You are on page 1of 1

Faridatul Faraid Fi 'Ilmil 'Aqaid Karangan Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain Al-Fatoni www.alraufi.blogspot.

com


Kewajipan Setiap Mukallaf
[Bermula permulaan barang yang wajib] pada syarak atas tiap-tiap mukallaf, iaitu orang yang aqil lagi baligh sama ada laki-laki atau perempuan itu bahawa mengenal ia akan Allah 4. Ertinya mengetahuikan segala hukum sifatNya dan segala hukum ketuhananNya. Dan mengetahuikan segala yang membawa kepada mengetahuikan demikian itu daripada segala barang yang bergantung dengan Rasul. Maka tiada dikehendaki dengan mengenal Allah itu mengetahuikan haqiqat zatNya kerana tiada dapat mengetahui oleh yang baharu akan haqiqat yang qadim. [Maka mengenal] dan mengetahui itu jazam ( ) yang membetuli bagi waqi ( - yang sebenar) yang hasil jazam itu daripada dalil. Ertinya itiqad yang putus, yang mengenai akan yang benar, yang jadi itiqad itu daripada tanda yang menunjuk atas betul itiqad itu. [Maka wajib] pada syarak atas tiap-tiap mukallaf, mengetahuikan segala yang wajib pada aqal pada hak Tuhan kita , dan barang yang mustahil atasNya , dan barang yang harus bagiNya . [Dan demikian] wajib atasnya mengetahuikan barang yang wajib pada hak segala Rasul , dan barang yang mustahil atas mereka itu, dan barang yang harus bagi mereka itu. [Dan erti] wajib pada syarak itu barang yang diberi pahala atas mengerjakan dia dan diseksakan atas meninggalkan dia, seperti mengetahui dengan ada Allah . Maka diberi pahala atas mengetahui itu dan diseksakan atas ketiadaannya. [Dan erti] wajib pada aqal itu barang yang tiada tasowwur ( seperti mengambil lapang bagi jirim ( ). ) pada aqal ketiadaannya,

[Dan mustahil] itu barang yang tiada tasowwur pada aqal adanya, seperti sunyi jirim daripada gerak dan diam. [Dan] jaiz ( dan diamnya. - harus) itu barang yang sah pada aqal adanya dan tiadanya, seperti gerak jirim

_________________________________________________________________ 4. Mengenal ia akan Allah : ertinya kerana bahawa mengenalkan Dia itu tempat hantaran segala perkara yang dituntut daripada hamba. Maka tiada sah sesuatu yang wajib dan yang sunat melainkan kemudian daripada mengenal Dia .

You might also like