You are on page 1of 4

Terdapat empat aspek utama dalam penghasilan karya seni visual melaui saranan Laura H.

Chapman iaitu : Pemerhatian Penerokaan Penghasilan Apresiasi

PEMERHATIAN Pemerhatian setiap elemen dalam kandungan dan perkembangan seni supaya dapat menjadi seorang yang kreatif dan kritis. Melalui pemerhatian dan pengamatan kita dapat mempelajari dan menyatakannya dalam bentuk ekspresi atau penyataan diri tentang apa yang dilihat dan diamati. Pengamatan adalah asas kepada pembentukan sesuatu hasil atau ciptaan karya. Apabila kita mengamati sesuatu, secara tidak langsung kita akan menerapkannya di dalam pemikirannya. Penggabungannya dengan pengetahuan dan didorong oleh motivasi tertentu menyebabkan kita bersedia untuk mengemukakan sesuatu gubahan idea atau hasil karya. Pengamatan adalah satu proses yang kompleks. Ini dapat dilihat daripada hasil karya yang dikemukakan kelak. Hasil karya banyak dipengaruhi oleh faktor-faktor yang berkait dengan kemahiran mekanis. Jika disoal, mungkin ia akan memberi gambaran yang berlainan tentang benda yang diamati itu daripada gambaran sebenar. Sebagai contoh yang lain, seorang pelukis mengamati sebuah rumah, hasil pengamatannya tidak lagi serupa dengan rumah asalnya. Di dalam instrumen pemerhatian/pengamatan ini, kemahiran yang berkait rapat melalui deria patut diberi penekanan, ini termasuklah sensitif terhadap pergerakan, pendengaran, penglihatan, penyentuhan dan sebagai. Hasil karya akan dinilai dengan mengambil kira aspek-aspek tertentu seperti ketelitian, kehalusan karya, bahkan hasil dari pemerhatian dan pengamatan tersebut. PENEROKAAN Sebenarnya, penghasilan yang dibuat oleh pelajar-pelajar masih tidak dapat memberi keyakinan kepada diri mereka apabila mereka melahirkan sesuatu idea, kerana mereka masih baru terlibat dalam hasil seni. Berbanding dengan pelukis dan pengkarya, segala hasil karya mereka adalah mantap dan memberi keyakinan kepada pengempar. Seseorang Artis mempunyai pendekatan yang kukuh dalam proses penghasilan karya, mereka mempunyai kaedah dan pendekatan tersendiri dalam penerokaan dan cara penghasilan.Secara umumnya penerokaan untuk mendapatkan idea boleh didapati melalui pembacaan buku-buku berkaitan, penerokaan alam siber, membuat temu bual, membuat kajian dan eksperimen dan berbincang. Murid meneroka sesuatu bahan itu secara lebih dekat dan melihatnya melalui pelbagai aspek. Contoh seperti aktiviti seni reka murid meneroka bahan yang dipamerkan oleh guru seperti penggunaan warna pada kolaj, garisan atau bentuk elemen corak yang digunakan di dalam pembuatan batik atau kraftangan.

PENGHASILAN Kita dapat mengaplikasikan pemerhatian dan penerokaan dalam penghasilan kerja seni berdasarkan asas seni reka dengan pelbagai alat dan bahan serta teknik. Terdapat 3 kaedah dalam penghasilan karya visual: Kaedah Penjanaan Idea tetapkan objektif/ halatuju/ tujuan penghasilan karya Pengolahan dan Pemurnian buat/ baiki/ buat sehingga memperoleh hasil yang terbaik Kemahira menggunakan bahan cuba pelbagai bahan untuk melihat kesesuaian dan kesan

Proses penghasilan karya visual adalah seperti berikut


kemahiran mengunakan bahan

pengolahan dan pemurnian

kaedah penjanaan idea

APRESIASI Ia juga di samakan dengan maksud penghayatan adalah kesedaran terhadap nilai-nilai seni visual. Penglibatan apresiasi melibatkan seseorang mengetahui sepenuhnya hingga memberi penilaian terhadap karya seni visual. Ia adalah proses penghayatan. Terdapat dua jenis utama aktiviti apresiasi iaitu aktiviti yang dirancang khas dan aktviti mudah yang dirancang di akhir setiap pelajaran. Aspek ini merujuk kepada perasaan murid semasa dan setelah melakukan aktivit seni didalam kelas. Melalui aspek ini, murid dapat melihat perkaitan antara sesuatukandungan dan hal benda, penggunaan bahasa yang sesuai dengan memanipulasi alatan dan teknik yang digunakanmalah murid dapat menghargai hasil kerja masing -masing serta menghormati mengakui sesuatu karyayangtelah dilakukan atau dicipta. Ia juga dapat menerangkan kepada murid perkaitan antara aspek bahasa yang dapat dikaitkan dengan istilah seni contohnya perkaitan antara sifat garisan, jalinan, warna, ton, rupa bentuk dan bentuk. Melalui aspresiasi ini, murid dapatmembuat refleksi diri dan menyerap pengetahuan dan penerapan nilai yang hendak disampaikan oleh guru di dalam sesuatu isi kandungan pelajaran.

GAMBAR YANG MENGGUNAKAN KAEDAH YANG DISARANKAN OLEH LAURA H. CHAPMAN

Rujukan

http://kasbie.blogspot.com/2011/11/objektif.html http://www.slideshare.net/hasmoli/seni-visual-stpm-sample-hassan-mohd-ghazli http://sitihayatimohdyusoff.blogspot.com/2009/08/jenis-jenis-instrumen-penilaian-yang.html

You might also like