You are on page 1of 3

Send To Friend juesakura 9 months ago 6,616 viewed

IM Article

Share

PENGENALAN Matematik ialah satu bidang pengetahuan yang sentiasa berubah dari segi kandungan, kegunaan dan cara mempelajarinya. Matematik yang diajar di sekolah perlu turut berubah. Desakan-desakan untuk perubahan mungkin muncul dari perkembangan dalam ilmu matematik sendiri, kegunaan matematik dalam masyarakat umum yang kian bertambah ataupun penemuan-penemuan psikologi mengenai pembelajaran matematik. Bagi ahli matematik, matematik adalah satu bahasa yang unik di mana ia melibatkan komunikasi konsep-konsep melalui simbol. Menurut Inder (1982), Mathematics is a language - a way of describing, recording in mathematical sentences and interpretating the symbols used to relationship. Pelajar yang mahir dalam matematik biasanya dikaitkan dengan kebolehan mereka memahami sesuatu konsep, teorem, keupayaan menguasai kemahiran-kemahiran tertentu serta kebolehan menyelesaikan masalah dengan menggunakan strategi-strategi heuristik yang tertentu. Mengapakah ramai pelajar tidak mampu mengaplikasikan kemahiran dan konsep matematik yang telah dipelajari ? Kenapa matematik dikatakan sukar? Matematik dianggap sukar kerana pada dasarnya ia adalah berbentuk hiraki. Pemahaman tentang satu konsep adalah perlu untuk mempelajari suatu konsep yang lain. Kegagalan pelajar untuk memahami sesuatu konsep asas boleh menjejaskan pembelajaran matematiknya. Apakah kriteria yang digunakan oleh seorang pelajar dalam Advertisement Random Highlight mempelajari matematik? Bagi seorang pelajar, mendapat maklumat dalam matematik adalah satu prosedur yang sukar kerana ia melibatkan cara memikir dan membuat. Tiga aktiviti utama yang terlibat dalam matematik adalah penerokaan/penyiasatan, penyelesaian masalah dan pembuktian. Kurikulum Matematik Sekolah Rendah Puasat Perkembangan Kurikulum telah memberi garis panduan berkenaan kurikulum matemaik iaitu Kurikulum Matematik Sekolah Rendah memberi penegasan terhadap pembentukan asas ilmu matematik supaya penyemaian dan penyuburan pengetahuan, minat, sikap dan nilai estetik berjaya melahirkan generasi yang berbudaya matematik. Di samping itu kemahiran berfikir dan kemahiran belajar diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran yang menegaskan penguasaan konsep, proses dan bahasa matematik. Ia juga bertujuan untuk membina pemahaman murid dalam konsep nombor dan kemahiran asas mengira. Penguasaan kedua-dua aspek ini dapat membantu murid mengendalikan urusan harian secara berkesan dan penuh tanggungjawab selaras dengan hasrat masyarakat dan negara maju serta dapat membantu murid melanjutkan pelajaran. Sukatan Pelajaran matematik sekolah rendah juga menyenaraikan kandungan yang perlu dikuasai oleh murid di peringkat sekolah rendah. Kandungan tersebut diolah mengikut empat bidang pembelajaran utama iaitu Nombor, Ukuran, Bentuk dan Ruang dan Statistik. Bagi setiap bidang, tajuk-tajuk disusun secara hierarki daripada yang paling asas kepada yang abstrak. Objektif Kurikulum Matematik Pusat Perkembangan Kurikulum juga telah menggariskan objektif, Kurikulum Matematik Sekolah Rendah . Objektif yang dirangka adalah untuk membolehkan murid: 1. Mengetahui serta memahami konsep, hukum, dan prinsip yang. berkaitan dengan: nombor, operasi, ruang, ukuran, perwakilan data. 2. Menguasai kemahiran operasi asas matematik iaitu: tambah, tolak, darab, bahagi. 3. Mnguasai kemahiran operasi bergabung.

You might also like