You are on page 1of 21

Gunung Berapi

Taburan lokasi Gunung Berapi di dunia

Apakah Gunung Berapi?


Gunung berapi adalah bukaan, atau rekahan, pada permukaan atau kerak bumi, yang membenarkan gas, abu, dan batuan cair yang panas bebas jauh ke bawah permukaan bumi. Aktiviti gunung berapi membabitkan tekanan pada batuan yang cenderung membentuk gunung atau ciri-ciri berbentuk gunung melalui tempoh masa yang panjang. Tekanan yang tinggi dari dalam perut bumi akan menyebabkan pencairan batuan menjadi magma yang melikat. Dalam tempoh masa yang panjang, lapisan-lapisan plat tektonik yang aktif akan mempengaruhi letusan gunung berapi. Letusan gunung berapi dan gempa bumi merupakan bentuk muka bumi yang terhasil daripada pergerakan plat tektonik di kerak bumi.

Jenis-Jenis Gunung Berapi Gunung Berapi Perisai (Shield) Kon Bara (Cinder) Strato (Composite) Super (Caldera) Subglasial

Gunung Berapi Perisai


mengeluarkan sejumlah besar lava batu basaltik yang beransur-ansur membina gunung lebar berbentuk perisai. Aliran lavanya biasanya amat panas dan cair, menyumbang kepada aliran jauh. Lava perisai terbesar di dunia, Mauna Loa, dengan ketinggian melebihi 9,000 m dari aras laut, adalah 120 km diameter dan membentuk sebahagian Pulau Besar Hawai, bersama gunung berapi perisai lain seperti Mauna Kea dan Klauea. Mendakan lapisan ini membentuk gunung berapi lebar dangan sisi landai yang dikenali sebagai gunung berapi perisai. Contoh gunung berapi perisai adalah Kepulauan Hawai. Contohnya di Hawaii dan Iceland.

Kon Bara (Cinder)


terhasil dari letupan yang melontar keluar kebanyakannya kepingan kecil scoria dan piroklastik (keduanya menyerupai bara, dengan itu nama gunung berapi jenis ini) yang bertimbun disekeliling lohong. Ia boleh membentuk letupan singkat yang membentuk bukit berbentuk kon setinggi 30 hingga 400 m. meletus hanya sekali. Contohnya Parcutin di Mexico dan Kawah Sunset di Arizona adalah contoh kon bara.

Strato (Composite)
Gunung kon tinggi yang terdiri daripada aliran lava dan luahan lain dalam lapisan. Gunung berapi Strato juga dikenali sebagai gunung berapi sebatian. Contoh klasik termasuk Gunung Fuji di Jepun, Gunung Mayon di FIlipina, dan Gunung Vesuvius dan Stromboli di Itali.

Caldera
mempunyai kawah yang besar dan mampu menghasilkan kemusnahan besar kadang-kala pada skala benua. Letupan sebegitu mampu menyebabkan penurunan suhu dunia bagi beberapa tahun berikutnya disebabkan jumlah besar belerang dan abu yang dikeluarkan. Daerah batuan igneous besar juga dianggap sebagai gunung berapi super yang disebabkan oleh sejumlah besar lava basalt yang terhasil daripada letusan gunung berapi.

Dome
Terhasil daripada kelikatan magma yang mengalir hasil daripada letusan gunung berapi ke permukaan bumi dan membeku. Secara umunya, gunung berapi jenis ini tidak mempunyai kandungan gas atau tekanan gas untuk menghasilkan letusan yang kuat. Tebal dan melekit untuk bergerak jauh di permukaan bumi.

Subglasial
Terbentuk di bawah air batu yang menutupi bumi. Ia terdiri dari lava rata yang mengalir ke atas lava bantal dan palagonite yang tebal. Apabila air batu mencair, lava bahagian atas akan roboh dan meninggalkan gunung rata dibahagian atas. Kemudian lava bantal turut roboh pada sudut 37.5 darjah. Gunung berapi ini turut dikenali sebagai gunung meja atau tuya. Contohnya di British Columbia

Fissure
Gunung berapi jenis ini terhasil daripada letusan lava yang pada kebiasaanya bukan daripada letupan gunung. Aliran ini selalunya adalah dalam beberapa meter dan kadang kala boleh menjangkau beberapa kilometer panjang. Aliran jenis Fissure boleh menyebabkan kejadian banjir basalts dan juga cawangan lava. Gunung berapi jenis ini sukar dikenal pasti di permukaan tanahkerana tidak terdapat caldera di tengah-tengah permukaan bumi yang rata. Hanya dapat dikenal pasti pada permukaan tanah yang retak.

Jenis Letusan

You might also like