You are on page 1of 3

Tan Sri P.

Ramlee (Telah Meninggal Dunia 29 Mei 1973)


(http://www.sinemamalaysia.com.my/artist/info/? id=Teuku_Zakaria_Bin_Teuku_Nyak_Puteh_3756 ) Nama Penuh : Tempat Lahir : Bangsa : Bahasa : Kerjaya : Kemahiran : Pengalaman P. Ramlee atau Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh dilahirkan di Pualu Pinang pada 22 Mac 1929. Ayah beliau, Teuku Nyak Puteh berasal dari Aceh, Indonesia, manakala ibu beliau, Cik Mah berasal Kedah. P. Ramlee menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu, Kampung Jawa, kemudian meneruskan persekolahan beliau di Sekolah Francis Light dan di Sekolah Penang Free. P. Ramlee banyak memberikan tumpuan pada muzik daripada buku pelajaran P. Ramlee tidak kisah lemah dalam pelajaran asalkan beliau bebas bermain muzik dan menyanyi. Sewaktu pendudukan Jepun di Malaya, P. Ramlee memasuki Kolej Tentera Laut Jepun (Kaigun). P. Ramlee terpengaruh dengan disiplin tentera Jepun yang tinggi dan semangat cintakan bangsa dan negara mereka yang kuat. Di kolej itulah Ramlee belajar bahasa Jepun. Bakat besar P. Ramlee dalam bidang seni suara dikesan oleh seorang pengarah India, iaitu B. S. Rajhans yang ketika itu menyaksikan persembahan pentas di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.Dalam persembahan tersebut, P. Ramlee menyanyikan lagu, Azizah hasil ciptaan beliau sendiri. Pengarah B. S. Rajhans yang mewakili Malay Film Productions (MFP) menawarkan pekerjaan di MFP kepada P. Ramlee. P. Ramlee menerima tawaran tersebut kerana mengangapnya sebagai peluang keemasan yang mungkin hanya datang sekali dalam hidup beliau. P. Ramlee bersama-sama seorang teman beliau, Sukardi meninggalkan Pulau Pinang menuju ke Singapura dengan kereta api pada 28 Ogos 1948, iaitu pada Hari Raya Aidilfitri. P. Ramlee terus bekerja di MFP sementara teman beliau, Sukardi pulang ke Pulau Pinang setelah seminggu bekerja di studio filem tersebut. Teuku Zakaria Bin Teuku Nyak Puteh Pulau Pinang Melayu Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu Pelakon, Pengarah, Penerbit Filem, Penyanyi, Penulis Berlakon, Menyanyi

P. Ramlee tidak pernah menolak tugas yang diberikan walaupun disuruh membuat pelbagai kerja, umpamanya menolak kamera, menjadi clipper boy menjadi pelakon tambahan dan penyanyi P. Ramlee sentiasa senang dan riang dengan segala tugas yang berkaitan dengan filem dan muzik. Pertama kali wajah P. Ramlee muncul di layar perak adalah filem Chinta pada tahun 1948. P. Ramlee kemudiannya tampil dalam beberapa buah filem lagi sebagai pelakon pembantu, yang menyerlahkan nama beliau disebabkan oleh kekuatan vokal dalam nyanyian beliau. Pengarah L. Krishnan yangn baharu bertugas dengan MFP menaikkan kedudukan P. Ramlee hero dalam filem, Bakti pada tahun 1950. Ternyata percubaan tersebut berjaya. P. Ramlee diterima baik oleh peminat filem Melayu ketika itu. Mereka memberikan sokongan kepada hero baharu itu yang boleh menyanyidengan suara yang merdu. P. Ramlee mendapat sokongan yang kuat daripada para peminat beliau yang semakin ramai. Setiap filem lakonan P. Ramlee mencatat rekod pecah panggung yang mengaut keuntungan besar kepada syarikat pengeluar filem yang memayungi beliau. Pengarah filem dari India di MFP berebut-rebut mengambil P. Ramlee berlakon. Malah, ada pengarah filem seperti B. N. Rao yang sanggup menagguhkan penggambaran filem baharu beliau semata-mata menunggu P. Ramlee selesai berlakon dalam filem arahan pengarah lain, S. Ramanathan. Hal ini demikian kerana lakonan P. Ramlee dijamin mendapat sambutan hangat daripada orang ramai. Pada kemuncak populariti beliau sebagai pelakon, penyanyi dan pencipta lagu, P. Ramlee dilantik sebagai pengarah filem. P. Ramlee merupakan anak Melayu kedua begelar pengarah selepas Haji Mahadi. Haji Mahadi gagal mengarah filem, Permata di Perlimbahan pada tahun 1952. Pada tahun 1955, P. Ramlee mengarah filem beliau yang pertama, Penarek Becha. Beliau turut berlakon dalam filem tersebut bersama-sama Saadiah, Salleh Kamil, Udo Omar, Saamah, dan beberapa orang pelakon lain. Penarek Becha bukan sahaja berjaya dari segi mutunya, malah mengaut keuntungan besar dengan pencapaian pecah panggung. P. Ramlee memperlihatkan kehebatan beliau yang sukar ditandingi oleh pengarah lain, termasuklah pengarah dari India yang pernah memberikan tunjuk ajar kepada beliau. Kehebatan P. Ramlee dalam bidang pengarahan terselah melalui filem kedua beliau, Semerah Padi. Malah, ada pihak yang berpendapat bahawa Semerah Padi merupakan mahakarya P. Ramlee. Setelah mengarah filem yang bercorak drama barat, P. Ramlee membuat kejutan dengan filem yang bercorak komedi. Garapan filem komedi beliau seperti siri Bujan Lapok, Musang Berjanggut, Nujum Pak Belalang, Labu Labi, dan lain bukan sahaja lucu, malah pengisian ceritanya sangat menarik kerana sarat dengan nilai-nilai kemasyarakatan, sindiran, dan kritikan sosial. Semasa bertugas di MFP, P. Ramlee banyak menempa kejayaan peribadi sama ada melalui bidang lakonan ataupun bidang pengarahan filem. P. Ramlee memenangi banyak anugerah di Festival Filem Asia. Misalnya, anugerah untuk penciptaan Lagu Terbaik melalui filem, Hang Tuah pada tahun 1956, Pelakon Lelaki Terbaik melalui filem, Anakku Sazali pada tahun 1957, Fotografi Hitam Putih Terbaik melalui filem, Sumpah Orang Minyak pada tahun 1958, Filem Komedi Terbaik melalui filem, Pendekar Bujang Lapok pada tahun 1959, Filem Komedi Terbaik melalui filem Nujum Pak Belalang pada tahun 1963, dan Filem Komedi Terbaik melalui filem, Madu Tiga pada tahun 1964. Setelah mengarah filem, Tiga Abdul pada tahun 1964, P. Ramlee berhenti dari MFP untuk berkhidmat di Studio Merdeka, Hulu

Kelang, Selangor. Filem pertama arahan P. Ramlee di studio itu ialah Si Tora Harimau Jadian yang diterbitkan pada tahun 1964. Walau bagaimanapun, bintang P. Ramlee di Studio Merdeka tidak secemerlang di MFP. Sambutan terhadap filem-filem arahan merosot disebabkan oleh filem Melayu tidak mendapat tempat lagi di hati penonton tempatan yang bertukar selera kepada filem asing seperti filem Indonesia dan Hindustan.. P. Ramlee pernah terlibat dengan Jins Shamsudin dalam penubuhan PERFIMA tetapi akhirnya beliau menarik diri. Bersama-sama Datuk H. M. Shah, P. Ramlee menubuhkan pula Syarikat Rumpun Melayu. Malangnya, syarikat tersebut tidak sempat beroperasi kerana P. Ramlee lebih dahulu dijempu Ilahi. Pada 29 Mei 1973, seluruh negara dikejutkan dengan berita kematian P. Ramlee. Daripada rakyat biasa hinggalah kepada pemimpin negara, semuanya terkejut dengan berita sedih tersebut. P. Ramlee meninggal dunia di Kuala Lumpur akibat serangan jantung. Jenazah beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Ampang, Kuala Lumpur. Semasa hayat beliau, P. Ramlee pernah mendirikan rumah tangga sebanyak tiga kali. Pertama, dengan Junaidah pada tahun 1953, kedua, dengan Noorizan pada tahun 1955 hingga tahun 1964, dan ketiga dengan Salmah Ismail (Saloma) pada tahun 1962. Perkahwinan beliau dengan Saloma, kekal hingga ke akhir hayat. P. Ramlee dianugerahi Darjah Ahli Mangku Negara (AMN) oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-3 pada 3 Jun 1964. Sebagai mengenang dan menyanjung jasa dan sumbangan beliau yang amat besar dalam dunia seni dan perfileman, beberapa orang penulis dan penggiat seni tersohor memberikan penghormatan mereka lewat karya seni. Antaranya termasuklah penyair terkemuka, Kemala (kini, Datuk) menulis puisi yang berjudul,Rakwin. Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said juga menghasilkan puisi yang Bermuda, Lagu Bunga 11 yang dimuatkan dalam antologi, Balada Hilang Peta yang diterbitkan pada tahun 1990; penggubah lagu, Fauzi Marzuki mencipta sebuah lagu yang berjudul, Lagenda dengan lirik ditulis oleh Habsah Hassan. Lagu Lagenda dirakamkan ke album oleh Sheila Majid. Pada tahun 1990, Allahyarham P. Ramlee dianugerahi Darjah Panglima Setia Mahkota oleh Yang di-Pertuan Agong yang membawa gelaran, Tan Sri.

You might also like