You are on page 1of 71

UNIT TEKNIK DAN VOKASIONAL ( VOTEK ) Jabatan Pendidikan Terengganu September 2002

1. OBJEKTIF MODUL
Menjelaskan konsep BCB. Memahami faktor yang mempengaruhi pembelajaran. Membimbing guru mengenal pasti strategi pembelajaran. Membantu guru mengaplikasi BCB dalam p & p Membantu guru melatih guru lain BCB Menyediakan contoh rancangan p & p

2. RASIONAL BELAJAR CARA BELAJAR

Masa dan pengetahuan yang diterima di kelas terhad Murid bertanggungjawab terhadap pembelajaran. Mempertingkatkan keupayaan murid untuk mempelajari sesuatu. Belajar Cara Belajar sejajar dengan matlamat pendidikan untuk belajar seumur hidup.

3. OBJEKTIF BELAJAR CARA BELAJAR Menyediakan murid berupaya belajar sendiri tanpa guru.

Membolehkan murid menggunakan pengetahuan sedia ada, rakan dan bahan lain sebagai sumber pembelajaran.
Membolehkan murid membuat refleksi danmenilai tahap pembelajaran sendiri.

Membolehkan murid mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran ke situasi lain.

4. APAKAH BELAJAR CARA BELAJAR

Belajar Cara Belajar adalah proses teknik pembelajaran sama ada bersama guru atau tidak

KEMAHIRAN BELAJAR

Kemahiran belajar perlu dikuasai oleh setiap murid untuk meraih kecemerlangan dalam peperiksaan dan kehidupan.

Kemahiran belajar melibatkan beberapa kemahiran seperti:


Kemahiran Mendengar Kemahiran Membaca Kemahiran Menulis Kemahiran Mengambil Nota Kemahiran Mengingat

a. Kemahiran Mendengar
Apa yang didengar ..........pelbagai teks seperti: Arahan Lakonan Puisi Berita Ucapan Syarahan Lagu Taklimat Pengumuman Penerangan

b. Kemahiran Membaca
Skimming Untuk maklumat ringkas dan pantas Baca tajuk, pendahuluan dan rumusan Scanning/ Imbasan Untuk maklumat lebih dalam dari skimming Baca pendahuluan, rumusan dan bab Perhatikan kata kunci, konsep, rajah, grafik, data

Bacaan Intensif Untuk mendapat maklumat terperinci


Untuk Maklumat Terperinci strategi : SQ3R Survey - pendahuluan, tajuk, ringkasan Question tajuk jadi soalan jawab Read baca perenggan untuk maklumat Recite ringkaskan, refrasakan perenggan Record catatan- bentuk yang diolah Review lihat nota semula, pastikan ingat isi

Baca Laju

Boleh baca laju dan faham kandungan Tumpuan sepenuhnya masa membaca Kesan isi penting melalui tanda: tulisan condong/ bergaris/tebal graf/gambar rajah/peta minda Membuat catatan nota

c. Mencatat Nota
Mencatat

nota adalah aktiviti merekod fakta,maklumat dan isi penting daripada bahan yang dibaca, dilihat atau didengar. Mencatat nota berlaku dalam semua situasi belajar seperti semasa kuliah, ceramah, penerangan, temuduga, membaca buku atau bahan lain.

d. Kemahiran Menulis
i. ii. Menulis Laporan Menulis Cepat

Menulis cepat ditafsirkan sebagai kemahiran menulis dengan kepantasan yang tinggi dan tulisannya boleh dibaca oleh orang lain. Oleh itu, menulis cepat memerlukan unsur: Kelajuan menulis Tulisan yang boleh dibaca Kandungannya difahami

e. Mengingat

Mengingat ialah proses pembelajaran yang berkaitan dengan kefahaman dan penggunaan deria dengar dan deria dengar dan deria lihat yang baik. Mengingat juga ialah satu kemahiran untuk mengingat kembali dengan menyebut atau menulis fakta dan kejadian yang telah berlaku selepas beberapa jam.

KEMAHIRAN MAKLUMAT

Definisi Maklumat
Maklumat ialah pengetahuan, data, butiran, fakta, keterangan, maklumat atau cerita tentang sesuatu perkara atau seseorang.

Definisi Kemahiran Maklumat


Keupayaan seseorang mengenal pasti keperluan maklumat mencari dan mengumpulkan, mengurus dan mengolah maklumat dan membekalkan maklumat bagi memenuhi keperluan tertentu.

Kemahiran maklumat terdiri daripada:

Kemahiran perpustakaan
Kemahiran belajar

Kemahiran penyelidikan
Kemahiran komunikasi dan penyampaian

SUMBER MAKLUMAT
Sumber berasaskan manusia
Contohnya ibu bapa, guru, pakar bidang, tokoh dan sebagainya.

Bahan audiovisual
Contohnya filem, video, aset, cakera laser, mirofilem, mikrofis, pita magnetik

SUMBER MAKLUMAT

Sumber berasaskan komputer


Contohnya dalam talian dan luar talian, cakera padat, dan internet.

Bahan bercetak
Contohnya buku, majalah, monograf, surat khabar, jurnal dan laporan.

JENIS SUMBER/BAHAN 1. Jurnal 2. Laporan /Statistik 3. Kertas Kerja 4. Paten 5. Standard/Piawaian 6. Tesis/Disertasi 7. Katalog Perdagangan 8. Ensiklopedia 9. Kamus 10. Tesaurus 11. Atlas/Peta 12. Gazetiar 13. Brosur/risalah 14. Akhbar 15. Majalah/Buletin 16. Buku teks/rujukan 17. Buku Tahunan 18. Monograf 19. Buku log/diari 20. Kitab suci/Hadith 21. Almanak 22. Indeks 23. Abstrak 24. Bibliografi 25. Ulasan/Resensi 26. Direktori 27. Biografi 28. Buku Panduan/Manual 29. Pangkalan Data Dalam Talian 30. Internet 31. CD-ROM

Maklumat boleh didapati dengan menemu ramah individu tertentu seperti tokoh, pakar dalam bidang berkenaan, orang kenamaan atau orang yang terlibat secara langsung dalam sesuatu peristiwa.

KEMAHIRAN MEMBUAT RUJUKAN Dalam era ledakan maklumat, terlalu banyak maklumat yang perlu diingati. Oleh itu, kita perlu mengetahui cara mengesan maklumat dengan cekap tanpa perlu mengingat semuanya.

KAEDAH MENGESAN MAKLUMAT DAN MERUJUK KEPADA BAHAN DI PSS

menggunakan kad katalog

dengan pembaca mikrofis dengan komputer OPAC

menggunakan Sistem Perpuluhan Dewey. Berdasarkan sistem ini, terdapat sepuluh kelas maklumat iaitu:

000-099 100-199 200-299 300-399 400-499 500-599 600-699 700-799 800-899 900-999

Karya Am Falsafah Agama Sains Kemasyarakatan Bahasa Sains Tulen Teknologi Kesenian dan Hiburan Kesusasteraan Geografi, Sejarah dan Biografi

Mengenal Maklumat Bahagian Dalam Buku


Setiap bahagian buku iaitu kulit hadapan, kulit belakang, halaman judul, halaman kandungan, indeks, bibliografi dan daftar kata/glosari menawarkan maklumat yang tertentu .

KEMAHIRAN MERUJUK KEPADA ENSIKLOPEDIA Ensiklopedia ialah bahan (berbentuk buku atau CD ROM) yang mengandungi maklumat bagi semua bidang ilmu pengetahuan.

Pilih jilid yang mengandungi perkataan atau huruf yang pertama yang dicap dengan huruf besar yang berkaitan dengan maklumat yang hendak dikesan seperti SUNGAI, TOKOH, TEMPAT, dan KEJADIAN.

maklumat tentang perkataan dalam satu atau lebih daripada satu bahasa seperti definisi atau makna, asal usul, ejaan, sebutan, silabikasi, penggunaan dan kedudukan semasa yang disusun mengikut urutan abjad.

Terdapat dua jenis kamus:

kamus umum
kamus khas atau kamus istilah.

Buka terus halaman yang bermula dengan huruf pertama kata yang ingin dicari maknanya. Setelah dapat halaman, cari perkataannya.

Fabulous

entri frasa

ayat

fabulous wonderful a fabulous day It was a fabulous week. Everything went well

Keterangan

makna

KEMAHIRAN MENCARI MAKLUMAT MELALUI INTERNET

Senarai enjin pencarian: Infoseek (http://www.go.com)


Alta

Vista (http://www.altavista.com) Yahoo (http://www.yahoo.com) Google (http://www.google.com) Lycos (http://www.lycos.com) Cari (http://www.cari.com.my)

CONTOH ENJIN PENCARIAN

STRATEGI METAKOGNITIF

STRATEGI METAKOGNISI
Metakognisi ialah kebolehan mengetahui apa yang kita ketahui dan yang tidak kita ketahui.

Costa, A.L.:1981)

Metakognisi ialah kesedaran tentang hal yang diketahui dan apa yang tidak diketahui. Strategi metakognisi merujuk kepada cara untuk meningkatkan kesedaran mengenai proses berfikir dan pembelajaran yang berlaku. Apabila kesedaran ini wujud, seseorang dapat mengawal fikirannya dengan merancang, memantau dan menilai apa yang dipelajari.

STRATEGI METAKOGNISI
Pelajar mengawal pembelajarannya dengan: I. Merancang apa yang ingin dipelajari. Ii. Memantau kemajuan pembelajaran diri. Iii Menilai apa yang dipelajari.

i.

PROSES METAKOGNITIF
PROSES MERANCANG

Meramal
Menyediakan diri Membuat perancangan

PROSES MEMANTAU Kemahiran ini memerlukan murid bertanya soalan seperti:

Adakah ini membawa makna kepada saya? Bagaimanakah perkara ini boleh dijelaskan? Apakah soalan yang harus saya tanyakan?

PROSES MENILAI

Murid perlu membuat refleksi:

Bagaimana kemahiran, nilai dan pengetahuan dapat dikuasai ?


Mengapa saya mudah/sukar menguasainya? Apakah tindakan/pengubahsuaian yang harus saya ambil?

CARA MENGAJAR METAKOGNISI

Metakognisi tidak perlu diajar sebagai satu mata pelajaran. Metakognisi perlu disisipkan dalam kaedah mengajar, perkembangan staf dan proses penyeliaan.

STRATEGI UNTUK MENINGKATKAN METAKOGNISI a. Merancang Sebelum aktiviti pembelajaran dimulakan, guru mengajarkan peraturan yang patut dipatuhi , strategi untuk menanangi masalah dan hala tuju yang harus diikuti. Semasa aktiviti itu dilaksanakan, guru perlu memberi peluang kepada murid untuk berkongsi kemajuan, proses pemikiran dan pandangan tingkah laku mereka. Selepas aktiviti pembelajaran, guru perlu meminta murid menilai sejauh mana peraturan itu dipatuhi .

b.

Menyoal Pada Semua Peringkat

Menyoal ialah satu teknik penting untuk menjelaskan fikiran. Galakkan murid menimbulkan soalan kepada diri mereka sendiri sebelum, semasa dan selepas membaca, mendengar, melihat dan menonton sesuatu.

c.

Memilih

Bincang dengan murid tentang pemilihan yang dibuat oleh murid dari segi kesan baik dan buruk sebelum keputusan dibuat.

d.

Menilai Dengan Pelbagai Kriteria

Guru harus memberikan peluang kepada murid untuk membuat refleksi dan mengkategorikan tindakan mereka mengikut dua atau lebih kriteria penilaian sama ada - membantu atau menghalang; - yang disukai dan tidak disukai; atau

- baik dan buruk sesuatu aktiviti.

e.

Mengambil Kredit Guru harus meminta pelajar mendapatkan maklum balas daripada rakan dengan mengajukan soalan seperti:
Bagaimanakah tindakan itu harus diberikan pengiktirafan? Apakah tindakan ini membanggakan diri anda?

Melalui cara ini, murid akan menyedari tingkah laku yang baik dan akan menerapkan tingkah laku tersebut dalam situasi yang berlainan

f.

Mengelak Daripada Menyatakan Saya Tidak Boleh

Pelajar harus menanyakan beberapa soalan: Apakah informasi yang diperlukan? Apakah alatan yang diperlukan? Apakah kemahiran yang diperlukan untuk melakukan tingkah laku berkenaan? Soalan ini akan memberikan kesedaran dan pengetahuan kepada pelajar tentang batasan yang diketahui dan apa yang perlu diketahui. Justeru, keyakinan murid dapat dipertingkatkan.

g.

Menggalakkan Idea Daripada Murid

Guru boleh membantu murid dalam metakognisi dengan mengemukakan frasa-frasa tertentu atau memparafrasa pernyataan pelajar untuk menggalakkan mereka berfikir dengan lebih mendalam. Contohnya:

GURU: Apa yang ingin anda nyatakan saya ialah GURU: Saya rasa anda ingin memberitahu saya bahawa
Melalui cara ini, mereka dibimbing agar menjelaskan, memikirkan semula atau memikirkan idea mereka dengan lebih mendalam.

h.

Memberikan Label Bagi Sesuatu Tindakan Guru boleh menyedarkan pelajar tentang tingkah laku kognitif mereka dengan memberikan label bagi tindakan itu dengan memuji dan memberi kan pengiktirafan seperti: Bagus, kamu sedang membuat satu rangka tindakan yang baik bagi Apa yang kamu semua buat adalah satu eksperimen yang baik. Kamu sangat memberi kerjasama dan bantuan kepada rakan dan itu adalah satu sifat yang baik.

i.

Menerangkan Maksud Perkataan Biasanya murid mengeluarkan perkataan seperti tidak adil, tidak baik, sangat tegas. Guru perlu bertanya dan menjelaskan apakah yang dimaksudkan tidak adil, tidak baik atau sangat tegas kepada murid

j.

Main Peranan Dan Simulasi

Dengan kaedah main peranan murid dapat membayangkan diri mereka dalam sesuatu watak dan membuat modifikasi secara metakognitif tingkah laku dan sifat peranan tersebut.

Simulasi memberi mereka peluang untuk memikirkan bagaimana seseorang itu akan bertindak dalam situasi berlainan.

k.

Menyimpan Jurnal

Murid perlu digalakkan mencatat dan mengilustrasikan sesuatu pengalaman dalam buku log/ harian sepanjang pengalaman itu. Ini membantu murid: - Mensintesiskan dan menterjemahkan fikiran dan kelakuan mereka dalam bentuk simbolik / grafik.

- Melihat kembali persepsi asal mereka dan membandingkan persepsi asal dengan keputusan baru.
- Mencatatkan proses pemikiran tentang strategi tersebut dan cara membuat keputusan. - Mengenal pasti kelemahan dalam tindakan yang diambil dan mengingat kembali kejayaan dan kesulitan yang dialami.

l.

Memberikan Teladan

Contoh teladan oleh guru dan menjadi ikutan oleh murid adalah proses sangat berkesan.

Untuk tujuan ini, guru hendaklah menunjukkan dengan jelas bagaimana guru merancang, mengenal pasti dan menilai sesuatu tingkah lakunya supaya murid dapat mencontohinya.

Pengurusan Masa dan Gaya Pembelajaran

PENGURUSAN MASA

Murid yang berjaya biasanya mempunyai: 1. Jadual waktu 2. Perancangan yang tersusun dan sistematik.

Apakah jadual waktu dan Perancangan ?


Jadual Waktu Pembahagian masa hari ke hari yang terperinci dan merangkumi: 1. Sesi pembelajaran 2. Aktiviti-aktiviti lain.
Perancangan Pandangan menyeluruh tentang sesi pembelajaran dan aktiviti-aktiviti lain.

Bagaimana menghasilkan jadual waktu persendirian?


Tentukan masa untuk sesuatu mata pelajaran. Pilih keutamaan. Tumpuan kepada topik sukar. Pembahagian sama rata hari ke hari. Pilih masa yang paling sesuai. Peruntukan masa untuk aktivitiaktiviti lain.

Selain belajar, masa harus diperuntukkan untuk :


Berehat. Membuat

kerja rumah. Bersukan. Membantu ibu bapa Aktiviti yang diminati Kelas tambahan

Apakah kelebihan mempunyai jadual waktu?


Mengurangkan

pembaziran waktu. Fokus pada pelajaran. Teratur. Mengambil kira semua mata pelajaran. Keutamaan. Melatih diri supaya tidak menangguhkan kerja.

GAYA PEMBELAJARAN Mengapa perlu mengenal pasti gaya pembelajaran?

Setiap individu mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza. Fokus terhadap apa yang dipelajari. Memaksimumkan hasil pembelajaran.

Apakah Gaya Pembelajaran?


Gaya pembelajaran adalah cara mempelajari sesuatu mengikut kecenderungan individu. Murid perlu mengetahui kepelbagaian gaya pembelajaran supaya mereka dapat mengenal pasti gaya pembelajaran yang sesuai untuk diri mereka

1. Gaya pembelajaran VAK


VISUAL
AUDITORI

KINESTETIK

2. Gaya Dunn & Dunn


Berasaskan beberapa aspek :

Alam Sekitar Emosi Sosiologi Fizikal Psikologi

Alam Sekitar
Bunyi Cahaya Suhu Pola

Emosi
Motivasi Ketabahan Tanggung

jawab Struktur

Sosiologi
Sendiri Pasangan Rakan

Sebaya Pasukan Guru Pelbagai cara

Fizikal
Persepsi
Makan Waktu Gerakan

Psikologi
Global

atau Analitik Otak Kiri atau Otak Kanan Impulsive atau Refleksif

PERSEDIAAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN


Peperiksaan memberikan pelbagai pengalaman RISAU, SUKA, DUKA KECEWA dan sebagainya.

GURU PERLU:

Memotivasikan murid supaya tekun belajar. Membantu murid untuk memberi tumpuan kepada pelajaran. Menggalakkan murid agar berminat dengan kerja sekolah. Mengajar murid teknik belajar yang betul Mengajar murid cara mengulang kaji dan mengambil nota yang betul

SEBELUM PEPERIKSAAN
Murid perlu:

Bersedia dan membuat ulang kaji untuk mengekalkan ingatan jangka panjang Tidur secukupnya pada malam sebelum hari peperiksaan Hadapi peperiksaan dengan perasaan yakin Elakkan menduduki peperiksaan dengan perut yang kosong Datang awal dengan persiapan secukupnya Berdoa dan tenangkan diri Jangan mengulang kaji pada saat-saat akhir

SEMASA PEPERIKSAAN

Baca arahan dengan teliti Anggarkan masa Teruskan kepada soalan yang lebih mudah Jangan panik Relaks

JURULATIH UTAMA ( KHSR ) Jabatan Pendidikan Terengganu September 2002

You might also like