You are on page 1of 16

MENINGKATKAN PENGUASAAN PELAJAR DALAM PENDARABAN NOMBOR NEGATIF MENGGUNAKAN KAEDAH KAWAN-BAIK DAN TAK KAWAN-TAK BAIK Oleh

Priya a/p Peranchis Josip Sarvesvari a/p Raja Sagaran Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Poi Lam, 13, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 Ipoh, Perak.

ABSTRAK Kajian Ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti serta kaedah untuk mengatasi masaalah yang dihadapi oleh pelajar Tingkatan 2A10 dalam subtopik Pendaraban Nombor Negatif. Kajian ini hanya ditumpukan kepada 15 daripada 33 orang pelajar sahaja dalam kelas tersebut kerana tahap kefahaman kelas ini amat lemah jika dibandingkan dengan kelas-kelas lain. Pemilihan pelajar ini adalah berdasarkan peperiksaan pertengahan tahun 2011, ujian pra serta buku latihan mereka. Hasil tinjauan mendapati pelajar mempunyai kesukaran untuk menyatakan hasil darab yang melibatkan nombor negatif sama ada untuk memberikan jawapan positif atau negatif. Perancangan tindakan adalah menggunakan kaedah padanan dan hasil daripada kehidupan seharian mereka. Murid akan didedahkan dengan kaedah Kawan Baik dan Tak Kawan Tak Baik. Teknik ini akan dijalankan selama 80 minit dan telah diselesaikan dalam tempoh 6 minggu. Keputusan ujian pos menunjukkan peningkatan pelajar dalam menyatakan tanda yang sebenar. Namun pelajar masih mempunyai kelemahan dalam mendarab.

1.0

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Mata pelajaran Matematik adalah satu mata pelajaran teras dalam sistem pendidikan di Malaysia. Walaupun mata pelajaran matematik satu mata pelajaran penting, tetapi masih ramai pelajar yang tidak dapat mendapat pencapaian yang memuaskan. Berdasarkan pengalaman saya mengajar tajuk ini dan tajuk-tajuk yang berhubung kait dengan nombor negatif, didapati bahawa pelajar tidak dapat menjawab soalan dengan tepat. Semasa menyemak buku latihan pelajar dan peperiksaan pertengahan tahun 2011, terdapat pelajar yang tidak dapat menguasaai konsep asas nombor negatif. Hampir keseluruhan pelajar dari Tingkatan 2A10 gagal menyatakan tanda dengan tepat hasil dari pendaraban yang melibatkan nombor negatif. Ini disebabkan pelajar seakan tidak peka dengan simbol positif atau negatif pada sesuatu nombor. Ada segelintir pelajar lebih berminat pada angka dan mengabaikan simbol tersebut yang menyebabkan pelajar kehilangan markah.

Topik nombor negatif ini akan digunakan dalam topik lain semasa di Tingkatan 3 seperti ungkapan algebra, persamaan linear, indeks dan lain-lain topik. Malah, soalan matematik PMR kertas 2 juga banyak berkaitan dengan nombor negatif . Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran, pelajar sering tidak dapat menyatakan tanda yang tepat. Pelajar hanya meneka sama ada positif atau negatif tetapi pelajar-pelajar tidak dapat menyatakan mengapa tanda tersebut bertukar.

Pelajar memberi penjelasan bahawa penyelesaian melibatkan nombor negatif amat sukar dilaksanakan. Guru-guru juga memberikan respons yang serupa apabila mendapati pelajar amat sukar menyelesaikan masalah melibatkan penggunaan nombor negatif. Pelajar juga sering melakukan kesilapan yang serupa bagi soalan yang melibatkan penggunaan

3 nombor negatif. Pelajar juga memberikan alasan bahawa rumus atau konsep yang penting dalam Matematik amat sukar untuk diingati. Topik ini dirasakan penting kerana pelajar akan menduduki peperiksaan PMR pada 2012 dan SPM 2014. Maka, saya mengambil inisiatif ini untuk mengetengahkan kajian saya bagi membantu pelajar-pelajar menguasai pendaraban nombor negatif yang sememangnya kurang dikuasai oleh murid dengan baik. Proses pengajaran dan pembelajaran sangat penting jika dikaitkan dengan keadaan persekitaran pelajar itu sendiri bagi memudahkan pelajar mengingati formula.

2.0

ISU KEPERIHATINAN

Walaupun saya mengesan banyak masalah yang dihadapi oleh pelajar saya, saya hanya akan memfokuskan kajian ini terhadap penggunaan nombor negatif dalam operasi darab. Justeru, kajian ini meninjau permasalahan pelajar dalam menjawab soalan yang melibatkan pendaraban nombor negatif. Permasalahan ini dipilih berdasarkan pemerhatian saya di dalam kelas berkenaan sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Pelajar-pelajar ini sukar untuk memahami konsep nombor negatif dan mereka melakukan banyak kesalahan semasa menjawab soalan berkaitan pendaraban nombor negatif. Antara kesilapan yang sering dilakukan oleh pelajar dalam pendaraban nombor negatif adalah :a. Kesilapan dalam menyatakan tanda positif atau negatif dalam pendaraban nombor negatif. b. Pelajar menggunakan padanan yang salah dalam operasi darab dan bahagi bagi nombor negatif.

Topik ini boleh dikatakan mudah jika pelajar dapat memahami konsep asas Matematik. Namun bagi pelajar-pelajar ini, mereka lebih mudah untuk mengingati sesuatu perkara yang

4 berkaitan atau hampir dengan kehidupan seharian mereka. Saya yakin dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P), pelajar akan lebih berminat untuk belajar serta mudah memahami konsep matematik. Kaedah P&P yang berkait rapat dengan kehidupan seharian mereka membolehkan pelajar untuk mengingati dan memudahkan mereka untuk belajar. Oleh itu, amatlah diharapkan bahawa kajian ini dapat membantu meletakkan tanda positif atau negatif yang betul terhadap setiap penyelesaian masalah yang melibatkan nombor negatif. Tindakan susulan selepas ini akan diteruskan demi kejayaan anak murid dan sekolah.

3.0

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini adalah untuk meningkatkan penguasaan pelajar terhadap pendaraban dua nombor negatif. Seterusnya, pelajar juga diharapkan dapat mencapai tahap minimum yang ditetapkan dalam objektif yang dinyatakan setelah kajian ini dijalankan. Keyakinan pelajar juga akan bertambah apabila menyelesaikan masalah melibatkan penggunaan nombor negatif.

3.1

OBJEKTIF AM

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan pelajar dalam pendaraban nombor negatif menggunakan kaedah Kawan Baik dan Tak Kawan - Tak Baik.

3.2

OBJEKTIF KHUSUS

Secara khususnya kajian tindakan akan memberi manfaat kepada pelajar dan guru. a. b. Pelajar dapat menyatakan tanda negatif atau positif pada jawapan akhir. Pelajar dapat menyelesaikan masalah melibatkan pendaraban nombor negatif.

5 c. d. e. Guru dapat mempelbagaikan kaedah mengajar di dalam kelas. Menjawab sekurang-kurangnya 70% betul dalam Ujian Pos yang dijalankan. Mengubah persepsi pelajar kelas lemah mengenai pengajaran dan pembelajaran matematik. 4.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini akan melibatkan sebahagian daripada 33 orang pelajar Tingkatan 2A10. Pelajar tesebut disaring berdasarkan daripada latihan matematik pelajar dan pemerhatian yang dijalankan. Pelajar-pelajar ini yang dipilih adalah di kalangan pelajar-pelajar lemah. Selepas saringan dilakukan, hanya 15 orang pelajar sahaja yang terpilih yang terdiri daripada 8 pelajar lelaki dan 7 pelajar perempuan.

5.0 5.1

PELAKSANAAN KAJIAN TINJAUAN MASALAH

Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah dibuat berdasarkan pemerhatian dan Ujian Pra.

5.1.1

Pemerhatian

Saya telah membuat pemerhatian ke atas pelajar semasa peperiksaan pertengahan tahun 2011 dan juga semasa menyemak latihan mereka. Didapati bahawa pelajar tidak dapat memberikan jawapan yang tepat semasa peperiksaan. Malah, sikap pelajar dilihat secara tidak formal sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Pelajar juga didapati kurang berminat sewaktu P&P dijalankan di dalam kelas. Tumpuan mereka terhadap P&P amat kurang disebabkan mereka tidak memahami konsep matematik dengan betul.

5.1.2

Ujian Pra

6 Ujian Pra diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan sejauh mana kefahaman sedia ada dan ingatan mereka dalam tajuk pendaraban nombor negatif sebelum aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Saya telah membina 10 item untuk Ujian Pra yang perlu dijawab oleh pelajar dalam masa 20 minit. 5.2 5.2.1 ANALISIS TINJAUAN MASALAH Analisis pemerhatian

Berdasarkan pemerhatian guru, ada kebanyakkan pelajar yang berminat untuk belajar tetapi masalah bahasa iaitu tidak memahami Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan betul menyebabkan mereka kurang faham apa yang diterangkan oleh guru tentang konsep pendaraban nombor negatif. Ada sebilangan pelajar yang lemah ini tidak berminat untuk belajar, tidak kira sama ada subjek Matematik dan sebagainya. Malah ada pelajar yang tidak mempunyai motivasi untuk belajar. Sikap mereka ini yang menyebabkan mereka tidak dapat menguasai konsep pendaraban nombor negatif.

5.2.2

Analisis Ujian Pra

Hasil dapatan daripada Ujian Pra, kekerapan menjawab dengan betul soalan-soalan yang diberikan dapat dikelaskan seperti berikut: Kekerapan Ujian Pra Bilangan Peratus (%)

Skala Betul 9-10 Betul 7-8 Betul 5-6 Betul 3-4 Betul 1-2 Semua salah Jumlah

1 6.7 3 20.0 5 33.3 4 26.7 2 13.3 0 0 15 100 Jadual 1: Keputusan Pencapaian Ujian Pra

7 Jadual 1 menunjukkan 6 orang pelajar masih tidak menguasai kemahiran dengan mendapat skor betul 1 - 4 dalam Ujian Pra yang dijalankan. 5 orang pelajar pula berada pada tahap sederhana.

5.3 a.

KAEDAH PERLAKSANAAN Guru menjalankan pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah Kawan-Baik Tak dan Kawan-Tak Baik selepas pelajar menjalani Ujian Pra semasa waktu pengajaran dan pembelajaran sebelum ini

b.

Guru meminta pelajar untuk memadankan gambar yang serupa atau tanda yang sama bagi setiap gambarajah yang dipaparkan. Padanan yang serupa bermakna Kawan iaitu positif. Sekiranya gambar rajah yang dipaparkan tidak mempunyai padanan atau tidak serupa, jadi ia bermakna Tak Kawan iaitu negatif.

c.

Pelajar juga diberikan contoh berkaitan dengan aktiviti kehidupan seharian yang melibatkan nilai positif dan negatif .

d.

Ujian Pos diberikan untuk menguji tahap kefahaman pelajar terhadap kaedah yang telah digunakan.

e.

Setelah pelajar menjalani Ujian Pos, saya membincangkan jawapan sebagai langkah pengukuhan.

5.4 5.4.1

PELAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN / PENILAIAN Pelaksanaan Aktiviti 1 Latih tubi berterusan

Dalam aktiviti ini pelajar diberi soalan secara spontan dan dikehendaki menjawab secara spontan. Soalan yang diajukan adalah mudah. Didapati pelajar ini mempunyai keyakinan menjawab soalan.

5.4.2

Pelaksanaan Aktiviti 2 Kawan-Baik dan Tak Kawan-Tak Baik

8 Perlaksanan Kaedah Kawan-Baik dan Tak Kawan-Tak Baik Aktiviti ini telah dilaksanakan dalam tempoh 2 minggu. Saya telah memperuntukkan dua waktu P&P untuk membimbing menggunakan kaedah Kawan-Baik danTak Kawan-Tak Baik iaitu padanan gambar dan mengaitkan dengan kehidupan seharian mereka. Analogi pendaraban nombor negatif menggunakan Kaedah Kawan-Baik dan Tak KawanTak Baik Situasi 1 Kawan = positif, Tak Kawan = negatif (positif positif = positif)

Kawan Kawan = Kawan

Kawan Tak Kawan = Tak Kawan (positif negatif = negatif) Tak Kawan Kawan = Tak Kawan (negatif positif = negatif)

Tak Kawan Tak Kawan = Kawan (negatif negatif = positif) Situasi 2 friend = positif, enemy = negatif My friend's friend is my friend My friend's enemy is my enemy My enemy's friend is my enemy My enemy's enemy is my friend Situasi 3 good = positif, bad = negatif A good thing happening to a good person is good A good thing happening to a bad person is bad A bad thing happening to a good person is bad A bad thing happening to a bad person is good (positif positif = positif) (positif negatif = negatif) (negatif positif = negatif) (negatif negatif = positif) (positif positif = positif) (positif negatif = negatif) (negatif positif = negatif) (negatif negatif = positif)

9 Saya telah menjalankan penilaian terhadap pelajar melalui Ujian Pos selepas lima hari mempelajari kaedah Kawan-Baik dan Tak Kawan-Tak Baik. Soalan-soalan pada Ujian Pra dan Ujian Pos adalah setara. Ini bertujuan untuk menentukan sama ada mereka masih memahami apa yang telah mereka pelajari mengenai pendaraban nombor negatif. Soalan berkenaan pendaraban nombor negatif perlu dijawab oleh pelajar dalam tiga peringkat. Peringkat pertama di mana guru hanya meminta murid mengenal pasti dan menyebut kedua-dua tanda serupa atau sepadan yang terlibat dalam penyelesaian setiap soalan. Pada peringkat kedua, pelajar diminta memberi tanda sahaja bagi jawapan. Kemudian pada peringkat ketiga barulah pelajar perlu memberi jawapan untuk setiap soalan. Melalui penyoalan tiga peringkat itu, guru telah membantu pelajar memahami konsep pendaraban nombor negatif dan mengolahkan konsep pendaraban nombor negatif serta memindahkan kefahaman konsep itu dari ingatan jangka pendek kepada ingatan jangka panjang.

Pemerhatian Pelajar-pelajar berasa gembira apabila ditunjukkan Kaedah Kawan-Baik dan Tak KawanTak Baik.

Refleksi Aktiviti ini berkesan di mana pelajar boleh menguasai konsep ini secara perlahan dan berperingkat. Ia berjaya membantu pelajar meningkatkan pencapaian di mana subtopik Pendaraban Nombor Negatif. Ini dapat dilihat apabila pelajar ingin mencuba dan yakin dengan jawapan mereka. Saya berasa lebih gembira dan yakin bahawa pelajar-pelajar dalam kelas 2A10 dapat menjawab soalan-soalan seperti ini dikemukakan kepada mereka.

5.4.3

Ujian Pos

10 Pengajaran dan pembelajaran dijalankan oleh guru dengan menggunakan kaedah KawanBaik Dan Tak Kawan-Tak Baik untuk menguji tahap penguasaan dan kefahaman pelajar menjawab soalan berkaitan pendaraban nombor negatif. Selepas 5 hari, saya telah memberikan Ujian Pos menggunakan set soalan yang setara dengan Ujian Pra yang

mengandungi 10 item yang perlu dijawab dalam masa 20 minit (rujuk lampiran A & B). Ujian Pos dijalankan bagi melihat keberkesanan kaedah yang dijalankan setelah saya memperkenalkan kaedah mudah bagi menguasai konsep pendaraban nombor negatif.

Perbandingan pencapaian pelajar dalam Ujian Pra dan Ujian Pos adalah seperti berikut: Ujian Pra Ujian Pos Kekerapan Bilangan Peratus Kekerapan Bilangan Peratus (%) (%) 1 6.7 5 33.3 3 20.0 7 46.7 5 33.3 3 20.0 4 26.7 0 0 2 13.3 0 0 0 0 0 0 15 100 15 100 Jadual 2: Perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pos

Skala Betul 9-10 Betul 7-8 Betul 5-6 Betul 3-4 Betul 1-2 Semua salah Jumlah

Berdasarkan jadual di atas, saya dapati murid sasaran pada awalnya tidak dapat menguasai konsep tersebut akhirnya telah menguasainya. Ini dapat dilihat dalam Ujian Pos, 5 orang telah menjawab hamper kesemua soalan dengan betul. Cuma terdapat 3 orang pelajar atau 20.0% masih pada tahap minima. Walau bagaimanapun, keseluruhan pencapaian pelajar meningkat.

11

P erbanding Ujian P D UjianP an ra an os


B ilang pelajar an 8 6 4 2 0
sa la Be h tu l1 Be -2 tu l3 Be -4 tu l5 Be -6 tu l Be 7-8 tu l9 -1 0

Ujian Pra Ujian Pos

Se m ua

S kor
Graf 1: Perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pos

Berdasarkan graf di atas, Ujian Pra dan Ujian Pos telah dilaksanakan dan saya mendapati perubahan begitu ketara sekali di mana pada Ujian Pos didapati 5 orang murid 2A10 telah menjawab hampir semua soalan dengan betul berbanding Ujian Pra hanya seorang sahaja yang mendapat hamper kesmua soalan dengan betul. Ini adalah kerana semasa Ujian Pra dijalankan murid-murid belum memahami konsep pendaraban nombor negatif dengan sepenuhnya. Ujian Pos telah menunjukkan peningkatan kerana mereka telah mengikuti kaedah pengajaran dan pembelajaran yang memudahkan pelajar-pelajar memahami konsep nombor negatif.

Daripada kajian yang dijalankan dapat dirumuskan bahawa ianya telah menunjukkan keberkesanan. Kaedah ini membantu pelajar yang bermasalah dalam menguasai konsep ini.

12 5.5 REFLEKSI KAJIAN

Pencapaian pelajar dalam Ujian Pra dan Pos menunjukkan peningkatan yang agak ketara. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa kaedah Kawan-Baik dan Tak Kawan-Tak Baik banyak membantu murid meningkatkan keyakinan diri, daya ingatan dan kefahaman terhadap apa yang dipelajari di samping menjadikan suasana P&P lebih ceria dan menyeronokkan.

Hasil Ujian Pra mendapati pelajar mempunyai masalah dalam menentukan tanda yang sesuai apabila melibatkan pendaraban nombor negatif. 8 daripada 15 pelajar yang menjawab soalan melibatkan pendaraban dua nombor negatif melakukan kesilapan. Untuk soalan yang lain, yang hanya melibatkan satu nombor negatif, semua pelajar memberikan jawapan yang tepat.

Ujian Pos yang dijalankan terhadap pelajar memberikan keputusan yang agar memberangsangkan. Semua pelajar yang hadir sewaktu P&P djijalankan dapat menjawab kesemua soalan dengan tepat. Hanya seorang sahaja yang masih berada di tahap sederhana kerana pelajar ini tidak memberikan tumpuan yang sepenuhnya dan juga tidak hadir ke sekolah semasa kaedah pengajaran dan pembelajaran ini dijalankan.

6.0

CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Saya bercadang untuk meneruskan kaedah ini terutama apabila mengajar pelajar yang berlatarbelakangkan sederhana dan lemah. Saya amat berharap pelajar-pelajar lemah ini dapat meningkatkan penguasaan mereka dalam mencapai kecemerlangan dalam akademik. Hasil daripada dapatan dan pemerhatian semasa menjalankan kajian tersebut, beberapa cadangan untuk kajian seterusnya adalah seperti berikut.

13 a. Sebelum kaedah ini dijalankan, pelajar mestilah dapat menguasai pendaraban antara dua nombor. Ini bertujuan untuk mengurangkan kesilapan pelajar dalam mendarab dua nombor. b. Guru boleh mengguna pakai kaedah Kawan Baik dan Tak Kawan Tak Baik dalam pengajaran mereka dan membuat pengubahsuaian mengikut tahap kefahaman pelajar. c. Soalan juga perlu dirangka mengikut tahap kesukaran yang sesuai untuk pelajar. Hasil dari penyelidikan yang dijalankan, saya dapati terdapat perubahan yang positif dari segi amalan pengajaran guru dan amalan pembelajaran murid . Semoga hasil kajian saya ini dapat dimanfaatkan dan menjadikan proses P&P lebih menarik, berkesan dan menyeronokkan.

BIBLIOGRAFI Chua Yan Piaw. (2006). Kaedah penyelidikan. Shah Alam: Mc Graw-Hill. Creswell, J.W. (2005).Educational research: Planning, conducting and evaluating quantitative and qualitative research. New Jersey: Pearson Prentice Hall.

14 Gay, L.R. & Airisian, P. (2003). Educational research : Competencies for analysis and application. New Jersey: Pearson Education Inc. Lim Chong Hin. (2007). Penyelidikan pendidikan: Pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Shah Alam: Mc Graw-Hill Pusat Perkembangan Kurikulum (2000). Sukatan Pelajaran Matematik Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka. Teh Eng Kiat, Ooi Soo Huat, Khoo Cheng, LeeChia Chien, Chow Chin Mun & Cheong Quai Lan. (2003). Mathematics Form 2 Textbook (Volume 1). Penerbitan Pelangi Sdn.Bhd.

LAMPIRAN A SET 1 NAME:............................................................ ANSWER ALL THE QUESTIONS. CLASS :................................

15 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 3 2 =________ (- 2) 4=_________ (- 1) 6 =________ 5 ( - 4 )= ________ (- 5) (- 7) =________ 4 (- 7) =________ (- 6) (- 2) =________ 3 3 =________ (- 7) 3 =________ 4 (- 6) =________

16 LAMPIRAN B SET 2 NAME:............................................................ ANSWER ALL THE QUESTIONS. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 2 4 =________ (- 3) 2=_________ (- 3) 5 =________ 6 ( - 1 )= ________ (- 5) (- 7) =________ 3 (- 4) =________ (- 3) (- 6) =________ 5 5 =________ (- 9) 2 =________ 4 (- 4) =________ CLASS :................................

You might also like