You are on page 1of 43

FFA 3211 KAJIAN FABRIK 1.

3 COTTON

WAN SAZARENA BINTI WAN AHMAD

Gentian kapas diperolehi daripada cotton boll yang didapati pada pokok kapas. Satu boll kapas boleh menghasilkan lebihkurang 250,000 gentian. Separuh dari gentian yang digunakan untuk membuat pakaian adalah kapas. Diantara proses yang terlibat dalam penghasilan kapas ialah: 1. Ginning membuang dan mengasingkan bendasing dan biji kapas. 2. Carding meluruskan gentian kapas. 3. Combing mengasingkan gentian pendek dan panjang dan meluruskan gentian. 4. Twisting dan drawing untuk membentuk yarn dan 5. Spinning memintal yarn kapas. Kebanyakkan gentian kapas berwarna kekuningan hinggalah ke warna perang. Gentian kapas merupakan gentian stapel yang panjangnya terdiri dari 1/8 hingga 2 1/2 inci. (0.32 6.35 cm). Gentian yang pendek lebih sukar dipintal. Nisbah panjang kepada diameter gentian kapas adalah dari 6000:1 ke 350:1. Lebih panjang gentian, lebih tinggi kualiti kapas tersebut.

Rupabentuk memanjang gentian kapas adalah seperti flat, twisted ribbon manakala keratan rentassya berbentuk seperti ginjal atau kacang. Kekilauan gentian kapas adalah sangat rendah disebabkan bentuk kekacang gentian memantulkan cahaya dengan tidak sekata.. Selain itu, faktor gentian stapel juga menyumbang kepada sifat ini. Gentian kapas mempunyai kekuatan yang sederhana.

11

FFA 3211 KAJIAN FABRIK

WAN SAZARENA BINTI WAN AHMAD

Rintangan las gentian kapas adalah lemah. Geseran akan menyebabkan gentian patah dan akan menipiskan fabrik dalam jangkamasa panjang. Elastic recovery/keanjalan gentian kapas adalah sangat rendah. Kebingkasan/resilience gentian kapas juga adalah sangat rendah. Fabrik kapas mudah berkedut ketika dibasuh dan dipakai dan perlu digosok selalu. Gentian kapas adalah mempunyai kadar flexibility yang berubah-ubah mengikut diameter sepanjang gentian tersebut. Flexibility menjadi kurang apabila diameter bertambah tetapi bentuk keratan rentas yang berbentuk ginjal menyebabkan gentian boleh menyentuh kulit pada bahagian-bahagian tertentu memberikan keselesaan kepada pemakai. Gentian kapas merupakan gentian hidrofilik. Kadar penyerapannya tinggi iaitu 8.5% pada 65% kelembapan persekitaran. Ini mengelakkannya daripada masalah cas elektrik statik. Apabila gentian kapas menyerap air, ia menjadi lebih lembut dan menyentuh kulit pada kawasan yang lebih luas tetapi menjadi kurang selesa kerana fabrik kapas lambat mengering dan akan menyebabkan pemakai kesejukan. Sewaktu kering, kapas menjadi amat selesa dipakai kerana ia akan menyerap peluh badan. Sifat hidrofilik kapas menyebabkannya menjadi mudah menyerap kotoran . Kapas juga mudah menyerap minyak dengan banyak.. Bentuk gentian seperti kekacang menyebabkannya memerangkap kotoran dengan mudah. Walaubagaimana pun, gentian kapas juga mudah melepaskan kotoran dan minyak jika dibasuh. Gentian kapas adalah sangat stabil di dalam air. Gentian akan mengembang/swell di dalam air tetapi akan kembali kebentuk asal apabila kering. Gentian kapas juga menjadi bertambah kuat apabila basah. Ini menjadikannya mudah dibasuh. Gentian kapas sangat tahan kepada kerosakan daripada alkali, maka detergent/pencuci yang kebanyakkannya bersifat alkali boleh digunakan pada fabrik kapas. Walaubagaimanapun asid kuat boleh merosakkan gentian kapas. Pakaian antik dan lama perlu disimpan di dalam kertas bebas asid/ acid free paper untuk mengelakkan asid merosakkan polymer selulos. Gentian kapas boleh dirosakkan oleh fungi seperti kulat dan oleh bakteria. Kerosakkan boleh dikesan dengan bau dan warna yang berbeza. Fabrik kapas

12

FFA 3211 KAJIAN FABRIK

WAN SAZARENA BINTI WAN AHMAD

yang disimpan lama tidak boleh dikanji untuk mengelakkannya dimakan oleh serangga. Pendedahan yang berterusan kepada cahaya matahari akan menyebabkan kapas menjadi kekuningan. Gentian kapas boleh mengalirkan haba, mengelakkan pengumpulan haba berlebihan dan menyebabkannya tahan kepada haba menggosok yang tinggi. Gentian kapas yang terbakar akan mengeluarkan bau seperti kertas terbakar.

13

FFA 3211 KAJIAN FABRIK

WAN SAZARENA BINTI WAN AHMAD

1.4

FLAX/ LINEN Fabrik yang diperbuat dari gentian flax dipanggil linen. Gentian flax merupakan antara gentian yang terawal digunakan untuk membuat pakaian di hemisfera barat. Kebanyakkan tamadun awal yang dikaji meninggalkan banyak peninggalan fabrik linen. Gentian Flax diperolehi daripada bahagian dalam batang pokok flax. Fabrik flax boleh dikenali dengan permukaannya yang tebal dan nipis dan tidak sekata.

Kebanyakkan gentian flax berwarna keperangan.

Proses yang terlibat dalam penghasilan gentian flax ialah: 1. Retting merupakan proses pereputan melalui tindakan bacteria terhadap pectins dan gums yang memegang gentian flax sebelum gentian boleh dikeluarkan. Proses pereputan boleh dilakukan di kolam, sungai, embun atau tangki (yang paling moden). 2. Breaking and Scutching adalah proses memecahkan batang pokok flax untuk mengeluarkan gentian. 3. Hackling iaitu menyikat gentian flax supaya lurus dan selari. Gentian linen merupakan gentian stapel yang panjangnya terdiri dari 10 ke 100 cm. Gentian panjang dipanggil line diantara 120 150cm manakala gentian pendek dipanggil tow panjangnya antara 10 15 cm. Nisbah panjang kepada diameter gentian kapas adalah dari 15000:1 ke 1500:1. Diameter gentian flax adalah 2 kali hingga 4 kali ganda gentian kapas. Rupabentuk memanjang gentian flax menunjukkan nodes seperti batang tebu manakala keratan rentassya berbentuk seperti polygon.

14

FFA 3211 KAJIAN FABRIK

WAN SAZARENA BINTI WAN AHMAD

Kekilauan gentian linen adalah lebih baik dari kapas kerana gentiannya yang lebih panjang dan tidak berpintal sesama sendiri seperti kapas. Gentian flax asalnya mempunyai lilin dan kurang berkilau dan akan menjadi lebih berkilau apabila ianya dibersihkan. Gentian flax lebih kuat dari kapas. Ini adalah kerana kedudukan polymer dalam gentian flax lebih tersusun dan selari. Gentian flax kurang fleksibel daripada kapas. Gentian flax juga adalah keras berbanding kapas dan mempunyai drape yang kurang baik. Fabrik linen lebih mudah berkedut. Gentian flax bersifat hidrofilik. Gentian flax mengering dan membasah lebih cepat dari kapas. Gentian ini menjadi lebih kuat apabila basah dan lebih tahan kotoran daripada kapas kerana susunan polymernya yang lebih padat dan rapat diantara satu sama lain. Fabrik linen tidak mudah kecut atau berubah bentuk dan tahan haba yang tinggi. Suhu menggosok boleh sehingga 260C.

15

FFA 3211 KAJIAN FABRIK

WAN SAZARENA BINTI WAN AHMAD

1.5 SUTERA/SILK Gentian silk diperolehi dari cocoon ulat sutera. Silk terbahagi kepada 2 jenis, iaitu cultivated silk, yang terhasil dari ulat yang dibela oleh sericulturist, dan wild silk, yang dipungut di habitat semulajadi ulat sutera.

Reeling adalah proses menarik gentian sutera dari cocoon manakala throwing ialah proses memintal gentian sutera menjadi yarn. Silk merupakan satu-satunya gentian semulajadi filamen. Panjang filamennya boleh mencapai 600 meter tetapi puratanya adalah 300 meter. Saiz gentian adalah lebihkurang 1.5 denier. Keratan rentas gentian silk adalah berbentuk tiga segi berbucu bulat bagi cultivated silk manakala bentuk riben bagi wild silk.

Gentian silk mempunyai kekuatan sederhana. Ketahanan kepada geseran juga adalah sederhana sesuai dengan kegunaan akhirnya yang tidak memerlukan ketahanan geseran yang tinggi. Gentian silk boleh menyerap air sehingga 1/3 berat gentian tanpa ada rasa basah kepada pemakai. Gentian silk lebih padat (higher crystallininity) daripada wool menyebabkannya kurang menyerap berbanding wool. Gentian silk yang telah dibuang gamnya akan menjadi lebih berkilau. Kekilauan disebabkan high crystallinity dan bentuk tigaseginya. Gentian silk menjadi lebih lemah ketika basah.

16

FFA 3211 KAJIAN FABRIK

WAN SAZARENA BINTI WAN AHMAD

Gentian boleh dirosakkan oleh larutan alkali yang akan menyebabkannya menjadi kekuningan, kurang berkilau dan rosak. Maka silk lebih sesuai dicuci kering. Jika terpaksa, cucian tangan dengan bahan pencuci yang lembut disarankan. Peluntur klorin tidak boleh digunakan. Peluntur hidrogen peroxide atau oksigen boleh digunakan jika perlu. Sutera yang disimpan pada tempoh yang amat panjang boleh dirosakkan oleh oksigen dari udara. Secara keseluruhannya, fabrik silk adalah sangat selesa dipakai kerana gentian filamennya yang lembut menyentuh kulit dan memberikan rasa sejuk kepada pemakai.

GAMBARAJAH MENUNJUKKAN PROSES YANG TERLIBAT DARI TELUR HINGGALAH MENJADI KUPU

17

FFA 3211 KAJIAN FABRIK

WAN SAZARENA BINTI WAN AHMAD

1.6

WOOL Wool didapati dari beberapa sumber seperti bulu kambing biri-biri, angora goat, cashmere goat dll tetapi paling banyak didapati dari BKBB sebab sumbernya yang mencukupi.

Lebih kurang 75% wool dijadikan pakaian dan selebihnya untuk lain-lain industri seperti karpet, hiasan dalaman, cadar dll. Warna gentian adalah off white kepada brown. Keratan memanjang wool menunjukkan sisik-sisik yang menghala kehujung gentian manakala keratan rentasnya berbentuk bujur/oval. Terdapat lebihkurang 2000 sisik pada setiap inci wool.

Gentian wool kurang kuat tetapi menjadi kuat apabila menjadi fabrik. Gentian wool mempunyai keanjalan yang baik dan peratus pemanjangan yang tinggi. Gentian wool tidak tahan geseran dan mudah patah. Walaubagaimanapun, fabrik wool akan menjadi lebih tahan dengan gabungan gentian wool dan nylon dan sesuai dibuat permaidani. Gentian wool boleh menyerap air dengan banyak dan ia akan membebaskan haba apabila penyerapan air berlaku. Pemakai pakaian wool akan berasa panas kerana faktor ini. Wool merupakan penebat haba yang baik kerana bentuk gerigi pada gentian akan membolehkan udara terkumpul dan membentuk lapisan penebat. Wool tidak mudah berkedut kerana mempunyai fleksibiliti dan resiliency (kebingkasan) yang baik. Wool kurang berkilau.

18

FFA 3211 KAJIAN FABRIK

WAN SAZARENA BINTI WAN AHMAD

Gentian wool mudah rosak dalam larutan beralkali seperti detergent. Wool tidak boleh dicuci dengan air panas kerana ianya akan menyebabkan fabrik mengecut dengan kekal. Wool mudah diserang gegat. Wool merupakan antara gentian yang paling sukar terbakar kerana terdapat kandungan air di dalam gentian yang membolehkan api terpadam dengan sendiri.

19

FFA 3211 KAJIAN FABRIK

WAN SAZARENA BINTI WAN AHMAD

1.7 RAYON Rayon merupakan gentian buatan yang terdiri daripada 100% selulosa terjana semula. Selulosa ini diekstrak dari kayu dan dicampurkan dengan bahan-bahan-bahan kimia tertentu sebelum diproses menjadi larutan pekat yang melalui spinneret menjadi gentian. Gentian rayon lebih banyak dihasilkan dalam bentuk stapel berbanding bentuk asal filamen. Gentian rayon adalah 60 65 % crystalline dan selebihnya amorphous. Permukaan gentian menunjukkan garisan-garisan halus memanjang yang dipanggil striations dan keratan rentasnya menunjukkan bentuk bergerigi. Dihasilkan dalam berbagai saiz dari 1.5 denier ke 15 denier. Juga dihasilkan dalam saiz microfibers iaitu kurang dari 1 denier. Kekuatan gentian rayon adalah sederhana manakala keanjalannya adalah rendah. Gentian rayon bersifat hidrofilik dengan kadar serapan 13%. Rayon lebih menyerap daripada kapas dan flax kerana kawasan amorphous yang lebih luas.

Gentian

ini

tidak

menghasilkan elektrik statik.

Resilience nya sangat rendah dan mudah berkedut. Gentian rayon sangat berkilat kerana bentuk keratan rentas yang memantul cahaya dengan baik. Drape nya juga sangat baik kerana gentian mudah dibengkokkan. Gentian rayon boleh mengembang sehingga 50% ke 113% saiz asal iaitu 4 kali ganda gentian kapas.

20

FFA 3211 KAJIAN FABRIK

WAN SAZARENA BINTI WAN AHMAD

Kekuatan gentian rayon juga berkurangan sehingga 50% apabila basah. Oleh itu, pencucian kering disarankan untuk fabrik rayon. Gentian rayon lebih sensitif kepada asid, alkali, peluntur dan cahaya matahari berbanding gentian selulosa yang lain. Gentian rayon juga mudah terbakar. Ia terbakar dengan cepat dan hasilkan abu. Walaubagaimanapun, ianya boleh diberi kemasan tahan api.

21

FFA 3211 KAJIAN FABRIK 1.8 POLYESTER

WAN SAZARENA BINTI WAN AHMAD

Polyester merupakan gentian sintetik yang paling banyak digunakan. Ia dihasilkan dalam berbagai bentuk seperti gentian filamen, gentian staple dan tow, fiberfill, dan nonwoven. Polyester juga merupakan gentian yang paling banyak digunakan sebagai campuran dengan gentian lain. Gentian polyester adalah licin dan mempunyai diameter yang sekata. Keratan rentasnya berbentuk hampir bulat. Saiz gentian adalah diantara 1.5 hingga 10 denier, bergantung kepada kegunaannya. Warnanya putih, kekuningan dan juga sebahagiannya transparent. Peratusan crystalline nya adalah 35%. Gentian polyester mempunyai ketahanan yang baik bersesuaian dengan kegunaan akhirnya. Kekuatannya adalah sangat baik kerana struktur crystalline dalam gentiannya. Polymernya juga tersusun dengan baik. Gentian ini tidak boleh memanjang, dan akan putus jika ditarik melebihi 7% panjang asal. Elastic recovery bagi polyester adalah sangat baik. Begitu juga dengan rintangan lasnya. Gentian polyester adalah hidrofobik dengan daya serap yang sangat rendah. Oleh itu, ia tidak dapat menyimpan air dalam gentiannya. Secara perbandingan, polyester menyimpan lebihkurang 4% air, nylon 15%, kapas 50% selepas dikeringkan secara putaran dengan mesin basuh (standard spin cycle). Kelebihan sifat gentian polyester adalah resilience.

22

FFA 3211 KAJIAN FABRIK

WAN SAZARENA BINTI WAN AHMAD

Fabrik polyester jarang berkedut sewaktu digunakan. Sifat crystalline menyumbang kepada faktor ini. Fabrik polyester yang diperbuat daripada gentian staple atau dicampurkan dengan gentian lain akan membentuk pilling, iaitu gentian yang terkeluar dari permukaan fabrik. Sifat termoplastik gentian polyester menyebabkannya boleh diberi permanent pleat/kedut atau lipatan kekal. Ia juga boleh diberi kemasan seperti embossed yang menggunakan haba. Sifat hidrofobik gentian menyebabkannya kalis kepada kekotoran berair. Walaubagaimanapun, kekotoran berminyak akan menarik kepada fabrik polyester tetapi bukan ke dalam gentian. Sifat elektrostatik gentian juga akan menarik habuk dari udara. Pembersihan fabrik polyester boleh menjadi sukar disebabkan oleh sifat hidrofobik gentian. Tetapi faktor ini tidak menjadi masalah kerana fabrik polyester boleh dibasuh dengan kuat tanpa merosakkannya kerana ia mempunyai dimensional stability yang baik. Gentian polyester juga tahan kepada alkali di dalam pencuci dan juga kepada asid. Gentian polyester juga tahan kepada pancaran ultraviolet dari cahaya matahari. G entian polyester boleh terbakar/flammable. Walaubagaimana pun, ia akan mengecut dan bergulung apabila mendekati api menyebabkan api sukar untuk membakarnya.

23

FFA 3211 KAJIAN FABRIK

WAN SAZARENA BINTI WAN AHMAD

1.9

NYLON

Gentian Nylon dicipta pada tahun 1939. Lebih kurang 65% nylon dihasilkan dalam bentuk filament, manakala selebihnya dalam bentuk stapel. Nylon merupakan gentian yang terdiri daripada kumpulan polymer Polyamida. Terdapat beberapa kategori gentian Nylon di bawah kumpulan Polyamida ini seperti Nylon 6, Nylon 6,6 dan lain-lain seperti Nylon 3, Nylon 4, Nylon 5, Nylon 7, Nylon 8, Nylon 12, Nylon 46 dan Nylon 6,10. Yang banyak dihasilkan adalah Nylon 6 dan Nylon 6,6. Gentian Nylon terkenal dengan kekuatannya di kalangan semua gentian tekstil. Ini adalah disebabkan oleh sifat crystallinenya yang padat dengan ikatan hydrogennya yang terkuat.

Rintangan lasnya adalah sangat baik dan gentian ini banyak digunakan dalam kegunaan-kegunaan lasak atau dicampur dengan gentian lain seperti pada stokin kapas. Gentian Nylon adalah sangat fleksibel kerana polymernya berkedudukan zigzag. Kedudukan ini juga membolehkan gentian Nylon meregang dan kembali kebentuk asalnya dengan baik. Nylon merupakan gentian sintetik yang mempunyai kadar serapan tertinggi dikalangan gentian sintetik. Walaubagaimanapun, penyerapan hanya berlaku pada bahagian luar permukaan gentian disebabkan bahagian dalamnya adalah berstruktur crystalline polymer yang padat.

24

FFA 3211 KAJIAN FABRIK

WAN SAZARENA BINTI WAN AHMAD

Peluh dari badan akan diserap sedikit oleh gentian nylon manakala selebihnya akan disejatkan ke alam sekitar. Gentian nylon mengumpul cas elektrik statik, kerana ianya tidak menyerap air dengan cukup untuk elektrik dengan baik untuk alirkan elektron. Graviti tentu nylon adalah sangat rendah dan fabrik nylon adalah sangat ringan. Gentian nylon adalah sangat resilient kerana bentuk zig-zag polymernya. Oleh itu, fabrik nylon kurang berkedut dan mengekalkan bentuknya apabila dipakai atau dibasuh. Sifat statik gentian menarik habuk dari udara. Ia juga menarik kotoran dan pewarna ketika pembasuhan. Oleh itu pencucian agak sukar untuk fabrik nylon. Menghilangkan kotoran agak mudah berbanding menghilangkan kesan dan tanda pada fabrik nylon. Penggunaan peluntur klorin akan menyebabkan kekuningan pada nylon. G entian nylon akan menjadi sedikit lemah di dalam air. Maka, putaran yang lembut perlu digunakan pada mesin basuh. Air panas tidak boleh digunakan kerana akan melembutkan gentian. Sebaliknya, air suam sesuai digunakan kerana akan membantu mengeluarkan kotoran. Asid boleh rosakkan gentian nylon. Gentian nylon tahan kepada serangan serangga dan gegat serta fungi. Apabila mendekati api, gentian nylon akan terbakar dan seterusnya mencair dan menitik serta mengeluarkan asap putih. mengecut

25

FFA 3211 KAJIAN FABRIK

WAN SAZARENA BINTI WAN AHMAD

2.0

YARN

Perbezaan diantara yarn dan benang Yarn digunakan untuk menghasilkan fabrik manakala benang digunakan untuk menjahit dan menyambung fabrik.

2.1 Definisi Yarn Continuous strands of textile (staple) fibers, filaments or (other) material in a form suitable for knitting, weaving, or otherwise intertwining to form a textile fabric.

2.2

4 kumpulan utama yarn.

1. Spun yarn / yarn pintal 2. Filament yarn / yarn filamen 3. Compound yarn / yarn campuran 4. Fancy yarn / yarn beragam 1. Yarn pintal 2. Yarn Filamen

26

FFA 3211 KAJIAN FABRIK 3. Yarn Campuran

WAN SAZARENA BINTI WAN AHMAD 4. Yarn Beragam

Cara mengenalpasti yarn pada fabrik 1. Tarik 2 hingga 3 inci yarn 2. Pintal dalam arah berlawanan (buka pintalan) Rupa Spun Yarn / Yarn pintal Bila pintalan dibuka, gentian terlerai kerana pendek Yarn kelihatan gebu Diameter agak sekata Yarn tidak padat Rupa Filament yarn Gentian tidak putus disepanjang yarn Permukaan yarn licin Gentian padat Rupa Compound Yarn / Yarn campuran Diameter sekata Dapat lihat jalinan yang berbeza Satu jalinan berada di bahagian tengah dikelilingi yang lain. Rupa Fancy Yarn Diameter tidak sekata Perbandingan Sifat Yarn adalah berdasarkan kepada 4 faktor iaitu: Kekuatan / Strength Keselesaan / Comfort Penjagaan / Maintenance Kecantikan / Aesthetics Yarn Pintal ( Spun Yarn) : Diperbuat daripada stapel serat yang dijalin dengan mekanisme pintalan.

27

FFA 3211 KAJIAN FABRIK YARN PINTAL

WAN SAZARENA BINTI WAN AHMAD

Ring Spun Yarn Yarn carded yarn combed yarn woolen yam worsted yarn

Open End Spun Yarn rotor yarn friction yarn

Air Jet Spun

Ring spun yarn menggunakan serat kapas, bulu kambing biri-biri, serat stapel buatan atau campuran serat-serat ini. Tahap kelurusan serat di dalam yam dapat dilihat pada Rajah I. Daripada rajah menunjukkan carded yarn dan worsted yam adalah yam yang mempunyai 'protruding fibres' yang paling banyak. Secara keseluruhan fabrik buatan yarn pintal selesa dipakai kerana 'protruding fibres' menyebabkan fabrik terletak jauh sedikit daripada kulit. Ini membuatkan udara terperangkap dan menjadi penebat dengan menghalang kehilangan haba badan ketika hari sejuk. Tekstur fabrik kelihatan sedikit kusam (dull) kerana permukaan lebih berbulu yang dihasilkan oleh 'protruding fibres'. Fabrik lebih gebu dan lebih kuasa menutup tetapi mudah kotor . Kekuatan yarn bergantung kepada jumlah pintalan (twist) dan panjang stapel. Contohnya combed yarn lebih kuat berbanding carded yarn. Yarn Filamen (Filament Yarn) Gentian buatan yang tidak bersambung dan tidak diberi pintalan bagi mengukuhkan sifatnya. Tetapi serat sutera dikenali sebagai filamen kerana penghasilan semulajadi yang bersambung.

28

FFA 3211 KAJIAN FABRIK

WAN SAZARENA BINTI WAN AHMAD

Fabrik buatan filamen selesa dipakai bergantung kepada kadar penyerapan serat yang digunakan. Tekstur fabrik licin dan tidak mudah membentuk pilling. Ia juga tidak mudah kotor. Kurang kuasa menutup. Yam filamen lebih kuat kerana keseragaman saiz yarn boleh ditentukan. Pintalan yang diberikan bergantung kepada kegunaan akhir) ia boleh jadi sangat rendah atau terlalu tinggi. Berbagai teknik digunakan untuk menghasilkan variasi yarn filamen. 2.3 I. Perbandingan di antara Spun Yarn dan Filament Yarn Kekuatan

Yarn Pintal lebih lemah. - Kekuatan bergantung kepada kebolehan yarn berpaut antara satu sama lain. - Tekanan menyebabkan yarn tergelincir antara satu sama lain. - Gentian mudah patah. Yarn Filament lebih Kuat. - Mendapat kekuatan dari filement - Setiap filament berada di sepanjang yarn, maka kekuatan dikongsi bersama oleh semua gentian dengan sekata. -

29

FFA 3211 KAJIAN FABRIK

WAN SAZARENA BINTI WAN AHMAD

II. Keselesaan / Comfort Spun yarns 1. lebih menyerap 2. lebih mudah ditembusi air 3. penebat yang baik (lebih panas dipakai) Filament yarns 1. Kurang menyerap 2. Sukar ditembusi air 3. Kurang menebat (lebih sejuk dipakai)

III. Penjagaan / Maintenance Spun Yarns 1. Tidak membuang kotoran dengan mudah 2. Mudah berbulu Filament Yarns 1. Minyak mudah tertanggal 2. Yarn tidak mudah tertanggal ketika pembasuhan (do not lint) IV. Kecantikan / Aesthetics untuk Yarn pintal berbanding Yarn Filamen 1. Lebih lembut 2. Kurang berkilat 3. Kuasa menutup yang lebih baik 4. Lebih mudah berbulu 5. Yarn kurang tergelincir dalam fabric Kegunaan Industri membuat pakaian menggunakan lebih banyak Yarn pintal berbanding yarn filamen. Pengecualian: pakaian dalam, stokin nipis wanita, wind-breaker jackets, lining fabrics. Lebih banyak filament yarns digunakan dalam industri karpet.

30

FFA 3211 KAJIAN FABRIK Yarn Beragam

WAN SAZARENA BINTI WAN AHMAD

Berbeza daripada rupa yam pintal kerana binaan yang tidak seragam. Kategori Utama Yarn Beragam

Loop, curl, boucle dan gimp : Gelungan bagi yam jenis ini rapat-rapat Spike dan snarl: Gelungan yam terbuka. Nub, knop, knot dan spot: Yam-yam dipintal berkali-kali pada satu masa di tempat yang sama. Slub : Kepingan yam, serat dan sebagainya yang bersifat lembut dipintal bersama . Fabric yang biasa dihasilkan seperti shantung, pongee, tussah dan linen. Spiral,corkscrew dan wrap: Teras yam disampul dengan yam lain. Chennile : Dihasilkan secara tradisional dengan proses tenunan leno.

2.4 Kriteria Penghasilan Yarn

1. Panjang gentian 2. Kadar pintalan 3. Arah pintalan 4. Nombor Yarn / Yarn number 5. Bilangan Filamen / Number of filament 6. Bilangan Jalinan / Number of strands 7. Kandungan Gentian / Fiber composition

1. Panjang Gentian - Stapel

31

FFA 3211 KAJIAN FABRIK - Filamen

WAN SAZARENA BINTI WAN AHMAD

2. Kadar Pintalan (tpi = twist per inch).

Negligible Twist = 1-4 tpi Low twist = 6 12 tpi Moderate (average) twist = 20 25 tpi High (hard or crepe) twist = 40 80 tpi

3. Arah Pintalan Arah S dan Z / S twist and Z twist - Juga dipanggil arah kiri dan kanan

4. Nombor Yarn atau Saiz Yarn Direct system Tex, Decitex, Denier - Saiz atau kehalusan yarn. - Dinyatakan dalam Jisim bagi panjang tertentu. (mass per unit length) - Digunakan untuk gentian filamen.

32

FFA 3211 KAJIAN FABRIK

WAN SAZARENA BINTI WAN AHMAD

- Lebih tinggi nombor yarn, lebih tebal yarn. Contoh: Tex, iaitu berat (dalam gm) bagi 1000m yarn. 1 tex =1000 m yarn beratnya 1 g. Decitex, berat (dalam gm) bagi 10 km yarn. Denier, iaitu berat (dalam gm) bagi 9000m yarn.

Indirect System - Cotton count, worsted count etc. Saiz atau kehalusan yarn. Dinyatakan dalam Panjang bagi jisim tertentu (mass per unit length). Berbeza mengikut jenis gentian. Digunakan untuk gentian stapel. Lebih tinggi nombor yarn, lebih halus yarn.

Contoh: Cotton count, 840 ela yarn berjisim 1 lb. Linen, 300 ela berjisim 1 lb. Worsted, 560 ela berjisim 1 kg.

5. Nombor Filamen. Unit berdasarkan nombor yarn. Contoh 100/36 dtex bermaksud Nombor Yarn adalah 100, manakala bilangan filamen dalam yarn adalah 36. Lebih tinggi nombor filamen, lebih besar diameter yarn. 6. Bilangan Jalinan Single, Plied dan Cabled Yarn.

33

FFA 3211 KAJIAN FABRIK

WAN SAZARENA BINTI WAN AHMAD

7. Kandungan gentian / Fiber Composition. Self Blended - 100% gentian yang sama jenis. Contohnya 100% cotton, 100% Nylon dll. Blended Yarns Satu Yarn dipintal dari campuran beberapa jenis gentian. Combination Yarn Plied yarn yang dipintal dari beberapa single yarn yang berbeza kandungan gentiannya.

3.0 3.1

TENUNAN DEFINISI Satu proses dimana 2 atau lebih yarn disulam berselang-seli di antara satu sama lain dalam satu sudut tepat. Proses ini diulang-ulang sehingga satu kain tenunan terhasil. 2 set yarn digunakan dan dikenali sebagai; Yarn longsin (warp) Yarn pakan (weft)

Yarn longsin -yarn menegak Yarn pakan - yarn melintang

B. Yarn longsin (warp)

Yarn pakan (weft)

34

FFA 3211 KAJIAN FABRIK

WAN SAZARENA BINTI WAN AHMAD

Jenis-jenis Mesin tenun

Table loom (tenun meja) Dobby loom (tenun dobby) Jacquard loom (tenun jacquard)

3.2

LANGKAH-LANGKAH ASAS DALAM MENENUN KAIN

1.

Shedding

Barisan benang longsin (warp) terbuka dan terpisah di atas dan dibawah dengan menggunakan harness/shaft untuk menghasilkan satu ruang (gap) atau dikenali sebagai shed. 2. Picking menyusup/memasukkan benang pakan (weft) melalui shed yang telah terbentuk 3. Beating

35

FFA 3211 KAJIAN FABRIK

WAN SAZARENA BINTI WAN AHMAD

memukul/memampatkan benang pakan pada satu kedudukan dengan menggunakan Reed atau Batten (Sikat). 4. Take-up menggulung kain yang telah siap ditenun pada beam

3.3

JENIS-JENIS TENUNAN

Tenunan Biasa (Plain Weave) Tenunan Kelarai (Twill) Tenunan Satin/Sateen Tenunan Rib Lain-lain Tenunan ( Pile, Honeycomb, Leno, dll. ) A. Tenunan Biasa (Plain Weave)

merupakan tenunan asas dimana benang pakan (weft) disusup ke atas dan ke bawah setiap benang longsin (warp) secara berselang-seli. paling mudah dihasilkan dan kerap digunakan.

36

FFA 3211 KAJIAN FABRIK

WAN SAZARENA BINTI WAN AHMAD

Plain weave

Hopsack (Tenunan Bakul) Benang pakan (weft) disusup atas 2 benang longsin (warp) dan bawah 2 benang longsin.

Hopsack (oxford) 1 Benang pakan disusup di atas 2 benang longsin dan di bawah 2 benang lungsin

Hopsack 2/2 - basket

Hopsack 2/1- oxford

37

FFA 3211 KAJIAN FABRIK

WAN SAZARENA BINTI WAN AHMAD

Tenunan

Rib

2 atau lebih benang pakan disusup atas 1 benang longsin dan bawah 1 benang longsin. Kaedah ini dikenali sebagai Warp Rib sekiranya benang pakan disusup atas 2 benang longsin dan bawah 2 benang longsin ia dikenali sebagai Weft Rib.

arah rib

2/2 warp rib Arah rib

3/3 warp rib

2/2 weft rib


CIRI-CIRI

Haircord

Kain kelihatan berjalur samada arah warp atau weft. Warp Rib jalur arah weft timbul. Weft Rib jalur arah warp timbul.

38

FFA 3211 KAJIAN FABRIK

WAN SAZARENA BINTI WAN AHMAD

Ada juga Rib fabrik dihasilkan dengan menggunakan benang pakan yang kasar dan besar dan diselang-seli dengan benang pakan halus.

B.

Tenunan Twill/Kelarai

Benang pakan disusup atas 1 atau lebih benang longsin dan bawah 1 atau benang lebih longsin, tetapi untuk barisan baru, benang pakan dianjakkan 1 benang longsin

2/2 twill (Z Twill)

1/2 twill (S Twill)

terdapat 2 arah yang berbeza iaitu dari kanan ke kiri (S Twill) dan kiri ke kanan (Z twill). Twill akan menghasilkan jalur-jalur diagonal sama ada arah Z atau S. Jalur twill yang terkecil sama ada 1/2 atau 2/1.

Gabungan Z twill dan S twill dapat membentuk beberapa jenis tenunan twill, antaranya: Pointed or Cherron twill (2/2 twill) Herringbone (2/2 twill) Diamond weave (2/2 twill) Fancy diagonal (1/3 , 3/1 twill) adakalanya kecerunan yang dihasilkan oleh twill berbeza-beza ini disebabkan oleh perbezaan nisbah warp dan weft serta bilangan warp per inch.

39

FFA 3211 KAJIAN FABRIK

WAN SAZARENA BINTI WAN AHMAD

C.

Tenunan Satin merupakan lanjutan tenunan twill, tetapi untuk barisan baru anjakan benang pakan 2 atau lebih benang longsin. Dalam tenunan Satin, 4 atau lebih benang longsin akan timbul, manakala benang longsin ke 5 akan disulami ke bawah benang pakan. Dalam tenunan satin benang longsin timbul meliputi hampir keseluruhan permukaan fabrik tersebut ini menjadikan kain satin licin dan berkilat (berbanding kain sateen). Ia dipanggil warp face. Sekiranya yarn filament berkilat digunakan fabrik tersebut akan lebih berkilat.

Sateen Sekiranya benang pakan yang lebih banyak timbul berbanding benang longsin. Ia dikenali kain sateen. Kebiasaannya di permukaan belakang kain satin adalah sateen. Untuk menambahkan kekilatan dan ketahanan kemasan akan digunakan.

40

FFA 3211 KAJIAN FABRIK 8 harness sateen

WAN SAZARENA BINTI WAN AHMAD 5 harness sateen

CONTOH-CONTOH FABRIK DARI TENUNAN ASAS.

Tenun Biasa Batiste Buckram Belacu Chambray Canton Kanvas Fabrik cis Gauze Georget Gingam Lawn Muslin Organdi Oxford Poplin Seersucker Voile Flanel Flanelet

Tenun Kelarai Denim Drill Gaberdin Flanel flanelet

Tenun Satin Atlas Broked Damask

3.4

KNITTING

41

FFA 3211 KAJIAN FABRIK A. TENUNAN PILE

WAN SAZARENA BINTI WAN AHMAD

Pile kesan rupa permukaan kain yang terhasil disebabkan oleh loop-loop yarn. Loop-loop yarn ini terhasil daripada extra yarn yang timbul sama ada benang warp atau benang weft dan disulam bersama-sama tenunan biasa untuk membentuk dasarnya. Contohnya kain Terry toweling Fabrik tenunan pail mempunyai yarn yang berdiri tegak dari lapisan bawah tenunan, mengakibatkan fabrik yang tebal sehingga ke inchi, dengan permukaan yang bergulung/looped atau tufted. Satu set benang pakan dan satu set benang lungsin membentuk lapisan fabrik bawah/base. Satu lagi set benang (disebut benang pail pakan atau lungsin) membentuk pail. Benang-benang pail ini di sulam ke atas lapisan bawah tenunan Permukaan fabrik pail adalah dimana yarn berdiri tegak. Biasanya benang pail ini mengarah ke satu arah akibat dari berus sewaktu proses finishing/penyudahan

42

FFA 3211 KAJIAN FABRIK

WAN SAZARENA BINTI WAN AHMAD

B.

SIFAT FABRIK PILE

43

FFA 3211 KAJIAN FABRIK

WAN SAZARENA BINTI WAN AHMAD

Penebat haba yang baik kerana lapisan yang tebal dapat memerangkap udara. Penyerap air yang baik eg. Tuala. 3.5 FABRIK KAIT/KNIT

50% dpd fabrik membuat pakaian adalah dikait. Contohnya spt sweaters, tshirt, baju golf, pakaian dalam, sarung tangan, baju renang, labih banyak dipakai oleh wanita, bayi dan kanak2. Banyak menggunakan getah elastik. Lain2 penggunaan spt carpet, alas meja, selimut dan cadar, bandage. Mesin kait pertama oleh William Lee (England) 1775 mengait stokin sutera utk Queen Elizabeth.

3.6

PERBANDINGAN KAIT MELINTANG DAN KAIT MEMANJANG

2 jenis kait iaitu kait melintang dan kait memanjang. Kait melintang/WEFT setiap benang weft terletak di arah mana fabrik itu dihasilkan. Benang terletak melintang. Kait memanjang/WARP setiap benang warp terletak ke arah mana fabrik itu dihasilkan. Benang terletak memanjang.

Kait memanjang/warp Lebih stabil, tidak memeri, tidak berubah bentuk dengan mudah, kurang mengikut bentuk badan, licin, keras bila dipegang, tak mudah menyerap kelembapan, mudah dijaga, ringan. Cth fabrik : Tricot, Raschel, Locknit Kait melintang/weft kurang stabil, memberi, mudah berubah bentuk, mengikut bentuk badan, licin dan berbulu, gebu, lembut dipegang, mudah menyerap kelembapan, mudah dijaga, ringan dan sederhana berat. Cth fabrik :Jersey, Purl, Rib, Pique, Lacoste

44

FFA 3211 KAJIAN FABRIK

WAN SAZARENA BINTI WAN AHMAD

45

FFA 3211 KAJIAN FABRIK

WAN SAZARENA BINTI WAN AHMAD

3.7

NON WOVEN FABRIC STRUCTURE

Fabrik tanpa tenun ialah fabrik yang dibina terus daripada gentian dengan menggunakan beberapa teknik yang tertentu. Cth: Felt, Stitchbonded, Spunbonded, Needlepunching Kegunaan : Perubatan, Lampin pakai buang, Tapis minyak Dalam penghasilan atau pembinaan fabrik bukan tenun, dua langkah utama yang terlibat ialah 1. pembentukan gentian kepada jaringan (web formation) iaitu: a) Tersusun, dengan gentian berada dalam satu arah selari di sepanjang fabrik. b) Dua arah iaitu gentian disusun dalam arah melintang dan memanjang pada fabrik. c) Secara rawak dalam berbagai arah pada fabrik. 2. penstabilan jaringan (web stabilization) a) b) c) Menggunakan pelekat, Menggunakan tekanan dan haba, Kaedah mekanikal

PERBANDINGAN TENUN, KAIT DAN BUKAN TENUN Kelajuan penghasilan - Bukan tenun paling laju, Kait sederhana, Tenun perlahan. Kos penghasilan - Bukan tenun paling murah, kait sederhana, tenun mahal. Jumlah pengeluaran- Tenun paling banyak, Kait sederhana, Bukan tenun paling kurang

46

FFA 3211 KAJIAN FABRIK

WAN SAZARENA BINTI WAN AHMAD

47

FFA 3211 KAJIAN FABRIK 4.0 PENJAGAAN FABRIK

WAN SAZARENA BINTI WAN AHMAD

4.1 PENCUCIAN Terdapat 2 kaedah cucian, iaitu Cucian Basah dan Cucian Kering (Dry Cleaning) a) Cucian Basah - Terbahagi kpd 2: i) Cucian Tangan/Hand Wash Proses kotoran dibersihkan daripada fabrik dengan menggunakan air dan detergent/sabun basuh dan dilakukan secara manual atau menggunakan tangan. ii) Cucian Mesin/Machine Wash Proses kotoran dibersihkan daripada fabrik dengan menggunakan air dan detergent/sabun basuh dengan kaedah putaran (agitation) di dalam sebuah mesin basuh. 4.2 AGEN CUCIAN BASAH

i) Detergent serbuk atau liquid ii) Sabun sabun buku iii) Air jenis air lembut/soft water DETERGENT

48

FFA 3211 KAJIAN FABRIK

WAN SAZARENA BINTI WAN AHMAD

Air Tidak semua jenis air sesuai dibuat cucian. Terdapat 2 jenis air iaitu air lembut dan air liat. Air lembut ialah air yang bersih dan tulen serta mudah menghasilkan buih sabun. Contohnya air sungai, air hujan . Oleh itu, air lembut sesuai dibuat cucian. Air liat pula adalah air yang mengandungi karbon dioksida dan garam galian dan sukar utk membentuk buih sabun. Contohnya air hujan berasid, air kawasan batu kapur.

49

FFA 3211 KAJIAN FABRIK

WAN SAZARENA BINTI WAN AHMAD

b) Cucian Kering/Dry Cleaning Proses kotoran dibersihkan daripada fabrik dengan TIDAK menggunakan air, sebaliknya menggunakan agen cucian kering, iaitu larutan petroleum atau larutan sintetik di dalam sebuah mesin basuh yang direka khas utk tujuan tersebut

Agen Cucian Kering i)Larutan petroleum - stoddard solvent ii)Larutan sintetik per chloro ethylene (PCE), tri chloro fluoro ethane (TCFE) 4.3 BAHAN TAMBAHAN UNTUK CUCIAN

Bahan-bahan tambahan kadangkala digunakan untuk menghasilkan cucian yang sempurna. Bahan-bahan ini termasuk: i) Peluntur/Bleach ii) Pelembut fabrik/softener iii) Pembasmi kuman iv) Bahan Pra-cuci/Pre-wash v) Nila

50

FFA 3211 KAJIAN FABRIK

WAN SAZARENA BINTI WAN AHMAD

5.0

LABEL

Panduan kpd pengguna tentang cara mencuci, peluntur, pengeringan & sterika Hak pengguna: panduan + kandungan + negara = Harga dibayar penjagaan gentian pembuat berpatutan?

ASTM GUIDE TO CARE SYMBOLS

MACHINE WASH CYCLES WASH permanent press WATER TEMPERATURES normal

delicate / gentle

hand wash

51

FFA 3211 KAJIAN FABRIK

WAN SAZARENA BINTI WAN AHMAD

BLEACH

any bleach when need TUMBLE DRY CYCLES

only non-chlorine bleach when needed

DRY TUMBLE DRY HEST SETTING

normal permane delicate/ nt gentile press

any heast

high

medium

low

no head air

line dry / hang to dry IRON-DRY OR STEAM

drip dry

dry flat

IRON

maximum temperature

200 C (390F) high

150 C (300F) medium

100 C (230F) low

WARNING SYMBOLS FOR LAUNDERING

do not wash

do not bleach

do not dry (use with do not wash)

do not iron

52

FFA 3211 KAJIAN FABRIK

WAN SAZARENA BINTI WAN AHMAD

DRY NORMAL CYCLE any solvent any solvent petroleum do not except solvent dryclean trichloroethylen only e

DRYCLEAN

DRYCLEAN - ADDITIONAL INSTRUCTIONS

short cycle

reduce moisture

low heat

no steam finishing

ADDITIONAL INSTRUCTIONS (in symbols or words)

do not wring

do not in the shade tumble dry (added to line dry, drip dry, or dry flat)

no steam (added to iron)

53

You might also like