You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN DANAU PERDANA JLN DESA UTAMA, TAMAN DESA 58100 KUALA LUMPUR _________________________________________________________________________ MINIT MESYUARAT

KHAS PELUPUSAN SAMPAH

Tarikh Hari Masa Tempat

: : : :

27 September 2011 Selesa 10.30 pagi SK Danau Perdana

Kehadiran: 1. Mohd Zahir Shari 2. Jevanand A/L Manduapan (Pengurus Cawangan WPKL Selatan) (Perbadanan Pengurusan Size Pepejal dan Pembersihan Awam) 3. Abdul Jamal Mohd 4. Bedli Yaacub 5. Zainul Kasli 6. Pn Hjh Siti Zolehah binti Yusoff 7. En Ishak b. Bidin (Jabatan Kesihatan & Alam Sekitar DBKL) (Alam Flora) (Unit Kontrak Alam Flora) (Guru Besar SKDP) (GKP Kokurikulum)

1. Ucapan Aluan Guru Besar 1.1 Puan Guru Besar mengalu-alukan kedatangan kepada semua pihak yang terlibat dalam menyelesaikan masalah pelupusan sampah di sekolah. 1.2 Beliau turut menyatakan hal ini adalah ekoran daripada mesyuarat antara wakil sekolah En. Ishak Bin Bidin GKP Kokurikulum dengan pihak DBKL.

2.Ucapan Encik Abdul Jamal Mohamad 2.1 Beliau memaklumkan pihak DBKL tidak membekalkan tong sampah di rumah sampah di sekolah. Tindakan 2.2 Beliau menyatakan dengan jumlah murid 230 orang, sekolah memerlukan 3 unit tong sampah tetapi mengikut budi biacaranya 2 unit sudah menukupi. Tindakan: Sekolah

2.3 Pihak sekolah di minta menyediakan 2 unit tong sampah dengan secepat mingkin. Setelah tong-tong ini disediakan, pihak sekolah hendaklah maklumkan kepada Bahagian Kawalan Pembersihan Bandar Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL Alam Flora. 2.4 Beliau menyatakan setelah tong sampah disediakan, kutipan sampah sisa domestik akan dipungut dengan segera. Tindakan: Sekolah/Alam Flora 3. Ucapan Encik Bedli Yaacub 3.1 Beliau menegaskan setelah tong disediakan dan maklumkan kepada Alam Flora, pihaknya boleh membuat jadual kutipan 6 kali seminggu. 3.2 Pihak Alam Flora hanya mengutip sisa domestik dan sampah. Sisa kebun seperti ranting, kayu, daun kering, rumput dan sebagainya adalah tanggungjawab kontraktor pembersihan sekolah untuk melupuskannya.

4. Hal-hal lain 4.1 Garisan Kuning di Kiri Kanan Jalan Desa Bakti 2 Pihak sekolah boleh membuat permohonan daripada Jabatan Kerja Aduan DBKL minta membuat garisan kuning di kiri kanan jalan Desa Bakti 2 bagi menghalang penduduk kondo meletakkan kenderaan yang menyukarkan kenderaan lain seperti bas sekolah melalui jalan ini. 4.2 Palang Penghalang Jalan Desa Bakti 2 Encik Abdul Jamal menjelaskan palang ini tidak mendatangkan kesulitan kepada pengguna jalan ini kerana palang ini tidak menghalang jalan. Menurut beliau penghalang ini juga tidak berbahaya kepada murid-murid sekolah ini jadi tidak perlu membuat permohonan membuangnya.

8. Penutup 2

9.1 Pihak sekolah akan cuba mendapatkan tong-tong sampah berkenaan secepat mungkin. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.45 pagi.

Disediakan oleh:

Disemak oleh:

________________ (EN. ISHAK B. BIDIN) GPK Kokurikulum SK Danau Perdana Kuala Lumpur

______________ (PN. HJH. SITI ZOLEHAH BT. YUSOFF) Guru Besar SK Danau Perdana Kuala Lumpur

You might also like