria) telah melakukan penyelidikansecara kasar tentang latar belakang dan pergerakan masyarakat Melayu kuno.2. Teori mereka menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal daripada kelompok Austronesia, iaitu kelompok manusia yang berasal dari daerah Yunan di China yangkemudiannya berhijrah dalam bentuk beberapa gelombang pergerakan manusia danakhirnya menduduki wilayah Asia Tenggara.3. Gelombang pertama dikenali sebagai
Melayu-Proto
dan berlaku kira-kira 2500tahun Sebelum Masehi4. Kira-kira tahun 1500 tahun Sebelum Masehi, datang pula gelombang kedua yangdikenali sebagai
Melayu-Deutro
. Mereka mendiami daerah-daerah yang subur dipinggir pantai dan tanah lembah Asia Tenggara. Kehadiran mereka ini menyebabkanorang-orang Melayu-Proto seperti orang-orang Jakun, Mahmeri, Jahut, Temuan,Biduanda dan beberapa kelompok kecil yang lain berpindah ke kawasan hutan danpedalaman. Golongan Melayu-Deutro ini dikatakan nenek moyang masyarakatMelayu yang ada pada masa kini.5. Bahasa Melayu berasal daripada rumpun bahasa
Austronesia
, manakala bahasa-bahasa Austronesia ini berasal daripada keluarga bahasa
Austris
. Selain daripadarumpun bahasa Austronesia, terdapat rumpun bahasa Austro-Asia dan rumpunbahasa Tibet-Cina.6. Ahli bahasa telah membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tigatahap utama iaitu:a. Bahasa Melayu Kuno,b. Bahasa Melayu Klasik danc. Bahasa Melayu Moden.
Bahasa Melayu Kuno
 1. Bahasa Melayu tergolong dalam keluarga bahasa Nusantara di bawah golonganbahasa Sumatera. Bahasa Melayu kuno digunakan pada abad ke-7 hingga abad ke-
 
13 pada zaman kerajaan Sriwijaya. pada waktu itu, BM kuno telah menjadi
lingua franca 
dan bahasa pentadbiran kerana sifat bahasa Melayu yang bersifat sederhanadan mudah menerima pengaruh luar. Bahasa Melayu juga tidak terikat kepadaperbezaan susun lapis masyarakat dan mempunyai sistem yang lebih mudahberbanding dengan bahasa Jawa.2. Oleh sebab agama Hindu menjadi pegangan orang Melayu ketika itu, bahasaMelayu banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit yang menyumbang kepadapengayaan kosa kata dan ciri-ciri keilmuaan (kesarjanaan) Bahasa Melayu. BahasaSanskrit dianggap sebagai bahasa sarjana dan digunakan oleh bangsawan. BahasaMelayu juga mudah dilentur mengikut keadaan dan keperluan.3. Bukti penggunaan Bahasa Melayu kuno boleh dilihat pada batu-batu bersuratabad ke-7 yang ditulis dengan huruf Palawa iaitu:a. Batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683 M)b. Batu bersurat di Talang Ruwo, dekat Palembang (684 M)c. Batu bersurat di Kota Kampur, Pulau Bangka (686 M)d. Batu bersurat di Karang Brahi, Meringin, daerah Hulu Jambi (686 M)4. Berpandukan isinya, penulisan di batu bersurat tersebut dibuat atas arahan rajaSrivijaya, sebuah kerajaan yang mempunyai empayar meliputi Sumatera, Jawa,Semenanjung Tanah Melayu, Segenting Kra dan Sri Lanka. Oleh itu, inimenunjukkan bahawa Bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa rasmi danbahasa pentadbiran kerajaan Srivijaya, sekaligus meluaskan penyebaran BahasaMelayu ke tanah jajahan takluknya . Walaupun bahasa pada batu bersurat itu masihberbahasa Sanskrit, akan tetapi masih terdapat pengaruh Bahasa Melayu Kuno didalamnya.
5. Istilah “
Melayu” 
timbul buat pertama kali dalam tulisan Cina pada tahun 644 dan
645 Masehi. Tulisan ini menyebut mengenai orang “
Mo-Lo- 
Yue” 
yang mengirimkanutusan ke Negeri China untuk mempersembahkan hasil-hasil bumi keada Raja
China. Letaknya kerajaan “
Mo-Lo- 
Yue” 
ini tidak dapat dipastikan tetapi ada yangmencatatkan di Semenanjung Tanah Melayu dan di Jambi, Sumatera.6. Selain bukti penggunaan bahasa Melayu kuno di atas,batu bersurat di Gandasuli,Jawa Tengah (832 M) ditulis dalam huruf Nagiri.7. Bahasa Melayu kuno mempunyai beberapa ciri iaitu;a. Terdapat unsur-unsur pinjaman daripada bahasa Sanskrit.b. Bunyi b ialah w dalam Melayu kuno (Contoh: bulan - wulan)c. Tidak wujud bunyi e pepet (Contoh dengan - dngan atau dangan)d. Awalan ber- ialah mar- dalam Melayu kuno (contoh: berlepas-marlapas)
 
e. Awalan di- ialah ni- dalam bahasa Melayu kuno (Contoh: diperbuat - niparwuat)f. Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th, ph, dh, kh, h (Contoh:sukhatshitta)g. Huruf h hilang dalam bahasa moden (Contoh: semua-samuha, saya: sahaya)
Peralihan Bahasa Melayu Kuno Ke Bahasa Melayu Klasik
 1. Pengaruh agama Islam yang semakin mantap di Asia Tenggara pada abad ke-13turut memberi kesan kepada perkembangan bahasa Melayu. Kedatangan Islam keTanah Melayu telah banyak mengubah sistem bahasa Melayu terutama dari aspekkosa kata, struktur ayat dan sistem tulisan.2. Terdapat tiga batu bersurat yang penting:a. Batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356)- ditulis dalam huruf India danmengandungi prosa Melayu kuno dan beberapa baris sajak Sanskrit. Bahasanyaberbeza sedikit daripada bahasa batu bersurat abad ke-7.b. Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh (1380)- masih memakai abjad India dan buatpertama kalinya terdapat penggunaan kata-kata Arab seperti kalimat
nabi, Allah dan rahmat 
 
c. batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu (1303-1387)-
ditulis dalam tulisanJawi dan membuktikan tulisan Arab telah telah digunakan dalam bahasa Melayupada abad itu.3. Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir perkembanganbahasa Melayu kuno kerana selepas abad ke-14, muncul kesusasteraan Melayudalam bentuk tulisan.
Bahasa Melayu Klasik
 1. Abad ke
 –
13 merupakan waktu bermulanya zaman peralihan di Kepulauan Melayudengan berkembangnya agama Islam ke rantau ini. Ini telah mempengaruhi bangsadan bahasa di sini, terutamanya bangsa dan bahasa Melayu. Pengaruh India sedikitdemi sedikit mula digantikan dengan pengaruh Islam dan Arab. Kegemilangannyabahasa Melayu klasik boleh dibahagikan kepada tiga zaman penting iaitu zamankerajaan Melaka, zaman kerajaan Acheh dan zaman kerajaan Johor-Riau2. Zaman penting bagi Bahasa Melayu ialah pada zaman Kerajaan Melayu Melaka.Kerajaan Melayu Melaka yang telah menerima Islam dan berjaya membina empayar yang luas telah dapat meningkatkan kemajuan dan perkembangan Bahasa Melayu dirantau ini. Bahasa Melayu telah digunakan dalam pentadbiran dan aktiviti
perdagangan serta menjadi “lingua franca” para pedagang. Bahasa Melayu juga
telah menjadi alat penyebaran agama Islam ke seluruh Kepulauan Melayu. BahasaMelayu telah mendapat bentuk tulisan baru iaitu tulisan Jawi. Perbendaharaan kata juga telah bertambah dengan wujudnya keperluan untuk mengungkapkan idea-ideayang dibawa oleh peradaban Islam. Keagungan Kesultanan Melaka jelas tergambar 
di dalam “Sejarah Melayu” oleh Tun Ser 
i Lanang, sebuah karya dalam BahasaMelayu yang sangat tinggi nilainya.3. Kedatangan orang-orang Eropah dan kejatuhan Kesultanan Melaka ke tanganPortugis pada tahun1511 masehi tidak menamatkan pengaruh Bahasa Melayu.

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->