You are on page 1of 10

PERATURAN PERATURAN ELEKTRIK BAHAGIAN III

PENGENALAN:
Dalam bab ini pelatih-pelatih akan dapat mengetahui kehendak Perakuan Kelulusan bagi kelengkapan, Penandaan atau pelabelan kelengkapan yang diluluskan, Sampel kelengkapan hendaklah dihantar-serah kepada Suruhanjaya, Ujian dan ubahsuaian sebelum kelulusan.

LEARNING OBJECTIVES:
Pelatih-pelatih mesti boleh:-

Huraikan maksud Perakuan Kelulusan bagi kelengkapan Huraikan maksud penandaan atau pelabelan kelengkapan yang diluluskan Huraikan maksud Sampel kelengkapan hendaklah dihantar-serah kepada Suruhanjaya Huraikan maksud Ujian dan ubahsuaian sebelum kelulusan

LEARNING OUTCOMES:
Pelatih boleh menghuraikan maksud-maksud dalam Akta dan Peraturan ini Pelatih boleh merujuk dalam akta dan peraturan ini berkaitan dengan kes-kes elektrik yang berlaku

SUB TOPIC: 11
SUB SUB TOPIC: 11.1.1 Peraturan 97 Penerangan:
Perakuan Kelulusan bagi kelengkapan 97. (1) Tiada seorang pun boleh mengilang, mengimport, mempamer, menjual atau mengiklankan (a) apa-apa kelengkapan domestik; (b) apa-apa kelengkapan yang biasanya dijual secara langsung kepada orang awam; atau (c) apa-apa kelengkapan yang tidak memerlukan kemahiran khusus dalam pengendaliannya, Suruhanjaya. (2) Suatu Perakuan Kelulusan untuk mengilang, mengimport, mempamer. menjual atau mengiklankan kelengkapan itu hendaklah masing-masingnya dalam Borang V dan W yang ditetapkan dalam Jadual Pertama. (3) Suatu fi memproses sebanyak dua puluh ringgit hendaklah dikenakan bagi suatu permohonan bagi Perakuan Kelulusan mana-mana kelengkapan. (4) Fi hendaklah dibayar bagi suatu Perakuan Kelulusan dalam subperaturan (2) dan pembaharuannya pada kadar yang ditetapkan dalam Bahagian XIII Jadual Kedua. melainkan jika kelengkapan itu diluluskan oleh

KELULUSAN KELENGKAPAN

Soalan 1 Tiada seorang pun boleh mengilang, mengimport, mempamer, menjual atau mengiklankan kelengkapan itu hendaklah masing-masingnya dalam Borang V dan W yang ditetapkan dalam Jadual Pertama kecuali ia mempunyai ...................................

Jawapan 1

A.
B. C.

Memiliki Kekompetenan sebagai Penyelia Elektrik Memiliki Perakuan Kekompetenan sebagai Jurutera Elektrik Menghadiri temuduga professional yang dijalankan oleh Suatu Perakuan Kelulusan

Suruhanjaya

D.

Soalan 2 Jika sesuatu kelengkapan telah diluluskan bagi pengilangan, pengimportan, pameran, penjualan atau pengiklanan oleh Suruhanjaya, orang yang kepadanya dikeluarkan di bawah peraturan 97 boleh dikehendaki oleh Suruhanjaya supaya menanda atau melabel kelengkapan itu dan dia hendaklah melakukan sedemikian mengikut cara yang akan ditentukan oleh Suruhanjaya. Jawapan 2 A. Perakuan Kelulusan B. Perakuan kekompetenan C. Perakuan Pendaftaran D. Perakuan Syarikat

SUB SUB TOPIC: 11.1.2 Peraturan 98

Penerangan
Penandaan atau pelabelan kelengkapan yang diluluskan 98. Jika sesuatu kelengkapan telah diluluskan bagi pengilangan, pengimportan, pameran, penjualan atau pengiklanan oleh Suruhanjaya, orang yang kepadanya Perakuan Kelulusan dikeluarkan di bawah peraturan 97 boleh dikehendaki oleh Suruhanjaya supaya menanda atau melabel kelengkapan itu dan dia hendaklah melakukan sedemikian mengikut cara yang akan ditentukan oleh Suruhanjaya.

Soalan Perakuan Kelulusan dikeluarkan di bawah peraturan 97 boleh dikehendaki oleh Suruhanjaya supaya menanda atau melabel kelengkapan itu dan dia hendaklah melakukan sedemikian mengikut cara yang akan ditentukan oleh ............................... Jawapan A. Suruhanjaya B. Menteri C. Pihak Berkuasa Bekalan D. Pemegang lesen

SUB SUB TOPIC:

11.1.3 Penerangan

Peraturan 99

Sampel kelengkapan hendaklah dihantar-serah kepada Suruhanjaya 99. (1) Apa-apa permohonan bagi suatu Perakuan Kelulusan bagi apa-apa kelengkapan yang disebut dalam peraturan 97 hendaklah dibuat kepada Suruhanjaya mengikut cara yang akan ditentukan oleh Suruhanjaya. (2) Pemohon hendaklah menghantar-serah foto-foto, sampel dan kelengkapan kepustakaan dalam teknikal

subperaturan (1) kepada Suruhanjaya dan apa-apa maklumat lain yang berkaitan dengannya, termasuklah lukisan, risalah sebagaimana yang dikehendaki oleh Suruhanjaya. (3) Suatu tampelkan kelengkapan yang dihantar-serah hendaklah dilekatkan atau ditanipalkan kepadanya label yang mengandungi butir-butir yang berikut: (a) nama penuh pemohon; (b) jenis kelengkapan itu; (c) kecekapan tenaga kelengkapan itu; dan (d) katalog atau nombor jenama pengilang, atau apa-apa cara lain untuk mengenalpasti kelengkapan itu. (4) Suruhanjaya tidak berlanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerosakan terhadap mana-mana kelengkapan yang dihantar-serah di bawah subperaturan (2).

Soalan Sempel kelengkapan yang dihantar serah hendaklah dilekatkan label yang

mengandungi butir-butir berikut:

i. nama penuh pemohon


ii. jenis kelengkapan iii. tempat dibuat iv. nombor jenama pengilang

Jawapan A. i dan ii sahaja B. i,iii dan iv C. ii,iii dan iv D. i,ii dan iv

SUB SUB TOPIC: 11.1.4 Penerangan


Ujian dan ubahsuaian sebelum kelulusan 100. (1) Suruhanjaya boleh menyebabkan satu atau lebih sampel kelengkapan dalam peraturan 99 untuk diperiksa dan diuji. (2) Jika Suruhanjaya berpendapat bahawa kelengkapan yang diperiksa dan diuji dalam subperaturan (1) kemungkinan menyebabkan bahaya, orang yang memohon kelulusan itu hendaklah mengubahsuai atau meminda kelengkapan itu untuk disesuaikan dengan kehendak Suruhanjaya sebelum mengemukakan apa-apa sampel selanjutnya.

Peraturan 100

Soalan Suruhanjaya telah membuat pemeriksaan satu sampel alat elektrik untuk dijual dan didapati bahaya untuk digunakan oleh orang ramai. Bagaimanakah penjual itu hendak mendapatkan kelulusan menjual alat tersebut?

Jawapan A. Menghentikan jualan B. C. D. sendiri Memohon kepada suruhanjaya untuk menjualnya Membaiki alat tersebut sehingga Suruhanjaya berpuashati Memeriksa, menguji, mengubahsuai dan meminda secara

SUMMARY
Di dalam modul ini pelatih telah mempelajari:

Perakuan Kelulusan bagi kelengkapan, Peraturan 97 Penandaan atau pelabelan kelengkapan yang diluluskan, Peraturan 98 Sampel kelengkapan hendaklah dihantar-serah kepada Suruhanjaya, Peraturan 99 Ujian dan ubahsuaian sebelum kelulusan, Peraturan100.

REFERENCES
1. Akta Bekalan Elektrik 1990, Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 (MDC Publisher Sdn Bhd)

You might also like