You are on page 1of 8

PENGENALAN

Al-Muqri Resources ( IP0379338-X )


Al-Muqri Resources merupakan sebuah syarikat milikan tunggal yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Meletakkan harapan dan impian yang sangat tinggi untuk melihat kebahagian insan lain. Kami mengendalikan kursus, motivasi dan latihan di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Visi Syarikat : " Kami bekerja untuk mebuat anda gembira di Dunia dan Akhirat. "

Dasar perniagaan Al-Muqri Resouces adalah : i. Pendidikan untuk semua. Dalam keadaan semua rakyat Malaysia mampu mengakses pelbagai maklumat hanya

dengan satu "klik", wujud golongon tersisih dari gelombang kemajuan ini. Justeru AlMuqri Resources membanting tulang empat kerat mengumpul dana sebanyak mungkin bagi memastikan golongan ini turut menyelami perkembangan ilmu dan maklumat. Untuk mendokong dasar ini, Al-Muqri Resources menumpukan seluruh usaha bagi mendokong dan mengambil tanggungjawab kewangan bagi Pusat Pendidikan Al-Imam Al-Juwaini (www.pusatpendidikanaljuwaini.blogspot.com ). Setiap sen yang diperolehi akan disalur kepada pembangunan pusat pendidikan percuma ini.

ii. Pendidikan untuk agama.


Al-Muqri Resouces meletakkan Islam sebagai bahasa motivasi, kecemerlangan, kejayaan, keunggulan dan kegemilangan. Setiap yang disandarkan kepada Islam maka keseluruhannya adalah kehebatan. Walaupun pelanggan kami dari pelbagai bangsa, agama dan bahasa, kami aplikasikan konsep Islam sebagai rahmat untuk semua. Islam perlu dirasai kenikmatannya oleh semua. Hal ini kerana Ia datang untuk semua.

You might also like