You are on page 1of 4

PENGENALAN Panduan kursus disediakan bagi membantu anda memahami sepenuhnya keperluan dan kandungan kursus.

Pelajar dinasihatkan membaca bahagian ini dengan teliti dan selepas itu berusaha untuk mengikuti segala perkara yang disarankan bagi membolehkan anda melengkapkan kursus ini dengan cemerlang. Kursus Kenegaraan (HNS 2013) merupakan SATU kursus WAJIB yang menggabungkan elemen-elemen tamadun dan kenegaraan dari aspek perkembangan sejarah, masyarakat, politik, ekonomi dan sosial. Diharap dengan mengikuti kursus ini para pelajar akan menjadi warganegara yang lebih bertanggungjawab, bersemangat patriotik, cintakan tanah air, berwawasan tinggi, sentiasa bersedia menghadapi cabaran dan mampu menaikkan nama negara hingga ke peringkat antarabangsa.

KUMPULAN SASARAN Kursus ini adalah kursus WAJIB yang perlu diikuti oleh semua pelajar yang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di UPSI. Walau bagaimanapun, modul ini digubal khas untuk pelajar Program Jarak Jauh.

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN Mengikut piawaian UPSI dan MQA, setiap jam kredit memerlukan pelajar memperuntukkan 40 jam waktu pembelajaran. Oleh itu bagi setiap kursus ini pelajar perlu memperuntukkan 120 jam waktu pembelajaran. Anggaran agihan waktu pembelajaran bagi adalah seperti dalam Jadual 1 di bawah. Jadual 1 Anggaran agihan masa pembelajaran HNS 2013 Aktiviti Pembelajaran

Membaca modul, ulang kaji, menyiapkan tugasan Tutorial di Pusat Tutorial dalam talian (E-Learning, contohnya melalui BigBlueButton, Skype, dll.) Forum (E-Learning melalui MyGuru2) Video P&P melalui MyGuru2 Kuiz dalam talian melalui MyGuru2 Jumlah Masa Pembelajaran

Bersemuka 10 46

Jam Pembelajaran

Tidak Bersemuka 40

56

120

12 10 2 64

HURAIAN KURSUS KENEGARAAN (HNS 2013) HASIL PEMBELAJARAN KURSUS Di akhir kursus ini, anda diharap dapat: 1. Menjelaskan konsep dan ciri-ciri kenegaraan. (C2) 2. Menerangkan proses pembinaan negara bangsa di Malaysia. (P1, LL2) 3. Mengamalkan (A2,EM1) SINOPSIS KURSUS Kursus ini memberi penekanan kepada aspek-aspek kenegaraan di Malaysia. Ini meliputi sejarah dan perkembangan tamadun, perlembagaan dan dasar-dasar kerajaan dalam proses pembinaan negara bangsa. sifat-sifat kebertanggungjawaban sebagai seorang warganegara.

ISI KANDUNGAN KURSUS Untuk membantu anda mencapai hasil pembelajaran kursus, isi kandungan kursus dibahagikan kepada 10 unit yang terkandung dalam modul ini seperti berikut:

MODUL 1 UNIT TAJUK 1 PENGENALAN KEPADA KENEGARAAN Unit ini membincangkan konsep-konsep asas kenegaraan dan berkaitan dengannya termasuk tamadun dan menghubungkaitkan antara kenegaraan dan tamadun dalam proses membina bangsa dan negara . 2 TAMADUN MELAYU Unit ini memberi fokus kepada tamadun Melayu dengan melihat proses akulturasi dan asimilasi yang berlaku dalam tamadun Melayu dengan tamadun-tamadun besar seperti tamadun India, Cina dan barat hingga membentuk tamadun Melayu yang tersendiri. KERAJAAN-KERAJAAN MELAYU KEPADA NEGERI-NEGERI MELAYU Unit ini meneruskan perbincangan berkaitan kewujudan kerajaan-kerajaan dalam tamadun Melayu khasnya kerajaan-kerajaan Melayu yang ada misalnya kerajaan Melayu Melaka, Johor, Pahang dan lain-lain termasuklah kerajaan di Sabah dan Sarawak. Kerajaan-kerajaan ini adalah antara yang telah bergabung dan membentuk Malaysia yang kita kenali negeri-negeri di Malaysia.

ii

PENJAJAHAN DAN PROSES KE ARAH KEMERDEKAAN Unit ini menghuraikan proses-proses penjajahan yang telah berlaku dan penggemblengan masyarakat pelbagai kaum dalam negara ini untuk bebaskan diri daripada belenggu penjajah khasnya British. MASYARAKAT MAJMUK DAN HUBUNGAN KAUM Unit ini membincangkan tentang proses pembentukan masyarakat majmuk yang menyumbangkan kepada keunikan negara ini. PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Unit ini memberi penekanan kepada proses Perlembagaan Persekutuan di samping menghuraikan kontrak sosial yang ada di dalamnya. SISTEM PENTADBIRAN NEGARA Unit ini melihat bagaimana negara ini ditadbir dan diuruskan dengan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan melalui fungsi yang ada dalam eksekutif, perundangan dan kehakiman. DASAR-DASAR PEMBANGUNAN NEGARA Unit ini mengenal pasti secara mendalam dasar-dasar yang digunakan oleh kerajaan dalam pembangunan negara merangkumi dasar ekonomi dan dasar sosial. DASAR LUAR NEGARA Unit ini membincangkan dasar luar Malaysia serta penglibatan Malaysia di arena antarabangsa. ISU-ISU DAN CABARAN NEGARA Unit ini menilai strategi memupuk perpaduan kaum melalui Integrasi Nasional dan pelaksanaan konsep Satu Malaysia.

10

PENAKSIRAN Tugasan Kuiz Tugasan 1 (berpasangan) Tugasan 2 (Individu) Peperiksaan akhir Jumlah % Wajaran Kaedah dan Hasil Tugasan 10 30 20 20 100 iii Dalam talian menggunakan MyGuru2. Bercetak dan dijilid berserta salinan CD. Bercetak dan dijilid berserta salinan CD. Dijalankan di setiap pusat PJJ negeri berkenaan.

HURAIAN IKON YANG DIGUNAKAN Situasi yang memerlukan anda berfikir dan membuat refleksi mengenainya.

Aktiviti yang harus dilakukan untuk memahami konsep yang dibincangkan. Aktiviti termasuklah menjawab soalan, mengisi tempat kosong, melakar, dan/atau mencari maklumat daripada Internet, buku, dan sumber lain-lain. Kuiz yang perlu diambil dalam talian yang menyumbang kepada markah kerja kursus

Forum yang perlu disertai dalam talian yang menyumbang kepada markah kerja kursus

Persembahan mikro dan makro pengajaran yang perlu dijalankan dan dimuat naik untuk dipersembahkan kepada pensyarah dan rakan-rakan lain.

Aktiviti latihan bagi membina kefahaman dan mengaplikasikan konsep yang dibincangkan. Kadang-kadang disertakan jawapan serta maklum balas di akhir setiap unit.

Aktiviti latihan yang disertakan jawapan serta maklum balas.

iv

You might also like