You are on page 1of 2

Punca-punca Masalah Disiplin

1. Kaedah serta bahan pengajaran yang tidak sesuai Bahan pengajaran yang digunakan gagal menarik minat pelajar atau isi pelajaran itu tidak bersesuaian dengan mereka. Mereka merasa bosan sekiranya isi pelajaran tidak mencabar atau terlalu mudah. Kesukaran memahami isi pelajaran yang disampaikan juga menjadikan mereka bosan dan gelisah.

2. Keadaan fizikal bilik darjah Ketidakselesaan di bilik darjah boleh menggalakkan timbulnya masalah disiplin. Faktor seperti panas, terlalu sesak, gelap atau tidak cukup cahaya boleh mengganggu pelajar untuk memberi tumpuan kepada pengajaran guru.

3.Suasana sosioemosi yang kurang sihat Amalan budaya autokratik dan dominan yang diamalkan guru akan menekan emosi pelajar untuk merasa bimbang dan takut. Kesannya, penerimaan pelajar terhadap pengajaran akan terganggu. Persahabatan yang tidak sihat juga menimbulkan masalah disiplin.

4.Kesihatan murid Pelajar yang mempunyai masalah kesihatan selalunya gagal memberi tumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran guru. Keadaan ini boleh mengganggu kawalan guru di bilik darjah. Pelajar tersebut tidak dapat menerima arahan guru yang diberikan dan secara tidak langsung menimbulkan masalah disiplin.

5.Persekitaran sekolah Bilangan pelajar yang ramai secara langsung mewujudkan suasana yang membenarkan berlakunya masalah disiplin. Keadaan ini merumitkan tugas guru bagi mengawal disiplin mereka. Di samping itu terdapat pelajar yang tidak mendapat layanan guru. Golongan itu akan berasa kecewa dan seterusnya

berusaha untuk mendapat p[erhatian guru. Mereka tidak menghiraukan tindakan yang diambil.

6.Keluarga Ibu bapa perlu memainkan peranan dalam membentuk sikap anak-anak. Tingkah laku pelajar dipengaruhi juga oleh faktor keluarga. Didikan dan asuhan yang bermula di rumah merupakan asas atau acuan untuk membentuk sikap anak-anak. Kegagalan ibu bapa untuk menunaikan tanggungjawab yang diperlukan kanak-kanak, boleh mendatangkan maslah disiplin ketika melangkah ke alam persekolahan. Seterusnya menimbulkan masalah kepada pihak sekolah dan guru.

7.Rakan sebaya Sikap rakan sebaya mempengaruhi tingkah laku dan perwatakan pelajar tersebut. Rakan sebaya yang baik boleh membantu seseorang pelajar menjadi insan yang mempunyai sifat-sifat sosial yang positif.

8.Kualiti guru Kesediaan guru juga menjamin ketenteraman dan disiplin pelajar. Guru yang kreatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran mampu menarik minat pelajar untuk terus memberi perhatian sekaligus mengurangkan masalah disiplin.

You might also like