You are on page 1of 2

IMPLIKASI PERKEMBANGAN FIZIKAL DAN KOGNITIF KANAK-KANAK DALAM PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

Berdasarkan teori-teori yang telah dikemukakan, beberapa implikasi terhadap pengajaran dan pembelajaran telah dikenalpasti.Implikasi-implikasi ini dapat dibahagikan kepada dua aspek, iaitu implikasi berdasarkan teori perkembangan fizikal kanak-kanak dan implikasi terhadap teori perkembangan kognitif kanakkanak. Dalam aspek perkembangan fizikal, pembelajaran kanak-kanak adalah melalui pengalaman fizikal. Aspek psikomotor melibatkan penguasaan motor kasar dan motor halus yang berkaitan dengan pergerakan. Ini membolehkan kanak-kanak terlibat dengan aktiviti fizikal dengan baik. Kanak-kanak boleh melibatkan diri dengan aktiviti berenang dan juga gimnastik. Melalui aktiviti sebegini, ianya dapat menguatkan otot, daya tahan serta membina pergerakan yang lebih cekap bagi kanak-kanak.

Seterusnya, menyediakan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian mengikut jantina pelajar. Kebiasaannya aktiviti lasak disediakan untuk kanak-kanak lelaki. Ini kerana pada tahap ini mereka lebih cenderung ke arah permainan lasak dan kasar. Selain itu, fizikal kanak-kanak lelaki adalah lebih kuat berbanding kanakkanak perempuan. Sebagai contoh adalah permainan bola sepak. Bagi kanakkanak perempuan pula, aktiviti yang disediakan perlulah sesuai dengan gender mereka. Seperti yang kita ketahui, perempuan merupakan bersifat pasif jika dibandingkan dengan lelaki. Jadi, aktiviti yang sesuai amatlah penting bagi mereka. Sebagai contoh adalah permainan bola jaring. Selain itu, aktiviti senaman dan pemakanan yang sesuai perlu diterapkan kepada kanak-kanak. Perbezaan saiz, berat badan dengan rakan sebaya akan menimbulkan sebarang masalah sosial dan masalah penyesuaian.

Dari segi aspek kognitif pula, terdapat beberapa implikasi perkembangan kognitif kanak-kanak. Antaranya ialah guru seharusnya memainkan peranan sebagai fasilitator ataupun mentor dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).

Tanggungjawab ataupun tugas guru adalah untuk menyusun maklumat yang hendak diajar bagi memudahkan murid-murid mengaitkan konsep baru dengan konsep yang telah mereka pelajari sebelumnya. Antara contoh sumber pengajaran termasuklah gambar, tajuk cerita, segmen pendek video dan pelbagai lagi. Implikasi kedua dari segi aspek perkembangan kognitif ialah guru harus sedar bahawa ada sesetengah murid yang mungkin berada pada mod pembelajaran yang berbeza, sama ada enaktif, ikonik ataupun simbolik. Bagi memenuhi kehendak kumpulan murid yang berlainan, guru boleh mengadakan satu perbincangan (mod simbolik) berasaskan apa yang mereka pelajari daripada eksperimen mahupun kajian yang dilakukan (mod ikonik).

Implikasi yang ketiga dari segi aspek perkembangan kognitif ialah murid-murid perlulah dibekalkan dengan bahan pembelajaran, aktiviti dan alatan yang berpadanan serta selaras dengan tahap kebolehan kognitif mereka. Sebagai contoh, katakan guru mahu mengajar mengenai planet-planet di alam semesta. Murid-murid boleh diminta untuk membina model planet-planet (enaktif) ; menonton filem mahupun video mengenai planet yang ada di alam semesta (ikonik) ; atau diminta untuk membuat rujukan di pusat sumber mengenai planet planet. Seterusnya mengadakan perbincangan mengenai dapatan sesama mereka.

You might also like