You are on page 1of 10

JOM KITA KENAL KATA KERJA.

Kata Kerja 1. Ada dua jenis kata kerja: a. kata kerja transitif b. kata kerja intransitif atau tak taransitif 2. Kata kerja transitif terbahagi kepada:

kata kerja yang berawalan men- ( melukis, membaca, mencari dsb. ) kata kerja yang berapitan men..kan ( menyanyikan, membesarkan dsb.) kata kerja yang berawalan mengi ( membanjiri, menghadiahi dsb.) kata kerja yang berawalan rangkap memper . ( memperdaya, memperoleh) kata kerja yang berapitan memper.kan ( memperhatikan, mempergunakan). Kata kerja yang berapitan memper.i ( mempelajari, mempersentai dsb.)

3. Semua kata kerja transitif ( kecuali makan, minum, minta dan mohon) mesti berawalan mena. buang sampah ( salah ) membuang sampah ( betul ) b. goring ikan ( salah ) menggoreng ikan ( betul ) 4. Kata kerja transitif yang berapitan menkan dan meni berbagai-bagai maknanya dan mesti digunakan dengan berhati-hati. Contoh: SALAH BETUL Hafizuddin memberikan Seha sekuntum bunga. Hafizuddin memberi Seha sekuntum bunga. Hanim mengambilkan segelas air untuk Ishak. Hanim mengambilkan Ishak segelas air.

Baginda mengurniakan beliau bintang kebesaran. Baginda mengurniai beliau bintang kebesaran. Hakim menjatuhkan pencuri itu sebulan penjara. Hakim menjatuhi pencuri sebulan penjara. Sampah sarap mengotorkan Taman Tasik Taiping. Yatie menasihatkan saya agar rajin belajar. 5. Kata kerja intarnsitif terbahagi kepada: Sampah sarap mengotori Taman Tasik Taiping. Yatie menasihati saya agar rajin belajar.

Kata kerja asal seperti ada, bangun, duduk, dan sebaginya. Kata kerja yang berawalan ber- ( beradu, beroda, belajar dsb.) Kata kerja yang berapitan beran ( berdekatan, berguguran ) Kata kerja yang berapitan berkan ( berpandukan, berlandaskan dsb.) Kata kerja yang berawalan men- ( melompat, mendarat, membesar dsb.) Kata kerja yang berawalan ter- ( tertidur, terjatuh, terjumpa dsb.)

6. Kata kerja intransitif yang berawalan ber-, men-, dan ter- tidak boleh ditiadakan awalannya. Contoh: - tanya kepada Hamidah ( salah ) bertanya kepada Hamidah ( betul ) - jangan lompat ( salah ) jangan melompat ( betul ) - senyum kepada Kartina ( salah ) tersenyum kepada Kartina ( betul )

CONTOH KATA KERJA YANG SERING KITA JUMPA.

1. Memikul

Ayat contoh:Perempuan itu memikul hasil dagangan untuk dijual di pasar.

2. Mengelek

Ayat contoh:-

Puan Aini mengelek anaknya yang sedang tidur nyenyak.

3. Menatang

Ayat contoh:-

Swee Lan menatang sedulang hadiah di atas pentas .

4. Menjinjing

Ayat contoh:Kakak menjinjing beg sambil berjalan menuju ke keretanya.

5. Mengandar

Ayat contoh:Pak Atan mengandar dua buah bakul yang berisi buah-buahan untuk dijual kepada peraih.

6. Menjunjung

7.

Mengukur kelapa

Ayat contoh:Saya mengukur kelapa menggunakan pengukur kelapa.

8. Memarut

Ayat contoh:Ibu memarut kelapa untuk dibuat inti kuih koci.

9. Memanggang

Ayat contoh:Dena memanggang ayam untuk juadah tengah hari keluarganya.

10.

Menjerang

Ayat contoh:Ibu menyuruh kakak menjerang air di dapur.

11.

Menyalai

Ayat contoh:Ikan sembilang yang disalai sedap dimakan begitu sahaja ataupun dimasak gulai lemak cili padi.

12.

Menanak

Ayat contoh:Ibu mananak nasi menggunakan dapur gas.

13.

Merebus

Ayat contoh:Ibu merebus enam biji telur.


13

. Mencelur

Ayat contoh:Tukang masak itu mencelur sebungkus mi untuk dimakan bersama semangkuk sup.

14.

Merenih

Ayat contoh:Kakak merenih sup untuk adik.


15.

Membakar

Ayat contoh:Bapa membakar lemang untuk juadah hari raya yang akan menjelang pada hari esok.

16.

Mengukus

Ayat contoh:Ibu mengukus kuih untuk dijual di pasar tani.

17.

Menggoreng

Ayat contoh:Aini menggoreng ikan untuk dihidangkan kepada keluarganya.

You might also like