Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
2Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Kualiti Hidup Murid Masalah Pembelajaran

Kualiti Hidup Murid Masalah Pembelajaran

Ratings: (0)|Views: 363|Likes:
Published by Rayyan Darwisy

More info:

Published by: Rayyan Darwisy on Dec 26, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, DOCX, TXT or read online from Scribd
See More
See less

01/25/2013

pdf

text

original

 
1
 
KUALITI HIDUP MURID MASALAH PEMBELAJARAN SEMASA BERSEKOLAHOleh: Mohd Sabri Bin A RahmanPengenalan
Pendidikan Khas ialah satu program yang dibentuk untuk memenuhi keperluanpendidikan murid-murid yang berkeperluan khas samada masalah penglihatan,pendengaran dan masalah pembelajaran (MMP). Di dalam pendidikan khas segalapendekatan , rancangan pendidikan, strategi, kaedah dan teknik untuk mengajar adalahberbeza dan khusus kepada keadaan murid dan ianya berbeza dari aliran perdana.Menurut Chua Tee Tee dan Koh Boh Boon (1992), pendidikan khas adalah satuprogram pendidikan yang dirancang khas untuk murid-murid istimewa dan luar biasadaripada segi intelek, jasmani, sosial atau emosi. Mereka tidak akan dapat mencapaipertumbuhan dan penyuburan biasa, hinggakan mereka tidak berupaya mendapatfaedah sepenuhnya daripada program di sekolah biasa. Oleh sebab itu, programpendidikan khas menegaskan kepentingan memelihara setiap murid yang mempunyaipotensi yang berbeza. Perbezaan potensi ini mewujudkan pelbagai keperluanpendidikan. Melalui program ini mereka diberi peluang bagi mengembangkan potensimereka secara optimum dan seterusnya menjadikan mereka sebagai warganegarayang berguna, serta berupaya memberikan sumbangan dan perkhidmatan kepadamasyarakat dan Negara. Pendidikan Khas di Malaysia mula berkembang pesat apabilamula wujudnya kesedaran tentang keperluan pendidikan yang khusus kepada anak-
anak kurang upaya selaras dengan moto “
Pendidikan Untuk Semua 
” yang telah
diperkenalkan.Di Malaysia kementerian yang bertanggungjawab dalam pendidikan khas ialahKementerian Kesihatan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian PengajianTinggi, Kementerian Pembangunan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat danKementerian Sumber Manusia, selain dari badan-badan NGO yang turut memainkanperanan penting dalam usaha untuk memartabatkan dan memperkembangkanpendidikan khas di Malaysia.
 
2
 
Murid bermasalah pelajaran merupakan murid-murid yang telah disahkanmengalami masalah daripada aspek sosial dan mempunyai kebolehan intelek yangterhad. Kebolehan intelek yang terhad bermaksud, murid-murid ini adalah tergolongdalam golongan yang rendah kebolehan intelek mereka. Mengikut statistik dari ProgramPendidikan Khas kementerian Pelajaran Malaysia dari tahun 1996 sehingga 2002 jumlah murid bermasalah pelajaran meningkat dari 2,864 kepada 10,223 orang murid.Peningkatan ini menunjukkan bahawa ibubapa yang mempunyai anak di bawahkategori murid bermasalah pembelajaran mempunyai kesedaran untuk mendaftarkananak-anak mereka untuk mengikuti persekolahan dalam aliran pendidikan khas ekorandaripada niat mereka untuk meningkatkan kualiti hidup anak-anak mereka melaluipendidikan di sekolah aliran khas.Ibubapa mulai sedar akan pentingnya pendidikan kepada anak-anak merekayang mempunyai intelek yang rendah berbanding murid biasa lalu akan mendaftarkananak mereka di dalam aliran khas. Jika dahulu ada ibu bapa yang tidak boleh menerimahakikat bahawa anak mereka berbeza dari segi intelek dan sebagainya akanmenghantar anak-anak mereka ke kelas arus perdana, kesannya, anak mereka sukar menerima pembelajaran setanding dengan murid normal yang lain. Mereka juga akanselalu mendapat kedudukan yang akhir dalam peperiksaan bahkan sering dilabelkan
sebagai “
bodoh 
”, “
dungu 
”, “
lemah 
”, “
lembab 
” dan sebagainya.
Isu perlabelan ini akan memberi impak negatif dalam hidup mereka dan tidakmenghairankan jika mereka bertindak agresif terhadap murid lain. Oleh itu, muridbermasalah pelajaran diasingkan dari aliran perdana bagi tujuan memberi pendidikankhusus untuk mereka. Sememangnya untuk meningkatkan kualiti murid bermasalahpembelajaran saluran utama bagi murid bermasalah pembelajaran (MMP) ialah disekolah sebagai tempat untuk mendapatkan ilmu yang boleh meningkatkan pengurusandiri mereka, memberi pendedahan tentang persekitaran , menelaah ilmu akademik, ilmukeagamaan dan sebagainya bagi mengembangkan potensi mereka. Di sekolahpelbagai kategori perkara yang bertujuan untuk meningkatkan kualiti MMP khasnyadalam kurikulum.
 
3
 
Penempatan
 Anak berkeperluan khas berhak mendapat pendidikan di sekolah samadadisekolah bantuan kerajaan yang terdiri daripada sekolah pendidikan khas, programintergrasi bermasalah pembelajaran, pendengaran mahupun penglihatan. Proseskemasukan diterima selepas borang Pendaftaran dan cadangan penempatan kanak-kanak berkeperluan khas dilengkapi oleh pakar perubatan. Anak akan disaring di peringkat Jabatan Pendidikan Negeri bagi tujuanpenempatan sama ada ke sekolah pendidikan khas ataupun program intergrasi.Penempatan dibuat berdasarkan alamat yang terdekat dengan sekolah atau programtersebut. Sekiranya anak berkenaan mempunyai masalah yang serius dan tidak mampumengurus diri, Jabatan Kebajikan Masyarakat melalui Pemulihan Dalam Komuniti(PDK) akan mendidik anak tersebut. Penempatan haruslah sesuai, jika mereka beradadalam komuniti murid normal tentunya mereka akan diejek dan sering dilihat lambatdalam pelajaran. Hal ini akan timbul perasaan rendah diri dalam diri mereka. Lebih awalpenempatan ke sekolah adalah lebih baik sebelum mereka membentuk interpretasinegatif dalam dirinya seperti merasakan mereka tidak sebijak murid yang lain.Kebanyakan kanak-kanak mendapat didikan awal di rumah sebelum mereka kesekolah. Ibu bapa dan guru melihat kanak-kanak itu melalui perspektif yang berbeza. Adalah penting bagi ibu bapa melihat perbezaan yang wujud. Apabila ibu bapa danguru berbeza dari sudut hasil penilaian mereka terhadap tingkah-laku kanak-kanak itutidak bermakna mereka tidak bersetuju tetapi kaedah orientasi yang digunakan adalahberbeza. Sebagai contoh, penggunaan lampin pakai buang oleh ibu bapa kepada anak-anak khas ini dipraktikkan, tetapi di sekolah guru menitikberatkan pengunaan tandasdengan cara yang betul agar selepas mereka mendapat ilmu tersebut, ibu bapa dapatmenjimatkan kos membeli lampin pakai buang. Selain itu, sekiranya murid tidak bolehke tandas dengan sendiri sebelum ini, tetapi melihatkan rakannya boleh pergi ke tandassecara sendiri tanpa bantuan walaupun rakannya juga seorang MMP maka implikasisosial akan terbentuk iaitu dia aku cuba melakukannya sendiri sebagaimana rakannya.Ini adalah salah satu contoh peningkatan kualiti hidup MMP dalam amalan harianmereka.

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->