You are on page 1of 14

Pengenalan Rumah merupakan keperluan asas manusia untuk berlindung daripada cuaca, binatang dan lainlain lagi.

sejarah telah membuktikan bahawa manusia mula menduduki gua sebagai tempat berlindung semasa petempatan awal mereka. akibat perubahan zaman, manusia mula mempelbagaikan jenis petempatan mereka. Perubahan ini berlaku sejak zaman prasejarah lagi iaitu Zaman Air Batu. Pada zaman tersebut, cuaca terlalu sejuk sehingga menyebabkan air sungai dan air laut menjadi surut. Keadaan dan suasana ini menjadikan Gugusan Kepulauan Melayu satu wilayah daratan yang amat luas. Setelah tamat Zaman Air Batu, aras laut meningkat dan telah menenggelamkan kawasan-kawasan rendah. Secara tuntasnya, manusia pada zaman dahulu hidup secara nomad. Mereka hidup dalam kelompok keluarga atau secara kumpulan dan tinggal di dalam gua, persekitaran gua, kawasan lapang dan di tepi sungai atau tasik. Sekiranya membincangkan tentang perkembangan petempatan pada zaman purba ini, maka perbincangan ini harus perlu membincangkan perkembangan zaman itu sendiri. Hal ini kerana, perkembangan petempatan pada zaman purba adalah dipengaruhi oleh perkembangan zaman itu sendiri. Terdapat empat zaman penting yang telah dilalui oleh masyarakat manusia awal di Gugusan Kepulauan Melayu. Zaman-zaman itu ialah i. ii. iii. iv. Zaman Batu Awal (Paleolitik) Zaman Batu Tengah (Mesolitik) Zaman Batu Baru (Neolitik) Zaman Logam (Zaman Gangsa-Besi)

Sebermula daripada petempatan awal yang wujud di Gugusan Kepulauan Melayu ini, maka Tamadun Melayu mula berkembang pesat. Bermula daripada sekecil-kecil kampung nelayan sehinggalah menjadi sebuah pelabuhan yang pesat dan sibuk. Contohnya adalah Kerajaan Melayu Melaka.

Zaman Prasejarah Petempatan di Malaysia. Zaman Batu Awal (Zaman Paleolitik). Zaman ini wujud kira-kira 35000 tahun dahulu dan petempatan zaman ini tertumpu di semenanjung Tanah Melayu, Thailand, Burma, Filipina dan Kepulauan Jawa. Zaman ini berlangsung dari 50,000 SM hingga 10,000 SM. Manusia Peking dan manusia Jawa wujud pada zaman ini. Masyarakat pada zaman ini tinggal di dalam gua-gua atau berlindung di bawah ranting-ranting yang ditutup dengan rumput-rampai dan di dalam lubang-lubang di bawah tanah. Mereka tinggal di kawasan ini kerana ingin melindungi diri daripada serangan musuh atau binatang liar dan tiupan angin dan sebagainya. Budaya masyarakat ini ialah hidup secara berpindah randah dalam kelompok kecil. Faktor utama yang mendorong mereka hidup secara nomad adalah disebabkan oleh faktor bekalan makanan. Apabila sumber makanan di suatu tempat didapati berkurangan atau habis, mereka akan pindah ke tempat lain yang dapat membekalkan makanan yang diperlukan. Maka, tempat kediaman mereka juga tidak tetap. Masyarakat Paleolitik mempunyai kepercayaan animisme, iaitu percaya bahawa semua benda di dunia ini mempunyai roh. Mereka percaya bahawa unsur alam semesta telah mempengaruhi setiap aspek kehidupan masyarakat. Sebagai contoh, mereka memuja unsur alam semesta untuk mendapatkan hasil tanaman yang banyak. Unsur alam semesta yang dipuja termasuk bulan, matahari dan sebagainya. Bukti-bukti petempatan masyarakat Paleolitik ini telah ditemui di Gua Badak dan Kota Tampan di Negeri Perak, Gua Niah, Sarawak dan di Tingkayu di Negeri Sabah.

Zaman Batu Tengah (Zaman Mesolitik) Zaman wujud kira-kira 11000 tahun dahulu. Zaman ini berlangsung di antara 10,000 SM sehingga 5,000 SM. Di Asia Tenggara, Zaman Mesolitik juga dikenali sebagai Zaman Haobinhian. Pada zaman ini banyak kawasan darat telah ditenggelami air laut. Keadaan ini telah

mewujudkan Selat Melaka, Selat Sunda, Laut China Selatan, Laut Jawa dan lautan lain di Gugusan kepulauan Melayu. Tempat kediaman orang Mesolitik masih di gua, bawah ranting kayu dan lubang bawah tanah. Yang berbeza sikit ialah sekarang mereka tinggal di tepi sungai dan laut. Sebab utama mereka tinggal di sini ialah tempat ini akan membekalkan air dan makanan laut yang diperlukan oleh mereka. Air ini diperlukan untuk minum, mencuci, membasuh badan dan sebagainya. Sekiranya mereka tinggal di dalam hutan, adalah sangat payah bagi mereka untuk mengangkat air ke tempat kediaman mereka. Manusia Zaman Mesolitik mengamalkan kegiatan yang sama seperti orang Paleolitik, Mereka menjalankan kegiatan memburu, menangkap ikan dan memungut hasil hutan. Pada zaman ini juga, mereka sudah mula belajar untuk bercucuk tanam. Tanaman utama yang ditanam adalah makanan bijirin dan buah-buahan. Orang Mesolitik mula belajar bercucuk tanam kerana mereka mendapati adalah sangat susah untuk mendapatkan makanan secara memburu, menangkap ikan dan memungut hasil hutan. Selain itu, masyarakat zaman ini juga masih lagi mempercayai kepercayaan animisme sama seperti masyarakat Zaman Paleolitik Petempatan yang Zaman Mesolitik yang terdapat di Malaysia, termasuklah di Gua Cha Kelantan, Gua Kecil Pahang, Gua Gomantong Sabah, Gua Niah Sarawak, Gua Kepah Kedah dan Jenderam Hilir Selangor. Manakala Orang Asli Negrito dan Senoi merupakan warisan penduduk Zaman Mesolitik.

Zaman Batu Baru (Zaman Neolitik) Zaman ini dianggarkan berlangsung di seluruh dunia di antara 5,000 SM sehingga 3,000 SM. Tamadun awal manusia dikatakan bermula pada akhir Zaman Neolitik ini. Daripada pelbagai bidang, Zaman Neolitik telah menunjukkan perubahan yang amat besar. Petempatan mereka yang utama ialah di Gua Cha, Gua Kecil Pahang, Guar Kepah Kedah, Jenderam Hilir Selangor, Gua Madai, Gua Gomantong dan Gua Tengkorak Sabah dan Gua Niah Sarawak.

Manusia Neolitik tinggal di rumah yang dibina oleh diri sendiri yang dibuat daripada batu-bata, kayu dan sebagainya. Orang Neolitik hidup secara tetap di rumah yang didirikan. Rumah-rumah dibina untuk membentuk sebuah kampung. Kampung ini biasanya terletak di tepi sungai atau laut. Setiap kampung mempunyai seorang ketua yang akan menyelesaikan sebarang pertikaian yang berkaitan dengan pertanian dan hak milik tanah. Benteng dibina untuk melindungi kampung itu daripada serangan musuh atau binatang liar. Faktor utama yang mendorong orang Neolitik hidup secara tetap ialah mereka perlu menjaga tanaman dan binatang ternakan mereka daripada di musnah oleh binatang dan serangga perosak. Masyarakat primitif ini mengamalkan kepercayaan animisme, iaitu percaya bahawa semua benda di alam ini mempunyai roh. Selain itu, mereka juga percaya bahawa semangat atau tuhan mengawal alam semesta oleh itu mereka cuba memuja semangat yang mengawal alam semesta seperti banjir dan kemarau yang dianggap pemusnah pertanian. Masyarakat Neolitik juga mengamalkan adat dan upacara yang lebih maju daripada masyarakat sebelum ini. Contohnya, upacara pengebumian dan sebagainya. Kegiatan penduduk Zaman Neolitik tertumpu pada kegiatan memburu, menangkap ikan dan bercucuk tanam. Satu kegiatan baru yang diperkenalkan pada zaman Neolitik ialah perdagangan. Orang-orang Neolitik melakukan perdagangan dengan penduduk di petempatan lain. penemuan bilah-bilah dayung orang Neolitik di Jenderam Hilir Selangor dan Gua Kepah Kedah membuktikan bahawa petempatan ini menjadi pusat perdagangan yang utama. Hasil perdagangan mereka adalah hasil laut dan hasil hutan.

Zaman Logam (Zaman Gangsa-Besi) Zaman ini wujud kira-kira 2500 tahun yang silam di Tanah Melayu. Kemunculan zaman ini menandakan berakhirnya Zaman Batu. Zaman Logam merupakan zaman kemajuan bagi penduduk-penduduk. Mereka tidak tinggal di dalam gua batu lagi. mereka membina petempatan di kawasan lapang, di tepi sungai dan di pesisiran pantai. Petempatan yang penting pada Zaman Logam ini adalah Sungai Lang di Selangor dan Batu Buruk di Terengganu. Penemuan dua jenis alat yang diperbuat daripada gangsa iaitu

gendang dan loceng di kedua-dua petempatan ini membuktikan bahawa ia pernah menjadi pusat bagi dagangan luar. Di samping itu, ia juga menjadi tempat kediaman orang-orang kaya. Petempatan lain yang wujud pada Zaman Logam ialah di tebing Sungai Tembeling Pahang, tebing Sungai Terengganu, tebing Sungai Langsat Selangor dan tebing Sungai Muar Johor. Masyarakat ini terus bercucuk tanam, menternak binatang, menangkap ikan, berburu dan berdagang. Selain itu, mereka juga mula melombong bijih timah. Mereka melombong bijih timah dengan menggunakan tulang mawas. Dengan adanya alat yang dibuat daripada besi, manusia zaman ini dapat menggali, menebang dan menebas sesuatu benda dengan mudah. Manusia kini mengamalkan adat dan upacara yang lebih maju daripada penduduk zaman batu. Sebagai contoh, mereka menanam mayat dalam kubur batu kepingan dan kubur jenis ini telah ditemui di Batu Ubin, Perak. Selain itu, mereka meletakkan mayat di dalam keranda kayu yang berbentuk perahu. Buktinya, keranda sebegini dijumpai di Sungai Lang, Selangor. Contoh di atas merupakan adat pengebumian bagi masyarakat zaman ini. Selain adat ini, upacara lain seperti perkahwinan juga dimulakan pada zaman ini.

Kerajaan Melayu Melaka (1402-1511) Politik Parameswara yang menjadi sultan Melaka berjaya mewujudkan sistem pentadbiran yang tersusun dan cekap berasaskan sistem pemerintahan kerajaan Srivijaya di Palembang. Sistem pentadbiran kerajaan Melaka dibentuk oleh anggota-anggota Majlis Tertinggi. Anggota majlis mempunyai tugas dan tanggungjawab yang tersendiri bagi mentadbir negeri Melaka. Di bawah Majlis Tertinggi ini, terdapat lapan orang pembesar negeri yang bergelar Seri. Di bawah peringkat ini terdapat enam belas orang pembesar rendah yang bergelar raja. Peringkat akhir dalam sistem Pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka, dianggotai oleh 32 orang pembesar kerajaan. Sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka ini dikenali sebagai Sistem Pembesar Empat Lipatan.

Sosial Hubungan Antarabangsa dengan China Semasa pemerintahan Maharaja Yung Lo (Dinasti Ming), baginda telah memperluaskan hubungan perdagangan dan pengaruh China ke luar negeri. Pada tahun 1404, utusan Kerajaan Ming yang diketuai oleh Laksamana Cheng Ying Ching tiba di Melaka. Melaka sedang diancam oleh Siam dan Majapahit mengambil kesempatan untuk menjalinkan hubungan diplomatik dengan China. Pada tahun 1405, Parameswara telah menghantar satu utusan ke China dan kerajaan Ming telah bersetuju memberi perlindungan dan mengiktiraf Parameswara sebagai raja Melaka. Kerajaan Ming juga telah menghantar sebuah inskripsi ke Melaka bersama-sama dengan cap mohor, sepasang kain sutera dan payung kuning. China juga telah memberi amaran kepada kerajaan Siam agar tidak mengganggu kedaulatan Melaka melalui utusannya yang diketuai oleh Cheng Ho yang tiba di Melaka pada tahun 1409. Pada tahun 1411, Parameswara sendiri melawat China. Selain itu, hubungan dengan China juga terjalin dalam bentuk hubungan perdagangan apabila pedagang-pedagang China datang berdagang ke Melaka. Pedagang-pedagang China telah menjadikan Melaka sebagai tempat persinggahan atau menunggu pertukaran angin sebelum bertolak ke India Hubungan Diplomatik dengan Siam Siam telah menjadi ancaman Melaka sejak awal-awal lagi kerana semasa Parameswara di Temasik. baginda telah membunuh Temagi iaitu wakil Siam. Hubungan Melaka dan Siam terjalin dengan penghantaran utusan diplomatik yang diwakili oleh Tuan Telani dan Menteri Jana Putera ke Siam. Melaka mahu menjalinkan hubungan yang baik dengan Siam demi kepentingan ekonomi. Siam telah membekalkan beras, bahan makanan dan kayu jati Hubungan Melaka dengan Ryukyu Melaka juga telah menjalinkan hubungan perdagangan dan diplomatik dengan Kepulauan Ryukyu (Jepun) antara tahun 1460-an hingga 1480-an. Raja Ryukyu pernah menerima surat daripada Sultan Mansor Shah. Dalam kandungan surat tersebut, baginda telah memberitahu Raja

Ryukyu mengenai kelakuan pedagang-pedagang Ryukyu melanggar undang-undang Melaka semasa berdagang di Melaka. Raja Ryukyu membalas surat dengan menyatakan bahawa mereka akan akur dengan peraturan dan undang-undang Melaka. Ini terbukti Raja Ryukyu menyanjung tinggi kedaulatan kerajaan Melaka. Hubungan dengan Kerajaan Pasai Hubungan dengan Pasai terjalin apabila Megat Iskandar Syah (1414-1424) mengahwini puteri Pasai dan memeluk agama Islam. Rakyat Pasai yang menetap di Melaka pula telah berkahwin dengan orang tempatan. Kedua-dua kerajaan ini bertukar-tukar pendapat tentang perkara yang berkaitan dengan hukum agama Islam. Kerajaan Melaka juga telah membantu kerajaan Pasai menamatkan keadaan huru-hara dengan menghantar pembesar dan tenteranya. Hubungan keduadua kerajaan ini telah mewujudkan perasaan hormat-menghormati dan tolong-menolong. Hubungan kerajaan Melaka dan Pasai dianggap setaraf. Istilah Salam digunakan semasa berutus surat. Melalui hubungan diplomatik ini, kerajaan sekitar Melaka telah mendapat bekalan seperti: i. ii. Beras, makanan dan rempah dari Jawa Lada hitam, beras dan emas dari Pasai

Hubungan Melaka dengan Arab Hubungan Kerajaan Melaka dengan Tanah Arab adalah melalui Pedagang dari Tanah Arab mengembangkan ajaran Islam di Melaka. Mereka juga membeli barangan seperti i. ii. Emas dan rempah dari Kepulauan Melayu. Kain sutera dan teh dari China.

Hubungan Melaka dengan Gujerat Melaka juga menjalankan hubungan perdagangan dengan Gujerat. Pedagang Gujerat membekalkan kain kepada Melaka. Melaka membekalkan rempah kepada mereka dari Kepulauan Melayu. Pedagang Gujerat juga menyebarkan agama Islam di Melaka

Ekonomi Bermula dari sebuah perkampungan nelayan. Melaka muncul sebagai pusat perdagangan yang terkenal di kepulauan Melayu, Melaka berkembang dengan pesat dan menjadi sebuah pelabuhan yang terpenting di Kepulauan Melayu pada abad ke-15 dan ke-16. Faktor-faktor yang menyumbang kepada Melaka menjadi sebuah negeri yang maju adalah kerana pelabuhannya terlindung daripada ancaman Monsun Barat Daya dan Monsun Timur Laut. Pedagang-pedagang dari Jawa, Arab, India, China dan lain-lain dapat berlindung di Melaka sehinggalah keadaan selamat untuk mereka ke laut semula. Pelabuhan Melaka menjadi tumpuan pedagang timur dan barat. Kemampuan Melaka menjadi pusat pelabuhan yang penting di dunia disebabkan oleh: i. ii. iii. iv. Lokasi yang strategik Perairannya yang dalam dan sesuai untuk kapal-kapal besar berlabuh Pengawasan pelabuhan yang cekap dan teratur Pelaksanaan undang-undang yang kemas dan teratur iaitu undang-undang laut Melaka dan hokum kanun Melaka v. vi. vii. Pelaksanaan sistem cukai yang teratur iaitu sistem cukai berkeutamaan Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantaraan Penggunaan mata wang dalam hal- ehwal perdagangan

Hubungan Etnik Melaka menjadi tumpuan para pedagang Arab, Cina, India, Parsi dan kemudiannya disertai oleh penjajah Eropah. Kedatangan pedagang tersebut ke daerah ini adalah didorong oleh 3G (Gold, Gospel dan Glory). Mereka telah mewujudkan hubungan etnik yang erat menerusi pelbagai aktiviti terutama melalui aktiviti perdagangan. Kedatangan masyarakat imigran bukan Melayu adalah secara sukarela, tanpa paksaan oleh mana-mana pihak. Sesetengah imigran membuat keputusan untuk menetap di Melaka.

Keputusan tersebut adalah keputusan bersama ahli keluarga. Mereka berinteraksi, berakomodasi, berasimilasi dan mengamalkan budaya masyarakat tempatan Sultan Mansur Shah (Sultan Melaka keenam) berkahwin dengan Hang Li Po, Puteri Maharaja China. Di sinilah titik permulaan kehadiran masyarakat imigran China di Melaka yang berketurunan Baba-Nyonya

Pengaruh Tamadun China, India dan Tamadun Islam terhadap kehidupan masyarakat di Melaka. Pengaruh Tamadun China Zaman keagungan Kerajaan Melayu Melaka, hubungan diplomatik dengan China penting agar Melaka selamat dari ancaman musuh. Laksamana Cheng Ho bawa perutusan pengiktirafan Parameswara sebagai pemerintah kerajaan Melaka oleh Maharaja China.

Maharaja China juga telah menghantar puterinya, Hang Li Po untuk dikahwinkan dengan Sultan Mansur Syah. Kelompok yang berasal daripada keturunan para pengiring Puteri Hang Li Po lebih dikenali sebagai Baba dan Nyonya atau Peranakan. Masyarakat Cina yang berhijrah ke Melaka pada masa lalu diterima dengan baik oleh masyarakat Melayu ketika itu kerana ajaran Islam yang menekankan sifat menghormati tetamu. Masyarakat Baba dan Nyonya yang wujud di Melaka merupakan satu manefestasi interaksi yang baik antara masyarakat Cina dan Melayu. Baba dan Nyonya terus mengamalkan agama asal mereka walaupun mereka telah mengamalkan budaya Melayu dan bertutur dalam bahasa Melayu. Kesan daripada ini juga, beberapa perkataan telah diserap masuk ke dalam Bahasa Melayu ketika itu antaranya ialah candu, sempoa, sampan, beca, tauge, loceng Pengaruh Tamadun India Sebelum kedatangan pengaruh Tamadun India, penduduk Asia Tenggara telah mempercayai semangat animisme. Namun, setelah kedatangan Tamadun India melalui perdagangan, penduduk Asia Tenggara khususnya Tanah Melayu telah menganut agama Hindu-Buddha.

Manakala bagi masyarakat Melayu Melaka yang telah Islam pada ketika itu, Tamadun India masih lagi meresap masuk ke dalam kebudayaan masyarakatnya. Kedatangan para pedagang asing khususnya India ke Melaka untuk menjalankan aktiviti perdagangan secara tidak langsung memberi peluang untuk mereka berinteraksi. Sejarah Melayu juga telah mencatatkan bahasa Mani Purindam telah menjadi Menantu Sri Nara Diraja iaitu Tun Ali. Cucu Tun Ali Raja Kassim ini telah menjadi sultan Melaka dan dikenali sebagai Sultan Muzaffar Shah. Perkahwinan campur antara pedagang India dengan penduduk tempatan membentuk komuniti Chetti di Melaka. Kesannya telah wujud masyarakat majmuk di Melaka ketika itu. Kebudayaan Tamadun India juga telah diserap masuk ke dalam kebudayaan Melayu. Contohnya ialah adat bersanding, yang masih diamalkan oleh masyarakat Malaysia pada hari ini. Pengaruh Tamadun Islam. Kedatangan Islam telah membawa banyak perubahan dan kesan kepada corak pemikiran dan sosio-budaya masyarakat Melayu. Agama Islam telah membawa ajaran dan tamadun yang lebih tinggi dan lengkap, lebih rasional dan logik serta lebih mudah diterima oleh masyarakat Melayu. Antara ciri-ciri sosial yang dibawa oleh Islam ialah persamaan taraf dan persaudaraan Islam antara semua anggota masyarakatnya, sehingga tergugat kedudukan sistem kasta dan perhambaan serta perbezaan taraf di kalangan mereka. Islam telah memperkenalkan sistem atau konsep persamaan taraf dan persaudaraan Islam, malah berjaya mewujudkan perpaduan, kemesraan dan semangat bantu membantu antara satu sama lain dalam masyarakat kerajaan Melayu Melaka. Salah satu aspek utama perubahan dalam bidang politik dan pentadbiran ialah Islam berjaya mempengaruhi sifat dan watak pemerintah atau sultan yang bertakhta di kebanyakan negeri di rantau ini ketika itu. Rata-rata struktur politik pemerintahan Islam di Alam Melayu menggembelingkan tenaga seluruh rakyat bagi memperjuang dan mempertahankan ajaran Islam, negara dan umatnya. Selain daripada itu, antara watak yang berjaya dibentuk oleh Islam

terhadap sultan-sultan juga ialah mendorong rakyat jelata supaya meminati ilmu dan mendekati para ulama, hingga istana-istana menjadi pusat pengajian Islam yang utama. Sultan Mansur Shah merupakan antara sultan yang terkenal menyebarkan ajaran Islam di Istana.

Salah satu aspek perubahan penting yang telah dicetuskan oleh Islam di kalangan masyarakat Melaka ialah bidang perundangan. Di Melaka contohnya, terdapat dua teks penting undangundang yang ternyata sekali banyak terpengaruh dengan ajaran Islam iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka

Kesan peninggalan Tamadun Barat. Seperti yang sedia maklum, Malaysia telah dijajah oleh negara-negara barat terdiri daripada Portugis, Belanda dan British. Setiap penjajah ini telah membawa tamadun mereka yang seterusnya meresap ke dalam masyarakat dan ada antara tinggalan mereka itu telah menjadi milik kita. Politik Kesan penjajahan tamadun barat ini telah membawa kepada perubahan terhadap politik negara di mana telah wujud sistem pentadbiran berasaskan pengagihan kuasa antara tiga unsur iaitu legislatif, eksekutif dan juga badan kehakiman. Berbeza sebelum penjajahan ini, Tanah Melayu telah sedia ada mengamalkan corak pentadbiran di bawah kuasa mutlak raja atau sultan. Pengagihan tiga bidang kuasa ini iaitu eksekutif, legislatif dan kehakiman masih diteruskan operandi dan pentadbiran negara sehingga hari ini. Setiap unsur penting mempunyai bidang kuasa mereka sendiri.

Ekonomi. Kesan penjajahan Barat ini dilihat telah mewujudkan sistem ekonomi dualisme iaitu sistem dua tumpuan ekonomi yang berbeza namun bergerak seiringan dengan garis etnik. Sistem ekonomi ini juga telah menyebabkan pembahagian pekerjaan mengikut kaum iaitu sistem pecah dan perintah. Secara tidak langsung sistem ekonomi ini telah melambangkan agihan tenaga kerja mengikut tiga etnik utama di Malaysia. Kesan negatif daripada sistem ekonomi ini ialah masalah perpaduan antara kaum.

Sosial Kewujudan masyarakat pluralistik selepas kedatangan Barat adalah kerana galakan British untuk kepentingan ekonomi mereka. Oleh itu telah tidak berlaku interaksi antara kaum berlaku. Namun demikian, terdapat tinggalan minoriti daripada penjajahan ini yang dijaga dengan baik. Sebagai contoh Perkampungan Portugis. Perkampungan Portugis juga dikenali sebagai Mini Lisbon. Ia terletak 5km dari Bandar Melaka iaitu di Ujong Pasir, Melaka. Perkampungan ini mempunyai kira-kira 1,500 orang yang terdiri daripada 116 buah keluarga yang berbangsa Portugis dan mula bertapak di Melaka pada tahun 1930.

Bahasa. Antara tinggalan besar penjajah adalah Bahasa dan pertuturan masyarakat Melayu. Istilah-istilah asing daripada Portugis, British dan Belanda banyak dipinjam ke dalam Bahasa Melayu seperti telefon, struktur, garpu, jendela dan sebagainya. Oleh yang demikian, kedatangan penjajah di Tanah Melayu dengan sendirinya meningkatkan martabat Bahasa Melayu melalui percambahan istilah.

Monumen dan bangunan. Aspek yang benar-benar telah menjadi milik dan menguntungkan kita ialah monumen dan bangunan yang dibina oleh pihak penjajah dan ditinggalkan di sini. Bangunan dan monumen ini telah menjadi tarikan para pelancong dan secara tidak langsung merancakkan ekonomi negara. Pelbagai ilmu yang dapat dipelajari dengan memahami dan mengkaji bangunan dan monumen lama. Sebagai contohnya, dengan terdapatnya bangunan dan pancutan air Horse di sekitar Dataran Merdeka dan Masjid Jamek di pertemuan Sungai Gombak dan Klang di Kuala Lumpur, seseorang dapat mengetahui bukan sahaja kepentingan Kuala Lumpur dalam era kolonial British tetapi juga kehidupan dan kebudayaan masyarakat penjajah dan tempatan pada ketika itu. Pintu Gerbang Porta de Santiago, Gereja Christ, Kota A Farmosa Bangunan Stadhuys dan Gereja St.Paul. Selain itu, Kota Cornwallis, Masjid Kling, Gereja St.George di Georgetown,

Pulau Pinang merupakan bukti utama bahawa tempat ini pernah menjadi bandar pelabuhan yang telah menarik pedagang di pelosok dunia.

Kesimpulan Tamadun Melayu mula berkembang sejak zaman dahulu lagi yang mana ia bermula daripada sekecil-kecil petempatan kampung nelayan sehinggalah menjadi sebuah pelabuhan yang pesat dan sibuk. Perkembangan ini telah menarik penjajah Barat untuk menakluki Melaka. Seterusnya penjajah demi penjajah bersilih ganti sepanjang tempoh 400 tahun. Selepas mendapat kemerdekaan, tinggalan penjajah ini tidak dihapuskan begitu sahaja, malah diambil, diserap dam dijaga dengan rapi agar ia menjadi bukti sejarah yang penting untuk dikenang.

Rujukan _____________________ 2005. Malaysia Kita. Petaling Jaya: International Law Book Services. Azhar Hj.Mad Aros,(2004). Tamadun Islam Dan Tamadun Asia (TITAS). Malaysia : Oxford Fajar Sdn.Bhd. Teks Pengajian Tinggi Fajar Bakti Hj Fadzlullah HJ Shuib, (2006) , teks perkuliahan CTU 551, tamadun ialam & asia. Universiti Teknologi Mara. Penerbit Universiti Malaya,(2001). Tamadun Islam dan Tamadun Asia, Kuala Lumpur: Universiti Malaya Ramlah Adam, Abdul Hakim Samuri dan Muslimin Fadzil, 2004. Sejarah Tingkatan 3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Rashid Aman dan Lee Veen, 2006. Ulang Kaji Target Terkini A++ PMR Sejarah KBSM. Selangor: Sasbadi Sdn Bhd. Ruslan Zainuddin dan Fuziah Shaffie, 2001. Nota Lengkap Sejarah Malaysia STPM. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. Ruslan Zainuddin et.al (2005), Kenegeraan Malaysia, Kuala Lumpur : Oxford Fajar Shamsul Amri Baharuddin. (2007). Modul Hubungan Etnik. Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA) Sivachandralingam Sundra Raja & Ayadurai Letchumanan, (2005), Tamadun Dunia, Selangor Darul Ehsan: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Internet ___________ . Monumen dan tinggalan sejarah penjajahan barat. Diakses pada 20 November 2012. http://bersejarah.blogspot.com/2007/03/melaka.html ____________ . sejarah Malaysia. Diakses pada 20 November 2012. http://sejarahmalaysia.pnm.my/portalBM/detail.php?section=sm01&spesifik_id=385&ttl_i d=0 ____________ . sejarah Malaysia. Diakses pada 20 November 2012 http://cikguazid.com/notasejarah-ting-4/

You might also like