Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
1Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Psikologi Pendidikan

Psikologi Pendidikan

Ratings: (0)|Views: 389|Likes:
Published by Rayyan Darwisy

More info:

Published by: Rayyan Darwisy on Dec 26, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, DOCX, TXT or read online from Scribd
See More
See less

12/26/2012

pdf

text

original

 
1
LAPORAN KAJIAN PERKEMBANGAN DAN PERTUMBUHAN MURID DARI ASPEKFIZIKAL, KOGNITIF, SOSIO DAN EMOSI SERTA PERKAITAN DENGAN TEORI-TEORI PERKEMBANGAN DAN IMPLIKASI SEMASA PENGAJARAN DANPEMBELAJARAN.Oleh : Mohd Sabri Bin A Rahman1.0 Pengenalan
Setiap manusia dilahirkan ke dunia adalah berbeza dari pelbagai aspek samada aspekfizikal, kognitif, sosio dan emosi. Perbezaan ini, telah dikenalpasti melalui teori-teoriyang telah digunapakai oleh pakar-pakar psikologi dan pakar pendidik dalam mengenalciri-ciri murid mereka terutama untuk diaplikasikan kegunaannya dalam bilik darjahsemasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Perkembangan dan pertumbuhanmembincangkan tentang perkembangan manusia dari peringkat bayi sehinggakematian. Kelakuan manusia dari setiap peringkat adalah sangat berbeza apabilamereka telah mencapai peringkat dewasa. Manusia telah dikaji sejak bayi lagi iaituketika di dalam kandungan. Kita dapat lihat pergerakan manusia bermula dari rahim ibuyang kemudiannya dilahirkan menjadi bayi dan kemudiannya membesar menjadikanak-kanak. Apabila mengalami proses kematangan, mereka akan memasuki alamremaja yang banyak menimbulkan perbezaan dari aspek mental dan fizikal danseterusnya menjadi seorang yang lebih dewasa. Peringkat terakhir dalam kitaran hidupmanusia ialah kematian yang sememangnya tidak dapat dielakkan.Dalam bidang pendidikan ilmu perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanakdiperlukan untuk kegunaan para pendidik untuk dipraktikkan dalam bilik darjah atausemasa sesi bimbingan dan kaunseling dari segi memberi motivasi atau mewujudkansuasana pengajaran dan pembelajaran yang menarik kepada murid-murid supayamencapai objektif pengajaran dan pembelajaran (P&P).
Perkembangan
murid adalahperubahan yang bersifat kualitatif dan tidak dapat diukur tetapi perubahan yang berlakumemperlihatkan sifat berlainan daripada sebelumnya.
Pertumbuhan
murid pulaadalah proses perubahan secara biologi yang terjadi pada murid dari segi perubahanukuran yang tidak boleh kembali ke bentuk asal. Perubahan ukuran yang terjadisemasa pertumbuhan adalah perubahan jisim dan ketinggian fizikal badan murid.Dalam konteks ini kajian akan menunjukkan bukti berlakunya proses pertumbuhanseiring dengan proses perkembangan murid.
 
2
2.0 Fokus Kajian : Perkembangan dan Pertumbuhan Murid Pendidikan KhasMasalah Pembelajaran
Proses perkembangan dan pertumbuhan murid mengikut kajian ini melibatkan
murid-murid Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
yang mempunyai tahapkognitif yang berbeza berbanding murid normal. Waima, trend perkembangan danpertumbuhan mereka dari aspek fizikal, kognitif, sosio dan emosi mereka mungkin agakberbeza daripada murid biasa. Namun khidmat pakar dalam bidang perubatan danpsikologi dapat mengklasifikasikan perkembangan dan pertumbuhan mereka. Menurutkajian
William Townsend Porter (1893)
menunjukkan bahawa
murid-murid normalmempunyai jisim lebih berat berbanding murid pendidikan khas masalahpembelajaran.
Ini menunjukkan perkembangan dan pertumbuhan murid-muridberpendidikan khas adalah berbeza berbanding murid normal. Maka dengan itu, Porter telah merumuskan bahawa kadar 
pertumbuhan fizikal adalah pengasas perihalmaju atau lembab seseorang murid.
Namun apabila kajian Porter disangkal olehFranz Vaof pada lewat abad ke 19, seorang ahli Psikologi Perancis
Alfred Binet (1904)
 membuat ujian kecerdasan akal untuk mengenalpasti kanak-kanak
pendidikan khasmasalah pembelajaran (kategori terencat akal)
di sekolah-sekolah sekitar Paris,Perancis dengan melakukan
pemerhatian dan pengukuran
secara
sistematik(terkawal).
Daripada hasil kajian Afred Binet, terdapat implikasi dalam bidang psikologidari segi saintifik dan psikometrik yang mana boleh digunakan untuk kajian fisiologiyang lebih kompleks. Kaedah
psikometrik
ini mula digunakan di dalam kajiankecerdasan kanak-kanak dan kemudian telah dilanjutkan untuk mengkaji kebolehanserta personaliti mereka. Melalui hasil kajian ini juga membuktikan bahawa semuakategori murid boleh diukur dari segi fizikal, kognitif, sosio dan emosi termasuklahmurid-murid dalam kajian saya yang berfokus kepada murid-murid pendidikan khasmasalah pembelajaran.
P&P yang mencapai objektif bergantung kepadapenerimaan murid terhadap pendekatan yang digunakan oleh guru.
Guru yangmengaplikasi pengetahuan psikologi mereka untuk mengajar murid pendidikan khasmasalah pembelajaran akan mencapai peratus yang cemerlang jika kaedah pengajaranyang digunakan berketepatan dan menyeimbangkan pengetahuan mereka denganteori-teori perkembangan dari segi fizikal, kognitif, sosio dan emosi mereka sebagaimurid berpendidikan khas yang bermasalah pembelajaran.
 
3Menurut Haliza Hamzah, Joy N. Samuel dan Rafidah Kastawi (2008), wujud limaprinsip perkembangan kanak-kanak. Dalam laporan kajian yang dibuat keatas ketiga-tiga murid adalah berpegang kepada kelima-lima prinsip tersebut iaitu melalui prinsippertama, proses perkembangan berlaku mengikut aturan (
bagi murid pendidikankhas aturan berlaku tetapi agak perlahan dan terkebelakang berbanding prosesperkembangan normal)
. Prinsip kedua, perubahan dalam pertumbuhan danperkembangan beransur daripada keadaan umum kepada yang lebih spesifik
(kadang-kala keadaan umum lewat atau tidak tercapai bagi murid aliran pendidikan khas)
.Ketiga, pertumbuhan dan perkembangan adalah satu proses yang berlaku secaraberterusan
(berlaku masalah terbantut kepada murid pendidikan khas)
. Keempatpula ialah corak dan aturan perkembangan adalah hampir sama tetapi kadar 
perkembangan manusia berbeza untuk setiap individu (perbezaan jelas kepadamurid pendidikan khas masalah pembelajaran)
. Kemudian kelima, perkembanganadalah hasil interaksi di antara kematangan dan pembelajaran. Kaedah kajian yangdilakukan oleh saya ialah dengan membuat pemerhatian secara luaran terhadapketiga-tiga murid
(rujuk lampiran maklumat responden)
ketika mereka berada didalam kelas semasa sesi P&P, ketika waktu rehat, ketika aktiviti-aktiviti secaraberkumpulan dan aktiviti secara individu. Kemudian, saya telah merujuk kepadamaklumat kesihatan ketiga-tiga murid ini termasuklah maklumat latar belakangkehidupan mereka dan maklumat pencapaian mereka selaku murid-murid pendidikankhas bermasalah pembelajaran. Saya juga membuat sesi temubual dengan guru-guruyang mengajar di kelas mereka dari aspek fizikal, kognitif, sosio dan emosi mereka.Daripada sesi pencarian maklumat, rata-rata menyatakan bahawa prosespembelajaran membantu seseorang individu mengembangkan potensi yang sedia adadalam diri mereka. Misalnya perkembangan otot dan saraf anggota badan yangsempurna memungkinkan mereka melalui
proses mengamati dan meniru perlakuan
 orang lain seperti mana dinyatakan dalam teori
Bandura (1977)
merupakan tindakanbelajar. Tetapi dalam kes murid berpendidikan khas masalah pembelajaran, merekamemerlukan sedikit
modifikasi agar perkembangan dari aspek, kognitif, sosio danemosi dapat diubah atau diperbetulkan sedikit demi sedikit
walaupun dari aspekfizikal sukar untuk diubah oleh guru semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.Namum begitu,
teori-teori perkembangan dapat membantu guru dalam

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->