You are on page 1of 15

kedprog@yahoo.

com

KAJIAN ETNOGRAFI Pengenalan Istilah Ethnos berasal dari perkataan Greek yang bermaksud manusia, bangsa atau budaya. Menurut Agar (1986) dalam Sabitha Marican, (2005) menyatakan graphy

bermaksud penjelasan mengenai sesuatu.

Etnografi merupakan sejenis kajian lapangan

yang berbentuk pemerhatian yang sering digunakan dalam kajian sosiologi dan antropologi dan dirujuk sebagai penyelidikan saintifik semula jadi (field research). Pendapat ini

dipersetujui oleh dua sarjana iaitu Berg, (1995) dan Guy et al. (1987) dalam Sabitha Marican, (2005). Menurut Sabitha Marican (2005), etnografi juga dianggap sebagai satu kajian yang paling asas dalam penyelidikan sosial. Kadang kala ia juga didefinasikan sebagai penjelasan bertulis mengenai sesuatu budaya tentang adat, kepercayaan, tingkah laku yang berdasarkan kepada maklumat-maklumat yang dikumpulkan dari kajian lapangan. Ia adalah kajian

deskriptif ke atas budaya, sub-budaya, institusi atau kumpulan sesebuah masyarakat. Soalan-soalan yang sering dikemukakan dan difokuskan dalam penyelidikan etnografi seperti apakah budaya kumpulan itu?. Oleh itu etnografi mengambarkan apa yang dilakukan sesebuah masyarakat dalam kehidupan seharian mereka. Ia merupakan potret atau gambaran mengenai manusia. Dengan demikian, kajian etnografi merupakan kajian yang mengfokuskan pada penggambaran yang terperinci dan tepat dan bukan berunsur perkaitan (Sabitha Marican, 2005). Menurut Creswell (2005), etnografi merupakan bentuk kajian yang praktikal untuk mengkaji sesuatu kumpulan seperti pendidikan, kepercayaan, tingkahlaku dan bahasa. Kajian

kedprog@yahoo.com

etnografi merupakan bentuk kajian kualitatif yang digunakan untuk menerangkan, menganalisa dan meinterpretasi bentuk culture-sharing sesuatu kumpulan seperti tingkah laku, kepercayaan, bahasa, ekonomi, struktur politik, interaksi, kehidupan dan gaya dalam perhubungan. Untuk memahami culture-sharing seseorang pengkaji perlu meluangkan

masa dilapangan untuk interview, memantau dan medokumentasi bagi memahaminya. Masa yang lama diambil maka data dapat direkodkan dengan terperinci. Kajian etnografi merupakan cabang daripada antropologi yang berhubung dengan memberi gambaran secara khusus terhadap budaya manusia. Ia bermula lewat abad ke 19 dan awal abad ke20 dan kajian menggunakan kaedah etnografi mula diterbitkan pada 1920an dan 1930-an oleh Chicago Scholl of Sociology (Pole & Morrison, 2003). Sekitar tahun 1950an kajian etnografi masih baru dan menurut Hammersly (1998) sekitar tahun 1960-an kajian yang menggunakan pendekatan antropologi dan sosiologi semakin berkurang tetapi kajian menggunakan pendekatan etnografi semakin berkembang dan lebih banyak digunakan. Kajian ini masih terbatas tetapi ianya terus berkembang sekitar tahun 1980an. Bermula

tahun 1980-an ahli etnografi telah mengenalpasti dan hanya memberi fokus kepada budaya kumpulan, mengendalikan pemantauan, analisa data dan menulis kajian yang dilakukan (Creswell, 2005). Mengikut Gay (2003), Etnografi merupakan kajian yang menghuraikan dan dengan Kajian

menganalisa sesuatu atau sebahagian daripada kebudayaan serta komuniti mengenalpasti dan menghuraikan kepercayaan dan amalan harian responden. etnografi

juga perlu mengkaji kedua-dua kumpulan iaitu respoden dan tempat dimana

mereka berinteraksi secara serentak. Topik dalam kajian etnografi tidak dinyatakan secara khusus pada awal kajian. Kajian yang dijalankan dalam skala yang kecil dengan bilangan

responden yang terhad dan kontek kajian yang kecil. Pengkaji etnografi mesti menjalankan

kedprog@yahoo.com

kajian dikawasan semulajadi responden dalam tempoh masa yang tertentu untuk mengumpul data. Sanders (2004), menyatakan etnografi melibatkan gambaran dan belajar tentang

budaya manusia. Pengkaji sosial menggunakan kaedah etnografi untuk lebih memahami budaya dan hubungan social menerusi pentafsiran dan praktikal. Keberkesanan kajian etnografi bukan bergantung kepada perspektif penyelidik tetapi kepada dapatan data. iaitu meluangkan masa

Etnografi pada awalnya menggunakan disiplin dalam antropologi

dengan penduduk tempatan untuk membuat pemerhatian terhadap kehidupan dan amalan mereka. Biasanya kajian etnografi traditional dilakukan secara individu dan mengambil masa dari beberapa bulan hingga bertahun untuk menyiapkannya. Etnografi aplikasi dan

menggunakan kaedah kajian dengan perkembangan sesuatu produk serta

membawa pengguna untuk mellihat bentuk perkhidmatan

yang baru bagi meningkatkan

pengeluaran produk. Etnografi aplikasi dilakukan oleh kumpulan yang kecil dan biasanya dilakukan dalam masa yang singkat iaitu dalam beberapa hari hingga beberapa bulan.

Sabitha Marican (2005), menyatakan tujuan kajian Etnografi adalah:


1. Memahami isu yang dikaji itu dari kaca mata kumpulan atau budaya tersebut.

kedprog@yahoo.com

2. Kajian etnografi

berusaha untuk menambah pengetahuan mengenai sesuatu

budaya atau mengenal pasti corak interaksi sosial 3. Membangunkan satu penafsiran yang menyeluruh terhadap sesuatu masyarakat atau institusi sosial

CIRI-CIRI ETNOGRAFI Berikut adalah ciri-ciri etnografi:


1. Etnografi adalah merupakan pendekatan kajian jenis kualitatif. Iaitu ia lebih berfokus

untuk memahami fenomena sosial daripada perspektif penglibatan pengkaji dan respondan dalam kajian (Gay & Airasian, 2003)

2. Kajian dilakukan pada persekitaran semulajadinya atau di tapak kajian (Gay &

Airasian, 2003). Dalam erti kata lain, kajian ini merupakan satu kajian ke atas persekitaran yang berlaku secara semula jadi dalam persekitarannya. Istilah persekitaran semulajadi ini bermaksud pembolehubah yang dikaji itu berada di dalam keadaan semulajadi dan persekitarannya tidak dikawal oleh penyelidik (Sabitha Marican, 2005).

3. Kajian ini melibatkan interaksi yang intim dan bersemuka di antara penyelidik dan

respondan (Gay & Airasian, 2003). Iaitu dalam proses mengumpul maklumat, penyelidik akan melibatkan diri secara langsung dalam kumpulan masyarakat yang

kedprog@yahoo.com

dikaji. Penyelidik itu sendiri adalah merupakan instrumen kepada kajiannya( Massey, 1998). Penglibatannya di dalam masyarakat ini akan mengambil masa yang tertentu iaitu antara enam hingga satu tahun. Interaksi besemuka yang digunakan antaranya adalah seperti temu-bual dan pemerhatian oleh penyelidik. Temu-bual yang dijalankan tidak sama seperti dalam perbualan biasa. Penyelidik akan banyak bertanyakan soalan kepada responden. Penyelidik juga harus mengulangi

persoalannya supaya responden jelas akan tujuan soalan tersebut. Selain daripada itu, penyelidik juga harus mampu membuat responden mengembangkan jawapan yang diberikan untuk mendapatkan gambaran yang sebenar (Sabitha Marican, 2005). Oleh itu, di dalam kajian ini kehadiran penyelidik dikawasan kajian adalah penting disepanjang jangka masa membuat pemerhatian untuk mendapatkan data penyelidikan (Massey, 1998).

4. Kajian ini mengambarkan refleksi yang tepat tentang perspektif dan tingkah-laku

responden-responden yang terlibat (Gay & Airasian, 2003). Ini adalah kerana tujuan kajian adalah untuk mendapatkan pandangan sebenar individu dan kumpulan yang dikaji (Sanders, 2004).

5. Kajian ini menggunakan kaedah pengumpulan data yang induktif, interaktif dan

rekursif dan strategi yang lebih analitik untuk membina sesuatu teori kebudayaan tempatan. (Gay & Airasian, 2003). Keputusan pemerhatian biasanya dicatatkan

dalam bentuk nota. Nota ini akan dihuraikan semula berdasarkan kepada apa yang telah berlaku hasil daripada permerhatian oleh penyelidik. Setela data dikumpul,

kedprog@yahoo.com

semua catatan semasa penyelidikan akan disusun semula untuk dianalisa secara keseluruhan. (Sabitha Marican, 2005).

6. Menurut Hammersey (1998 ) pendekatan kepada pengumpulan data dalam kajian ini

adalah tidak berstruktur, iaitu ia tidak mengikut sepenuhnya perancangan yang teliti seperti yang disediakan diawal kajian. Begitu juga dengan klasifikasi atau kategorikategori yang digunakan untuk menginterpretasi apa yang dikatakan oleh orang

ramai, ianya tidak diberikan atau ditetapkan di peringkat awal kajian. Tetapi ini tidak bermaksud penyelidikan ini tidak bersistematik, ianya hanya bermaksud data yang diambil adalah dalam bentuk data-data mentah. Iaitu data yang diperolehi boleh sebanyak mungkin dan ianya diperolehi dalam tempoh masa yang realistik. Penyelidikan ini lebih bebas daripada jenis penyelidikan yang lain. Kebebasan penyelidikan ini adalah merujuk kepada pemilihan kaedah dalam mengumpul data. Kajian ini lebih fleksibel berbanding dengan lain-lain bentuk kajian (Sabitha Marican, 2005).

7. Kajian ini menggunakan pelbagai sumber data, iaitu termasuk data kuantitatif dan

data kualitatif (Gay & Airasian, 2003). Menurut Massey (1998), data boleh dalam bentuk dokumen bertulis, nota catatan yang ditulis di lapangan oleh penyelidik (termasuk nota-nota berbentuk pemerhatian, bentuk-bentuk komunikasi seperti rakaman-rakaman suara yang melibatkan perbincangan, perbualan-perbualan spontan yang tidak dirancang, temu-bual dan kenyataan-kenyataan yang dinyatakan secara terbuka oleh responden), pita audio dan pita video. Data kuantitatif juga boleh disertakan seperti tinjauan ataupun dapatan experimen. Untuk mendapatkan satu

kedprog@yahoo.com

gambaran cerita berdasarkan kepada pengalaman sebenar individu yang diselidik dan gambaran yang lengkap terhadap kawasan kajian, penyelidik perlu bersedia untuk mempertimbangkan pelbagai jenis data. Kepelbagaian jenis data ini hanya boleh didapati dengan melakukan pelbagai kaedah untuk mendapatkan data tersebut. Walau bagaimanapun menurut Hammersley (1998), walaupun data yang dikumpul didapati daripada pelbagai sumber, pemerhatian dan perbualan yang tidak formal selalunya yang menjadi sumber utama.

8. Kajian ini menggambarkan semua tingkah-laku dan kepercayaan sesuatu kolompok

dalam kontek sosio-politik dan sejarah. (Gay & Airasian, 2003) . Iaitu menurut Massey (1998), ahli penyelidik etnografi menekankan bahawa kita berada dalam dunia sosial dan untuk memahami tingkah laku, nilai-nilai dan maksud mana-mana individu atau kumpulan yang dikaji, latar belakang budayanya perlu diambil kira. Ini juga disokong oleh Hammersley (1998) iaitu kajian ini mengambilkira semua tingkah laku sosial di dalam sesuatu kawasan, kejadian atau persekitaran. Oleh itu, kajian ini memberi perhatian yang seimbang diantara perkara-perkara yang di anggap remeh berkenaan dengan kehidupan seharian seseorang dengan struktur sosial yang lebih luas. Menurut Pole dan Morrison (2003), penekanan kepada data dan analisis yang meliputi penerangan terperinci kepada pengenalan konsep-konsep dan teori-teori yang berasaskan kepada data yang diambil dari dalam kawasan, kejadian atau persekitaran itu sendiri.

kedprog@yahoo.com

9. Kajian

ini

menggunakan

konsep

kebudayaan

sebagai

kaca-mata

untuk

menginterpretasi keputusan yang diperolehi untuk memahami isu yang dikaji( Gay & Airasian, 2003).

10. Kajian boleh berubah dan diperhalusi lagi disepanjang proses kajian kerana

pembelajaran dan pengetahuan baru akan mempengaruhi pemerhatian masa hadapan (Sanders, 2005). Iaitu di dalam kajian ini, usaha untuk menambahkan pengetahuan mengenai sesuatu budaya atau mengenal pasti corak interaksi sosial akan dibuat secara berterusan Lazimnya di dalam kajian ini, ulasan-ulasan karya kajian lepas dan kriteria lepas tidak digunakan sebagai hipotesis. Kajian ini juga tidak bertujuan untuk menyokong atau menolak hipotesis. Ulasan karya ke atas kajian-kajian lepas itu adalah bertujuan untuk membentuk hipotesis (Sabitha Marican, 2005).

11. Fokus kajian adalah kecil, iaitu mungkin hanya melibatkan satu set atau kumpulan

manusia pada skala yang kecil. Malahan di dalam penyelidikan sejarah kehidupan, ia mungkin hanya melibatkan seorang individu (Hammersley, 1998).

Antara contoh kajian etnografi yang pernah dilaksanakan ialah: Berasal dari antropologi, etnografi adalah metod yang menggunakan pemantauan langsung terhadap kegiatan manusia dalam konteks sosial dan budaya sehari-hari. Etnografi berusaha mengetahui motivasi serta kekuatan-kekuatan apa sahaja yang membuat manusia

kedprog@yahoo.com

melakukan sesuatu. Contohnya,

kalau anda memiliki hobi mengamati secara langsung

mengenai perilaku orang, kebiasaan seseorang mahupun kumpulan atau perusahaan dalam konteks sosial dan budaya sehari-sehari, maka sebenarnya anda sedang melakukan etnografi.

1.

Salah satu contoh kajian ethnografi yang dijalankan oleh Taylor(1983) ialah kajian

etnografi yang terperinci selama 3 tahun ke atas 6 buah keluarga, setiap satu keluarga mempunyai seorang kanak-kanak berumur antara 6 hingga 7 tahun. Kanak-kanak ini dianggap oleh ibu bapa mereka sebagai sudah boleh belajar membaca dan menulis. Setiap keluarga juga mempunyai seorang atau dua orang lagi kanak-kanak, dan mereka berumur antara 6 bulan hingga 17 tahun. Walaupun semua keluarga ini adalah dari kalangan orang kulit putih dan kelas pertengahan dan tinggal di Bandar-bandar, salah satu dapatan menarik kajian Taylor ini adalah tabiat-tabiat literasi yang berbeza-beza dari satu individu ke satu individu yang lain, dan kepelbagaian dalam sejarah literasi para ibu bapa. (Muriel SavilleT,1991)
2.

Kajian yang pernah dilakukan oleh pakar antropologi adalah kajian dalam

perkembangan kanak-kanak dalam masyarakat di Barat Afrika yang bukan berunsurkan teknologi ( nontechnological). Lancy (1996 ) telah menggambarkan bagaimana kanak-kanak belajar tanpa mendapat pendidikan secara formal tetapi mereka belajar melalui contoh dan pengajaran secara langsung yang dipengaruh oleh ibu bapa dalam masyarakat itu sendiri. Kanak-kanank diharapkan dapat belajar dengan memerhati keadaan persekitaran mereka seperti memerhati orang dewasa , belajar melalui pemainan serta menari dan bercerita. Bersumberkan
3.

Sabitha Marican (2005).

Kajian mengenai gaya hidup di kalangan komuniti yang sudah pencen (Jacob, Sabitha Marican (2005).

1974) Bersumberkan

kedprog@yahoo.com

4.

Kajian di kalangan wanita yang mempunyai anak yang berhadapan dengan masalah perlindungan atau tidak ada rumah (Thrasher & Muwbray, 1995).

tempat

Bersumberkan

Sabitha Marican (2005).

Kelebihan Etnografi Menurut Jean J Schensul (2005) kelebihan-kelebihan yang diperolehi dalam penyelidikan yang mengaplikasikan kaedah ethongrafi adalah ;
1. Etnografi boleh digunakan oleh penyelidik yang mengunakan kaedah kuantitatif atau

kualitatif. 2. Penyelidikan dilakukan dalam kehidupan sebenar dimana sampel tidak perlu membuat apa-apa perubahan untuk tujuan penyelidikan, contohnya penyelidikan budaya hidup sesebuah etnik. 3. Penyelidik dapat berinteraksi berhadapan dengan sampel atau subjek yang terlibat. 4. Refleksi yang lebih tepat didadapti terhadap perspektif dan tingkah laku perserta / sampel.

kedprog@yahoo.com

5. Penyelidik boleh menggunakan pelbagai sumber data kualitaif dan kuantitatif menyebabkan data yang dikutip adalah lebih tepat dan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. 6. Pengumpulan datanya lebih induktif, Interaktif dan boleh diulang. 7. Strategi lebih analitik untuk membina teori, tingkah laku atau pembudayaan setempat. 8. Dapat menggunakan konsep budaya sebagai alat untuk melihat komuniti dan menginterpretasikan keputusan yang didapati. 9. Rangka dan tindakan penyelidikan dapat dilakukan berdasarkan konteks sosio politik dan sejarahnya. 10. Penyelidik ethoghrafi dapat mengaplikasikan pelbagai teknik untuk mengetahui mengenai orang lain dan budaya yang berbeza untuk ditulis. 11. Apabila penyelidik ethnografi melibatkan diri dalam ethografi secara tidak langsungnya mereka membina hubungan dari pelbagai aspek dengan subjek yang terlibat.
12. Kaedah ethonografi sangat berguna kepada kumpulan peniaga sebagai alat untuk

memahami bagaimana pengguna menggunakan produk dan perkhidmatan mereka (Miller , Daniel, 1987)

KELEMAHAN ETNOGRAFI

kedprog@yahoo.com

Terdapat beberapa kelemahan dalam kaedah penyelidikan dan penulisan pelaporan etnografi. 1. Perspektif pengkaji berkemungkinan dipengaruhi oleh kecenderungan terhadap budayanya sendiri (Garson, 2006) . 2. Dalam kajian silang-budaya terdapat risiko untuk membuat andaian yang salah dengan menganggap hasil dapatan membawa maksud yang sama merentasi budaya (Garson, 2006). 3. Kajian etnografi yang rasmi lazimnya memakan masa yang agak lama sehingga berminggu-minggu, bahkan berbulan-bulan (Burke, 2000). 4. Hasil dapatan dan persembahan keputusan yang condong kepada kualitatif adalah agak sukar untuk digunakan oleh pereka bentuk (Burke, 2000). 5. Kebanyakan kaedah etnografi menggunakan bilangan peserta yang kecil dan suasana sekeliling yang kecil skalanya. Membesarkan skala mungkin melibatkan peningkatan kos, komunikasi dan daya usaha (Burke, 2000). 6. Dalam suatu kajian yang tertentu, fokus yang keterlaluan boleh menyebabkan pengkaji terlepas pandang maklumat-maklumat lain yang tidak kurang pentingnya yang mana tidak termasuk dalam domain kajian (Burke, 2001). 7. Kajian etnografi banyak bergantung kepada kesahan pengalaman secara langsung dan interpretasi pengkaji (Burke, 2000). 8. Kurang kawalan pemboleh ubah (Whittenburg, 2000). 9. Sukar untuk membuat generalisasi (Whittenburg, 2000).

KESIMPULAN

kedprog@yahoo.com

Dalam Sesebuah organisasi seperti organisasi pendidikan, kerajaan, industri atau politik selalunya akan membuat beberapa tinjauan bagi mengumpulkan penerangan yang terperinci tentang fenomena yang sedang berlaku dengan tujuan untuk mendapatkan data lalu menggunakan data tersebut untuk membuktikan situasi dan amalan-amalan yang wujud atau untuk membuat perancangan yang lebih baik demi memperbaiknya. Oleh yang demikian kajian etnografi merupakan kaedah yang memainkan peranan yang penting bagi tujuantujuan tersebut.

Sebelum melakukan lebih banyak kemajuan, sesebuah organisasi itu perlulah mengetahui fenomena yang berlaku di persekitarannya terutama keadaan dan budaya masyarakat sekitar. Justeru, dengan adanya kajian etnografi ini boleh memberi sumbangan yang besar dan sangat penting terhadap pemahaman mereka yang terlibat tentang fenomena budaya masyarakat tertentu yang meliputi sosial, ekonomi, politik, agama dan kepercayaan serta kekeluargaan. Data-data yang diperolehi dari kajian etnografi sememangnya banyak boleh membantu sesebuah organisasi itu dalam merancang dan melakukan sebarang pembaharuan dengan risiko yang paling minima.

Walau bagaimanapun, kajian etnografi juga mempunyai sedikit kelemahan yang mungkin akan menjadi halangan bagi proses penambahbaikan atau kemajuan dalam sesebuah negara atau organisasi tertentu. Data-data yang diperolehi mungkin ada kekurangannya kerana data yang diperolehi tidak selengkap seperti yang dikehendaki oleh pengkaji kerana responden yang dipilih itu mungkin tidak mempunyai ciri-ciri yang ada dalam budaya yang dikaji, responden yang dipilih juga kurang jujur dalam memberikan gambaran sesuatu situasi dan terdapatnya masalah budaya dalam sesebuah masyarakat yang mempunyai banyak pantang

kedprog@yahoo.com

larang dan tidak mahu bekerjasama demi menjayakan kajian tersebut walaupun hal tersebut mendatangkan banyak kebaikan kepada masyarakat itu sendiri. Selain itu, pengetahuan tentang sesetengah fenomena dalam masyarakat tertentu dalam sesebuah negara itu tidak boleh diuji dengan menggunakan data dari hanya satu negara atau organisasi sebab satu kes sahaja tidak dapat memberikan maklumat atau variasi yang cukup tentang pembolehubah yang menghasilkan sesuatu kesan.

Tempoh masa kajian juga merupakan satu lagi kekangan yang memperlambat proses membuat sesuatu tindakan kerana maklumat atau data-data yang dikehendaki memerlukan penyelidik membuat penelitian dan pengamatan yang penuh ke atas sesebuah masyarakat yang dikaji dan ini memakan jangka masa yang agak panjang.

Sungguhpun banyak kelemahan dan kesukaran yang dihadapi tetapi usaha-usaha telah dibuat untuk mengatasi sebahagian daripadanya. Oleh kerana kajian etnografi dapat

membangunkan satu penafsiran yang menyeluruh terhadap sesuatu masyarakat atau institusi sosial maka kajian dengan kaedah ini masih perlu dan amat penting untuk dilaksanakan kerana dapatan-dapatan kajiannya lebih banyak membantu dan dapat memberikan maklumat yang diperlukan oleh pihak-pihak atau organisasi tertentu dalam mereka melaksanakan dasar atau rancangan di masa hadapan.

Rujukan

kedprog@yahoo.com

Creswell, J. W. (2008). Education research. Planing, conducting, and evaluating quantitative and qualitative research. Singapore : Pearson Merill Prentice Hall. Gay, L. R., & Airasian, P. (7th ed.). (2003). Educational research. Competencies for analysis and application. Upper Saddle River, New Jersey: Merill Prentice Hall. Hammersley, M. (1998). Reading ethnographic research.New York: Addison Wesley Longman. Jean J. Schensul, PhD, Introduction to Ethnographic Research,Institute for Community Research. Miller, Daniel (1987) Material Culture and Mass Consumption. Blackwell, London. Muiel Saville-Troike (1991). Etnografi Komunikasi Suatu Pengenalan. DBP:Syarikat Is,Kuala Lumpur. Massey, A(1998). The way we do things around here: the culture of ethnography. Retrieved from http://www.geocities.com/Tokyo/2961/waywedo.htm Pole, C. & Morrison, M. (2003). Ethnography for education. Glasglow:Bell& Bain ltd. Sanders,B.-N.(2004). Ethnography and the empowerment of everyday people. Retrieved from

Sabitha Marican(2005).Kaedah penyelidikan sains social.Petaling Jaya:Prentice Hall.

You might also like