You are on page 1of 92

AKTA AKTA BANGUNAN SERAGAM

BPD 32902 PERKHIDMATAN BANGUNAN

DR ROSHARTINI OMAR

PENDAHULUAN
Peraturan bangunan adalah undang-undang, ordinan, kod atau akta yang diluluskan oleh undang-undang tertinggi atau parlimen negara yang berkaitan dengan pembinaan bangunan. Akta atau peraturan-peraturan ini disusun dan disesuaikan dalam dokumen bertulis dan distrukturkan untuk memudahkannya dirujuk oleh orang yang terlibat dalam industri pembinaan dan wajib diguna pakai.

Akta ini adalah seragam dan rasional sebagai standard minimum bagi keselamatan dan kesihatan terutamanya dalam mengawal selia isu-isu berkaitan kebakaran, keupayaan struktur, kesihatan, keselamatan, dan pemuliharaan tenaga.

Akta bangunan digubal bertujuan untuk melindungi orang awam dengan mewujudkan standard berkaitan keselamatan dengan menyediakan garis panduan minimum bagi pembinaan dan pemeriksaan struktur untuk mencegah kebakaran, keruntuhan struktur, pendawaian elektrik, pengudaraan, pencahayaan, kemudahan kebersihan, dan dll.

BAHAGIAN II PEMGEMUKAAN PLAN (klausa 3-30)


SIAPA YANG PERLU MENGEMUKAKAN?
APA YANG PERLU DIKEMUKAKAN?

KEPADA SIAPA PERLU DIKEMUKAKAN?

PEGUAMCARA MUHAMAD SHAHIDAN BIN AZIZ

APA YANG PERLU DIKEMUKAKAN ?


Fee yang ditetapkan Pernyataan menunjukkan maksud bangunan Perakuan orang berkelayakkan Pelan Lukisan Kiraan Pelan tapak yang releven Spesifikasi(jika diminta)(15) Butir kiraan struktur(16)

PELAN
Ditandatangani oleh Orang bertanggung jawab & pemiliknya 6(1) Tiga salinan/bil dikehendaki PBT 8(1) 9(1) skala pelan:
Pelan tapak -1:1000 Pelan punca mengikut kesesuaian Pelan bangunan 1:100/<1:200 Pelan lakar -1:200

Menggunakan unit antarabangsa 9(2)

PELAN TAPAK
Tapak,no. lot, no. seksyen bangunan Jalan masuk tapak & nama jalan Jarak dari tengah & tepi jalan Dimensi lot Saliran air permukaan & Kadar alir Skala, titik utara,no.lot bersampingan Dimensi kelegaan dengan sempadan Garis pelarasan tanah/bangunan Paras tanah tapak

PELAN LANTAI
Dimensi berangka panjang,lebar,tebal dinding. Dimensi berangka ruang buka (pintu, tingkap, telaga udara,kawasan belakang) Dimensi berangka antara dinding, tembok, tiang. Garisan saliran kekal tapak & anak panah penunjuk saliran, dalam parit & saiz parit. Nama dan kegunaan bilik

MUKA KERATAN LINTANG (BUJUR& LAIN)


Paras tanah sediaada & dicadangkan Paras jalan,parit tepi jalan & kaki lima Lebar dan dalam asas tapak Tinggi tingkat, pintu, tingkap & lubang pengudaraan Saiz, tempat letak & arah lantai, rasuk & binaan bumbung Bahan yang hendak digunakan dalam struktur

SIAPA YANG PERLU MENGEMUKAKAN ?


3(1)(2) Orang berkelayakan Arkitek berdaftar Pelukis pelan berdaftar Jurutera berdaftar

TAMPAK DEPAN, BELAKANG DAN SISI Paras lorong jalan kaki,kaki lima, jalan simpang & bahagian dicadangkan yang sama paras Sebahagian daripada tampak bangunan bersampingan yang sediaada (paras lantai,
kepala tembok utama, tinggi beranda)

Bahan yang dicadangkan untuk dinding, tingkap dan bumbung

KERJA PERUBAHAN

Pelan membuat kerja tambahan / perubahan ditunjukkan dengan garisan bertitik (untuk roboh) dan garisan merah (bangunan baru)

KEPADA SIAPA PENGEMUKAAN PELAN PIHAK PENGUASA TEMPATAN


JAB. PERANCANG (Perintah Pembangunan (D.O/Kelulusan Merancang) KELULUSAN BANGUNAN (Building Approval) JKAL UNIT LANSKAP/UNIT PENGEKALAN BANDAR/UNIT PELUPUSAN SAMPAH/UNIT SANITARI (DBKL SAHAJA)

JABATAN BOMBA (pencegah kebakaran) TNB (tenaga elektrik) STM (telekominikasi) DCA (ketinggian bangunan & helipad) JPP (pembentungan) POS MALAYSIA (alamat dan nama jalan) JBA, SATU, SYABAS, SAJ ETC (ext. water rec(sivil),int.water rec(archt,mech) JAS ( alam sekitar, EIA)

KUASA PBT
Penarikan balik atau pertukaran orang berkelayakan (7)
Dengan kebenaran PBT Setuju penarikan /pertukaran jika diminta oleh pemunya jika pembinaan belum dilaksana Orang berkelayakan mati, bangkrap` deregistered , pemunya lantik lain dan kemukakan bukti.

Pengecualian oleh PBT


pengemukaan pelan bersyarat 12(1) Kebenaran untuk memulakan kerja bangunan 13(1)

KEROSAKAN KEPADA BANGUNAN(258) Samada semasa atau selepas bangunan siap, orang berkelayakan hendaklah dalam tempoh1 minggu :
o Melaporkan kerosakan o Menerangkan sebab kerosakan o Jika berlaku semasa pembinaan, nyatakan tindakan pemulihan diambil.

BAHAGIAN III RUANG KAWASAN,CAHAYA DAN PENGUDARAAN

PEGUAM CARA JKR MUHAMMAD FAKHRUL HADI BIN IZHAM

CAHAYA DAN PENGUDARAAN SEMULAJADI


Pengudaraan dan alir udara untuk sesebuah bangunan perlu disediakan sama ada secara semulajadi atau secara mekanikal. a) Untuk memenuhi kehendak kesihatan iaitu mengekalkan kualiti udara di dalam bangunan di atas satu paras minimum, iaitu menukarkan udara terpakai dengan udara bersih. Keadaan ini mesti dipatuhi dalam sebarang situasi dan rekabentuk. b) Untuk menghasilkan keselesaan terma , iaitu untuk menambahkan kehilangan haba badan dan mengurangkan ketidakselasaan oleh kulit yang lembab dan lekit. c) Untuk menyejukkan struktur bangunan apabila berlaku keadaan suhu didalam ruang bangunan meningkat lebih tinggi daripada suhu di luar bangunan.

Perkara 39(1) hingga (4), 40(1) dan (2) dan 41 (1) hingga (4) di dalam undangundang kecil ini lazimnya dikuatkuasakan oleh penguasa-pengusa tempatan terhadap pelan-pelan bangunan yang baru sebagai salah satu syarat kelulusan.

K39(1)

BANGUNAN KEDIAMAN DAN PERNIAGAAN

Setiap bilik yang direkabentuk bagi kegunaan kediaman, perniagaan atau lain lain kecuali hospital dan sekolah. Seksyen ini memperuntukkan bangunan tersebut hendaklah dilengkapkan dengan pencahayaan semulajadi dan pengudaraan semulajadi melalui satu atau lebih tingkap yang jumlah keluasan tidak kurang 10% daripada keluasan lega lantai bilik itu. Hendaklah mempunyai laluan udara secara bebas yang tidak kurang daripada 5% keluasan lega lantai.

K39(2): HOSPITAL (WAD)

Mempunyai jumlah keluasan tidak kurang 15% daripada ruang lega lantai. Ruang buka bagi laluan udara secara bebas 7.5% daripada keluasan lantai.

K39(3): SEKOLAH (KELAS)

Mempunyai jumlah keluasan tidak kurang 20% daripada luas lega lantai. Ruang buka bagi laluan udara secara bebas dan tanpa halangan 10% daripada keluasan lantai.

K39(4): TANDAS/BILIK AIR Setiap tandas atau bilik mandi hendaklah mempunyai ruang buka yang mempunyai jumlah keluasan tidak kurang daripada 0.2 meter persegi bagi satu tandas. Ruang buka tersebut boleh membenarkan laluan udara secara bebas dan tidak terganggu.

K40 : TELAGA UDARA K40(1) (a) : Saiz minimum bagi telaga udara di semua bangunan i. 2 TINGKAT 7M persegi ii. 4 TINGKAT 9M persegi iii. 6 TINGKAT 11M persegi iv. 8 TINGKAT 13M persegi v. . Melebihi 8 TINGKAT 15M persegi (b) lebar minimum bagi telaga udara pada mana- mana sisinya ialah 2.5 meter

K40 : TELAGA UDARA K40 (2) (a) : Saiz minimum bagi setiap telaga udara bagi tandas/bilik air. i. 2 TINGKAT 3.5M2 ii. 4 TINGKAT 4M2 iii. 6 TINGKAT 4.5M2 iv. 8 TINGKAT 5M2 v. > 8 TINGKAT 5.5M2

(b): lebar minimum bagi telaga udara tersebut pada mana-mana sisinya ialah 2 meter.

K41. : PENGUDARAAN ATAU PENYAMAN UDARA SECARA MEKANIKAL

Jika pengudaraan atau penyaman udara secara mekanikal yang kekal dicadangkan , undang-undang kecil yang relevan berhubung dengan pengudaraan semulajadi, pencahayaan semulajadi dan tinggi bilik-bilik boleh diketepikan mengikut budi bicara pihak berkuasa tempatan.

K42. : LUAS MINIMUM BILIK-BILIK DALAM BANGUNAN KEDIAMAN


(1) Luas bilik kediaman yang pertama dalam sesuatu bangunan kediaman hendaklah tidak kurang daripada 11 meter persegi, bilik kediaman yang kedua hendaklah tidak kurang daripada 9.3 meter persegi dan luas semua bilik kediaman lain hendaklah tidak kurang daripada 6.5 meter persegi. (2) Lebar tiap-tiap bilik kediaman dalam sesuatu bangunan kediaman hendaklah tidak kurang daripada 2.1 meter.

(3) Luas dan lebarnya sesuatu dapur dalam suatu bangunan kediaman hendaklah masing-masingnya tidak kurang daripada 4.5 meter persegi dan 1.5 meter.

K43. : DIMENSI MINIMUM TANDAS, DAN BILIK MANDI


(a) bagi jamban pam, dengan pasangan tidak kurang daripada 1.5 meter kali 0.75 meter (b) bagi jamban pam dengan pasangan selain daripada pasangan jamban duduk, tidak kurang daripada 1.25 meter kali 0.75 meter; (c) bagi bilik mandi, tidak kurang daripada 1.5 meter persegi dengan lebarnya tidak kurang daripada 0.75 meter (d) bagi bilik mandi dengan pasangan jamban, tidak kurang daripada 2 meter persegi dengan lebarnya tidak kurang daripada 0.75 meter

K44. : TINGGI BILIK-BILIK DALAM BANGUNAN KEDIAMAN, RUMAH KEDAI, SEKOLAH, DAN DLL.
(1) Tinggi bilik-bilik dalam bangunan kediaman selain daripada rumah kedai hendaklah: (a) Bagi bilik kediaman dan bilik tidur, tidak kurang daripada 2.5 meter (b) Bagi dapur, tidak kurang daripada 2.25 meter (c) Bagi bilik mandi, tandas, anjung, langkan, beranda, garaj dan sebagainya, tidak kurang daripada 2 meter.

K44. : TINGGI BILIK-BILIK DALAM BANGUNAN KEDIAMAN, RUMAH KEDAI, SEKOLAH, DAN DLL.
(2) Tinggi purata bilik yang bersiling cerun dalam bangunan kediaman selain daripada rumah kedai hendaklah: (a) Bagi bilik kediaman dan bilik tidur, tidak kurang daripada 2.5 meter (b) Bagi dapur, tidak kurang daripada 2.25 meter (c) Bagi bilik mandi, jamban pam, tandas, anjung, langkan, beranda, garaj dan sebagainya, tidak kurang daripada 2 meter:

K44. : TINGGI BILIK-BILIK DALAM BANGUNAN KEDIAMAN, RUMAH KEDAI, SEKOLAH, DAN DLL.
(3) Bagi rumah kedai tinggi bilik-bilik tingkat bawah hendaklah tidak kurang daripada 3 meter dan tinggi bilik-bilik tingkat atas hendaklah tidak kurang daripada 2.5 meter. Jika kedalaman rumah kedai itu pada paras mana-mana tingkat atas adalah lebih daripada 10.5 meter, tinggi bilik-bilik di tiap-tiap tingkat atas itu hendaklah tidak kurang daripada 2.55 meter.

(4) Bagi sekolah, tinggi bilik-bilik yang digunakan untuk menyebar pengetahuan hendaklah tidak kurang daripada 3 meter ruang atas.
(5) Bagi hospital tinggi bilik-bilik yang digunakan untuk menempatkan pesakit-pesakit hendaklah tidak kurang daripada 3 meter. (6) Tinggi sesuatu bilik dalam sesuatu kilang di mana seseorang bekerja hendaklah tidak kurang daripada 3 meter ruang atas.

BAHAGIAN IV KERJA-KERJA SEMENTARA PERHUBUNGAN DENGAN KERJA-KERJA BANGUNAN

WAKIL PENGUATKUASA ASZHARI BIN AHMAD

MEMULAKAN KERJA BANGUNAN


Hendaklah mempamerkan suatu papan tanda yang menunjukkan nama, alamat dan nombor telefon orang yang mengemukakan kontraktor bangunan.

Mendirikan papan dinding pelindung atau pagar penghadang (hoarding) untuk mengasingkan bangunan itu dari jalan atau lorong jalan kaki.

TANGGUNGJAWAB ORANG-ORANG YANG DIBERI PERMIT SEMENTARA


Memastikan binaan yang dibina adalah mengikut pelan yang diluluskan. Mengambil mana-mana langkah yang perlu untuk menyelenggara paip di tepi jalan dan bahu jalan supaya bersih daripada halangan. Memastikan bahawa tempat-tempat pili bomba dan apa-apa pemasangan perkhidmatan kemudahan lain yang sedia ada tidak dihalang langsung.

TANGGUNGJAWAB ORANG-ORANG YANG DIBERI PERMIT SEMENTARA


Memastikan papan tanda pemberitahuan orang awam diletakkan. Menyenggara papan dinding itu dengan memuaskan hati pihak berkuasa tempatan Memindahkan papan dinding itu bersama dengan semua bahan apabila kerja siap Pihak Majlis berhak menurunkan dan mengalihkan struktur bahan binaan jika syarat-syarat yang ditetapkan tidak dipatuhi sepenuhnya dan kosnya akan dituntut.

PEMBATALAN PERMIT SEMENTARA

Pihak berkuasa tempatan adalah berhak untuk membatalkan permit sementara Pemohon hendaklah dalam tempoh seminggu daripada tarikh penerimaan notis itu memindahkan papan dinding, susur adang dan semua bahan lain yang berhubungan dengannya.

AKSES KENDERAAN KE TAPAK

Akses kenderaan ke tapak itu boleh dihadkan pada waktu-waktu tertentu untuk mengelakkan daripada menghalang aliran lalu lintas jika didapati perlu.

SESALUR-SESALUR NAIK HENDAKLAH DIPASANG SECARA BERPERINGKAT-PERINGKAT


Bagi bangunan yang direkabentuk melebihi tinggi 18 meter hingga ke lantai penuh tertinggi sekali, sesalursesalur naik mengikut undang-undang kecil 232 hendaklah dipasang sebaik sahaja selepas bangunan itu melebihi tinggi tersebut untuk mengadakan kemudahan-kemudahan mencegah kebakaran dalam masa berbagai peringkat pembinaan itu.

BAHAGIAN V KEHENDAK-KEHENDAK STRUKTUR

PEGUAMCARA ROSLAN BIN MUSTAFFA

BAHAN BANGUNAN Apa-apa jenis bahan yang digunakan untuk sesuatu bagunan seperti
Mendirikan & mengubah Menambah struktrur, Kerja memasang Mengambus mana-mana korekan atas tapak, memenuhi jenis-jenis dan kualiti yang sesuai, dicampur atau disediakan dengan secukupnya dan dipakai, diguna atau dipasang seperti yang di reka bentuk yang telah ditetapkan.

Kerja-kerja tersebut harus menepati piawaian spefikasi atau tatatertib amalan yang di peruntuk dibawah akta ini

KEHENDAK-KEHENDAK AM BEBANAN Menentukan semua pengiraan beban-beban sesuatu bangunan yang akan dikenakan seperti
Beban mati, Beban guna Beban angin

BEBAN-BABAN MATI DAN GUNA


Di bawah peruntukan akta ini adalah berhubung tentang beban mati dan beban guna yang wujud bagi
Bangunan dan struktur baru Perubahan dan tambahan struktur sedia ada Pembinaan, menyengara bahagian struktur sedia ada Contoh kemasan

BEBAN MATI DIKIRA DARIPADA BERAT BAHAN YANG DIGUNAKAN Segala beban mati haruslah dikira daripada unit berat dan setiap bahan-bahan yang digunakan haruslah di ketahui berat sebenar.

BERAT DINDING SEKAT


Berat sebenar harus dimasukkan ke dalam beban mati bagi yang yang di tunjukkan dalam pelan bagi tidak di tunjukkan dalam pelan, rasuk, kepingan lantai haruslah struktur yang boleh mengagih beban, direka bentuk untuk menanggung beban.

KANDUNGAN TANGKI DAN TAKUNGAN LAIN Berat tangki dan takungan lain hendaklah dimasukkan sebagai beban mati. Kiraan hendaklah merangkumi ketika tangki penuh dan kosong.

BEBAN GUNA ATAS SILING, TINGKAP MAGUN DAN STRUKTUR YANG SAMA Setiap penyangga siling , tetulang tingkap ,bingkai dan penutup selain kaca atau struktur yang sama harus direka bntuk mengikut beban tersebut iaitu 0.25 kN/m2 yang diagih sama banyak bagi kawasan struktur tersebut.

PARAPET DAN PELEPAR


Parapet dan pelepar hendaklah direkabentuk bagi beban-beban minimum sebagaimana diperuntukkan dalam Daftar 2 di bawah. Beban minimum adalah dinyatakan sebagai daya datar yang bertindak pada paras susur tangan atau kepala tembok

JADUAL 2

ASAS TAPAK
Asas tapak sesuatu bagunan haruslah memindah dan menahan dengan selamat iaitu gabungan beban angin, mati dan guna ke tanah yang tidak menyebabkan pengenapan melebihi had-had yang direka bentuk yang menyebabkan keruntuhan, kecactan dan kestabilan sesebuah bangunan atau kerjakerja berkaitan.

K.74-79 ialah akta yang berkaitan pembinaan asas tapak dan spekfikasi untuk struktur dan bentuk tapak yang harus bersesuaian dengan beban yang ingin di tangggung oleh struktur tersebut seperti yang telah tertakluk dalam Undang- Undang kecil

STRUKTUR DIATAS TAPAK


Sesuatu struktur bangunan diatas tapak harus memenuhi spekfikasi dimana dapat menahan dan memindahkan dengan selamat beban mati,guna dan angin ke atas asas tapak tanpa sebarang kesan yang boleh mencacatkan kestabilan sesuatu bangunan tersebut dan memenuhi piawaian Tata Amalan Spefikasi Piawaian yang telah ditetapkan.

TATA AMALAN SPESIFIKASI PIAWAIAN YANG TELAH DITETAPKAN


PB 449 -penggunaan struktur Keluli dalam Bangunan; TAPB 110 -Penggunaan Struktur Konkrit; TAPB 111 -Syor-syor Struktur bagi Dinding Bawa Beban; TAPB 114 -Penggunaan Struktur Konkrit Tetulang dalam Bangunan; TAPB 115 -Penggunaan Struktur Konkrit Tegas Dahulu dalam Bangunan; TAPB 116 -Penggunaan Struktur Konkrit Tuang Dahulu; TAPB 117 -Pembinaan Campuran Struktur Keluli dan Konkrit; TAPB 118 -Penggunaan Struktur Aluminium; TAPB 2007 -Rekabentuk dan Pembinaan Konkrit Tetulang dan Tegas Dahulu bagi Storan Air dan Cecair Berair lain; PB 5337 -Penggunaan Struktur Konkrit bagi Membendung Cecair Berair; dan TAPM -Penggunaan Struktur Kayu.

BAHAGIAN VI KEHENDAK-KEHENDAK PEMBINAAN

PEGUAMCARA AMIERUDIN BIN AHMAD

TAPAK BANGUNAN
Tiada sesuatu bangunan yang dibina pada tapak yang dikambus dengan bahan yang bercampur jirim najis,binatang sayur-sayuran .

Sehingga ditambak dengan selapis tanah bukit, teras keras,batu hangus atau abu yang dihentak asak sehingga sekurang-kurangnya 0.305 meter tebal. Permukaan tapak perlu dibersihkan secukupnya daripada rumput dan jirim sayur sayuran lain.

SALIRAN TANAH BAWAH TANAH


1. Apabila kelembapan atau kedudukan tapak sesuatu bangunan menyebabkan perlu ,tanah bawah tapak itu hendaklah dialirkan secukupnya atau diambil suatu langkah lain untuk melindungi bangunan dari kerosakan akibat kelembapan. 2. Semasa kerja korekan , parit bawah tanah yang dijumpai hendaklah sama ada dilencungkan atau diganti dengan paippaip daripada bahan yang diluluskan. Tujuan : untuk memastikan air bawah tanah mengalir secara berterusan dan mengelak kelembapan pada tapak itu.

MENCEGAH KELEMBAPAN

(1) Langkah yang sesuai perlu diambil untuk mencegah kelembapan dan legasan daripada menembusi ke dalam sesuatu bangunan (2) Lapis kalis lembap jika diadakan hendaklah mematuhi PB 743 kedudukan lapisan kalis lembab adalah dalam keadaan melintang dan menegak . tempat dimana lapisan kalis lembab tersebut perlu dibengkokkan atau dibentuk. Oleh itu bahan tersebut mestilah :Tidak ditembusi air (kelembapan) Tidak mudah reput atau rosak Mudah dibentuk

PEPARIT

Suatu peparit yang dibuat dalam dinding bagi paip-paip dan kemudahan khidmat lain hendaklah meninggalkan dinding di bahagian belakang peparit itu tidak kurang daripada 100 milimiter tebal.(dinding luar)
Dinding dua pihak : tidak kurang 100mm dan tidak lebih daripada 200 mm lebar

BAHAGIAN VII KEHENDAK-KEHENDAK MENENTANG KEBAKARAN

PEGUAMCARA MUHAMAD ZULFADHLI BIN MUHAMAD FADIL

TAFSIRAN
Disebut dalam bahagian vii dan viii buku undang-undang seragam bangunan 1994. Sesuatu alat atau sistem yang memperuntukkan fungsi kecemasan tanpa memerlukan campur tangan manusia.

REKA BENTUK BANGUNAN YANG BAIK DENGAN LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN KEBAKARAN


Menyediakan peralatan kebakaran yang mencukupi, dan hydrants api. Menyediakan pemasangan tetap yang mencukupi. Merekabentuk & memasang bangunan dengan teliti. Merekabentuk & menyediakan melarikan diri routesfor mencukupi dan selamat penghuni bangunan Memilih bahan untuk pembinaan dengan betul. Membahagikan bangunan kepada bahagian-bahagian tertentu. Merekabentuk & membina bahagian luar sebuah bangunan,

MEDIUM PENCEGAHAN KEBAKARAN


Akses perkakas bomba. Semua bangunan melebihi 7000meter hendaklah bersempadan dengan jalan tidak kurang daripada 12meter dan boleh dimasuki oleh perkakas pasukan bomba.

Mempunyai jarak antara kemudahan awam sekitar sepetrti bangku, telefon awam dan sebagainya. Tidak kurang 2m dengan bangunan bersebelahan. Jarak antara bangunan dengan kemudahan pencegah kebakaran adalah 0.61 m hingga 2.4 m. Berjauhan dengan laluan awam kenderaan. Tidak lebih daripada 90m satu sama lain di bangunan baru bersebelahan kepada perkembangan yang sedia ada, pili baru atau hydrants akan perlu disediakan jika tiada pili dalam lingkungan 45m

LALUAN KECEMASAN
S166 (2) tempat keluar hendaklah ditempatkan dan akses ke tempat keluar itu diatur sedemikian dalam had-had jarak perjalanan sebagaimana ditetapkan. S179 pengelasan tempat perhimpunan.
Kelas A - Kapasiti Kelas B- Kapasiti Kelas c - Kapasiti 1,000 orang atau lebih. 300 hingga 1,00 orang 100 hingga 300 orang

KEHENDAK MENENTANG KEBAKARAN PADA BANGUNAN LEBIH 4 TINGKAT

Menyediakan alat-alat melawan kebakaran. Stor menyimpan alat-alatan tersebut disetiap tingkat. Tangga kecemasan disediakan. Lif kecemasan atau lif Bomba juga disediakan.

CARA GERAKAN KECEMASAN. Pelan Laluan Kecemasan.


Adalah laluan terdekat ke kawasan yang selamat dan jauh dari risiko kebakaran seperti di luar bangunan dengan menggunakan tangga atau laluan kecemasan yang telah disediakan.

Contoh Pelan Kecemasan

PELAN TANGGA KECEMASAN.


Untuk mengelakkan dari hanya berharap kepada lif kecemasan, tangga wajib disediakan.

PELAN LIF KECEMASAN.


Lif yang hanya digunakan ketika berlaku kebakaran. Mempunyai bekalan eletrik sendiri jika berlaku litar pintas akibat kebakaran. Perkara perlu dititikberatkan :
Lokasi lif kecemasan. Bilangan lif kecemasan. Bilangan tingkat. Kawasan keluar (tingkat bawah) Peralatan bantuan lain.

SEKATAN KEMEREBAKKAN API.


Sistem Pancur

SISTEM HOS GELENDUNG.


30 meter capaian. Sekurang-kurangnya satu hos gelendung setiap tingkat. Diletakkan berdekatan kawasan laluan kecemasan.

BAHAGIAN VIII PENGGERA KEBAKARAN, PENGESAN API, PEMADAM API DAN AKSES MENENTANG KEBAKARAN

WAKIL SURUHANJAYA BOMBA FATIN AQMAR BINTI MOHD KHADRI

PENGESAN DAN PEMADAM API


Setiap bangunan perlu ada Penggera kebakaran, tanda tempat keluar bercahaya , pengesan dan pemadam api. (1) Menyediakan 1 pili bomba pada setiap bangunan yang ditempatkan tidak lebih daripada 91.5meter dari tempt akses pasukan bomba. (2)

PEMADAM API MUDAHALIH


Diletakkan di laluan penting seperti laluan keluar Mudah dilihat dari semua arah Mempunyai cara pengendalian yang sama

PEMASANGAN DAN UJIAN SISTEM


Pancur kering Dipasang tidak melebihi ketinggian 18.3 meter dan kurang daripada 30.5 meter di atas paras akses perkakas bomba. (1) Terdiri daripada paip-paip kelas C dan mampu menahan tekanan air sebanyak 21 bar. (3) Diuji secara hidrostatik untuk tahan air tidak kurang daripada 14 bar selama 2 jam di hadapan pihak bomba. (4) Diameter 102mm (perlu dilengkapi dengan alir masuk pam 2 hala). (7) Diameter 152.4mm perlu dilengkapi dengan alir masuk pam 4 hala). (7) Pancur basah Dipasang pada ketinggian lebih daripada 30.5 meter diatas paras akses perkakas bomba. (1) Diuji secara hidrostatik pada tekanan 50% lebih daripada tekanan kerja dan tidak kurang daripada 14 bar selama 24 jam. (3) Diameter 63.5mm (perlu dilengkapi dengan alir masuk pam 3 hala). (5) Pemasangan tidak boleh melebihi 61 meter melainkan dibenarkan oleh K.P.P.B. (6)

PENGGERA KEBAKARAN

Keluasan lantai yang melebihi 9,290 meter persegi atau melebihi 30.5 meter tinggi. (2) Terdiri daripada 2 peringkat
Isyarat fungsian Isyarat bahaya isyarat berterusan isyarat berselang

LIF BOMBA
Lif bomba hendaklah disediakan jika bangunan tersebut mempunyai ketinggian melebihi 18.5meter diatas paras akses perkakas bomba. Lobby lif tahan rintangan api selama 4jam . mempunyai alat pengesan asap

STORAN AIR Ditempatkan pada paras tanah, tingkat bawah tanah pertama atau kedua serta disambungkan pada pam alir masuk. Kedudukan storan tersebut mestilah mudah dicapai oleh pihak bomba. (2)

BAHAGIAN IX KEPELBAGAIAN

PEGUAMCARA IZZAT SYAMIR BIN MOHAMAD NOOR

BANGUNAN-BANGUNAN YANG BAHAGIAN 7 DAN BAHAGIAN 8 TERPAKAI BAGINYA


Bangunan yang telah atau sedang atau belum didirikan tetapi pelan bangunan telah dikemukan dan diluluskan. Bangunan ini mengikut Undang-Undang Kecil 134 yang mana tergolong dalam kategori bangunan-bangunan melebihi 18.5 meter. Bangunan yang dikelaskan sebagai berbahaya dan mempunyai risiko khas perlu diubah untuk mematuhi Bahagian 7 dan 8 dalam masa :
1 tahun dari tarikh Undang-Undang Kecil berkuatkuasa bagi bangunan sehingga 3 tingkat. 3 tahun dari tarikh Undang-Undang Kecil berkuatkuasa bagi bangunan melebihi 3 tingkat.

KUASA PIHAK BERKUASA TEMPATAN MELANJUTKAN TEMPOH, DLL.


Walau apa pun peruntukan Seksyen 254, pihak berkuasa tempatan boleh meminda jika wajar berbuat demikian :
Membenar perlanjutan asalkan mematuhi kehendakkehendak di bawah Bahagian 7 dan Bahagian 8. Membenar perubahan atau pengecualian sebagaimana yang dinyatakan daripada Bahagian 7 dan Bahagian 8.

Pihak yang terkilan dengan keputusan pihak berkuasa tempatan di bawah perenggan (1) boleh merayu secara bertulis kepada Menteri/Pihak Berkuasa Negeri dalam tempoh 30 hari daripada penerimaan keputusan.

BANGUNAN YANG DIKECUALIKAN Bahagian 7 dan Bahagian 8 tidak terpakai bagi rumah kediaman persendirian, berasingan atau kembar dan juga rumah teres (keluarga) kecuali bagi Seksyen 141 dan juga Seksyen 225 perenggan (2).

TATA AMALAN DAN SPESIFIKASI PIAWAIAN MALAYSIA HENDAKLAH MENGATASI TATA AMALAN DAN SPESIFIKASI PIAWAIAN BRITISH

Dalam Undang-Undang Kecil ini, jika ada sebutan mengenai Spesifikasi Piawaian British atau Tata Amalan British yang mana bersamaan dengan Spesifikasi Piawaian Malaysia atau Tata Amalan Malaysia, maka Spesifikasi atau Tata Amalan Malaysia disifatkan sebagai mengatasi dan terpakai.

KEMUNGKIRAN KEPADA BANGUNAN


Jika berlaku kepada mana-mana bangunan atau sebahagian daripada sesuatu bangunan sama ada semasa pembinaan atau selepas disiapkan, orang berkelayakan yang :
Mengemukakan pelan, lukisan atau kiraan bagi bangunan itu. Mengawasi pemancangan tanda bangunan itu. Memperakui bahawa pemancangan tanda telah dijalankan mengikut pelan tapak. Mengawasi pembinaan bangunan itu. Memperakui bahawa pengawasan wajar bangunan itu telah dijalankan.

Hendaklah dalam tempoh satu minggu selepas kejadian kemungkiran berlaku : a) melaporkan kemungkiran itu. b) menerangkan sebab kemungkiran itu. c) jika berlaku semasa pembinaan, nyatakan tindakan pemulihan yang telah diambil.

Jika pihak berkuasa tempatan mempercayai bahawa kemungkiran yang berlaku kepada bangunan tidak dilaporkan, ia perlu memberi notis kepada orang berkelayakan yang : Mengemukakan pelan, lukisan atau kiraan bagi bangunan itu. Mengawasi pemancangan tanda bangunan itu. Memperakui bahawa pemancangan tanda telah dijalankan mengikut pelan tapak. Mengawasi pembinaan bangunan itu. Memperakui bahawa pengawasan wajar bangunan itu telah dijalankan.

Hendaklah dalam tempoh 1 minggu daripada penyampaian notis itu : a) menyatakan sama ada kemungkiran itu berlaku. b) menerangkan mengapa gagal melaporkan kemungkiran itu. c) jika berlaku semasa pembinaan, nyatakan tindakan pemulihan yang telah diambil.

Mana-mana orang berkelayakan yang gagal mematuhi perenggan (1), (2) atau (3) adalah didapati melakukan sesuatu kesalahan. Walaupun apa-apa pelan, lukisan atau kiraan telah diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan, tanggungjawab bagi kemungkiran bangunan hendaklah prima facie terletak atas orang yang mengemukakan pelan, lukisan atau kiraan itu. Orang berkelayakan seperti disebut di bawah perenggan (1) (a) undang-undang kecil (7) hendaklah tertakhluk kepada peruntukan yang sama seperti yang dinyatakan di bawah undang-undang kecil ini.

KESIMPULAN
Secara ringkas kesimpulan yang kami dapat dari topik ini adalah kepentingan faktor keselamatan sesebuah bangunan perlu di jaga bermula dari aspek melakar pelan, pembinaan, struktur, jarak, dan alat-alat kecemasan daripada kemungkinan berlaku sebarang perkara tidak diingini seperti bencana alam, kebakaran dan lain-lain seperti dalam pepatah sediakan payung sebelum hujan. Oleh itu pelbagai akta dan klausa telah digubal bagi menjamin perkara disebut dalam buku undang-undang kecil bangunan seragam 1984

RUJUKAN
1. Lembaga Penyelidik Undang-Undang (2008). Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 [P.W. 5178/85]. International Law Book Services. Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. 2. Ray Tricker & Samantha Alford (2011). Building Regulations In Brief (6th Edition). Butterworth-Heinemann, Kidlington, Oxford. 3. Joseph A. Macdonald (2007). McGraw-Hill Construction Locator. Building Codes, Construction Standards, Project Specifications and Government Regulations. The McGraw-Hill Companies, Inc. United States of America. 4. Ministry of Finance Malaysia (2006). Uniform Building By-Laws. Laws of Malaysia ACT 133. MDC Publishers Sdn. Bhd., Kuala Lumpur. Petikan daripada http://www.scribd.com/doc/13282147/Uniform-Building-by-Laws

You might also like