Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
6Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Adab Makan Di Majlis Rasmi

Adab Makan Di Majlis Rasmi

Ratings:

5.0

(1)
|Views: 1,248 |Likes:
Published by joepyare
moral upsi
moral upsi

More info:

Published by: joepyare on Feb 08, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC or read online from Scribd
See more
See less

05/11/2013

 
Adab Makan Di Majlis Rasmi: Penggunaan Pisau, Garpu dan Sudu
(Dipetik daripada buku Cara Mudah Menguasai Kemahiran Bersosial - Tatacara Diri Dan Etiket Sosial)
Tidak banyak yang mengetahui atau menitikberatkan adab makan di meja makan semasamajlis rasmi. Perlakuan ketika makan melambangkan taraf dan hubungan sosial dan perangai sebenar seseorang individu.Individu yang mempunyai adab yang baik di meja makan lazimnya dilabel sebagaiseorang yang dibesarkan dengan penuh tatasusila dan dihormati. Seseorang yang nampak gelojoh, tidak sabar dan tidak mempedulikan orang lain dianggap sebagai seorang yangtiada didikan dan kurang ajar.Adab meja makan merangkumi banyak aspek, daripada cara anda menerima jemputandan memaklumkan kepada hos, cara berpakaian, ketibaan anda di majlis, cara andamengendalikan sudu dan garpu, cara anda melayan pelayan, perbualan anda semasamakan, etika sebelum, semasa dan selepas makan, dan sebagainya. Antara adab mejamakan yang saya paling kurang mahir ialah cara menggunakan pisau, garpu dan sudu.Walau bagaimanapun, saya selalu menggunakan tips di bawah untuk membantu sayaingat sudu dan garpu yang sepatutnya digunakan ketika makan.
Menggunakan pisau, garpu, sudu dan kadang-kadang, tangan!
Penggunaan pisau, sudu dan garpu sinonim dengan makanan ala barat. Jenis makananyang dihidangkan lazimnya mengandungi daging atau ayam yang disediakan dalam saiz besar yang perlu dipotong sebelum makan. Sebagai contoh, steak, lamb chop, grilledchicken dan sebagainya.Sekiranya terdapat lebih daripada satu sudu dan garpu yang perlu digunakan, anda perlutahu sudu yang sepatutnya digunakan untuk makan, sudu untuk sup, sudu untuk pencucimulut dan begitu juga garpu. Ada garpu untuk daging dan ada untuk salad. Jika andakeliru, jangan bimbang. Lazimnya, juadah yang dihidangkan adalah mengikut kedudukansudu dan garpu. Gunakan sudu atau garpu yang terletak paling hujung atau jauh sekalidan bergerak ke arah dalam.Sebagai contoh, appetizer akan dihidangkan dahulu, seperti sup, jadi gunakan sudu yang paling kanan. Begitu juga salad, gunakan garpu yang paling kiri. Namun, trend yangdigunakan sekarang ialah sudu atau garpu akan diberikan mengikut juadah yang akandihidangkan. Jadi, anda hanya perlu mengikut sahaja!Pisau hendaklah dipegang dengan tangan kanan dan garpu dengan tangan kiri. Hal inikerana banyak orang yang memotong dengan tangan kanan. Jadi, keadaan ini semata-mata untuk keselesaan. Lain pula sekiranya anda kidal, anda boleh memotong dengantangan kiri.
 
Cara memakan steak dengan betul ialah anda menggunakan garpu yang dipegang dengantangan kiri untuk memegang daging dan memotong dengan pisau. Potong kecil beberapaketul daging dan letakkan pisau anda melintang di atas bahagian depan pinggan dengan bahagian tajam menghadap ke dalam. Tukar garpu ke tangan kanan dan makan perlahan-lahan. Jangan gelojoh.Sudu dan garpu hendaklah dipegang secara mendatar dengan mengimbanginya di antara jari hantu dengan jari telunjuk, dan distabilkan oleh ibu jari. Sudu dan garpu yang telahdigunakan tidak boleh diletakkan di atas meja kerana akan mengotorkan alas meja. Sududan garpu juga tidak boleh diletakkan di dalam mangkuk atau di dalam gelas kerana tidak stabil. Sudu atau garpu hendaklah diletakkan di tepi piring yang digunakan untuk mengalas mangkuk.Kenali jenis-jenis makanan yang boleh dimakan menggunakan utensil yang sesuai ataudengan tangan1.
Sup
 – harus menggunakan sudu yang disediakan bagi sup. Sudu tersebut agak dalamdan bulat bentuknya. Sup mesti dihirup perlahan-lahan. Jangan sampai mengeluarkan bunyi kerana perbuatan tersebut tidak sopan.2.
Salad
 – gunakan garpu yang dikhaskan untuk salad. Garpu salad kecil sedikit berbanding garpu biasa.3.
Ikan
 – gunakan garpu dan pisau yang dikhaskan untuk ikan. Garpu untuk ikanselalunya pendek sedikit daripada garpu untuk daging.4.
Daging
 – gunakan garpu utama yang disediakan.5.
Pencuci mulut
– sebagai contoh agar-agar, puding, bubur dan sebagainya. Biasanyasudu untuk pencuci mulut dibawa bersama dengan mangkuk atau piring sebelum juadah pencuci mulut dihidangkan.6.
Asparagus
 – asparagus boleh dimakan dengan tangan asalkan asparagus tersebut tidak disaluti apa-apa sos. Jika tidak, anda boleh menggunakan garpu yang disediakan untuk salad.7.
Bacon
 – apabila bacon iaitu kepingan daging nipis dibakar sehingga garing dan tidak  berminyak, anda boleh menggunakan jari untuk memakannya seperti snek biasa. Hal inikerana agak susah untuk memotong bacon yang garing menjadi kepingan kecil. Anda juga tidak mahu bacon tersebut terpelanting ke tempat lain semasa memotong!8.
Roti
 – roti mesti dipecahkan dengan tangan, jangan sekali-kali gunakan pisau. Koyak secebis yang sederhana besar dan makan dahulu sebelum mengoyak cebis yangseterusnya. Jika mentega disediakan, gunakan pisau untuk menyapu mentega tersebut pada cebisan roti sebelum anda memakannya. Sekiranya anda dihidangkan roti ban yangmasih panas, anda dibenarkan memotong ban berkenaan memanjang di tengah dan

Activity (6)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Bob Bol liked this
Eswady Salimi liked this
Azmie Tajol liked this
sky89 liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->