Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
36Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Metodologi Ibn Qutaibah Dalam Kitabnya Ta'wil Mukhtalif al-Hadith

Metodologi Ibn Qutaibah Dalam Kitabnya Ta'wil Mukhtalif al-Hadith

Ratings: (0)|Views: 1,732 |Likes:
Published by sakinahsaptu
Assignment Subjek Musykil al-HADITH
Assignment Subjek Musykil al-HADITH

More info:

Categories:Types, Research
Published by: sakinahsaptu on Feb 08, 2009
Copyright:Traditional Copyright: All rights reserved

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF or read online from Scribd
See more
See less

05/10/2014

pdf

 
METODOLOGI IBN QUTAIBAH DALAM KITABNYATA’WIL MUKTALIF AL-HADITH
Sakinah SaptuNor Rahayu Mujahid
1.0PENDAHULUAN
Kitab
Tawl Mukhtalif al-adth
, karangan Imam
c
Abdullh bin Muslim bin Qutaibahal-Dainr adalah sebuah kitab masyhur yang membincangkan mengenai hadith-hadithyang bercanggah. Ibn Qutaibah telah menghuraikan banyak permasalahan hadith-hadithyang dianggap bercanggah di dalam kitab ini.Untuk mengetahui metodologi yang digunakan oleh Ibn Qutaibah dalammerungkaikan setiap permasalahan hadith yang bercanggah, satu kertas kerja ringkastelah dihasilkan oleh pengkaji. Di dalam kertas kerja ini, terlebih dahulu pengkaji akanmembahaskan biodata Ibn Qutaibah, pengenalan ringkas kitab dan seterusnyamembincangkan metodologi yang digunakan. 
1.1
 
Biodata Ibn Qutaibah
 Nama sebenar Ibn Qutaibah ialah Abū Muammad
c
Abdullh bin Muslim bin Qutaibahal-Dainūr. Beliau merupakan seorang pakar dalam bidang sastera, sejarah dan BahasaArab. Beliau dilahirkan di Baghdad pada tahun 213H bersamaan 628M dan menetap diKufah. Kemudian beliau telah berpindah dan menjadi qadi di Kota Dainr. Beliau jugadikenali sebagai seorang yang sangat thiqah. Beliau meninggal dunia di Baghdad padatahun 276H bersamaan 988M.
1
 Beliau banyak mengarang kitab dan antaranya ialah Kitab
Ta’wl Mukhtalif al-adth
, Kitab
 Adab al-Khib
, Kitab
al-Ma
c
ārif 
, Kitab
al-Syi
c
ir wa al-Syu
c
arā’ 
dan Kitab
al-Imāmah
yang juga dikenali sebagai
rkh al-Khulafā’ 
. Selain itu, beliau juga telah
1
Al-Dainr, Abdullh bin Muslim bin Qutaibah, Muhammad Abd. Rahm (Pnyt.),
TawMukhtalif al-adth
, Dr al-Fikr, 1995, hlm 6.
1
 
mengarang Kitab
 I 
c
rb al-Qurn
, Kitab
 Jāmi
c
al-Naw
, Kitab
al-Qirāāt 
, Kitab
Musykil al-Qurn
, Kitab
al-Fiqh
, Kitab
Gharb al-adth
dan banyak lagi. 
2
2.0 PENGENALAN RINGKAS KITAB
TAWL MUKHTALIF AL-ADT
 
Kitab
Ta’wil Mukhtalif al-adth
oleh Ibn Qutaibah yang dianalisa oleh pengkaji ialahkitab yang telah ditahqiq oleh Muammad
c
Abd Ram. Kitab ini telah diterbitkan olehDr al-Fikr, Beirt pada tahun 1995.Dr Muhammad
c
Ajjj al-Khatb menyatakan dalam kitabnya
Ul al-adthUlmuhu wa Mualhuhu
bahawa Kitab
Tawl Mukhtalif al-adth
merupakan kitabyang paling masyhur selepas kitab al-Shafie (
 Ikhtilf al-adth
). Tujuan kitab inidibukukan adalah untuk menjawab dakwaan anti hadith yang menuduh ahli hadithmeriwayatkan hadith-hadith yang bertentangan dan mengandungi kemusykilan.
 
Justeruitu, Ibn Qutaibah telah mengumpulkan hadith-hadith yang didakwa oleh mereka sebagai bertentangan dan telah memperbetulkan pandangan–pandangan yang mengelirukanterhadap sebahagian hadith tersebut.
3
 Menurut Dr Muammad
c
Ajjj al-Khatb lagi, kitab ini telah mendapat tempatyang layak sebagai kitab turath Islamiyyah kerana ianya telah menutup setiap lubang(dakwaan-dakwaan) yang direka-reka oleh sesetengah Mutazilah dan puak-puak yangmengelirukan dan selainnya.
4
Pentahqiq kitab ini, Muammad
c
Abd Rahm juga ada menyatakan pandangannya.Menurutnya, kitab ini adalah kitab yang tiada tandingannya. Ibn Qutaibah telah membelagolongan ahli hadith dan mempertahankan mereka. Beliau telah menolak kenyataan-kenyataan kumpulan yang menyanggah kepada peringkat yang mungkin terlalu
2
Al-Dainr, Abdullh bin Muslim bin Qutaibah, Muhammad Abd. Rahm (Pnyt.),
TawMukhtalif al-adth
, hlm 6 & 7.
3
Al-Khatb, Muammad
c
Ajjj,
Ul al-Hdth
c
Ulmuhu wamualhuhu
, Dr al-Fikr, 1989,hlm 285.
4
Ibid.
2
 
melampau dengan mengkritik dan mentajrih tokoh-tokohnya dan bahkan mungkin hinggake tahap mengutuk mereka.
5
 
2.1Isi Kandungan Kitab
Kitab ini dimulai dengan muqaddimah pentahqiq
6
seterusnya diikuti dengan muqaddimahIbn Qutaibah. Di dalam muqaddimahnya, Ibn Qutaibah lebih membincangkan berkenaantohmahan-tohmahan golongan yang menyeleweng terhadap ahli hadith yang mana terdiridi kalangan para sahabat seperti Ab Bakar al-Siddiq, Umar dan Uthmn r.a. Satudemi satu kenyataan tokoh-tokoh golongan yang menyeleweng
7
dikemukakan dankemudiannya dibentangkan pula hujah-hujah yang mampu menyangkal dan menjatuhkandakwaan mereka.Perbincangan berkaitan hadith Mukhtalif pula bermula daripada muka surat 84dan sebanyak 149 hadith telah dihuraikan kemusykilannya oleh Ibn Qutaibah. Hadith-hadith yang dibincangkan adalah hadith-hadith yang didakwa oleh puak Qadariah, Khawrij dan Rawfi sebagai hadith yang mengandungi kekeliruan dan percanggahan.
3.0 METODOLOGI IBN QUTAIBAH DALAM MENGHURAIKAN HADITHMUKHTALIF DAN CONTOHNYA3.1 Penyusunan
Dalam menghuraikan hadith Mukhtalif yang didakwa oleh golongan anti hadith, IbnQutaibah mempunyai metodologinya yang tersendiri ketika menulis perbahasannya.
5
Muhammad Abd. Rahm, hlm 6.
6
Pentahqiq Muhammad Abd Rahm telah menyenaraikan perkara-perkara yang ditahqiq untuk kitab ini. Beliau telah menyatakan surah dan nombor ayat bagi ayat-ayat al-Quran, mentakhrij hadith-hadithnya, meletakkan baris bagi setiap ucapan untuk mengelakkan kekeliruan,meletakkan makna bagi perkataan perkataan yang sukar difahami dan akhir sekali menyediakan indeks di akhir kitab ini. Indeks-indeks tersebut ialah: indeks al-Quran, indeks hadith, indeks nama-nama tokoh, indeks tempat, indekssyair, indeks nama tumbuh-tumbuhan dan indeks nama haiwan.
7
Tokoh golongan yang menyeleweng: seperti al-Naam, Thummah, al-Jahidh. Merekakebanyakannya terdiri di kalangan puak Khawrij, Mutazilah, Syah dan Qadariah.
3

Activity (36)

You've already reviewed this. Edit your review.
AbuSaaid liked this
1 thousand reads
1 hundred reads
Reno Adrian liked this
Jat Jeniang liked this
Ramadhan Syawwal liked this
Liza Zainora liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->