Bulan Ramadhan atau dalam bahasa percakapan biasa disebut "Bulan
Puasa" menjelang lagi. Bulan ini bukanlah asing bagi umat Islam dan
mereka yang cintakan bulan yang penuh kerahmatan dan keberkatan ini
sememangnya menunggu-nunggu akan ketibaannya.
Di dalam bulan Ramadhan, umat Islam diwajibkan menunaikan ibadah
puasa, sejajar dengan firman Allah S.W.T di dalam Al Quran Surah Al-
Baqarah, ayat 183-184 seperti berikut:
berpuasa sebagaimana diwajibkan kepada orang-orang yang terdahulu
daripada kamu supaya kamu bertaqwa. Puasa itu diwajibkan dalam
beberapa hari tertentu. Maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau
dalam musafir (bolehlah ia berbuka) maka hendaklah ia digantikan
dengan hari-hari lain."
"Bahawa bulan Ramadhan itu adalah bulan yang diberkati Allah.
Bulan yang mengandungi Lailatulqadar, yang lebih baik daripada
seribu bulan. Bulan yang diwajibkan Allah ke atas hamba-Nya
supaya berpuasa supaya bangun di malam hari untuk melakukan
ibadah sunat. Sesiapa yang mengerjakan ibadah sunat dalam bulan
ini, maka pahalanya sama dengan mereka yang mengerjakan
fardhu di bulan lain."
"Agama Islam itu terbina dengan lima asas iaitu, membuat
pengakuan bahawa tiada Tuhan yang lain, melainkan Allah dan
Nabi Muhammad itu persuruh-Nya, mendirikan sembahyang,
mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan
mengerjakan haji di Baitullah."
"Semua amal kebajikan anak Adam itu untuk mereka sendiri
kecuali puasa, kerana puasa itu dilaksanakan untuk Aku semata-
mata dan Aku akan membalasnya. Sebenarnya puasa itu sebagai
perisai. Apabila seseorang itu berpuasa maka janganlah ia
bercakap kotor dan sekiranya ia dimaki maka hendaklah ia berkata:
aku berpuasa, aku puasa sebanyak dua kali. Demi Allah
sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum di
sisi Allah dari bau kasturi. Orang yang berpuasa itu akan mendapat
dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan ketika bertemu dengan
Allah (di akhirat)."
"Apabila tiba bulan pertama Ramadhan, syaitan dan jin yang jahat
dibelenggu dan tertutup semua pintu neraka dan terbuka semua
pintu syurga dan pada setiap malam ada seruan: Wahai orang-
orang yang ingin baik, majulah; wahai orang yang ingin jahat,
hentikanlah dan Allah memendekkan beberapa banyak daripada api
neraka dan yang demikian itu pada setiap malam."
"Ramadhan bulan yang diwajibkan Allah puasa-Nya dan aku
mencontohkan kepada kamu agar bangun sembahyang malam;
maka siapa yang berpuasa dan bersembahyang malam, benar-
benar kerana iman dan mengharapkan pahala daripada Allah akan
keluar daripada dosa-dosanya bagaikan keadaan ketika dilahirkan
daripada perut ibu."
"Orang yang zikir (ingat) kepada Allah pada Ramadhan akan
diampunkan baginya dan orang yang meminta daripada Allah di
dalamnya (Ramadhan) tidak akan kecewa."
Ramadhan juga dikaitkan dengan bulan kesabaran kerana orang-orang
yang berpuasa bukan sahaja dituntut meninggalkan makan dan minum
tetapi juga menghindari daripada melakukan perkara-perkara yang
membatalkan puasa termasuk menjauhi hubungan kelamin sesama suami
isteri pada siang hari. Kerana itu, sifat-sifat sabar sahaja yang menjamin
kesempurnaan orang-orang Islam menunaikan puasa sebulan Ramadhan.
melakukan amalan kebajikan yang boleh membawa kejayaan
akhirat, menambah ketaqwaan kepada Allah dan setiap amalan
kebajikan diberi ganjaran yang banyak.
tidak mempunyai peluang untuk menggoda dan menghasut
manusia melalui hawa nafsu kerana puasa merupakan perisai yang
dapat menangkis sebarang hasutan dari syaitan.
untuk umat Islam dalam bulan Ramadhan ialah malam
Lailatulqadar. Ini bererti sesiapa yang beribadat pada malam-
malam tersebut digandakan pahala dan ganjaran yang amat tinggi
di sisi Allah.
Sementara itu dalam kegembiraan menyambut Ramadhan, fahamilah
sejelas-jelasnya akan hakikat dan falsafah puasa yang tersirat. Kefahaman
ini bukan sahaja membantu kita menjalani ibadah tetapi dapat
menunaikan puasa dengan sempurna. Antaranya ialah:
1. Menjadikan seseorang muslim itu lebih bertaqwa kepada Allah
berdasarkan firman Allah dalam Surah al-Baqarah, ayat 183 seperti
di atas dan melalui ayat 13, Surah al-Hujarat yang bermaksud:
"Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang-
orang yang bertaqwa."
2. Melatih manusia supaya bersabar menghadapi kesusahan atau
bencana, penderitaan dan juga cabaran-cabaran hidup. Kehidupan
manusia memang sentiasa dirundung cabaran dan ujian-ujian
Allah. Menegaskan mengenai cabaran di dunia, Allah s.w.t
menegaskan di dalam ayat 155, Surah al-Baqarah:
Maksudnya, "Demi sesungguhnya kami akan menguji kamu dengan sedikit
perasaan takut dan kelaparan, kekurangan harta benda dan jiwa serta
hasil tanaman. Dan berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang
sabar."
Melahirkan muslim yang amanah yang merupakan sifat yang tinggi
nilainya. Puasa melatih manusia dengan sifat-sifat amanah kerana
tanpanya puasa akan menjadi batal atau tidak sempurna. Jika
begitu, sia-sia sahaja seseorang itu berpuasa dan tiada faedahnya
menahan lapar dan dahaga.
Melahirkan perasaan insaf dan belas kasihan serta bertimbang
rasa. Hanya orang yang berpuasa sahaja dapat memahami atau
mengetahui kesengsaraan orang-orang miskin yang lapar dan
dahaga. Melalui keinsafan, diharapkan seseorang Muslim itu tidak
keberatan untuk memberi bantuan, sedekah atau sumbangan
Leave a Comment