You are on page 1of 7

Karangan Laporan

Laporan Lawatan Sambil Belajar ke Pameran Buku.

Pada hari Sabtu 29 Februari 2012 yang lalu, Persatuan Bahasa Malaysia, Sekolah Kebangsaan Lebu, Bentong telah mengadakan lawatan sambil belajar ke pameran buku, di Dewan Pusat Dagangan Terengganu. Lawatan ini disertai oleh 30 orang ahli persatuan dan dua orang guru penasihat. Tujuan utama lawatan ini diadakan adalah untuk mengenali buku-buku bermutu yang sesuai dibeli oleh murid.Selain itu murid-murid juga dapat menimba pengetahuan tentang perjalanan pameran buku.Di samping itu murid juga dapat menambah pengalaman semasa mengikuti lawatan sambil belajar. Kami tiba di Dewan Pusat Dagangan Terengganu pukul 9.30 pagi. Tempat pertama yang menjadi destinasi kami adalah sudut pameran buku terbaharu. Semasa berada di bahagian ini kami berpeluang melihat berbagai-bagai jenis buku yang dikeluarkan oleh DBP dan syarikat penerbitan buku yang lain. Selepas itu, kami menuju ke setiap gerai buku yang disediakan.Di situ terdapat penerbit yang mempamerkan dan mempromosikan buku daripada syarikat masing-masing.Kami meluangkan masa untuk melihat dan membelek-belek buku yang dipamerkan di setiap gerai. Sebelum pulang, kami tidak melepaskan peluang untuk membeli beberapa buah buku rujukan UPSR dan buku cerita. Kami diberi potongan harga istimewa oleh pihak penerbit buku tersebut.Ada juga rakan kami yang menyertai pertandingan kuiz sempena pameran buku tersebut. Sesungguhnya pameran buku kali ini amat berbeza dengan pameran buku yang pernah dianjurkan sekolah kami.Hal ini demikian kerana terdapat beebrapa acara menarik seperti pertandingan bercerita dan mewarna yang disediakan untuk pengunjung khususnya murid-murid sekolah.Oleh itu lawatan ini memberi pengetahuan dan dapat menambahkan pengalaman kepada semua ahli. Harapan kami agar lebih ramai murid di sekolah ini akan menyertai lawatan sambil belajar pada masa depan.

Laporan disediakan oleh, Nayli Nazurah Mohd Fauzi (NAYLI NAZURAH BINTI MOHD. FAUZI) Setiausaha, Persatuan Bahasa Malaysia, Sekolah Kebangsaan Lebu, Bentong.

2 Mac 2012.

1.

Anda telah mengikuti lawatan sambil belajar ke suatu tempat yang menarik. Tulis laporan tentang pengalaman anda sepanjang lawatan tersebut. Tulis laporan anda itu selengkapnya.

2.

Sekolah anda telah mengadakan temasya sukan tahunan. Sebagai setiausaha, anda dikehendaki menulis laporan tentang perjalanan temasya sukan tersebut. Tulis laporan anda itu selengkapnya.

3.

Sekolah anda telah mengadakan sambutan hari guru peringkat sekolah.Sebagai setiausaha, anda dikehendaki menulis laporan mengenai sambutan hari guru di sekolah anda. Tulis laporan itu selengkapnya.

4.

Sekolah anda telah mengadakan Hari Anugerah Kecemerlangan bagi menghargai murid yang telah berjaya dalam pelajaran. Sebagai setiausaha, tulis laporan tentang Hari Anugerah Kecemerlangan di sekolah anda. Tulis laporan anda itu selengkapnya.

5.

Persatuan Bahasa Melayu sekolah anda telah mengadakan Minggu Bahasa peringkat sekolah. Sebagai setiausaha , anda dikehendaki menulis laporan aktiviti sepangjang Minggu Bahasa tersebut. Tulis laporan anda itu selengkapnya.

6.

Tanggal 31 Ogos adalah suatu tarikh yang amat bermakna. Sekolah anda tidak ketinggalan untuk meraikan hari bersejarah tersebut. Sebagai setiausaha Kelab Rukunegara , anda dikehendaki untuk menulis laporan tentang sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah anda. Tulis laporan anda itu selengkapnya.

TIDAK HADIR KE SEKOLAH

Andaikan bahawa kamu tidak dapat hadir ke sekolah kerana pulang ke kampung setelah menerima berita kematian nenek kamu. Tuliskan sepucuk surat kepada guru kelas kamu untuk memberitahu beliau tentang perkara tersebut .

Lot 15658 Kampung Lebu,

28800 Bentong, Pahang. _________________________________________ Guru kelas, Tahun 6 Satria, Sekolah Kebangsaan Lebu, 28800 Bentong, Pahang. Cikgu, Tidak Dapat Hadir Ke Sekolah Berhubung dengan perkara di atas, saya Nurul Afiqah Bt. Mohd Noor , murid Tahun 6 Satria ingin memaklumkan bahawa saya tidak dapat hadir ke sekolah kerana terpaksa pulang ke kampung ayah di Besut,Terengganu kerana menziarahi arwah nenek yang meninggal dunia dua hari yang lalu. 2. Jenazah nenek saya telah selamat dikebumikan pada sebelah petang pada hari beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir.Saya memohon maaf kerana tidak dapat mengikuti pelajaran di sekolah sepanjang tiga hari tersebut.Saya berjanji akan menyalin kembali semua kerja sekolah yang diberi oleh guru daripada rakanrakan. 3. Bersama-sama surat ini, saya sertakan sijil kematian nenek saya untuk perhatian dan makluman cikgu. Saya berharap cikgu dapat memaafkan saya.

20 MAC 2012

Sekian ,terima kasih.

Yang benar, Nurul Afiqah ( NURUL AFIQAH BT MOHD NOOR )

Soalan.

1. Cuti sekolah telah tiba. Anda bercadang untuk menghabiskan cuti sekolah anda di kampung bersama datuk dan nenek kamu. Tuliskan sepucuk surat kepada datuk dan nenek kamu untuk memaklumkan kepulangan kamu itu. Tulis surat kamu itu selengkapnya.

2. Anda telah menerima sepucuk surat daripada rakan anda yang bertanyakan tentang persediaan untuk menghadapi UPSR. Balas surat rakan anda dan ceritakan persediaan anda untuk menghadapi peperiksaan UPSR tersebut.

Tulis surat anda itu selengkapnya. 3. Persatuan Bahasa Melayu sekolah anda bercadang untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke Pusat Sains Negara. Sebagai setiausaha persatuan, anda dikehendaki menulis surat kepada Guru Besar sekolah anda untuk memohon kebenaran mengadakan lawatan. Tulis surat anda itu selengkapnya. 4. Anda telah menghilanhkan sebuah buku yang telah anda pinjam dari perpustakaan sekolah. Tulis sepucuk surat kepada guru perpustakaan sekolah anda untuk memaklumkan tentang kehilangan buku tersebut. Tulis surat anda itu selengkapnya. 5. Anda telah berpindah ke sekolah baharu kerana mengikut ayah anda yang telah bertukar tempat kerja. Tulis sepucuk surat kepada rakan anda untuk menceritakan pengalaman anda di sekolah baharu anda itu. Tulis surat anda itu selengkapnya.

SOALAN : Murid-murid digalakkan pergi ke perpustakaan. Berikan pandapat kamu tentang faedah-faedah yang diperoleh jika seseorang itu memanfaatkan perpustakaan.

Perpustakan adalah gedung ilmu.Di perpustakaan terdapat banyak buku yang boleh dibaca seperti seperti buku cerita, novel, majalah, jurnal, dan lain-lain lagi. Di negara kita, perpustakaan awam terdapat di mana-mana sahaja untuk kemudahan orang ramai membaca. Ini kerana dengan membaca, pengetahuan murid-murid semakin bertambah dan ini tentu membantu murid-murid dalam pelajaran. Perpustakaan banyak memberi faedah kepada kita. Sebagai murid, kita dapat mengisi masa lapang dengan memanfaatkan perpustakaan. Mereka yang selalu ke perpustakaan akan dapat mengelakkan diri daripada bergaul dengan kacang hantu. Ini secara tidak langsung akan terhindar daripada terjebak dengan gejala yang tidak sihat seperti melepak, merokok dan lain-lain lagi. Dengan itu, murid-murid akan berjaya dalam pelajaran dan masa depan mereka akan lebih cerah. Selain itu, perpustakaan adalah tempat membentuk disiplin diri. Perpustakaan mempunyai peraturan-peraturan yang mesti dipatuhi seperti larangan membuat bising, memulangkan buku mengikut tarikh, menyusun semula buku di raknya dan seumpamanya lagi. Justeru, murid-murid dapat berlatih mendisplinkan diri di perpustakaan dan ini diharap akan menjadi amalan dalam kehidupan mereka. Di samping itu, sekiranya kita memanfaatkan perpustakaan, kita juga dapat menjimatkan wang ibu bapa murid-murid. Murid-murid tidak perlu membeli semua buku kerana sesetengah buku boleh dipinjam di perpustakaan. Oleh itu, wang yang mahu digunakan untuk membeli buku-buku tersebut bolehlah disimpan di dalam tabung. atau membeli barang keperluan yang lain. Kesimpulannya, perpustakaan mempunyai banyak faedahnya. Oleh itu, kita perlu memanfaatkna perpustakaan yang disediakan demi kemajuan kita dalam pelajaran. Tambahan pula, murid-murid juga dapat menghilangkan rasa bosan setelah penat belajar dengan membaca bukubuku tertentu di perpustakaan seperti komik, majalah dan sebagainya.

KARANGAN UPSR (fakta) : Cara Menggunakan Masa dengan Berfaedah SOALAN : Tulis sebuah karangan tentang " Cara Menggunakan Masa dengan Berfaedah" Pelbagai istilah tentang masa yang kita dengar atau lihat. Antaranya ialah "Masa itu Emas", "Masa ialah Kehidupan" dan sebagainya. Ini menunjukkan masa sangat penting dalam kehidupan kita kerana masa yang berlalu tidak dapat diganti. Oleh itu, kita harus bijak mengurus masa supaya tidak membazir begitu sahaja. Masa dapat digunakan dengan berfaedah apabila kita memenuhinya dengan melakukan hobi yang bermanfaat. Contohnya, bersukan, melancong, berekreasi, mengumpul setem dan sebagainya. Jika kita gunakan masa dengan hobi yang bermanfaat akan dapat memberikan kepuasan kepada kita. Selain itu, kita dapat gunakan masa yang terluang dengan menziarahi sanak saudara, datuk dan nenek serta teman-teman. Selain dapat bersiar-siar, kita akan dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan dan persahabatan. Aktiviti yang paling bermanfaat untuk mengisi masa lapang ialah membaca. Pelbagai bahan bacaan dapat dibaca seperti buku rujukan, surat khabar, novel, majalah, jurnal dan sebagainya. Kita dapat mencedok ilmu dan maklumat sebanyak mungkin daripada bahan bacaan ini. Di samping itu, kita dapat menggunakan masa yang terluang dengan membantu ibu bapa membuat kerja-kerja rumah. Kita perlu faham situasi ibu bapa kita yang seharian penat bekerja. Oleh itu, jika kita membantu mereka mengemas rumah, menyapu sampah dan sebagainya, kita secara tidak langsung dapat meringankan beban mereka. Kita juga akan dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Soalan. 1. Membaca adalah salah satu daripada cara untuk memanfaatkan masa terluang anda. Tuliskan cara-cara anda memenuhi masa lapang dengan cara yang berfaedah. 2. Membaca banyak mendatangkan kebaikan kepada kita. Tuliskan faedah-faedah membaca. 3. Setiap orang mempunyai hobi tersendiri. Nyatakan manfaat yang kita peroleh dengan melakukan hobi yang berfaedah. 4. Air adalah salah satu sumber yang penting dalam kehidupan kita. Nyatakan kepentingan air kepada manusia. 5. Hidup sihat otak cerdas. Kesihatan penting dalam kehidupan kita. Tuliskan cara-cara bagaimana kita menjaga kebersihan diri.

CARA MENJAGA KEBERSIHAN DAN KECERIAAN SEKOLAH

Pendahuluan : Sekolah -tempat menimba ilmu - kebersihan dan keindahan sekolah mesti dijaga.terdapat pelbagai cara menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah. Idea 1 - Mengadakan gotong-royong -membersihkan kawasan sekolah- guru dan PIBG - muafakat mengadakan aktiviti gotong-royong - hari minggu.

Idea 2 - Mengecat semula bangunan - menjadi cantik - menimbulkan rasa sayang murid -terhadap sekolah kerana suasana yang ceria - murid lebih bersemangat untuk belajar.

Idea 3 -Mewujudkan taman bunga mini - kolam ikan - menghidupkan suasana sekolah yang ceriamenjadi tempat murid merehatkan minda - pada masa senggang. Idea 4 - Mengadakan kempen kebersihan peringkat sekolah - beri ganjaran kepada kelas terbersihmewujudkan pertandingan kebersihan antara setiap kelas- murid akan berlumba-lumba menjaga kebersihan dan mencantikkan kelas masing-masing.

Penutup- Sekolah ceria -bersih idaman semua murid dan guru -sekolah bersih - menjadikan murid lebih bersemangat untuk menimba ilmu.

Kesimpulannya, kita sebagai manusia sewajarnya mendisiplinkan diri supaya tidak membuang masa begitu sahaja kerana masa sangat berharga. Oleh itu, uruslah masa dengan bijak.

Cerita Tindakan

Kamu dan seorang rakan pergi ke sekolah pada pagi Jumaat untuk latihan bola sepak. Tiba-tiba kamu ternampak beberapa orang murid sekolah kamu sedang menconteng dinding bangunan sekolah.Ceritakan tindakan yang kamu ambil untuk menghentikan perbuatan itu.

Rangka Karangan : Pendahuluan - pergi ke sekolah , menjalani latihan bola sepak - mewakili sekolah ke pertandingan peringkat zon - ternampak beberapa orang murid sedang menconteng dinding bangunan sekolah. Idea 1 - menghampiri - bertanya -menasihati supaya tidak melakukan perbuatan tersebut- tidak menghiraukan nasihat - meneruskan perbuatan mereka. Idea 2 -menggertak untuk memberitahu guru - murid tersebut melawan -menggugut akan memukul aku dan rakanku - berasa agak takut kerana mereka ramai. Idea 3

- turun ke padang -mencari guru - beliau belum tiba -memanggil beberapa orang rakan - menceritakan perkara yang berlaku -meminta bantuan rakan-rakan- menghentikan kejadian tersebut- rakan-rakan bersetuju - kembali ke tempat kejadian. Idea 4 -menangkap murid-murid tersebut - tidak dapat melawan - menyuruh seorang rakan memanggil guruterkejut dengan kejadian tersebut - marah dan kesal Penutup -guru mencatat nama murid-murid tersebut - tindakan diambil ke atas mereka - rasa gembira dapat membanteras perbuatan vandalisme -pergi ke padang meneruskan latihan.

You might also like