You are on page 1of 1

Pengenalan Blog

Alhamdulillah, dengan izin Allah, akhirnya impian untuk memiliki blog sendiri telah berjaya. bermula dengan hanya impian kini ia menjadi kenyataan. Dengan status sebagai seorang guru Pendidikan Islam di sekolah rendah, tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu kepada 3 orang cahayamata, amatlah sukar untukku bersekang mata mengadap laptop. Namun dengan satu tekad menjadi

mahasiswa di Universiti Pendidikan Sultan Idris, maka persepsi itu telah berubah. Maka bermulalah episod ini. Bagi melengkapkan syarat kursus yang meminta setiap pelajar mempunyai blog. Syarat kursus

ini, akhirnya dapat dirasakan bahawa mempunyai blog adalah satu keperluan bagi para guru di era ini. Ia berfungsi sebagai salah satu alat bantuan mengajar dan penyebaran ilmu. Blog ini memudahkan diriku untuk berinteraksi dengan pelajar dan waris yang Maka,

menggunakan ict sebagai salah satu alat bantuan belajar.

blog ini diwujudkan untuk turut berkongsi ilmu dengan rakan-rakan guru, para pelajar dan juga ibubapa .Terima kasih kasih kepada totur E Learning, Pn Nadia Akma bt Mohd Zaki yang sentiasa memberi bimbingan agar saya dapat menghasilkan blog ini. Semoga blog ini dapat memberi manfaat kepada kita semua. Insyaallah.

Ikhlas dari hati FAIZA HASSAN SK PENDANG

You might also like