Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
18Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Seminar al-Sunnah dan Isu-isu Semasa

Seminar al-Sunnah dan Isu-isu Semasa

Ratings:

5.0

(1)
|Views: 1,048 |Likes:
Published by sakinahsaptu

More info:

Categories:Types, School Work
Published by: sakinahsaptu on Feb 09, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF or read online from Scribd
See more
See less

05/10/2014

pdf

 
Seminar al-Sunnah Dan Isu-isu Semasa Peringkat Kebangsaan
KITAB-KITAB SYARAH KUTUB AL-SITTAHMohd Akil Muhamed AliTengku Intan Zarina Tengku PujiSakinah SaptuNurul Syuhada Mohd MuzniNurulhuda AhmadPENDAHULUAN
Al-Qur'an dan Hadith merupakan dua sumber penting pensyariatan Islam. Rasulullahs.a.w diutuskan oleh Allah s.w.t kepada umat manusia seluruhnya untuk menjelaskan perkara-perkara yang dibicarakan di dalam al-Quran. Justeru, adalah penting bagi setiapMuslim untuk memahami dan menghayati setiap pengajaran dan hukum-hakam yangterdapat di dalam hadith di samping memastikan bahawa hadith-hadith tersebutterpelihara daripada sebarang pemalsuan atau rekaan yang boleh menyebabkankesahihannya dipersoalkan oleh golongan-golongan yang cuba memesongkan danmerosakkan akidah umat Islam. Para ulama' terdahulu sehinggalah sekarang sentiasamenyumbang kearah mempertahankan kesahihan dan ketulenan hadith-hadith yangdiriwayatkan oleh Baginda Rasulullah s.a.w. Antara usaha-usaha yang dilakukan ialahmembukukan hadith-hadith yang diyakini kesahihannya dan mengarang kitab-kitabsyarah yang boleh membantu umat Islam bagi memahami dan menghayati hukum-hakam serta pengajaran yang terdapat di dalam setiap hadith Nabi s.a.w sekaligusmenerapkannya di dalam kehidupan seharian. Kitab Hadith yang masyhur ialah
“Kutubal-Sittah”
iaitu enam buah kitab hadith yang dihasilkan oleh enam orang ahli hadithyang terkenal. Mula dipelopori oleh Imam al-Bukhari dan kemudiannya diikuti pulaoleh ahli hadith yang lain seperti Imam Muslim, Imam al-Tirmidhi, Imam Abu Dawud,Imam al-Nasai dan Imam Ibnu Majah. Setiap Kitab Hadith ini mempunyai kitabsyarahnya yang tersendiri yang dikarang dan disusun dalam pelbagai gaya danmempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Kertas kerja ini cuba memperkenalkankepada pencinta ilmu khususnya umat Islam berkenaan keenam-enam kitab hadithtersebut serta diikuti dengan sebahagian kitab-kitab syarah utama yang berkaitandengannya. Mudah-mudahan ianya dapat mempertingkatkan tahap keintelektualan daniman kita semua.
IMAM AL-BUKHARI
 Nama penuh Imam al-Bukhari ialah Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin al-Mughirah bin Bardizbah al-Ju’fi al-Bukhari. Dilahirkan di Bukhara pada hariJumaat, 13 Syawal tahun 194H bersamaan 21 Julai 810M. Beliau terkenal dengan panggilan al-Bukhari kerana dinisbahkan kepada daerah tempat kelahirannya. Beliaumeninggal dunia pada 30 Ramadhan 256H. Bapa Imam Bukhari merupakan seorang
1
 
M. Akil M. Ali, Tg Intan Zarina Tg Puji, Sakinah Saptu, N. Syuhada M.Muzni & Nurulhuda Ahmad
ahli hadith yang telah mempelajari hadith daripada ulama yang terkenal seperti Malik Ibn Anas dan Ibn al-Mubarak. Bapanya meninggal dunia sewaktu usia Imam Bukharimasih kanak-kanak. Beliau telah mula mempelajari hadith ketika berusia 11 tahun sertatelah menghabiskan masa selama 5 tahun di Basrah untuk mempelajari ilmu hadith danilmu lain. Ketika berusia 16 tahun beliau juga telah berjaya menghafal kitab yangdikarang oleh Ibn al-Mubarak dan al-Waqi’. Pada usia tersebut juga beliau telah berhijrah ke Makkah, Madinah, Hijaz, Mesir dan Kufah untuk mempelajari untuk mempelajari ilmu hadith dengan mendalam.
KITAB SAHIH AL-BUKHARI
 Nama kitab Sahih Al-Bukhari sebenarnya adalah ringkasan bagi judul asal karanganImam al-Bukhari iaitu:
 Al-Jami’ al-Sahih Li Musnad Min Hadith Rasulullah Wa Ayyamuhu
. Kitab ini mengandungi tidak kurang daripada 9082 hadith sahih termasuk hadith-hadith yang berulang-ulang. Ini tidak termasuk hadith-hadith yang bertaraf mauquf dan maqtu’ iaitu hadith yang bersumberkan sahabat dan tabiin. Imam al-Bukhari mengambil masa lebih kurang 16 tahun bermula di Makkah kemudiandisambung di Madinah dan diakhiri di tempatnya iaitu Bukhara.Hadith-hadith yang dimuatkan dalam sahihnya itu diambil daripada 600,000hadith yang dihafaznya. Daripada jumlah hadith yang sedemikian banyak, beliau hanyamemasukkan sebanyak 9000 lebih sahaja ke dalam sahihnya setelah beliau melakukansembahyang hajat bagi memastikan sesuatu hadith itu benar-benar sahih. Selain itu
2
 
Seminar al-Sunnah Dan Isu-isu Semasa Peringkat Kebangsaan
 beliau juga hanya memasukkan hadith yang diriwayatkan oleh golongan pertama sahajadan meninggalkan riwayat golongan lain.Kitab Sahih al-Bukhari yang masyhur ini mengandungi 97 kitab atau tajuk yang membahaskan tentang berbagai-bagai perkara antaranya iman, ibadat, wasiat,hutang, nafkah, jihad dan banyak lagi.
KITAB SYARAH SAHIH AL-BUKHARI1. Fath al-Bariy Bisyarh Sahih al-Bukhari
Penulis kitab ini ialah al-Imam al-Hafiz Ahmad bin ‘Ali bin Hajar al-‘Asqalaniy (773H-852H). Kitab syarah ini telah ditahqiq oleh al-Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin Abdullah binBaz. Kitab ini adalah cetakan Dar al-Fikr, Beirut, Lubnan pada tahun 1996M. Iamempunyai 15 juzuk. Manakala kulit bukunya berwarna hitam.Kitab ini pada juzuk pertama dimulakan dengan pengenalan penerbit, kata-kata aluan bagi kitab al-Hafiz Ibn Hajar dan sanad-sanad Ibn Hajar ke sahih Al-Bukhari.Berikutnya barulah dimulakan syarahnya dengan dimulakan dengan basmalah, kitab bab dan syarah.
2. ‘Umdat al-Qari Syarh Sahih al-Bukhari
3

Activity (18)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Sazali Khamsan liked this
HuMay MAy liked this
Amy Nadia liked this
Qurratu Aien liked this
Wan Ummu Habibah liked this
Nurul Asyikin liked this
هاجر liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->