Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
3Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
plagiat 2

plagiat 2

Ratings: (0)|Views: 84 |Likes:
Published by aal_tahani

More info:

Published by: aal_tahani on Jan 04, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/20/2013

pdf

text

original

 
Plagiarisme telah menjadi isu kebimbangan di seluruh universiti di Malaysia danAntarabangsaAKTIVITI plagiat adalah budaya negatif dan amat merbahaya kepada dunia intelektualnegara jika tidak dibendung sebijak mungkin. Kegiatan tidak bermoral ini jika dibiarkanboleh menjadi barah kepada institusi pengajian tinggi (IPT) negara dan mampu meruntuhkaninstitusi ini dalam jangka panjang tanpa kita sedari.Kamus Dewan Edisi Ketiga mendefinisikan plagiat sebagai mencedok kata-kata, idea dansebagainya daripada orang lain dan menggunakannya sebagai karya sendiri, tiruan ataumenciplak. Manakala menurut
Wikipedia
, plagiarisme ialah mengakui tulisan orang sebagaitulisan sendiri; mengakui gagasan orang lain sebagai pemikiran sendiri; mengakui penemuanorang lain sebagai kepunyaan sendiri; mengakui karya kelompok sebagai kepunyaan atauhasil sendiri, menyajikan tulisan yang sama dalam kesempatan yang berbeza tanpamenyebutkan asal-usulnya.Menurut kepada Christopher Rick di British Akademi Lecturet, plagiarisme ialahperbuatan yang dianggap tidak bermoral sejak abad (Goldgar, 2001). Plagiarisme ialah satupelanggaran hak moral pengarang. Droit moral (hak moral) berasal dari Perancis, mengikutEarl W. Kintner (Kintner & Jack 1975:355) adalah:"Hak untuk menghalang orang lain untuk mengubah atau mengurangkan kerja, hak untuk melarang orang lain nama menisbahkan bekerja yang tidak dibuat oleh beliau, danhak untuk melarang orang lain daripada menggunakan nama beliau untuk membahayakan reputasi kemahiran atau kedudukan. "Bagi menangani masalah plagiarisme yang semakin menular, pihak universiti diminta tidak berkompromi dengan pensyarah atau pelajar yang melakukan plagiat atau menciplak tesiskerana ia boleh mencemarkan imej institusi pengajian tinggi di negara ini dan langkah-langkah pencegahan perlu diambil segera kerana jika dibiarkan, gejala tersebut akhirnya akanmelahirkan pensyarah serta siswazah yang tidak berkualiti, kurang kompeten dan tidak berdaya saing.Mereka yang terlibat perlu dikenakan tindakan yang keras bagi memastikankajian ilmiah atau tesis yang dihasilkan adalah asli, berkualiti dan memenuhi piawaian yangditetapkan oleh universiti bagi membolehkan seseorang pelajar misalnya benar-benar layak menerima ijazah serta bersedia memasuki alam pekerjaan.
 
Teknologi maklumat dan lambakan laman web memudahkan instrumen ini disalahgunakan didalam aktiviti plagiat dan oleh yang demikian, perisian komputer seperti
Word Check System,Turnitin, Scan My Essay
dan lain-lain yang banyak diaplikasikan oleh universiti di seluruhdunia dilihat sangat berkesan dalam memastikan kewujudan elemen plagiarisme dalampenyediaan kajian ilmiah, tesis dan penulisan akademik lain secara atas talian.Kerajaan juga mesti tegas memberi amaran untuk menarik balik ijazah sarjana dan doktorfalsafah (PhD) pelajar IPT atau pensyarah yang menipu dengan mengupah orang lain secaraprofesional menyiapkan tesis mereka. Perkara ini perlu demi memelihara dan menjaga namabaik bukan sahaja universiti tempat mereka mengikuti pengajian, malah imej negara.Usahauntuk menanganinya hendaklah dilakukan secara menyeluruh dan komprehensif.Pemahaman serta kesedaran yang tinggi berkenaan impak aktiviti negatif ini perludidedahkan sejak di bangku sekolah rendah lagi dan dipanjangkan ke peringkat sekolahmenengah dan peringkat matrikulasi atau kolej agar gejala ini tidak lagi menjadi barah didalam IPT. Ini adalah kerana di samping boleh menjejaskan imej, integriti dan kualiti IPT,budaya ini turut mempengaruhi minda dan psikologi para pelajar universiti secara tidak langsung di mana pelajar yang melakukan kegiatan tidak bermoral ini akan terus dibelenggurasa bersalah, malu dan hilang keyakinan diri.
Amalan „copy paste‟
berlaku apabila seseorang pelajar itu tengah kekeringan idea untuk menyiapkan sesuatu tugasan yang diberikan kepadanya. Jika sebelum ini, buku rujukanakademik atau jurnal dijadikan sebagai rujukan untuk menyiapkan tugasan yang diberi olehpensyarah, namun dewasa kini rujukan utama para pelajar telah beralih arah kepada internetuntuk mendapatkan maklumat dan sumber-sumber untuk menyiapkan tugasan mereka.Alasan ini sering diutarakan oleh para pelajar dalam menyiapkan sesuatu tugasan Tidak mempunyai masa yang secukupnya. Dalam kekurangan masa tersebut, maka timbul ideamengambil hasil kerja atau buah fikiran pelajar yang lebih pandai dan menonjol dalampembelajaran untuk menyiapkan tugasan mereka. Faktor kekurangan masa tidak akan timbulkerana tempoh tugasan yang diberikan oleh pensyarah untuk disiapkan oleh pelajar adalahlebih daripada cukup. Mungkin sifat ambil mudah dan tidak prihatin tentang akademik yangwujud dalam diri sendiri pelajar itu sendiri menyebabkan masa yang diberikan olehpensyarah itu tidak mencukupi. Apabila sifat ambil mudah ini wujud, maka pelajar tersebutlebih suka untuk meniru atau mengambil tugasan orang lain.
 
Persekitaran di universiti sangat berbeza dengan persekitaran semasa di sekolah mahupun diperingkat matrikulasi. Di peringkat sekolah atau matrikulasi, para pelajar akan disuap dengannota-nota oleh guru-guru dan apabila mereka menjejakkan kaki di universiti. Amalan sepertiitu sudah tidak lagi diteruskan oleh para pensyarah. Di universiti, para pelajar lebih diajarberdikari dan segala nota pembelajaran perlu di cari sendiri oleh pelajar tesebut. Sesetengahpelajar yang tidak dapat mengikuti suasana ini akan menyebabkan mereka ketinggalan dantidak tahu bagaimana untuk mendapatakan nota-nota atau segala maklumat tentang yang
dipelajarinya. Sebagai jalan mudah, pelajar tersebut akan melakukan amalan „copy paste‟
untuk menyiapkan tugasan mereka.Kebanyakan pelajar tidak tahu apa maksud sebenar plagiarism. Bagi mereka, menciplak kerjaorang lain tidak menjadi kesalahan. Pelajar perlu kreatif dalam menyiapkan sesuatu tugas danbukannya meniru bulat-bulat buah fikiran orang lain. Para pensyarah perlu mewujudkan satusesi khas dengan pelajar untuk membicarakan tentang isu dan masalah para pelajar seperti isuplagiarism ini. Para pensyarah perlu sentiasa mengingatkan pelajar mereka tentang
 bahayanya amalam „copy paste‟ ini.
Etika dalam penyediaan sesuatu kajian ilmiah perlu ada dalam diri pelajar. Kebanyakanpelajar yang melakukan amalan plagiarism ini adalah terdiri daripada mereka yang tidak mempunyai perancangan yang betul untuk menyiapakan sesuatu tugasan atau melakukansesuatu kajian ilmiah. Sekiranya persediaan tidak dilakukan terlebih awal, kerja yangdihasilkan tidak memuaskan dan apabila diminta oleh pensyarah untuk buat lain, makapelajar itu tidak akan bersemangat dan lebih cenderung untuk melakukan plagirism keranamereka fikir, banyak masa yang mereka telah luangkan untuk menyiapkan tugasan tersebut.Sedangkan kerja yang dilakukan sebelum ini adalah tidak bersungguh-sungguh. Sepatutnyapelajar tidak harus bergantung 100% kepada internet. Pelajar perlu mendapatkan bantuandaripada penyelia (pensyarah) mereka yang lebih berpengalaman dan luas ilmu pengetahuan.Untuk menghasilkan kerja yang bermutu, pelajar tidak boleh berguru dengan internet semata-mata.Bagi menangani masalah plagiarisme yang semakin menular, pihak universiti diminta tidak berkompromi dengan pensyarah atau pelajar yang melakukan plagiat atau menciplak tesiskerana ia boleh mencemarkan imej institusi pengajian tinggi di negara ini dan langkah-langkah pencegahan perlu diambil segera kerana jika dibiarkan, gejala tersebut akhirnya akan

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->