You are on page 1of 21

SOALAN-SOALAN LAZIM PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

1.

KONSEP PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) SOALAN MAKLUM BALAS


PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani), psikomotor (jasmani) dan sosial selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. PBS ini mentaksir proses dan produk secara formatif dan sumatif iaitu mengamalkan konsep assessment for learning dan assessment of learning. PBS mentaksir bidang akademik dan bidang bukan akademik. PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan oleh pihak sekolah secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan. Komponen PBS terdiri daripada dua kategori iaitu akademik dan bukan akademik. Kategori akademik terdiri daripada Pentaksiran Sekolah (PS) dan Pentaksiran Pusat (PP), manakala kategori bukan akademik terdiri daripada Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK).

1.1

Apakah Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)?

SOALAN
1.2 Adakah PBS sesuatu yang baharu?

MAKLUM BALAS
Tidak, PBS telah dilaksanakan oleh guru di sekolah seperti Penilaian Kerja Amali (PEKA), Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS), Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah (PLBS), Perkara Asas Fardu Ain (PAFA), projek, kuiz, soal-jawab, persembahan dan lainlain. Penambaikan PBS dilaksanakan mulai Tahun 1 pada tahun 2011 dan Tingkatan 1 pada tahun 2012. Komponen PBS terdiri daripada dua kategori iaitu akademik dan bukan akademik. Kategori akademik terdiri daripada Pentaksiran Sekolah (PS) dan Pentaksiran Pusat (PP), manakala kategori bukan akademik terdiri daripada Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK). KPM telah membuat beberapa penambahbaikan antaranya melaksanakan Pentaksiran Rujukan Standard, Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan perekodan penguasaan murid dalam aplikasi Sistem Pengurusan PBS (SPPBS). PBS bertujuan untuk melihat kemajuan dan pertumbuhan (growth) pembelajaran serta pencapaian prestasi seseorang murid.
3

1.3

Bilakah penambahbaikan PBS mula dilaksanakan? Apakah komponen PBS?

1.4

1.5

Apakah penambahbaikan dalam PBS?

2.

PENTAKSIRAN SEKOLAH (PS) SOALAN MAKLUM BALAS


PS dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor oleh guru. Guru menjalankan pentaksiran secara berterusan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. PS dilaksanakan dalam bentuk pentaksiran formatif dan pentaksiran sumatif. Pentaksiran formatif yang dijalankan
seiring dengan proses PdP. Manakala pentaksiran sumatif yang dijalankan pada akhir unit pembelajaran, penggal, bulan atau tahun.

2.1

Apakah Pentaksiran Sekolah (PS)?

PS berfungsi sebagai pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning) dan pentaksiran tentang pembelajaran (assessment of learning).

2.2

Apakah pentaksiran rujukan standard?

Pentaksiran Rujukan Standard melaporkan prestasi atau tahap penguasaan murid dalam pembelajaran dengan merujuk kepada pernyataan standard bagi setiap mata pelajaran. Pernyataan standard ini ditetapkan mengikut tahap-tahap penguasaan seperti yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum. Dalam pentaksiran ini, standard prestasi digunakan untuk melihat kemajuan dan pertumbuhan (growth) pembelajaran serta pencapaian prestasi seseorang murid.

SOALAN
2.3 Apakah kelebihan pentaksiran rujukan standard?

MAKLUM BALAS
Pentaksiran Rujukan Standard melaporkan prestasi atau tahap penguasaan murid dalam pembelajaran. Murid dinilai secara adil dan saksama sebagai individu berdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan dengan orang lain. Dokumen Standard Prestasi (DSP) mengandungi panduan untuk mentaksir dan melapor penguasaan murid mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum. Dokumen ini merangkumi band, pernyataan standard, deskriptor dan evidens.

2.4

Apakah Dokumen Standard Prestasi (DSP)?

2.5

Apakah yang dimaksudkan dengan band, pernyataan Band adalah tahap penguasaan murid. Band 6 adalah standard, dan deskriptor? band tertinggi manakala Band 1 adalah band terendah. Pernyataan Standard adalah prestasi atau tahap penguasaan murid secara umum dalam pembelajaran. Deskriptor adalah pernyataan tentang tingkah laku terperinci yang boleh diperhati dan diukur dalam menentukan prestasi atau tahap penguasaan murid dalam pembelajaran.

SOALAN
2.6 Bilakah DSP digunakan?

MAKLUM BALAS
DSP digunakan untuk mentaksir murid semasa proses P&P. Dokumen Kurikulum digunakan oleh guru untuk mengajar. DSP dibina sebagai panduan untuk guru menambahbaik Pentaksiran Sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard.

2.7

Apakah fungsi DSP?

2.8

Adakah instrumen PS perlu diselaraskan antara Instrumen PS tidak perlu diselaraskan kerana guru perlu murid, kelas dan sekolah? mempelbagaikan instrumen mengikut kesesuaian murid. Apakah Standard Prestasi? Standard prestasi merupakan satu pernyataan yang menerangkan tentang tahap-tahap penguasaan seseorang murid dalam sesuatu bidang atau mata pelajaran yang dipelajari. Dalam satu tempoh pembelajaran, murid ditaksir berdasarkan penanda aras (benchmark) yang terdapat dalam standard prestasi. Guru menggunakan standard prestasi sebagai rujukan untuk menentukan aktiviti pentaksiran dilaksanakan secara adil dan berfokus.

2.9

2.10

Adakah seseorang murid itu mesti menguasai setiap Ya, murid mesti menguasai setiap deskriptor untuk deskriptor untuk menentukan band yang menentukan band yang dicapainya. Penguasaan setiap dicapainya? deskriptor membuktikan murid telah menguasai semua standard kandungan/hasil pembelajaran bagi band berkenaan.

SOALAN

MAKLUM BALAS
6

2.11

Adakah murid boleh ditaksir pada band yang lebih Boleh, murid boleh ditaksir pada band yang lebih tinggi tinggi walaupun dia belum menguasai setiap walaupun dia belum menguasai setiap deskriptor dalam deskriptor dalam band terdahulu? band terdahulu kerana guru mengajar berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum (DSK)/Sukatan Pelajaran. Walau bagaimanapun, murid perlu menunjukkan evidens lisan atau bertulis atau bahan yang membuktikan bahawa murid telah menguasai deskriptor dalam band yang terdahulu. Evidens boleh dikemukakan dalam bentuk bahan atau murid itu sendiri.

2.12

Adakah sekolah perlu melaksanakan PEKA, PEKA dan PLBS/ULBS perlu dilaksanakan sebagai PLBS/ULBS dan kerja kursus Kemahiran Hidup sebahagian daripada PS. Bersepadu (KHB) Tingkatan 1? Kerja kursus bagi KHB tidak perlu dilaksanakan di Tingkatan 1 mulai tahun 2012. Adakah LINUS boleh digunakan dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah? Tidak boleh kerana LINUS merupakan satu program untuk mengenal pasti murid yang tidak menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M). PBS pula ialah satu sistem dan dalam PS murid ditaksir berdasarkan kehendak standard pembelajaran yang terdapat dalam mata pelajaran berkenaan.

2.13

SOALAN

MAKLUM BALAS
7

2.14

Perlukah Ujian Bulanan dan Peperiksaan Akhir Bergantung kepada keperluan / objektif / tujuan ujian Tahun diadakan? tersebut diadakan. Sekiranya bertujuan mendapatkan kedudukan murid, skop ujian boleh merentasi semua konteks dan konstruk (pengetahuan dan kemahiran yang diukur) dalam mata pelajaran tersebut. Sekiranya JK PBS sekolah memutuskan untuk mendapatkan kedudukan bagi murid-murid dalam bandband tertentu, soalan atau tugasan ujian tersebut hendaklah berdasarkan evidens dalam dokumen standard prestasi.

2.15

Adakah murid yang belum menguasai kemahiran/pengetahuan dalam PS perlu ditaksir semula? Bolehkah Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) menjadi pentaksir?

Murid perlu ditaksir semula sehingga murid menguasai pengetahuan/kemahiran dalam PS. Boleh, kerana GSTT telah dilantik untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Pentaksiran hendaklah dijalankan oleh guru yang mengajar.

2.16

3.

PENTAKSIRAN PUSAT (PP) SOALAN MAKLUM BALAS


8

3.1

Apakah Pentaksiran Pusat (PP)?

PP adalah pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah dengan peraturan pentaksiran, instrumen pentaksiran, tugasan, garis panduan, peraturan penskoran, penggredan dan pelaporan dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan (LP). Terdapat dua jenis tugasan PP iaitu tugasan jangka panjang dan tugasan jangka pendek. Tugasan jangka panjang dilaksanakan dalam tempoh 3 hingga 4 minggu dan tugasan jangka pendek dilaksanakan dalam tempoh 2 minggu. PP bagi sekolah rendah dilaksanakan pada Tahap 2. PP bagi sekolah menengah dilaksanakan pada Tingkatan 2 dan Tingkatan 3. Tugasan boleh dilaksanakan secara berkumpulan tetapi penskoran diberikan secara individu.

3.2

Apakah jenis tugasan PP?

3.3

Bilakah PP dilaksanakan dalam PBS?

3.4

Bolehkah PP dilaksanakan secara berkumpulan?

4.

PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI, SUKAN DAN KOKURIKULUM (PAJSK)


9

SOALAN
4.1 Apakah Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)?

MAKLUM BALAS
PAJSK adalah pentaksiran yang ditadbir, direkod dan dilaporkan melalui penyertaan, penglibatan dan pencapaian murid dalam aktiviti sukan, kokurikulum dan ekstra kurikulum. Manakala Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) dan Body Mass Index (BMI) dilaksanakan untuk menilai dan melaporkan aktiviti fizikal murid. PAJSK bagi sekolah rendah dilaksanakan pada Tahun 4 mulai 2014, Tahun 5 mulai 2015 dan Tahun 6 mulai 2016. PAJSK bagi sekolah menengah dilaksanakan pada Tingkatan 1 mulai 2012, Tingkatan 2 mulai 2013, Tingkatan 3 mulai 2014, Tingkatan 4 mulai 2015 dan Tingkatan 5 mulai 2016.

4.2

Bilakah PAJSK dilaksanakan dalam PBS?

5.

PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK (PPSI)? SOALAN MAKLUM BALAS


10

5.1

Apakah Pentaksiran Psikometrik (PPsi)?

PPsi dilaksanakan di sekolah untuk mengukur kebolehan semula jadi dan kebolehan yang diperoleh, kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah, minat kerjaya, kecenderungan, sikap dan personaliti murid. Pentaksiran ini tidak berasaskan kurikulum dan proses pengajaran dan pembelajaran. PPsi bagi sekolah rendah dilaksanakan pada Tahun 4 mulai 2014 dan Tahun 6 mulai 2016. PPsi bagi sekolah menengah dilaksanakan pada Tingkatan 1 mulai 2012, Tingkatan 3 mulai 2014, Tingkatan 4 mulai 2015 dan Tingkatan 5 mulai 2016.

5.2

Bilakah PPsi dilaksanakan dalam PBS?

5.3

Apakah kaitan antara Pentaksiran Psikometrik dengan Pentaksiran Sekolah?

Maklumat yang diperoleh daripada Pentaksiran Psikometrik boleh digunakan oleh guru untuk menyesuai dan mempelbagaikan kaedah pengajaran, pembelajaran serta pembinaan instrumen PS.

PENGOPERASIAN PBS SOALAN MAKLUM BALAS


Pengoperasian PBS hendaklah
11

6.1

Bagaimanakah pengoperasian PBS dilaksanakan

dilaksanakan

di sekolah?

berdasarkan dokumen Panduan Pengurusan PBS, surat pekeliling dan surat siaran PBS yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan.

6.2 6.3

Bagaimanakah keahlian JK PBS Sekolah di Sekolah Seorang guru perlu memegang lebih daripada satu Kurang Murid? portfolio dalam JK PBS Sekolah. Perlukah murid yang baru pulang dari bermastautin Tidak perlu kerana PS dilaksanakan semasa pengajaran di luar negara/tidak hadir ke sekolah melaksanakan dan pembelajaran. PS yang terdahulu? Perlukah murid yang baru pulang dari bermastautin PP dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan oleh di luar negara/tidak hadir ke sekolah melaksanakan LP. PP tidak boleh dilaksanakan selepas tamat tempoh PP yang lepas? yang dijadualkan. Adakah murid dibenarkan memohon pengecualian dari melaksanakan PBS? Tidak timbul isu pengecualian kerana pentaksiran dijalankan mengikut tahap pencapaian murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

6.4

6.5

6.6

Bagaimanakah pelaksanaan PBS bagi murid dari Murid akan ditaksir dan dinilai menggunakan standard golongan OKU? prestasi khas dan mekanisme yang sesuai. Pentadbir sekolah hendaklah menyediakan segala keperluan khas murid berkenaan seperti perkhidmatan, peralatan atau perisian khas dalam pentaksiran PBS.

SOALAN
6.7 Bolehkah pentaksiran yang dibuat oleh guru dipercayai?

MAKLUM BALAS
Boleh kerana guru merupakan orang yang paling layak untuk mentaksir murid masing-masing kerana mereka: merupakan pakar mata pelajaran (subject matter expert)
12

telah menerima latihan dalam pentaksiran boleh memantau perkembangan murid secara berterusan boleh memberi maklum balas yang membina untuk penambahbaikan pembelajaran murid lebih memahami konteks yang sesuai dengan persekitaran dan perkembangan murid mentaksir dan memberi maklum balas berpandukan standard prestasi Integriti guru dikawal melalui proses penjaminan kualiti yang merangkumi pementoran, penyelarasan, pemantauan dan pengesanan.

PENGURUSAN EVIDENS MURID SOALAN MAKLUM BALAS


Evidens terbahagi kepada dua iaitu evidens murid dan evidens bahan.
13

7.1

Apakah evidens?

Evidens murid merujuk kepada keupayaan sebenar murid tentang apa yang dia tahu dan boleh buat secara lisan atau perlakuan. Evidens bahan merujuk kepada apa-apa bukti produk atau proses seperti foto, grafik, artifak, laporan dan lainlain yang dihasilkan oleh murid dalam melaksanakan sesuatu tugasan.

7.2

Di manakah evidens disimpan?

Evidens bahan hendaklah disimpan dalam Fail Perkembangan Murid (FPM) dan Fail Showcase (FS).

7.3

Apakah Fail Perkembangan Murid?

Fail Perkembangan Murid (FPM) ialah fail yang menyimpan evidens perkembangan pembelajaran murid. Seorang murid mempunyai satu FPM yang mengandungi evidens semua mata pelajaran. Setiap evidens hendaklah direkodkan dalam Borang Rekod Perkembangan Murid. FPM menyimpan evidens terkini bagi setiap deskriptor. Evidens terdahulu dikembalikan kepada murid.

SOALAN
7.4

MAKLUM BALAS

Perlukah soalan dari buku teks dan buku aktiviti Tidak perlu, memadai dengan guru merekodkan dibuat salinan dan dimasukkan ke dalam FPM? penguasaan murid dalam Borang Rekod Perkembangan Murid dan SPPBS. Siapakah yang bertanggungjawab mengemaskini Guru mata pelajaran bertanggungjawab mengemaskini
14

7.5

FPM?

evidens PS. Guru tingkatan evidens PAJSK. bertanggungjawab mengemaskini

7.6

Adakah FPM SULIT?

FPM tidak sulit kerana ia boleh diakses oleh pihak yang berkepentingan bagi melihat penguasaan murid dalam pengetahuan/kemahiran. Murid itu sendiri adalah evidens bagi kemahiran mendengar dan bertutur. Murid boleh berinteraksi dan bertindak balas dengan betul dalam situasi yang berbeza. Fail Showcase (FS) ialah fail yang menyimpan setiap evidens terbaik bagi semua deskriptor untuk semua mata pelajaran. FS hendaklah dijadikan rujukan piawaian evidens. FS hendaklah disediakan mengikut tahun/tingkatan atau kelas.

7.7

Apakah evidens bagi kemahiran Mendengar dan Bertutur?

7.8

Apakah Fail Showcase (FS)

SOALAN
7.9 Bolehkah FS disediakan di hujung tahun?

MAKLUM BALAS
Tidak boleh, FS perlu disediakan bermula dari awal tahun kerana pengajaran, pembelajaran dan pentaksiran berjalan secara berterusan. FS perlu dikemaskini sepanjang tahun.

15

7.10

Bilakah evidens Pentaksiran Sekolah murid boleh dilupuskan?

Evidens hendaklah diserah semula kepada murid setelah direkod dalam aplikasi Sistem Pengurusan Pentaksiran Beasaskan Sekolah (SPPBS). Evidens yang tidak dituntut oleh murid boleh dilupuskan selepas dua minggu daripada tempoh direkod dalam aplikasi SPPBS.

PENJAMINAN KUALITI SOALAN MAKLUM BALAS


Penjaminan kualiti merupakan piawaian untuk menentukan kualiti pelaksanaan PBS mengikut garis panduan yang ditetapkan. Kualiti hendaklah menjadi keutamaan dalam semua aspek dan peringkat pentaksiran. Pentaksiran yang berkualiti akan menghasilkan maklumat yang tepat dan menunjukkan
16

8.1

Apakah maksud penjaminan kualiti?

keadaan sebenar tentang tahap pembelajaran murid. Penjaminanan Kualiti dilakukan melalui Pementoran, Penyelarasan, Pemantauan dan Pengesanan. 8.2 Apakah pementoran? Pementoran dalam konteks Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) adalah satu proses yang diijalankan untuk penjaminan kualiti bagi membantu, memudah cara, membimbing, meningkatkan pengetahuan dan kefahaman guru untuk melaksanakan PBS mengikut prosedur dan garis panduan yang ditetapkan. Pementoran dalaman dilaksanakan oleh Guru Kanan Mata Pelajaran/Ketua Panitia, Jurulatih Utama, Guru Cemerlang, Pengetua/Guru Besar atau guru. Manakala pementoran luaran dilaksanakan oleh Lembaga Peperiksaan/Jabatan Pelajaran Negeri/Pejabat Pelajaran Daerah.

SOALAN
8.3 Apakah pemantauan?

MAKLUM BALAS
Pemantauan adalah satu proses penjaminan kualiti bagi memastikan pelaksanaan PBS mengikut prosedur dan garis panduan yang ditetapkan oleh LP. Kekerapan aktiviti pemantauan adalah sepanjang tempoh pelaksanaan PBS dan mengikut jadual yang ditentukan oleh JK PBS.
17

Pemantauan dalaman dilaksanakan oleh Pentadbir Sekolah, Guru Kanan Mata Pelajaran/Ketua Panitia, Jurulatih Utama, Guru Cemerlang atau guru. Manakala pemantauan luaran dilaksanakan oleh Lembaga Peperiksaan/Jabatan Pelajaran Negeri/Pejabat Pelajaran Daerah atau Bahagian di Kementerian Pelajaran Malaysia. 8.4 Apakah penyelarasan? Penyelarasan adalah satu proses penjaminan kualiti untuk memastikan keseragaman pelaksanaan tugasan dan penskoran demi keadilan kepada calon serta kesahan dan kebolehpercayaan skor pentaksiran. . Penyelarasan dalaman dilaksanakan oleh Guru Kanan Mata Pelajaran/Ketua Panitia, Jurulatih Utama, Guru Cemerlang atau guru. Manakala penyelarasan luaran dilaksanakan oleh Lembaga Peperiksaan/Jabatan Pelajaran Negeri/Pejabat Pelajaran Daerah.

SOALAN
8.5 Apakah pengesanan?

MAKLUM BALAS
Pengesanan ialah proses menilai instrumen PBS yang bertujuan untuk: 1. Mengenal pasti kekuatan, kelemahan dan kebolehlaksanaan instrumen pentaksiran. 2. Menilai kesahan dan kebolehpercayaan instrumen pentaksiran 3. Mencadangkan penambahbaikan instrumen
18

pentaksiran Pengesanan dilaksanakan oleh Pegawai Lembaga Peperiksaan atau pegawai yang dilantik oleh Lembaga Peperiksaan. 8.6 Bolehkah sekolah melaksanakan silang pemantauan Boleh kerana kerjasama tersebut akan meningkatkan dengan sekolah berhampiran untuk tujuan kebaikan keberkesanan pelaksanaan PBS. bersama? Bolehkah sekolah melaksanakan silang Boleh bagi menjamin kebolehpercayaan instrumen / penyelarasan dengan sekolah berhampiran untuk tugasan yang digunakan dalam pengajaran dan tujuan kebaikan bersama? pembelajaran.

8.7

SISTEM PENGURUSAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (SPPBS) SOALAN MAKLUM BALAS


SPPBS adalah aplikasi sistem yang dibangunkan oleh KPM untuk merekod dan menyimpan maklumat penguasaan murid dalam PBS. Laporan prestasi murid boleh dijana dari aplikasi SPPBS.

9.1

Apakah SPPBS?

19

9.2

Bilakah guru boleh merekodkan pencapaian PS dan Pencapaian PS boleh direkod pada bila-bila masa. PAJSK murid dalam SPPBS? Pencapaian PAJSK direkodkan berdasarkan jadual yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan

9.3

Bagaimanakah pengurusan berpindah dilaksanakan?

data

murid

yang Maklumat murid pindah perlu dibatalkan dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) oleh guru sekolah asal. Data murid boleh diakses melalui SPPBS apabila guru di sekolah baharu mendaftar maklumat murid tersebut dalam APDM.

9.4

Bagaimanakah sekolah yang tidak mempunyai akses Kementerian juga menyediakan aplikasi SPPBS secara internet merekodkan data murid dalam SPPBS? stand alone untuk digunapakai oleh sekolah yang tidak mempunyai akses internet. CD stand alone boleh diperoleh melalui JPN/PPD masing-masing. Siapakah yang mengeluarkan laporan prestasi murid? Guru mata pelajaran boleh menjana laporan prestasi murid melalui aplikasi Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS)

9.5

SOALAN
9.6 9.7 Bolehkah murid mendapatkan laporan prestasi bila diperlukan?

MAKLUM BALAS
Boleh, laporan prestasi boleh diperoleh daripada guru mata pelajaran .

Bagaimanakah ibu bapa mendapat maklum balas Laporan prestasi dapat dijana melalui SPPBS di sekolah tentang prestasi anak mereka? pada bila-bila masa yang diperlukan. Laporan dalam bentuk deskriptif ini memberi maklumat tentang tahap penguasaan murid dalam pembelajaran.
20

21

You might also like