• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
 
TOKOH FALSAFAH ISLAM: IBN RUSHD
TOKOH FALSAFAH : IBN RUSHD
Latar belakang
Ibnu Rushd atau nama lengkapnya Abu Walid Muhammad Ibnu Ahmad lahir di Kardova padatahun 1126. Beliau ahli falsafah yang paling agung pernah dilahirkan dalam sejarah Islam.Pengaruhnya bukan sahaja berkembang luas di dunia Islam, tetapi juga di kalanganmasyarakat di Eropah. Di Barat, beliau dikenal sebagai Averroes.
1
Ibn Rushd menerima pendidikan awal di Cordova. Fokus pendidikannya ialah falsafah,undang-undang dan perubatan. Kebijaksanaan Ibn Rushd banyak dipengaruhi oleh persekitaran hidupnya yang dikelilingi oleh orang bijak pandaiBapanya dan datuknya merupakan kadi di Cordova (sekarang Sepanyol). Beliau telahdihantar untuk berguru dengan Ibnu Zuhr yang kemudiannya menjadi rakan karibnya.
2
Beliau telah banyak menyumbangkan jasanya dalam bidang falsafah dan telah menyelesaikan banyak masalah berkenaan dengan perdebatan antara ahli falsafah yang lain mengenai ilmuAllah. Sumbangan Ibn Rushd bukan hanya setakat itu sahaja bahkan dalam pelbagai bidanglagi antaranya, perubatan, ilmu kalam, falak, fiqh, muzik, kajian binatang, tatabahasa, dannahu. Sebelum meninggal dunia, beliau telah menghasilkan bukunya yang terkenal Al-Taysir yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan bahasa Inggeris dengan judul
 Faclititation of Treatment.
Sumbangan
Menurut sumber Wikipedia beliau tidak meninggalkan sebarang harta benda melainkan ilmudan tulisan dalam pelbagai bidang seperti falsafah, perubatan, ilmu kalam, falak, fiqh, muzik,kaji bintang, tatabahasa, dan nahu.
1
 
2
1
 
TOKOH FALSAFAH ISLAM: IBN RUSHD
Falsafah dan Ilmu Logik 
Ibnu Rushd terkenal untuk terjemahan hasil kerjaAristotleyang dilupai barat. Melaluiterjemahan dari bahasa latin oleh Ibnu Rushd pada awal abad ke-12, pengetahuan yangditinggalkan oleh Aristotel mula diketahui ramai di barat.Hujah Ibnu Rushd dalam
The Decisive Treatise
menjustifikasi pembebasan sains dan falsafahdari aliran rasmi mazhab Ash'ari. Ini menyebabkan sebahagian sarjana menganggap IbnuRushd sebagai bapa kepada fahaman sekularisme di Eropah barat.Ibnu Rushd menterjemah dan memberi komen hasil kerja Aristotle selama hampir tiga dekad.Beliau banyak mempengaruhi falsafah dunia Islam. Dalam hasil kerjanya Fasl al-Maqal (TheDecisive Treatise), beliau menekankan pentingkan berfikir secara analitikal untumenterjemah Quran dan ini bertentangan dengan pandangan konservatif ulama' Islam dimana penekanan pentafsiran Quran diletakkan kepada sumber seperti hadith.Pembicaraan falsafah Ibnu Rushd banyak tertumpu pada persoalan yang berkaitan denganmetafizik, terutamanya ketuhanan. Beliau telah mengemukakan idea yang bernas lagi jelas,dan melakukan pembaharuan semasa membuat huraianya mengenai perkara tersebut.Hasil pemikiran yang dimuatkan dalam tulisannya, terutamanya dalam bidang falsafah, telahmempengaruhi ahli falsafah Barat. Dua orang ahli falsafah Eropah, iaitu Voltaire danRousseau dikatakan bukan sekadar terpengaruh oleh falsafah Ibnu Rusyd, tetapi memperolehiilham daripada pembacaan karyanya.Pemikiran Voltaire dan Rousseau telah mencetuskan era Renaissance di Perancis sehinggamerobah wajah Eropah keseluruhannya sebagaimana yang ada pada hari ini. MasyarakatBarat sebenarnya terhutang budi kepada Ibnu Rusyd kerana pemikirannya, sama ada secaralangsung ataupun tidak langsung, telah mencetuskan revolusi di benua Eropah.
Perubatan
Karya besar lain yang pernah dihasilkan oleh Ibnu Rushd adalah "Kulliyah fit-Thibb" yangmengandungi 16 jilid, mengenai perubatan secara umum. Buku "Kulliyah fit-Thibb" telahditerjemahkan ke dalam bahasa Latin pada tahun 1255 oleh Bonacosa, orangYahudidari
2
 
TOKOH FALSAFAH ISLAM: IBN RUSHD
Padua. Buku itu kemudian diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris dengan judul
General  Rules of Medicine
.Hospital Les Quinze-Vingt yang juga merupakan hopital pertama di Paris didirikan oleh RajaLouis IX berdasarkan model hospital Sultan Nuruddin di Damsyik yang kaedah perubatannyamerupakan hasil daripada idea dan pemikiran Ibnu Rushd.Kehebatannya dalam bidang perubatan tidak berlegar di sekitar perubatan umum, tetapi jugamerangkum pembedahan dan fungsi organ di dalam tubuh manusia. Ibnu Rushd memberi penekanan tentang kepentingan menjaga kesihatan. Beberapa pandangan yang dikemukakandalam bidang perubatan juga didapati mendahului zamannya. Beliau pernah menyatakan bahawa demam campak hanya akan dialami oleh setiap orang sekali sahaja.
Kemasyarakatan
Ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh Ibnu Rushd turut menjangkau bidang yang berkaitandengan kemasyarakatan apabila beliau cuba membuat pembahagian masyarakat itu kepadadua golongan iaitu golongan elit yang terdiri daripada ahli falsafah dan masyarakat awam.Pembahagian strata sosial ini merupakan asas pengenalan pembahagian masyarakat berdasarkan kelas seperti yang dilakukan oleh ahli falsafah terkemudian, seperti Karl Maxdan mereka yang sealiran dengannya.
Falsafah Ibnu Rushd
Salah satu sifat Allah yang menjadi perdebatan hebat antara Mutakallimin dengan ahlifalsafah muslim ialah sifat ilmu. Perdebatan mengenai ilmu Allah inilah menyebabkan Al-Ghazali ( w.1111 M. ) mengkafirkan ahli falsafah yang mengatakan Allah itu hanyamengetahui secara keseluruhan sahaja dan tidak mengetahui secara mendalam. Ibn Rushdatau di kenali sebagai Averroes ( 1126-1198 M. ) cuba menyelesaikan polemic ini denganmengambil kira pemikiran falsafah dan teologi Islam. Beliau dengan jelas mengatakan bahawa
 Allah mempunyai ilmu kerana ilmu adalah salah satu daripada sifakesempurnaan-Nya. Seterusnya, ilmu Allah itu adalah abadi dan kekal selama-lamanya
.Beliau berkata demikian kerana beliau tidak membezakan di antara zat Allah dengan sifat- Nya. Hal ini kerana Allah dan sifat ilmu-Nya itu adalah satu. Oleh kerana zat Allah ituqadim maka sifat-Nya juga adalah qadim.
3
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...