• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
 
STPM900/23 jam
PANITIA PENGAJIAN AM GABUNGAN SAMARAHANPEPERIKSAAN PERCUBAANSIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
 ___________________________________________________________________ 
PENGAJIAN AMKERTAS DUA3 JAM
 ___________________________________________________________________ Arahan kepada calon :Jawab lima
( 5)
soalan. Pilih
satu
soalan daripada tiap-tiap Bahagian A, B, C, D dan E.Gunakan lembaran kertas yang berlainan bagi tiap-tiap bahagian.
  ________________________________________________________________________ Kertas soalan ini mengandungi 8 halaman bercetak.
 
SULIT1 [LIHAT SEBELAH
 
Bahagian A
 Pilih
satu
 
daripada tajuk-tajuk di bawah ini, dan tulis karangan yang panjangnya antara250 hingga 300 patah perkataan.
[25]1.Salah satu teras utama dalam Rancangan Malaysia Kesembilan ialah meningkatkankeupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk ‘Minda Kelas Pertama’.Rakyat adalah aset negara yang paling berharga. Pembangunan modal insan dan anjakanminda serta pemikiran warga merupakan salah satu cabaran terbesar.Bincangkan langkah-langkah yang perlu dilaksanakan untuk membangunkanmodal insan yang berkualiti.2.Pengiklanan kini diketengahkan dalam bentuk yang lebih menarik dengan pengaruh pelbagai alatan teknologi maklumat dan komunikasi yang memberi kelebihan kepada para pengeluar. Namun kini pengiklanan juga sering dikaitkan dengan pengeksploitasian.Bincangkan.
Bahagian B
 Pilih
satu
 
daripada tajuk-tajuk di bawah ini, dan tulis karangan yang panjangnya antara250 hingga 300 patah perkataan.
[25]3.Kanser, diabetes dan penyakit jantung adalah penyakit kronik yang merupakanantara penyebab utama kematian rakyat Malaysia.Bincangkan punca-punca yang menyebabkan penyakit ini.4. Kerancakan pembangunan negara akan membawa kemodenan kepada masyarakat.Pembangunan yang tidak teratur dan tidak terancang mengancam sistem ekologi.Huraikan kepentingan mengimbangi pembangunan dengan pengekalan sistemekologi.
SULIT2 [LIHAT SEBELAH
Bahagian C
 
 Jawab
dua
 
 soalan sahaja dalam bahagian ini:
satu
 
daripada soalan 5(a)
atau
5(b) dan
satu
lagi daripada soalan 6(a)
atau
6(b).
[20]5.(a)“... Medium memfitnah kini bukan lagi sekadar melalui komunikasi harian atautelevisyen, akhbar dan majalah. Malah, trend fitnah kini sudah dianjak ke alam siber yangmembolehkan sesiapa sahaja melakukan perkara yang tidak sopan ini agar boleh dibacaserta ditonton di seluruh dunia secara percuma. Ini akan memberikan impak yang negatif,khasnya kepada generasi muda…”(Dipetik dan diubahsuai daripada
 Berita Harian
, 5 April 2008)i.Apakah yang dimaksudkan dengan fitnah siber ?ii.Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, nyatakanlangkah-langkah yang efektif bagi membendung gejala fitnah siber ?
ATAU
5.(b)”...Pasar Tani Mega pertama talah dilancarkan oleh Perdana Menteri kita pada bulan September 2004 berhampiran Stadium Shah Alam. FAMA sebagai sebuah agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani begitu gigih untuk menjadikanPasar Tani Mega sebagai medan kepada pengeluar atau petani memasarkan hasil pertanian dengan kuantiti yang lebih besar berbanding pasar tani biasa. Situasi inidianggap suatu strategi yang paling releven agar usahawan kecil dalam industri pertanianmenjadi usahawan kelas pertengahan atau sederhana. Berdasarkan keyakinan bahawaPasar Tani Mega mampu bersaing dengan pasar raya ternama di negara ini, FAMAmenyasarkan sebanyak 150 buah Pasar Tani Mega akan diwujudkan di seluruh negaramenjelang tahun 2010....”’(Dipetik dan diubahsuaikan daripada
Utusan Malaysia
, 25 Julai 2006)i.Apakah yang anda faham dengan Pasar Tani Mega?ii.Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, berikanlangkah-langkah yang boleh diambil oleh FAMA untuk membantu usahawantani memasarkan hasil pertanian mereka ke luar negara.
SULIT3 [LIHAT SEBELAH
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...