Apa Itu 5S?
Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shitsuke adalah perkataan Jepun yang membawamaksud Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Praktik ini diringkaskan menjadi5S agar ia lebih mudah disebut dan seringkas penggunaannya. Walaupun ringkas,manfaat dari hasil penggunaannya terserlah dengan gaya kerja yang sistematik.Bermula dengan aktiviti 5S dan seterusnya mengamalkannya dengan penggunaankaedah dan teknik kawalan kualiti, sesebuah organisasi akan mampu mengekal,menambahbaik dan meningkatkan kualiti kerja.
Sisih (Seiri)
Sisih atau mengasing adalah satu proses kerja mengasing barangan yang perludaripada sekumpulan barangan yang tidak diperlukan di tempat kerja. Ia adalahproses menentukan barang-barang atau peralatan yang diperlukan atau tidakdiperlukan. Proses pengasingan ini membantu dalam menentukan barangan yangmungkin tidak diperlukan sekarang tapi boleh digunakan pada masa hadapan danperalatan haruslah disimpan di tempat simpanan yang sesuai.
Susun (Seiton)
Menyusun dan melabel dilakukan setelah kesemua barangan yang tidak diperlukandiasingkan. Ini dilakukan bertujuan memudahkan penggunaan dan penyimpanan.Susunan barangan dilakukan mengikut kumpulan yang sama. Dengan berbuatdemikian, ia akan membantu mempercepatkan proses kerja bagi mendapatkanbarang tersebut apabila diperlukan kelak. Tujuan utama menyusun untukmenjimatkan ruang nampak lebih kemas dan teratur dan memudahkan prosesmencari pada masa akan datang.
Sapu (Seiso)
Kebanyakan pekerja akan merasa lebih selesa apabila bekerja dalam persekitaranyang bersih dan segar. Selain dari meningkatkan efisien kerja, menyapu juga bolehmempertingkatkan tahap keselamatan di tempat kerja dan peralatan yangdigunakan. Ia bertujuan untuk menghilangkan habuk atau kekotoran yang melekatdi lantai, mesin di tempat kerja atau barang-barang yang telah disisih dan disusun.Satu senarai semak hendaklah diletakkan untuk menjadi panduan kepada pekerjatentang apa yang harus dilakukan pada masa akan datang dalam aktiviti ini.
Seragam (Seiketsu)
Seragam hanya dapat dilakukan setelah aktiviti sisih, susun, dan sapu telahdisempurnakan. Seragam atau mengekalkan kebersihan tempat kerja pada tahapasal adalah penting agar segala usaha yang dilakukan dalam tiga aktiviti terdahulutidak menjadi sia-sia. Aktiviti yang dilakukan sendiri oleh kakitangan akan menyemaisifat kekitaan dan cintakan kebersihan di tempat kerja. Justeru, kakitangan akansentiasa memastikan dan mengekalkan kebersihan tempat kerja mereka.
Sentiasa Amalkan (Shitsuke)
Leave a Comment