Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
1Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Assigment Perbezaan Fonetik Dan Fonologi

Assigment Perbezaan Fonetik Dan Fonologi

Ratings: (0)|Views: 37 |Likes:
Published by Jasmine Eng

More info:

Published by: Jasmine Eng on Dec 15, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/21/2013

pdf

text

original

 
Perbezaan Fonetik dan Fonologi
Fonologi ialah bidang yang mengkaji salah satu daripada aspek yang terpenting didalam bahasa iaitu bunyi. Bidang ini disebut juga oleh kebanyakan orang sebagai bidangfonetik. Bidang fonologi boleh terbahagi kepada dua iaitu fonetik dan fonemik. Jikaditeliti tentang fonetik, dapatlah disimpulkan bahawa fonetik ialah kajian yang ditinjaudaripada segi bahan fizik atau jisim yang mewujudkan bentuk ucapan. Oleh itu, jelaslahkepada kita bahawa fonetik ialah kajian yang berkaitan dengan organ pertuturan, sifatbunyi bahasa ( akuistik ) dan pendengaran ( auditori ).Fonemik ialah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi sesuatu, iaitu pengkajiantentang fungsi atau struktur bunyi bahasa itu. Namun, perlu kita ketahui bahawasebenarnya di antara fonetik dan fonologi terdapat sedikit perbezaan. Bidang fonetik mengkaji fenomena bunyi atau pertuturan manusia sejagat sementara bidang fonologimengkaji system bunyi-bunyi tertentu dalam pertuturan, khusus bagi sesuatu bahasa. Ini jelas daripada pendapat Henderson yang menyatakan :
“ The study of the systematic organization of selected speech sounds in the spoken formof individual language has variously been called “ phonology “.
 
Bidang ini juga umumnya disebut sebagai “fonemik “ atau “functional phonetics “.
Tugas bidang fonologi sebenarnya ialah merumuskan, menghuraikan dan menjelaskandengan teliti dan cermat segala bentuk bunyi dalam sesuatu bahasa untuk menentukanperaturan dan bentuk bunyi yang tertentu itu.
 
Oleh itu, jelaslah kepada kita bahawa bidang fonetik adalah bidang yang mengkajifenomena bunyi bahasa sejagat. Jelasnya, bunyi bahasa adalah bunyi-bunyi yangberfungsi dalam pertuturan. Ia juga turut mengkaji bunyi dari segi sifat bunyi itu, carapengeluarannya dan aspek pendengarannya. Biasanya, aspek yang dikaji merangkumibunyi-bunyi yang digunakan untuk bertutur iaitu bunyi-bunyi bahasa sementara bunyibukan bahasa seperti dengkuran, siulan, sendawa dan lain-lain tidak termasuk dalamkajian bidang fonetik.Fonetik adalah bidang pengajian bunyi bahasa. Menurut Fromkin, dan Rodman
( 1983 ) fonetik adalah “ kajian bunyi bahasa pertuturan yang membawa makna dalamsemua bahasa manusia”. Walau bagaimanapun, pada dasarnya, bunyi
-bunyi bahasa dapatdihuraikan melalui tiga perspektif yang berbeza: fonetik artikulatori, fonetik auditori danfonetik akustik. Artikulatori menerangkan bagaimana terusan ujaran ( vocal tract )menghasilkan bunyi-bunyi bahasa. Fonetik Auditori pula mengkaji bagaimanapendengaran menghasilkan bunyi-bunyi bahasa. Manakala Fonetik Akustik meneliti ciri-ciri fizikal bunyi-bunyi bahasa itu sendiri.Menurut Arbak Othman ( Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu ) fonetik mempelajari segala bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia, baik bunyibahasa, bunyi bukan bunyi bahasa, mahupun bunyi marjinal, dan memberikan simbolfonetik untuk masing-masing bunyi. Cabang-cabang fonetik adalah Fonetik Artikulasiiaitu mempelajari cara-cara mekanisma badan menghasilkan bunyi dan klasifikasi bunyiberdasarkan atas artikulasi. Fonetik Penerima ( auditori ), mempelajari bagaimanamekanisma telinga menerima bunyi. Fonetik Akustik pula mempelajari hakikatnya bunyidan klasifikasi bunyi berdasarkan atas hakikatnya bunyi ini.
 
Kedua-dua pendapat yang diberikan ini telah menjelaskan tentang maksud yangsama dalam menerangkan definisi fonetik. Manakala fonologi pula mengkaji keadaan danorganisasi ucapan iaitu tentetan bunyi yang berupa unit-unit yang dapat dipecah-pecahkan, hubungan antara unit-unit itu, fungsi pembentukannya dan kejadiannya yangmembentuk pola dan hirarki. Unit-unit asas yang dimaksudkan disini adalah fonem-fonem iaitu unit-unit terkecil yang distingtif yang ikatan ucapannya dapat dipenggal-penggal. Kajian mengenai fonem-fonem ini pula umumnya diistilah sebagai fonemik.Kesimpulannya, fonologi merupakan bahagian dari linguistik deskriptif yangmempelajari tentang bunyi-bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia,seterusnya terbahagi lagi menjadi fonetik dan fonemik. Fonetik merupakan bidang yangmempelajari segala bunyi bahasa dan memberikan simbol fonetik untuk masing-masingbunyi itu. Dengan singkat dapat dikatakan bahawa fonetik adalah kajian tentang bunyi-bunyi ujar. Sebagai ilmu, fonetik berusaha menemukan kebenaran-kebenaran umum danmemformulasikan hukum-hukum umum tentang bunyi-bunyi itu dan pengucapannya,manakala sebagai kemahiran , fonetik memakai data deskriptif dasar daripada fonetik ilmiah bagi memberi kemungkinan pengenalan dan pengucapan bunyi-bunyi ujar itu.Fonemik pula bermaksud bidang yang mempelajari bunyi-bunyi bahasa dan carapengelompokan mereka ke dalam fonem-fonem. Dengan singkat, fonemik merupakanbidang yang mempelajari fonem-fonem sesuatu bahasa.

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->