You are on page 1of 1

REFLEKSI Sebagai guru pendidikan khas selama satu setengah tahun ini, saya telah mengenali dan mempelajari

serba sedikit tentang keupayaan dan masalahmasalah yang dihadapi oleh murid-murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran. Dengan adanya pengetahuan tersebut, saya telah cuba sedaya upaya untuk menyempurnakan tugasan yang berkaitan masalah-masalah dalam perkembangan bahasa.

Melalui tugasan ini, saya dapat mengenali dengan lebih teliti masalah perkembangan bahasa yang dihadapi oleh murid pendidikan khas. Untuk menjayakan tugasan ini, saya telah mengumpul maklumat melalui perbincangan dengan penyelaras pendidikan khas yang lebih berpengalaman. Selain itu, perkembangan murid-murid yang seterusnya, selepas pembelajaran dan pengajaran juga diperolehi melalui perbincangan dengan ibu bapa murid pendidikan khas.

Walau bagaimanapun, masalah perkembangan bahasa di kalangan murid-murid pendidikan khas adalah berbeza dari seorang murid ke murid lain. Oleh itu, guru pendidikan khas perlu mengenalpasti pendekatan yang bersesuaian mengikut setiap murid. Boleh dikatakan tiada penyelesaian yang tepat tetapi segala penyelesaian berdasarkan kepada murid, masa dan keadaan. Komathi A/P Kunjappa .

You might also like