You are on page 1of 4

8.

0 RANCANGAN KEPERLUAN UNJURAN DAN PENGURUSAN KELAS PEMULIHAN SEKOLAH KEBANGSAAN GONDANG Keperluan Fizikal Kelas Hasil daripada pemerhatian dan perbincangan dengan pihak sekolah kami dapati kelas pemulihan khas sekolah ini mempunyai saiz yang sesuai iaitu 3 bay. Kelas pemulihan ini masih lagi mengekalkan kaedah kiosk yang terdahulu. Selain itu, penyusunan kerusi dan meja yang dilakukan menggunakan susun atur kumpulan. Kami mencadangkan agar kiosk-kiosk yang digunakan ditukarkan kepada ruang ruang pembelajaran dan susun atur kerusi dan meja diubah suai kepada susun atur horseshoe. Hal ini supaya guru dapat memberi perhatian yang sewajarnya kepada semua murid ketika sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan serta murid dapat memberi fokus dan menumpukan sepenuh perhatian kepada guru ketika sesi pembelajaran. Pada dasarnya, kelas ini mempunyai lantai marmar, selesa dengan kipas, penghawa dingin, tetapi kurang di gunakan secara fleksibal. Kelas pemulihan sekolah ini juga mendapat peruntukan daripada Jabatan Pelajaran Negeri seperti pemancar LCD, printer, televisyen, pemain cakera padat dan alat bantu mengajar. Hasil daripada pemerhatian dan temubual, didapati terdapat alat-alat ICT seperti komputer, televisyen, radio, tidak digunakan dan hanya di letakkan sahaja di sudut yang terdapat di dalam ruang pemulihan khas. Justeru, audio kami visual mencadangkan ini dalam agar guru pemulihan dan

memanfaatkan

kemudahan

proses

pengajaran

pembelajaran. Contohnya, guru menayangkan video yang sesuai dengan murid untuk merangsang minat mereka untuk belajar. Radio juga boleh dipasang sebagai terapi untuk menenangkan minda murid kerana seperti mana yang kita tahu, murid pemulihan memerlukan suasana yang tenang agar mereka dapat fokus terhadap pengajaran guru.

29

Perabot Selain daripada keceriaan, kebersihan, kemudahan infrastruktur seperti perabot

juga salah satu penyebab suasana proses pengajaran dan pembelajaran itu menjadi lebih berkesan. Kemudahan-kemudahan perabot yang terdapat di dalam kelas pemulihan ini adalah seperti sebuah meja guru, sembilan buah kerusi, sembilan buah meja, rak buku dan rak televisyen. Selain itu, penyusunan perabot juga perlu di berikan penekanan supaya mewujudkan keselasaan pelajar itu sendiri. Sebagai contoh, penyusunan meja belajar murid membelakangi papan putih. Ini menyukarkan pelajar tersebut untuk menulis, dan terpaksa memusingkan badan untuk menulis. Secara tidak langsung pengajaran akan terganggu dan boleh menyebabkan masalah kesihatan pada jangka masa yang panjang. Secara keseluruhannya, penyusunan perabot perlulah di lakukan dengan lebih baik agar sistem pengurusan kelas ini nampak sistematik dan pentadbirannya akan lancar dan berkesan. Oleh itu, antara cadangan kami ialah mengubah semula susun atur meja dan kerusi murid supaya mengahadap ke arah papan putih. Kami menegsyorkan supaya susun atur Horse Shoe diaplikasikan di dalam kelas tersebut. Sistem Fail Berdasarkan kepada pengamatan dan pemerhatian kami terhadap sistem pengurusan fail kelas pemulihan di Sekolah Kebangsaan Gondang ini, secara keseluruhannya berada pada tahap yang sederhana. Hal ini kerana kami dapati hanya terdapat fail profil murid, fail bank soalan, fail ujian dan beberapa fail yang berkaitan dengan subjek pemulihan sahaja manakala fail-fail lain seperti Fail Borang Pemeriksaan, Fail Kementerian dan Fail Induk tidak terdapat di kelas ini. Terdapat beberapa perkara yang pada pandangan kami perlu diperbaiki mengenai sistem pengurusan fail, kelas pemulihan di sekolah ini. Pertama, berkaitan dengan tempat penyimpanan fail. Berdasarkan kepada pemerhatian, penyimpanan rekod fail-fail tersebut, kurang efektif kerana tempat penyimpanan fail bercamur dengan
30

fail-fail murid, buku latihan serta alat-alat bantu mengajar. Perlunya ada tempat penyimpanan yang khusus bagi kesemua fail-fail ini. Perkara kedua yang perlu diberi perhatian ialah penggunaan fail yang kurang berkualti. Mengikut spesifikasi ISO yang sebenar, penggunaan fail keras adalah paling tepat sekali untuk urusan-urusan rasmi fail. Kualiti yang tahan lama serta penyimpanan setiap helaian rekod yang di jamin keselamatannya, membantu mewujudkan satu sistem pengurusan fail yang berkesan dan efisyen. Lain-lain

Secara keseluruhannya, persekitaran dalaman kelas perlulah di perbaiki lagi memandangkan kelas pemulihan ini, memerlukan satu bentuk suasana yang mendatangkan minat pelajar itu sendiri untuk memasuki kelas pemulihan. Kurangnya tatarias bilik pemulihan, serta penggunaan bahan alat bantu mengajar yang agak lusuh serta terdapat kesan-kesan koyak, menyebabkan suasana agak muran di seluruh persekitaran kelas pemulihan ini. Oleh yang demikian, unjuran lain yang dapat kami cadangkan ialah penggunaan peralatan bahan bantu mengajar. Bahan bantu mengajar yang terdapat di kelas pemulihan ini, terbahagi kepada 2 bentuk utama iaitu bahan bercetak seperti kad-kad abjad, buku bacaan bergred, carta , poster, buku rujukan, buku bertulis dan sebagainnya mankala bahan bukan bercetak yang terdapat dalam kelas ini pula ialah seperti sempoa, pembilang, komputer, radio, VCD, DVD, CD ROM dan LCD. Seperti yang telah dinyatakan di atas, kelas pemulihan ini menerima banyak bahan bantu mengajar tetapi tidak digunakan sebaik mungkin. Terdapat banyak bahan bantu mengajar yang masih lagi tidak digunakan dan hanya disimpan kemas di rak-rak. Pada pendapat kami, guru hendaklah menggunakan bahan bantu mengajar yang pelbagai dan tidak menumpukan kepada bahan yang sama sahaja setiap kali proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Oleh yang demikan, murid akan berasa seronok sepanjang program pembelajaran dijalankan dan perhatian yang tinggi dapat diberikan oleh murid apabila menggunakan bahan bantu mengajar yang pelbagai dan menarik.
31

Disamping itu, kami turut mencadangkan agar kelas pemulihan di sekolah ini dapat ditingkatkan dari segi kebersihan dan keceriaan. Sepertimana yang kita sedia maklum, suasana bilik darjah yang harmonis dapat membantu peningkatan pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna. Adalah menjadi tanggungjawab guru untuk membentuk iklim dan budaya bilik darjah yang baik. Memandangkan guru pemulihan ini masih baru dalam bidang ini, perhatian yang sewajarnya perlu diberikan kepada kelas untuk menjadikan suasana kelas sentiasa kondusif. Keceriaan kelas mestilah berunsurkan kanak-kanak dan lebih baik lagi jika berkaitan dengan minat mereka seperti sesuatu yang berwarna-warni, mobiliti (bergerak) dan sebagainya.

32

You might also like