Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
2Activity
P. 1
Minit Mesyuarat

Minit Mesyuarat

Ratings: (0)|Views: 21|Likes:
Published by Naida Rose
Panitia KH ke-1 - 2012
Panitia KH ke-1 - 2012

More info:

Categories:Types, School Work
Published by: Naida Rose on Dec 20, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/02/2013

pdf

text

original

 
1
Minit Mesyuarat Panitia Kemahiran HidupKali Ke-1 Tahun 2012
 
Tarikh : 9 Februari 2012Hari : KhamisMasa : 2.15 petangTempat : Bengkel Jahitan 1
Kehadiran :1. Pn. Norhayati Binti Ahmad - GKMP Tek. & Vok.2. Pn. Junaidah Bt. Jantan - Ketua Panitia Kenahiran Hidup3. Pn.Norzainalina Bt. Yaakob - Setiausaha4. En. Omar B. Ibrahim - AJK5. Pn. Rahayah bt. Omar -AJK6 En. Zulkefli Bin Md. Jani -AJKTidak Hadir :1.
 
En. Yeow Hon Chong (Bersebab)
1.0
 
UCAPAN PENGERUSI:
1.1
 
Alhamdulillah hari ini semua dapat berkumpul dalam menjayakan mesyuarat kali ini , semoga bersama-samalah kita bersepakat dalam meningkatkan prestasi akademik dan pengurusan bengkel.Seperti yang dilihat setiap bengkel telah pun dilengkapkan dengan langsir dan meja kerja pelajar telahpun dicat bagi meningkatkan keceriaan bengkel , oleh demikian diminta penyelaras setiap bengkel dapatmenambah lagi keberkesanan bengkel masing-masing dengan mengemaskini panel alatan danmenambah carta-carta. Yang penting dan perlu diberi perhatian lebih ialah kebersihan di bengkel ,pastikan bengkel disapu setiap kali diguna dan kerusi disusun kemas.Penyelaras diharap lebih komitedpada bengkel masing-masing.Tindakan : Penyelaras Bengkel1.2
 
KP sekali lagi mengingatkan bahawa penyelaras janganlah sesuka hati mengambil peralatan ataupunbahan-bahan dari bengkel yang bukan dibawah jagaannya kerana pada tahun lepas berlaku insidendimana pelajar meminta bahan dari bengkel kayu dari guru KH yang bukan penyelaras bengkelberkenaan. Pelajar tersebut telah meyalahguna bahan tersebut dan sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini penyelaras bengkel berkenaan akan dipertanggungjawabkan. Sekiranya berlaku permohonanuntuk meminjam alatan atau menggunakan bahan biarlah penyelaras bengkel sendiri yangmengendalikannya. Bagi mengelakkan kejadian ini berulang KP telah membeli enam set kunci iaitu 2 setbagi setiap bengkel kayu , elektrik dan kerja paip. Satu kunci hendaklah digunakan untuk menguncipintu besi yang memisahkan bengkel dan satu lagi untuk mengunci pintu bengkel. Kunci-kunci tersebuttelah diserahkan kepada Cikgu Omar untuk diagih-agihkan. Diharap penyelaras bertindak dengan segera.Tindakan : Penyelaras Bengkel
2.0
 
UCAPAN GKMP TEKNIK DAN VOKASIONAL
2.1 Bersyukur dan berterima kasih kerana dapat menjalankan mesyuarat dan menghadirkan diri untuk sama-sama berbincang dan bersepakat dalam merancang untuk meningkatkan lagi prestasi danpencapaian pelajar agar penambahbaikan Panitia dapat dipertingkatkanTindakan : Makluman2.2 Untuk tahun ini pastikan program yang dirancang terutama yang terdapat dalam takwim dijalankanpada tarikh yang ditetapkan.Tindakan : Makluman
 
2
2.3 Guru Penyelaras Bengkel diminta agar bekerjasama dalam menyediakan jadual bertugas untuk memastikan kebersihan bengkel/Bilik ERT dan stor masing-masing dibersihkan Kebersihan Bengkelperlu ditingkatkan kerana perkara demikian pernah ditegur semasa lawatan pihak Jabatan tahun lepas.Tindakan : Semua AJK.2.4
 
Fail Panitia juga diminta kemaskini dan surat panggilan , minit mesyuarat disediakan selepas 3 haribermesyuarat serta serahkan satu salinan kepasa SU kurikulum.Tindakan : Setiausaha Panitia2.5
 
Tahun ini soalan peperiksaan perlu disediakan sendiri. Sebelum bina item harap dapat sediakan JadualSpesifikasi Item (JSI) . Beliau mencadangkan agar ditubuhkan panel menyediakan soalan.Respons : Ketua Panitia memaklumkan bahawa jadual penyedia soalan telah disusundengan harapan agar jadual itu dapat dipatuhi atau berbincang sekiranyaada apa-apa kesulitan.2.6
 
GKMP juga menyatakan agar Q-Net untuk pelajar PMR disediakan.Tindakan : Guru Matapelajaran2.7
 
Bagi pelajar-pelajar yang bermasalah dalam menyediakan folio , GKMP menyarankan untuk membantumereka agar dapat lulus dalam PMR nanti.Tindakan : Guru Matapelajaran2.8 GKMP mahu agar latihan bertulis hendaklah diberi dengan secukupnya disamping kerja amali yangdibuat.Tindakan : Guru Matapelajaran2.8
 
Duit peruntukan mestilah ada/sediakan anggaran perbelanjaanRespons : KP memaklumkan bahawa setiap akhir tahun telahpun disediakananggaran perbelanjaan tersebut dan diedarkan(seperti lampiran).2.9
 
Sediakan Post-Mortem untuk pep. PMR tahun 2011Respons : Telah pun dibuat dan akan dibincangkan sebentar lagi (seperti lampiran).
3
 
MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT
3.1.1 Cadangan : En. Zulkifli Md JaniDisokong : Pn Rahayah Omar
4
 
PERKARA BERBANGKIT
4.1
 
Cikgu Zulkifli mencadangkan agar dapat dilakukan pemasangan grill pada pintu dan tingkap setiapbengkel , ini adalah kerana tingkap cermin yang ada sekarang ini tidak ada ciri-ciri keselamatan.Walaupun pintu dikunci tingkap cermin masih boleh dibuka dan dipecah masuk.Respons GKMP : Memandangkan pada masa sekarang ini pihak sekolah tidak adaperuntukan lagi untuk mebuat baik pulih beliau berjanji akan mencadangkan pada pihak pentadbir untuk memasukkan projek naik taraf bengkel sekiranya ada peruntukan untuk hal tersebut nanti.
 
3
4.2 Encik Omar memaklumkan bahawa masih lagi terdapat kebocoran pada bumbung di bengkel kayu danberharap agar dapat diberi perhatian kerana baru-baru ini salah satu daripada lampu dibengkel tersebuttelah terjatuh kerana kayu yang menampungnya reput .Bekalan elektrik yang kurang berfungsi telahdibaik pulih oleh TNB pada pertengahan tahun lepas.Tindakan : Pentadbir4.3Encik Omar mencadangkan agar pintu bengkel kayu , bengkel paip dan bengkel elektrik dapat digantikerana pintu yang ada sekarang ini telah reput malah ada yang telah dimakan anai-anai dan kurangsesuai untuk bengkel. Beliau juga memohon agar diadakan almari pameran pelajar diadakan bagi setiapbengkel.Respons Ketua Panitia : Beliau berharap agar GKMP dapat membawa perkara tersebut pada pihak pentadbir kerana untuk menggunakan duit peruntukan KH yang telah diberi tidak dapat dilakukan ,ini kerana bahan projek pelajar sekarang semuanya telah naik harga dan panitia terpaksa berhati-hati serta berjimat-cermat dalam perbelanjaan peruntukan tersebut. Baru-baru ini juga gambar-gambar keadaan bengkel telah diambil oleh Cik Siti Zarina untuk diambil tindakan Pentadbir.
5.0 ANALISIS KEPUTUSAN MATA PELAJARAN KH PMR 2011 DAN Q-NET 2012
5.1
 
KP mengucapkan syabas dan tahniah kepada guru KH(ERT) kerana telah dapat mengekalkanpencapaian 100% bagi KH (KT) pula hanya mendapat 94.6%. Beliau berharap agar pada tahun inidapat
dikekalkan lagi keputusan 100% dan jika boleh tingkatkan kualiti ‘A’
, kerana pada tahun lepaskita hanya mendapat 15 orang sahaja sedangkan target adalah 24 sebaliknya pada tahun sebelum itukita mendapat 26 dimana target kita 22. Oleh demikian pada tahun kita perlu perbanyakkan lagilatihan untuk mengukuhkan lagi persediaan pelajar kita.Post-Mortem keputusan KHB (KT) didapati seramai 4 orang pelajar yang tidak lulus adalah dariTingkatan 3C. Ini adalah besar kemungkinan kerana pemarkahan kerja kursus pelajar yang agak rendah. Oleh yang demikian diharap guru subjek diminta agar berilah bimbingan pada pelajar yanglemah agar dapat mereka pertingkatkan lagi mutu kerja kursus mereka sehingga boleh diberi markahyang tinggi.
Post-Mortem keputusan adalah seperti dilampiran.
Target Q-net juga telah disediakan semoga dapat dicapai malah kalau diizinkan tahun ini akanmendapat keputusan lebih baik lagi. Untuk Q-net bagi tahun ini telah pun disiapkan
(SEPERTILAMPIRAN)
dan bolehlah dibuat perancangan mengikut agihan tersebut.5.2 KP sekali lagi mengingatkan agar fail-fail evidens pelajar hendaklah disemak dengan teliti dandilengkapkan. Ketua Pentaksir Sekolah pastikan ada fail ketua pentaksir yang lengkap.Tindakan : Ketua Pentaksir Sekolah dan guru matapelajaran
6.0
 
PERANCANGAN STRATEGIK DAN SUKATAN PELAJARAN 2012
6.1 Perancangan strategik panitia bagi tahun 2012 telah pun disiapkan (seperti lampiran) dan jugasukatan mata pelajaran bagi kedua-dua pilihan (seperti lampiran) juga telah disediakan. Diharap gurumatapelajaran dapat mengikut agihan tajuk-tajuk yang telah dibuat agar penggunaan bengkel tidak bertindan
.
6.2 Sukatan pelajaran diharap telah pun disediakan dan ditandatangani Pengetua dan format ringkasanpelajaran harian hendaklah mengikut ketetapan yang ditentukan.
7.0 HAL-HAL LAIN
7.1
 
KP memaklumkan bahawa peruntukan kewangan yang didapati pada tahun lepas adalahRM 7307.00 dan kesemua wang tersebut telah pun habis digunakan untuk pembelian

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->