You are on page 1of 3

EDU 3107 (BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK) Tutorial 1: Banding Beza Konsep Bimbingan Dan Kaunseling Dari Perspektif

Islam Dan Barat.

ISLAM

1) Imam Al-Ghazali Lebih kepada pendekatan berdasarkan ayat al-quran berserulah ke jalan Allah dengan bijaksana dan peringatan yang baik, berbincanglah dengan mereka dengan cara yang baik Nasihat yang baik Nasihat dan pengajaran yang baik ini ditawarkan kepada semua orang, di mana kaunselor berjumpa dengan orang yang memerlukan bimbingan secara individu atau secara kumpulan. Kaunselor memberi mereka nasihat dan ganjaran serta juga diterangkan kepada mereka syarat-syarat halal yang bermanfaat dan perkara yang memudaratkan serta mengajak mereka membuat kebajikan di dunia dan akhirat. Kaunseling individu yang berhikmah Kaunseling individu yang berhikmah ini ditawarkan kepada setiap orang yang meminta nasihat atau pertolongan dalam mengerjakan sesuatu urusan agama dan keduniaan yang akan menjadi hak kepada setiap individu yang berunding dengan muhtasib dalam apa jua perkara peribadi, keluarga, professional atau agama. Kaunseling individu yang kasar Kaedah kaunseling ini digunakan terhadap orang yang terang-terangan mengerjakan maksiat dan meninggalkan kebaikan, bekerja untuk hal-hal yang memudaratkan mereka dan mencegah daripada melakukan perkara-perkara yang memberi manfaat bagi meraka.( Yatimah ) 2) Ibnu Qayyim Menekankan konsep hisbah iaitu memutuskan sesuatu perkara tanpa dakwaan kerana jika berdasarkan dakwaan maka ia termasuklah dalam bidang kuasa hakim, bukan kuasa kaunselor. 3) Ibnu Khaldun

Lebih menekankan tentang psikologi iaitu memberi penekanan kepada pendidikan psikologi. Tegas tetapi haruslah dengan penuh kasih sayang. Hukuman perlu menjadi pilihan yang terakhir.

Konsep Bimbingan : BARAT 1) Stone (1974) Membantu individu memahami diri dan dunia mereka. Kenal pasti kekuatan dan kelemahan diri mereka. Mengembangkan potensi diri mereka. 2) Alice Crow (1964) Menentukan matlamat jangka masa panjang dan pendek. Merancang cara bertindak dan membantu membaiki sikap dan tingkah laku.

3) McDaniel dan Shaftel (1956) Pola khidmat yang merangkumi orientasi maklumat pendidikan dan kerjaya, inventori individu, kaunseling, penempatan dan aktiviti susulan.

Konsep Kaunseling : 1) Stone (1974) Proses interaksi yang membolehkan individu itu memahami diri dan persekitarannya.

2) Corey (1977) Proses di mana klien diberi kesempatan untuk meneroka aspek diri yang menimbulkan kesulotan baginya. Penerokaan ini menimbulkan keinsafan tentang dirinya serta pilihan yang boleh dilakukan agar mencapai kehidupan yang lebih berkesan.

3) Boy dan Pine (1968) Satu perhubungan bersemuka di mana seorang klien mendapatkan bantuan daripada seorang kaunselor. Perhubungan ini mempunyai ciri-ciri seperti komunikasi yang efektif, saling menghormati, penerimaan klien secara tulen oleh kaunselor dan penumpuan diberikan

kepada keperluan, masalah serta perasaan klien.

Rujukan: http://omartahfiz.blogspot.com/2011/06/kaunseling-pendekatan-islam.html http://psikotube.blogspot.com/2011/01/kaunseling-menurut-prespektif-islam.html Lee Keok Cheong.Suppiah Nachiapan. (2012). Bimbingan dan Kaunseling KanakKanak.Oxford Fajar Sdn. Bhd. Selangor.

You might also like