You are on page 1of 21

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 2

DRAF DSP Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 2 28 September 2012

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."
DRAF DSP Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 2 28 September 2012

PENDAHULUAN
Dokumen Standard Prestasi bagi mata pelajaran Pendidikan Islam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dibina sebagai panduan untuk guru menambah baik Pentaksiran Sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard.

Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid mengetahui dan menguasai perkara yang dipelajari mengikut tahap-tahap pencapaian sebagaimana yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini.

Dokumen ini diharapkan dapat memberikan maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan pembinaan modal insan yang berteraskan pembangunan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

DRAF DSP Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 2 28 September 2012

TAFSIRAN
o o Band ialah label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki bagi tujuan pelaporan individu. Standard ialah pernyataan tentang sesuatu domain yang merujuk tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberikan gambaran holistik tentang individu. Standard Prestasi ialah pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur merujuk standard dan menunjukkan kedudukan murid dalam perkembangan atau kemajuan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan secara menegak (band). Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau lebih petunjuk prestasi menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul untuk menggambarkan penguasaan hasil pembelajaran. Deskriptor ialah pernyataan yang menerangkan perkara yang diketahui dan dikuasai oleh murid berdasarkan standard yang dapat ditaksir dan dicapai. Evidens : Murid Instrumen Pernyataan yang menerangkan cara-cara murid melaksanakan perkara yang diketahui dan dikuasai berdasarkan deskriptor. Bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan dalam bentuk produk atau proses seperti penulisan, laporan, foto, grafik, artifak, dan lain-lain.

Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis, ujian secara lisan, demonstrasi, ujian amali dan lain-lain .

DRAF DSP Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 2 28 September 2012

KERANGKA STANDARD PRESTASI


BAND 1 2 3 4 5 6 Tahu Tahu dan Faham Tahu, Faham dan Boleh Buat Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali STANDARD

DRAF DSP Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 2 28 September 2012

TAFSIRAN BAND
BAND PERNYATAAN BAND TAFSIRAN Murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberikan respons kepada perkara yang asas. Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari. Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran dalam satu-satu situasi. Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik. Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dalam situasi baru, dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif. Murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif, mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal.

TAHU

TAHU DAN FAHAM

TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT

TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB TERPUJI

TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB MITHALI

DRAF DSP Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 2 28 September 2012

MATLAMAT KURIKULUM SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan bertujuan memberi kesedaran kepada murid tentang peranan, hak dan tanggungjawab mereka dalam masyarakat dan negara untuk melahirkan anggota masyarakat dan warganegara yang bersatu padu, patriotik dan boleh menyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat, negara dan dunia.

OBJEKTIF KURIKULUM SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN


Objektif mata pelajaran ini merangkumi tiga aspek iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai. Objektif Pengetahuan
i. ii. iii. iv. v.
vi.

Mengenal pasti ciri-ciri peribadi yang boleh menyumbang terhadap pembangunan masyarakat dan negara. Menerangkan peranan dan tanggungjawab keluarga terhadap pembentukan masyarakat yang sejahtera. Memahami pelbagai agama, tradisi dan budaya masyarakat Malaysia untuk mewujudkan masyarakat yang sejahtera. Menjelaskan usaha kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang progresif dinamik dan patriotik. Menghuraikan peranan dan tanggungjawab warganegara terhadap pembangunan negara. Mengetahui cara-cara menangani cabaran dan ancaman yang boleh menjejaskan kesejahteraan masyarakat dan negara.

DRAF DSP Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 2 28 September 2012

Objektif Kemahiran
i. ii. iii. iv. v. vi. vii. Mendisiplinkan diri dalam mencapai wawasan diri dan negara. Menjalankan tanggungjawab sebagai anggota keluarga untuk melahirkan keluarga yang bahagia. Berinteraksi dengan anggota masyarakat pelbagai kaum untuk mewujudkan perpaduan negara. Menangani konflik diri, keluarga dan masyarakat. Bekerjasama dengan anggota masyarakat untuk kebaikan bersama. Menyertai aktiviti pembangunan masyarakat dan negara. Mengambil tindakan wajar dalam menghadapi pelbagai situasi.

Objektif Nilai
i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. Mempunyai wawasan untuk mencapai kejayaan diri, masyarakat dan negara. Menghargai sumbangan keluarga dalam membentuk masyarakat yang mapan. Berbangga terhadap keunikan pelbagai budaya sebagai keistimewaan masyarakat Malaysia. Menghargai kepentingan alam sekitar dalam meningkatkan kualiti hidup. Bersikap prihatin terhadap anggota masyarakat yang memerlukan bantuan demi kesejahteraan bersama. Menunjukkan kesedaran sivik dan kewarganegaraan sebagai warganegara yang bertanggungjawab. Cinta akan negara dan sanggup berkorban untuk negara. Menunjukkan semangat kekitaan dalam mengekalkan keamanan dan keharmonian negara dan sejagat.

DRAF DSP Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 2 28 September 2012

BAND
1 2 3 4

PERNYATAAN STANDARD
Mengetahui asas identiti diri, keluarga, masyarakat, budaya, kewarganegaraan dan cabaran masa depan. Mengetahui dan memahami identiti diri, keluarga, masyarakat, budaya, kewarganegaraan dan cabaran masa depan. Mengetahui dan memahami identiti diri, keluarga, masyarakat, budaya, kewarganegaraan dan cabaran masa depan serta boleh melaksanakan kemahiran sivik dengan baik. Mengetahui, memahami dan mengamalkan kemahiran sivik dengan dedikasi ke arah membentuk warganegara yang berakhlak mulia bertanggungjawab, patriotik dan bersatu padu. Mengaplikasi pengetahuan serta mengamalkan kemahiran dan nilai sivik secara konsisten ke arah melahirkan warganegara yang bersikap positif, bertanggungjawab, berupaya menyelesaikan masalah dan bersedia menghadapi cabaran. Mengaplikasi pengetahuan serta mengamalkan kemahiran dan nilai sivik secara konsisten sebagai warganegara yang, berakhlak mulia, prihatin, berwawasan, bertanggungjawab, patriotik dan bersedia menyumbang ke arah pembangunan diri, masyarakat dan negara serta boleh diteladani.

DRAF DSP Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 2 28 September 2012

BAND

PERNYATAAN STANDARD

DESKRIPTOR

EVIDENS
B1D1E1 Menyatakan empat aspek kecemerlangan diri - pendidikan - perwatakan - kemahiran berkomunikasi - kemahiran membuat refleksi B1D2E1 Menyatakan cara-cara untuk mencapai perpaduan keluarga - berkongsi suka duka - sambutan hari khas keluarga - saling menghormati - aktiviti keluarga B1D3E1 Menyatakan hak orang lain yang perlu dihormati - latar belakang - kebolehan dan bakat - pendapat B1D4E1 Menyatakan jenis warisan kesenian pelbagai kaum di Malaysia - muzik / alat muzik - tarian - seni bina / lukisan - permainan tradisional - kraftangan

B1D1 B1 Mengetahui asas identiti diri, Mengetahui aspek kecemerlangan diri keluarga, masyarakat, budaya, kewarganegaraan dan jenis cabaran masa depan.

B1D2 Mengetahui cara-cara untuk mencapai perpaduan dalam keluarga

1
Tahu
B1D3 Mengetahui hak orang lain yang perlu dihormati

B1D4 Mengetahui jenis warisan kesenian pelbagai kaum di Malaysia

DRAF DSP Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 2 28 September 2012

10

B1D5 Mengetahui sistem pemerintahan di Malaysia

B1D5E1 Menyatakan sistem demokrasi berparlimen di Malaysia - Pilihanraya - Parlimen - DUN B1D6E1 Menyatakan ciri-ciri jentera pentadbiran yang stabil dan berkesan - bijaksana - berwawasan - telus - amanah

B1D6 Mengetahui ciri-ciri jentera pentadbiran negara yang stabil dan berkesan

DRAF DSP Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 2 28 September 2012

11

BAND

PERNYATAAN STANDARD
B2 Mengetahui dan memahami identiti diri, keluarga, masyarakat, budaya, kewarganegaraan dan cabaran masa depan.

DESKRIPTOR
B2D1 Mengetahui dan memahami ciri-ciri kecemerlangan diri dalam aspek perwatakan

EVIDENS
B2D1E1 Menyenaraikan ciri-ciri perwatakan yang terpuji - rajin - baik hati - hormat menghormat B2D2E1 Menyenaraikan aktiviti yang mengeratkan hubungan antara anggota keluarga - gotong-royong - sambutan hari khas (hari bapa, hari ibu, hari jadi, ulang tahun perkahwinan) - sambutan perayaan kaum dan keagamaan - majlis perkahwinan - aktiviti kekeluargaan ( berkelah, melancong, membeli-belah) B2D3E1 Menyenaraikan kepentingan menghormati kebolehan, pendapat dan bakat orang lain B2D4E1 Menyenaraikan contoh muzik, tarian, dan kraftangan mengikut kaum di Malaysia B2D5E1 Menyenaraikan proses pilihanraya di Malaysia

B2D2 Mengetahui dan memahami cara-cara untuk mencapai perpaduan dalam keluarga

2
Tahu dan Faham

B2D3 Mengetahui dan memahami kepentingan menghormati hak orang lain B2D4 Mengetahui dan memahami jenis warisan kesenian mengikut kaum di Malaysia B2D5 Mengetahui dan memahami sistem demokrasi berparlimen di Malaysia DRAF DSP Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 2 28 September 2012

12

B2D6 Mengetahui dan memahami prinsip kerajaan yang telus dan amanah

B2D6E1 Menyatakan prinsip kerajaan yang telus dan amanah - bebas rasuah - integriti - sistem perundangan yang mantap - berjaya mengekang segala bentuk jenayah - pendapatan negara diagihkan dengan betul - mengurangkan birokrasi

DRAF DSP Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 2 28 September 2012

13

BAND

PERNYATAAN STANDARD

DESKRIPTOR

EVIDENS
B3D1E1 Berkomunikasi secara berhemah dalam kalangan warga sekolah. - sopan santun - lemah lembut - beradab B3D2E1 Menghuraikan kepentingan perpaduan dalam keluarga - mengelakkan konflik - memupuk budaya penyayang - bekerjasama B3D3E1 Mengenal pasti perbezaan latar belakang antara rakan sebaya - keturunan - bahasa pertuturan - tempat tinggal - orientasi makanan B3D4E1 Mengumpul dan mempamerkan maklumat tentang jenis warisan kesenian pelbagai kaum di Malaysia.

B3D1 B3 Mengetahui dan memahami Berinteraksi dengan cara yang baik identiti diri, keluarga, masyarakat, budaya, kewarganegaraan dan cabaran masa depan serta boleh melaksanakan kemahiran sivik dengan baik. B3D2 Mengenal pasti kepentingan perpaduan dalam keluarga

3
Tahu, Faham dan Boleh Buat

B3D3 Menghormati perbezaan antara individu

B3D4 Menghargai kepelbagaian warisan kesenian dalam pembentukan budaya Malaysia B3D5 Memahami peranan dan tanggungjawab warganegara dalam kerajaan demokrasi

B3D5E1 Mengenal pasti peranan dan tanggungjawab sebagai warganegara.

DRAF DSP Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 2 28 September 2012

14

B3D6 Mengenal pasti inisiatif kerajaan untuk mewujudkan pentadbiran yang berkesan

B3D6E1 Menyenaraikan usaha kerajaan untuk mewujudkan pentadbiran yang berkesan SPRM Akujanji Piagam Pelanggan NKRA Program Transformasi Kerajaan Gagasan 1Malaysia

DRAF DSP Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 2 28 September 2012

15

BAND

PERNYATAAN STANDARD B4
Mengetahui, memahami dan mengamalkan kemahiran sivik dengan dedikasi ke arah membentuk warganegara yang berakhlak mulia bertanggungjawab, patriotik dan bersatu padu. B4D1

DESKRIPTOR
B4D1E1

EVIDENS

Membuat refleksi untuk mengembangkan potensi diri B4D2 Memberi sokongan kepada anggota keluarga dalam situasi suka dan duka

Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri - soal selidik - SWOT B4D2E1 Berupaya menyelesaikan konflik berdasarkan situasi yang diberi B4D3E1 Mendapat dan mempamerkan maklumat mengenai agensi yang membantu menjaga kesejahteraan masyarakat.

B4D3

4
Tahu, Faham, Boleh Buat Dengan Beradab

Menghargai peranan agensi yang membantu menjaga kesejahteraan masyarakat

B4D4 Menerima dan menghormati warisan kesenian pelbagai kaum di Malaysia

B4D4E1 Melibatkan diri dalam aktiviti warisan kesenian pelbagai kaum di peringkat sekolah. pertandingan / permainan / pameran / pertunjukan / kraftangan

B4D5 Menghargai peranan kerajaan dalam pembangunan negara

B4D5E1 Menghasilkan karya yang menunjukkan sikap berterima kasih kepada negara.

DRAF DSP Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 2 28 September 2012

16

B4D6 Mengenal pasti kepentingan mengekalkan keamanan serantau

B4D6E1 Menjelaskan tujuan penubuhan ASEAN.

DRAF DSP Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 2 28 September 2012

17

BAND

PERNYATAAN STANDARD
B5 Mengaplikasi pengetahuan serta mengamalkan kemahiran dan nilai sivik secara konsisten ke arah melahirkan warganegara yang bersikap positif, bertanggungjawab, berupaya menyelesaikan masalah dan bersedia menghadapi cabaran. B5D1

DESKRIPTOR
B5D1E1

EVIDENS

Mengamalkan sikap bertanggungjawab terhadap diri

Menunjukkan sikap bertanggungjawab untuk mencapai kecemerlangan diri dalam aspek disiplin, akademik dan sahsiah B5D2E1 Merancang satu aktiviti bersama keluarga - berkelah - melancong - membeli-belah B5D3E1 Memberi komitmen dalam aktiviti kemasyarakatan di peringkat sekolah - khidmat masyarakat PSK - kitar semula - gotong royong B5D4E1 Mewakili sekolah dan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kesenian di pelbagai peringkat

B5D2 Menunjukkan cara untuk mencapai perpaduan dalam keluarga

5
Tahu, Faham, Boleh Buat Dengan Beradab Terpuji

B5D3 Menyokong pelbagai usaha ke arah meningkatkan semangat kekitaan

B5D4 Berusaha mengekalkan warisan kesenian pelbagai kaum di Malaysia

B5D5 Berbangga menjadi warganegara Malaysia

B5D5E1 Melibatkan diri dalam sambutan hari kebesaran negara di peringkat sekolah - Hari Pembentukan Malaysia - Hari Kebangsaan - Bulan Patriotisme

DRAF DSP Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 2 28 September 2012

18

B5D6 Menghargai kerjasama Malaysia di peringkat antarabangsa dalam mengekalkan kesejahteraan dan keamanan dunia

B5D6E1 Mencari maklumat mengenai penglibatan Malaysia dalam pertubuhan dunia

DRAF DSP Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 2 28 September 2012

19

BAND

PERNYATAAN STANDARD
B6 Mengaplikasi pengetahuan serta mengamalkan kemahiran dan nilai sivik secara konsisten sebagai warganegara yang, berakhlak mulia, prihatin, berwawasan, bertanggungjawab, patriotik dan bersedia menyumbang ke arah pembangunan diri, masyarakat dan negara serta boleh diteladani.

DESKRIPTOR
B6D1 Mengamalkan budaya ilmu untuk kemajuan diri

EVIDENS
B6D1E1 Menyertai aktiviti kokurikulum dalam pelbagai peringkat - Choral Speaking / Bicara Berirama - Syarahan/Bahas/Pidato - Kuiz / Nasyid / MTQ - Anugerah Nilam B6D2E1 Menunjukkan cara sambutan hari khas bersama keluarga - sketsa - lakonan - simulasi - bercerita

6
Tahu, Faham, Boleh Buat Dengan Beradab Mithali

B6D2 Mengamalkan sikap bertanggungjawab sebagai anggota keluarga

B6D3 Prihatin terhadap isu dan masalah yang berkaitan kesejahteraan masyarakat

B6D3E1 Melibatkan diri dalam kegiatan sukarelawan di peringkat luar sekolah - Kecemasan - Kemalangan - NGO B6D4E1 Melibatkan diri dalam aktiviti warisan kesenian pelbagai kaum anjuran agensi kerajaan atau bukan kerajaan

B6D4 Berbangga dengan kekayaan warisan kesenian pelbagai kaum di Malaysia

DRAF DSP Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 2 28 September 2012

20

B6D5 Memberi sumbangan kepada negara

B6D5E1 Melibatkan diri dalam sambutan hari kebesaran negara peringkat daerah, negeri dan kebangsaan - Hari keputeraan - Hari pertabalan - Hari kebangsaan B6D6E1 Menghuraikan penglibatan Malaysia dalam pertubuhan dunia

B6D6 Berbangga dengan peranan Malaysia di peringkat antarabangsa untuk mengekalkan kesejahteraan dan keamanan dunia

DRAF DSP Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 2 28 September 2012

21

You might also like