You are on page 1of 4

Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan berikutnya Persatuan Penduduk Taman Ros, Taman Ros, 31900 Kampar,

Perak Darul Ridzuan. Ketua Polis Daerah Kampar, Ibu Pejabat Polis Daerah Kampar, 31900 Kampar, Perak Darul Ridzuan. Tuan, Masalah Penduduk Taman Ros Berhubung dengan perkara di atas, saya sebagai wakil penduduk Taman Ros ingin membuat aduan tentang beberapa masalah yang kami hadapi. 2 Sejak akhir-akhir ini, semakin ramai penagih terdapat di taman perumahan kami. Keadaan ini amat membimbangkan kami kerana wujud pelbagai masalah lain yang ditimbulkan oleh mereka seperti kecurian dan sebagainya. Malahan, penutup longkang di hadapan rumah kami juga turut dicuri untuk dijual bagi mendapatkan wang untuk membeli dadah. 3 Kewujudan mereka ini disebabkan oleh projek perumahan yang terbengkalai tidak jauh dari taman kami sejak enam tahun dahulu. Mereka menjadikan rumah-rumah tersebut sebagai rumah mereka.Kami juga amat bimbang akan keselamatan diri, keluarga dan juga harta benda kami. Pihak kami gagal menangkap mereka kerana mereka mencuri pada tengah malam. 4 Selain itu, ketenteraman kami juga sering diganggu terutamanya pada waktu larut malam oleh kegiatan lumba haram yang melibatkan penunggang-penunggang motosikal. Bunyi enjin motosikal yang bising di jalan raya di hadapan taman kami benar-benar membingitkan telinga. 5 Pihak kami amat berharap agar pihak tuan memberikan pertimbangan yang sewajarnya dengan segera untuk membantu kami. Kerjasama daripada pihak tuan kami dahulukan dengan ucapan terima kasih. Sekian. Yang menjalankan tugas, `tet| ( MAT RAMLI BIN HALIM ) Setiausaha, Persatuan Penduduk Taman Ros.

14 MAC 2008.

Penduduk gagal menangkap penagih kerana... A B C D mereka melakukan kegiatan itu kerana sulit mereka melakukan kegiatan itu di luar taman mereka melakukan kegiatan itu pada tengah malam mereka melakukan kegiatan itu pada hari cuti sahaja

Apakah tanggapan penulis tentang kehadiran penagih-penagih di taman tersebut? A B C D Keramahan penduduk taman itu Rumah terbengkalai berdekatan taman itu Tidak terdapat balai polis di taman tersebut Sikap penduduk yang tidak mementingkan keselamatan

Di manakah kegiatan lumba motosikal haram selalu diadakan? A B C D Taman permainan kanak-kanak Kawasan lapang di taman itu Lorong antara rumah-rumah di taman itu Jalan raya berhadapan dengan taman itu

Yang berikut ialah penyataan tentang petikan kecuali... A B C D Penduduk amat risau akan keselamatan mereka Kegiatan lumba motosikal haram dilakukan oleh penagih Ketenteraman penduduk terganggu dengan bunyi bising yang membingitkan telinga Penduduk taman tersebut meminta bantuan pihak polis untuk mengatasi masalah mereka

Rangkai kata membingitkan telinga bermaksud... A B C D bunyi yang merdu keadaan yang sesak bunyi yang sangat bising telinga yang dijangkiti kuman

JAWAPAN 1. C 2. B 3. D 4. B 5. C

Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan berikutnya Persatuan Matematik, Sekolah Kebangsaan Tasek Dermawan, 31400 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Tasek Dermawan, 31400 Ipoh, Perak Darul Ridzuan. Tuan, Memohon Kebenaran Menggunakan Dewan Sekolah

17 MAC 2008.

Merujuk perkara di atas, saya selaku Setiausaha Persatuan Matematik, ingin memohon kebenaran daripada pihak tuan untuk menggunakan dewan sekolah. 2. Dewan itu akan digunakan untuk menjalankan pertandingan kuiz sempena Minggu Matematik seperti ketetapan di bawah: Tarikh : Hari : Masa : 24 Mac hingga 27 Mac 2008 Isnin hingga Rabu 2.30 petang

3. Kami berjanji akan menggunakan dewan dengan baik sepanjang aktiviti tersebut diadakan. Kami juga akan memastikan keadaan dewan bersih selepas digunakan. 4. Besarlah harapan kami agar permohonan kami mendapat perhatian dan pertimbangan sewajarnya daripada pihak tuan. Sekian, terima kasih. Yang benar,

Zainal
( ZAINAL ARIFFIN BIN SALLEH ) Setiausaha, Persatuan Matematik.

Apakah tujuan utama surat itu ditulis? A B C D Memberitahu tentang Minggu Matematik Memohon kebenaran menggunakan dewan sekolah Menjemput Guru Besar merasmikan Minggu Matematik Memaklumkan tentang tarikh pertandingan kuiz diadakan

Pertandingan Kuiz Matematik yang dirancang itu akan berlangsung selama... A B C D seminggu dua hari tiga hari empat hari

Rangkai kata memohon kebenaran dalam petikan bermaksud... A B C D merayu kelulusan meminta keizinan mengharap bantuan memerlukan kesahihan

Apakah jenis surat tersebut? A B C D Surat penjelasan Surat permohonan Surat pengumuman Surat pemberitahuan

Pada pendapat kamu, mengapakah Persatuan Matematik perlu menulis surat untuk memohon menggunakan dewan sekolah? A B C D Dewan sekolah hanya untuk majlis rasmi sekolah. Dewan sekolah tidak boleh digunakan sesuka hati. Untuk memastikan dewan sentiasa dalam keadaan bersih dan ceria. Untuk memastikan tiada pihak lain yang menggunakan dewan pada tarikh tersebut.

JAWAPAN 1. B 2. D 3. B 4. B 5. D

You might also like